PONTIANAK AJAK KAHWIN VOL.4

KUCING VS PONTIANAK

Kisah kali ini memang benar dan aku saksikan sendiri ia berlaku. Aku memang tiada bantuan di Alam2 Ghaib tapi di Alam Nyata iaitu Kucing binatang kesayangan NABI ini cuba membantu ku.

Kalau Pontianak boleh panggil gengg dia, aku pun ada jugak lah.. Si bulus2 comel. Hahaha. Jangan teperdaya dengan kecomelan nya, ini bulus datang dari Safari. Sangat liar dan kuat mencakar.

Aku ada membela seekor kucing Jantan, warnanya hitam dan putih. Aku panggil Tompok. Kucing ini memang liar baka dari kucing kampung plus kucing hutan.

Kucing aku ini dengan aku aje baik, orang lain memang dia mengigit habis dan cakar2 temasuklah family aku sendiri pun tidak berani menyentuh Tompok. Garang nak mampos sampai orang pun naik fobia nak pegang/ bersentuh. Kalau orang duduk diam2 pun tetap kena gigit jugak. Terutama arwah atuk & nenek ku selalu mengadu jadi mangsa kena gigit. Entah lah aku pun tak paham gelagat si bulus comel ini.

Besar kucing ini. Memang aku training Tompok jaga rumah. Kuku dia tajam dan jarang aku p****g.

Setakat ular, tupai, cicak tokek, burung, tikus habis m**i dikerjakan dan hasil buruan Si Tompok letak di atas katil aku. Ish! tak memasal aku kena buang sendiri terutama ular2 hitam.

Kisah benar ( lari cerita jap ) , pernah suatu hari Si Tompok berlawan dengan pencuri yang cuba mengeledah rumahku. Aku dan kakakku menjadi saksi. Waktu itu, kami baru pulang dari Sekolah Menengah sesi pagi dalam pukul 2 petang. Bila tiba di rumah, kakak aku perasan pintu belakang rumah terbuka. Terdengar lah ada bunyi orang sedang mengeledah dari dapur.

Aku tengah cari kayu tapi aku jumpa sabit rumput. Aku pegang lah buat langkah berjaga2. Tiba2 bunyi Tompok merengus garang dan terdengar suara orang menjerit kesakitan terus berlari keluar melalui pintu belakang. Pencuri itu ada 2 rupanya, kalau tengok pada rupa dan umur rasa2 belia dekat kampung lain yang aku tak kenal.

Salah seorang dari mereka sedang menahan kesakitan dengan muka kesan2 kena cakar, berdarah di pipi dan tengkuk pulak sambil tersedu menangis . Dengar mereka berbual kuat. Dia cakap semasa dia tengah berjalan kehadapan sebab gelap dia tak perasan pun ada kucing di atas dapur. Kucing itu terus terkam kepala dia. Cakar2 di atas kepala dia.

Yang kelakarnya, pencuri itu tewas kena cakar dimuka terus menangis beb, lalu melarikan diri tanpa sempat mengambil barang2 berharga dirumahku. ( barang tak dapat,muka koyak. Lain kali jangan mencuri ye. Aku harap2 diorang insaf lah dengan penangan kucing aku ini ).. Hahaha.


Ok sambung

Hampir pukul 11 malam, kebiasaan Si Tompok akan pulang ke rumah dan tidur disebelahanku. Kalau tak tidur pun ia akan datang untuk makan. Aku tengah risau gila lah, kucing aku tak balik lagi. Lebih2 lagi sekarang aku kena ganggu dengan Cik Ponti.

Aku masih menanti di ruang tamu, risau akan keselamatan Si Tompok. Tiba2 entah macam mana aku dapat rasakan yang aku sedang telepathy dengan Cik Ponti didalam kepala. Ada signal ke weii.!! Power sungguh kuasa dia. Macam cerita Puteri Gunung Ledang yang bercakap dengan Hang Tuah dari jauh. Aku dok dekat ruang tamu, Cik Ponti dekat sebelah luar bilik aku tapi bila bercakap seolah2 berada didepan aku.

Cik Ponti dalam telepathy, dia marah2kan aku sebab aku tak layan dia. Puas dia pujuk rayu dengan segala bahasa suara ( mak , kakak , atuk, nenek , ayah) punya suara dia tiru untuk tarik perhatianku datang kepadanya. Gangguan yang hadir memang cukup2 kuat, kalau takde iman memang korang rasa nak terkencing.

Bunyi mengilai sudah biasa aku dengar, pintu depan sampai nak roboh kena ketuk, atap zink rumah lagi lah , dengar ada benda berjalan, melompat2 lah.. zink rumah kena kopak lah.. dinding rumah kena cakar2. Panggil2 nama aku lagi lah, sampai naik gila aku mendengar, bila tak tahan aku tutup telinga. Mak aku memang sudah menjangka gangguan2 teruk akan berlaku, mak aku pesan jangan keluar rumah sahaja. Mak aku sudah ambik wuduk, mungkin sedang mengaji di dalam bilik nya.

