Politeknik di Pahang

Assalamualaikum kepada pembaca FS semua dan salam sejahtera. Ini kali pertama aku menulis sebuah kisah seram yang terjadi pada diri aku sewaktu menuntut di sebuah Politeknik di Pahang 5 tahun yang lalu. Tidak perlu aku bagitahu nama institusi cukup sekadar aku bagitahu lokasinya.

Sebagai seorang pelajar IPTA/IPTS di Malaysia sudah menjadi kebiasaan bagi semua pelajar tidur lewat lebih dari pukul 12 kerana banyak assignment atau projek untuk disiapkan. Sebagai seorang pelajar dalam bidang IT atau lebih dikenali sebagai seorang programmer aku sentiasa tidak cukup tidur kerana menyiapkan projek-projek serta assignment yang banyak.

Pada satu malam hening dan agak dingin bertemankan lampu jalan yang samar-samar, ketika aku baru pulang dari cybercafe menuju ke kamsis, aku perlu berjalan kaki melalui dua buah blok jabatan kejuruteraan untuk sampai ke asramaku. Dalam perjalananku, aku terasa seperti sedang diperhatikan oleh sesuatu di sebalik blok mekanikal, lalu aku memberhentikan langkahku untuk memastikan apa yang sedang memerhatikanku.

Dengan berbekalkan cahaya lampu jalan yang agak samar aku terlihat sebuah sosok berbungkus kain putih dengan penuh lumpur serta matanya merah tajam melihat kearahku. Aku terkumat kamit membacakan surah lazim dan mengatur langkah seribu untuk pecut sampai ke kamsis.

Sesampainya aku di kamsis, roomate aku bertanyakan kepada ku ” kau dah kenapa berpeluh-peluh ni macam nampak hantu je” aku tanpa memberi sebarang jawapan terus aku letak barangku dan terus landing atas katil berselubung dalam selimut. Roomate ku akan faham situasi yang aku alami dia terus mematikan lampu dan tidur sehingga keesokan paginya.

Ini pula adalah kisah kedua yang dialami oleh roomateku.

Pada malam minggu kebiasaan para pelajar akan menghabiskan masa di luar untuk melepaskan tension belajar atau melepak bersama kawan-kawan mereka. Hal ini tidak bagi roomate aku kerana dia lebih suka duduk dalam bilik bermain game dota serta mendengar lagu menggunakan menggunakan earphone. Sedang rancak dia bermain game, dia bertanyakan kepada aku ” weyh kau tak keluar lepak ke ” aku tidak memberikan sebarang jawapan diam membisu 1000 bahasa. Roomate ni buat tak tahu jela sebab aku kalau tengah study memang tak suka orang mengganggu aku.

Dia pon sambung main game balik, sedang rancak bermain game dapat satu ws dari aku ” weyh Mie, aku maybe tak balik kamsis malam ni sebab aku overnight dengan budak kelas aku, kita jumpa esok je la eh “.

Dia dah start rasa pelik dan seram. Dalam hatinya berkata habis kalau kau kat luar siapa yang tengah study tu.

Tanpa menunggu lama dia tutup laptop dan memulas tombol pintu untuk keluar dan dia terdengar  makhluk itu berkata ” kau dah tahu ke aku ni siapa “.

Dengan nafas tercunggap-cunggap serta berpeluh dia mengatur langkah seribu lari keluar dari perkarangan kamsis dan tidur di rumah kawannya.

Itu sahaja kisah ringkas tapi dari pengalaman sebenar dari aku. Sekian terima kasih.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Hafiz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4]

9 thoughts on “Politeknik di Pahang”

  1. Tk baikla… korang ni…kurang ii nya korang pun dh baca..patutnya bgila kata ii semangat…supaya bole buat cite lebih seram ni tak …haishhh😒sikit ii nak ckp “cite rekaan” la apela..korang apetahu…tahu ckp banyak adela🥱

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.