hi semua, asyik jadi silent reader, rasa-rasa nak bercerita pulak kisah yang kami sekeluarga alami masa isteri saya sarat mengandung anak sulung dan juga masa anak kedua.
Kisah anak sulung…
walaupon saya anak jantan Kuala Lumpur yang modern, tapi saya ni agak penakut. luaran nampak berani. dalam nya, alahai tak yah cakap la… duduk rumah sorang2 pon kene bukak semua lampu. so, alkisahnya pada suatu malam, saya berada di bilik parents tengah sembang2. isteri saya berada di dalam bilik tido sebab penat dengan badan pregnant, kaki bengkak. Jadi, mase tengah syok sembang, tetiba isteri saya, Lya (bukan nama sebenar) lari masuk bilik parents saya. Kami terkejut la kenapa tetiba dia masuk bilik parents saya sedangkan dia dah tido. dia cakap takde pape, dia sunyi je. Jadi saya pon cakap good night pada parents dan pimpin isteri kembali masuk bilik tido kami,
Saya selalunya memang akan tido lambat… selalunya dalam pukul 2 tau 3 pagi baru lelap. tapi taktau kenapa malam tu pukul 11 dah tido. Dalam pukul 12.30 tengah malam macamtu, tetiba Lya peluk saya dengan amat kuat. Saya pelik selalunya Lya suka tido mengiring membelakangkan saya. ..tapi ni dia tarik baju saya dan peluk kuat. saya pon buat tak tahu je la, mungkin sejuk sebab aircond saya pasang 16*Celcius.
Keesokan harinya, mase tengah breakfast, dia cakap ” you tak dengar ke i panggil u?’. saya cakap la tak, tapi perasanlah yang dia peluk ketat2. lepas tu dia bagi tau la ape terjadi.
Lya: Sebenarnya kan semalam masa i masuk bilik mommy dan daddy, i dah nak lelapkan mata. tetiba i dengar orang menangis kat luar tingkap…. i pon buat taktau la. mungkin jiran sebelah. Dan bila i pikir balik, rumah ni kan banglo…. mana ade rumah jiran attached to the house. .Dan diantara rumah kita dan jiran ada tanah kosong dengan pokok tinggi , semak samun.
Saya: u biar betol, confirm ke orang menangis?
Lya: sabar la, tak habis cerita… ok, lepas dengar orang menangis i pon panik la. tapi still cool. husnuzon je. mungkin bunyi TV ke ape. Lepastu bila baru nak relax balik, tetiba i dengar bunyi ngilai nyaring gila betul2 luar tingkap bilik kita.
Saya: errrr, tu yang you datang bilik mommy dan daddy eh? habis tu kenapa u peluk i kuat2
Lya: Haaa.. mase tu kan i memang tido membelakang kan u dan lepastu i tukar position dan pandang belakang u pulak. All of a sudden, ade tangan macam nenek tua tapi dengan kuku panjang tarik kepala i kearah belakang. mase tu nak jerit tapi tak boleh. i sempat nampak muka dia. muka hodoh gila, mata merah rambut panjang… i pon lawan balik la pusing kepala kearah belakang u tu yang peluk u tu. Sebenarnya tengah berlawan tarik kepala. dia tarik kepala i untuk toleh ke muka dia, i lawan untuk toleh pandang ke belakang u.
Saya: hmm biasalah, mengandung kan. benda2 macam tu memang akan terjadi asalakan baca doa semua InsyaAllah dia tak kacau dah. (padahal tengah cuak. what if dia datang malam ni repeat lawan dengan saya pulak)
Jadi malam seterusnya, saya tengah main phone tengok Instagram dan Facebook. tak lama saya dengar ketukkan pada tingkap. Saya terkejut tapi bersangka baik la… nak sedapkan hati, saya cakap la dalam hati oh mungkin musang sebab kadang2 musang ada gak lalu lalang atas bumbung dan tingkap bahagian luar. Dan tak lama dengan itu, ternampak pula kain putih lalu perlahan je dari toilet sampai ke almari… tak nampak sangat sebab bilik gelap. Saya pon cepat2 bangun bukak lampu. check2, takde pape. Lya pon terjaga kenapa bukak lampu. saya cakap la tengah cari earphone.
Esoknya saya cerita dekat Lya. Dan kami membuat keputusan untuk panggil ustaz. Ustaz pon cakap la dia akan datang selepas solat Isyak. Pukul 10pm ustaz pon sampai. Dia bawak kuih untuk makan sambil sembang2. lepas sembang2 dan mendengar cerita saya dan Lya, dia pon cakap la dia nak tour rumah saya. saya pon bawak la ke seluruh rumah. Ustaz leading belakang adalah saya, ayah saya dan cousin saya yang datang nak menyibuk.
Lepas habis menerjah setiap section dalam rumah, dia terpandang dekat luar tingkap bilik saya, mata ustaz pandang sharp dekat pokok dekat tanah kosong tu. Dia senyum. dia cakap, “hah tu, dia dok pandang kita”. Saya pon tanya lah sape. Dia ckp “tu.,,. kak ponti”. meremang bulu roma bila dengar ustaz cakap macam tu.
Ustaz pon suruh saya ambil sebaldi air, limau kasturi dan blackpepper yang tak hancur lagi yang bulat2 kecik tu. lepas bagi kat ustaz, dia pon duduk mengikut kiblat, baca2 ayat suci Al-Quran lepastu mula memercik air air dalam baldi tu dekat seluruh bilik2 dan kawasan dalam dan luar rumah.
Masa dekat luar, ustaz cakap dia nak pergi dekat pokok tu. saya yang penakut tu tetiba berani nak ikut mungkin sebab ada ustaz kot hehe. dekat pokok tu. ustaz tu berdialog.
Ustaz: kau jangan kacau rumah ini dan kaum sekeluarga yang tinggal dalam rumah ini. pokok ini bukan tempat mu lagi. pergi mu dari sini sebelom aku b***h kau.
Saya: B***h? bukan hantu dah m**i ke ustaz?
Ustaz: ishh hantu mana wujud. ponti ni jin syaitan. makhluk Allah yang hidup tetapi bukan dari alam kita.
Saya: ooohh.
lepas selesai, ustaz pon mintak diri dan memberi pesanan yang mungkin korang semua biasa dengar ” jaga solat, kerapkan baca Al-Quran, berzikir dan Selawat”. lepas dapat visit dari ustaz, Alhamdulillah, takde kene kacau dah dari ponti.
Sampai sini je cerita saya. mungkin tak menakutkan tapi ade satu lagi cerita. Kak Ponti mai balik bawak geng melawat anak kedua saya. haa.. itu extreme lagi. akan diceritakan kisah itu bila diberi peluang. Bye semua..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Sempoii