Aku cakaplah aku sudah tahu taktik seperti itu. Hanya satu sahaja yang aku caring. Kucing aku.
Alamakkk! Aku tersebut kucing sebab otak aku bicara sendiri. Rupa2 nya Cik Ponti sedang membaca minda aku dari jauh. Aku tersedar, lalu aku cakap..

“Apa kau buat dekat aku, Setan. Kenapa minda aku berbicara sendiri dan aku tidak dapat halang perkataan dari mulutku.”

” Hihi~ ( bunyi mengilai ) itulah kelebihanku. Oh! Kau sayang kucing rupanya. Tapi aku benci kucing. Sangat benci. Kucing adalah musuh utama kami sejak dahulu lagi. Akan kubunuh dan makannya bila aku jumpa nanti. Kucing kau masih diluar kan. hihi~~ Tiada masalah untukku dan akan aku cari kucing hitam mu itu sampai dapat”

” Jangan kau berani apa2 kan kucingku.. ”

” Tiada siapa dapat berkongsi kasih denganku. Kau hanya ada aku saja. Kau sudah terlambat.. ” – Cik Ponti bersuara lalu telepathy terputus.

Aku berlari masuk ke dalam bilikku lalu jerit di tingkap..

” Jangan libatkan kucing aku, dimana kau, setan.. ” -hanya krikk2, tiada lagi gangguan yang hadir dari Cik Ponti. Berjurai laju air mataku mengalir saat ini.

Selang beberapa minit, aku terdengar perbualan Cik Ponti. Aik! Telepathy bersambung tapi dia sedang berbicara dengan sesuatu Makhluk2 yang berdekatan di kawasan rumah aku.

Cik Ponti mencari2 Si Tompok di merata2 tempat tetapi tidak jumpa lalu dia bertapa dan memuja semangat2 jahat di situ dalam bahasa aku tidak paham. Seakan menyebut mentera memanggil setan. Ada makhluk di situ respond.

Mula2 ada 2 makhluk yang bersuara, Cik Ponti menanyakan pada makhluk tersebut tapi makhluk itu tidak ambik tahu tentang kucing aku sebab makhluk itu buat hal dia saja lalu ia menyuruh bertayakan kepada ketua mereka. Aku namakan jembalang tanah je lah. Suara dia kasar habis. Bergegar tanah bagai tanah runtuh bila jembalang ini bergerak. Umur sudah tua dan raja rimba di kawasan ini.

Jembalang : ” Siapa memanggil aku yang sedang tidur, Grr! nada teramat marah”

Cik Ponti : ” Aku hanya ingin bertanya, Adakah kau jumpa kucing hitam? ”

Jembalang : ” Iya, memang kucing itu selalu datang kemari. Memang ini tempat permainanan dia di sini. Apa ganjaran yang aku perolehi? ”

Cik Ponti : ” Aku akan bagi makanan, cari kucing hitam itu dalam masa 2 jam ”

Jembalang : ” Ia bukan kucing hitam sebarangan, bukan mudah untuk ditemui. Sangat liar dan tidak berada di sesuatu tempat tapi akan aku cuba untuk bawa ia kemari melalui makhluk2 bawahanku”.

Ini aku ringkas je lah. Aku takde lah niat nak memuji makhluk setan ini, cuma aku pun pelik lah Cik Ponti ini memang betul2 kuat. Boleh main2 seru bagai, pulak tu berbagai2 makhluk datang menjelma. Aku dengar pun sudah kecut perut. 2 jam masa sudah berlalu dan aku rasa Cik Ponti dan makhluk2 dia panggil gagal jumpa kucing aku. Sebab gangguan sudah bermula kembali.

Jam pukul 1 pagi. Aku diruang tamu tengok tv terdengar bunyi kucing mengiau kuat. Berkali2 bunyi mengiau seakan2 kucing di dalam kelaparan. Aku intai slow2 dari cermin tingkap dari bilik ku. Weii! Aku nampak kain putih Cik Ponti dihadapanku terus dia ke atas terebang sampai atap zink rumah. Slow2 suara dia mengilai hihi~~ Berderau jantung beb! Aku lariikk ke ruang tamu.

Mak aku pun keluar dari biliknya pulak. Dia bagitau kucing aku mengiau sudah banyak kali berbunyi2 dekat luar rumah. Aku cakap dekat mak, Tompok mana pernah bunyi mengiau seperti itu. Mak aku pun saling berpandangan pada aku, dia pun risau akan keselamatan Tompok. Aku cakap dekat mak buat tak dengar sahaja. Mak masuk semula ke biliknya untuk tidur.

Aku berani kan diri, aku intai lagi di tingkap bilikku. Aku dapat melihat dengan jelas kucing warna hitam sedang tenung aku. Aik! Kucing warna hitam siapa pulak ini. Sejak bila aku ada membela kucing hitam. Si Tompok hitam putih aku bermonolog dalam hati. Aku try2 jerit nama Tompok, tiada sahutan dan kucing itu diam aje tak bergerak2 langsung. Kucing itu tenung aku lama2, mata dia bertukar menjadi mata berwarna merah. Aku terkejut lalu cabut larikk.. rupanya, Cik Ponti yang menyamar jadi kucing. Weii!..Seramm.

Sebelum aku masuk tidur, aku intai di cermin tingkap lagi dan yang ini memang benar2 Si Tompok kucing aku. Gerak geri badan dan terlihat tompokan hitam putih memang sah Tompok. Aku panggil nama dia pun menyahut. Tapi, didalam sahutan itu, ada benda lain pulak ikut follow..Cik Ponti lah sebab dia mana boleh dengar suara aku. Mengilai suara Cik Ponti dari jauh tapi kelibatnya aku tak lihat.

Tompok sedang berdiri di tempat bekas kucing hitam yang aku jumpa di masa tadi sambil terhidu2 hidungnya, bau sesuatu yang amat ganjil baginya. Aku tertanya2 jugak mana pulak perginya kelibat kuncing hitam itu.

Yang ini naik seram.. Tiba2 Tompok mendengus kuat. Garang macam kucing bila jumpa kucing jantan lain ajak bergaduh tapi pada sorotan matanya tertumpu kasar arah di atas atap bilik ku lalu terus Tompok panjat2 tingkap cermin bilikku dan ke dinding rumah terus ke atap zink rumah mengejar kelibat tersebut. Melompat ke sana..melompat sini di atap zink rumah, rupa2 nya aku lihat kain putih terebang yang dikejarnya. Coii!!.. Cik Ponti vs Kucing. Apa kejadahnya, aku mampu intai2 dari bilik ku.

Aku terdengar suara kasar ngilaian Cik Ponti dan bunyi Tompok merengus garang bergema kuat. Tompok jatuh ke tanah dan kali ini Cik Ponti pulak menyerang Tompok. Mula2 aku rasa Tompok menang sebab aku lihat jelas dia terkam tepat target kepala Cik Ponti, Tompok gigit2 ganas taknak lepas sebijik macam bola dia gigit2 kuat, cakar2 menjerit terlolong suara Cik Ponti. Hampir setengah jam mereka terus menerus berlawan. Aku lihat lah dengan jelas, aku nampak rambut mengebang dengan kuku tangan panjang kedepan kejar mengelilingi kucing. Kucing pulak kalau terasa teracam dia bagi kaww2..cakaran maut dia. Kucing jantan dan besar memang power kekuatannya.

Di dalam pergelutan itu, lama2 tenaga Tompok jadi lemah sudah tidak larat berlawan terus Tompok berlari ke dalam semak dan Cik Ponti masih setia mengejar Tompok. Aku tengok bila sudah sunyi cepat2 aku berlari ke ruang tamu.

Aku baru terlentuk diruang tamu tiba2 terdengar suara ayahku memanggil namaku di tingkap bilik ku. Aku ingatkan ayahku sudah pulang dari kerja. Aku bingkas bangun terus melangkah masuk ke bilik ku tapi aku dapati tiada sesiapa pun.

Lampu dibilik ku memang aku sentiasa ON untuk langkah keselamatan. Semasa aku melangkah pusing pergi di cermin tingkap bilikku, aku terasa tubuh badanku menjadi keras dan aku kena pukau. Aku lawan tapi pergerakkan aku dari dalam badan kena kunci.

Aku berjalan sendiri dan berdiri betul2 mengadap cermin tingkap kaca bilik ku. Kak Ponti dengan mata merah, muka ada kesan2 cakar masih berdarah dan dagu dia koyak rabak hampir putus gila kesan cakar dari Tompok. Baju putih Cik Putih penuh dengan kesan2 d***h. Sekali dengan bau2 d***h kuat hampir2 membuatkan aku nak pingsan melihatnya.

Aku cuba baca ayat kursi dan surah2 lain tapi semua tungang terbalik disebabkan satu badan mengigil habis, nak terkencing pun ada siap kena perli..

” Kau baca surah pun salah, nak aku ajarkan ke? Hihi~ ”

” Kau buat apa dekat badan aku, Setan. ” Aku marah cuba lepaskan diri.

” Kau kena pukau, sekarang aku nak masuk ” Sambil tangan aku terus buka cermin tingkap lalu aku terasa ada angin sejuk menempa wajahku lalu masuk ke dalam bilik ku. Cik Ponti melayang-layang dalam bilik aku.

” Mana kucing aku, kalau kucing aku m**i, siap kau.. aku tidak teragak2 untuk balas dendam ” Aku nada sayu tapi tegas.

” Kurang ajar betul kucing hitam itu. Dia cakar2 kulit muka sebegini rupa sampai berdarah2 dan koyak2 kan baju aku pakai. Bila aku ketemui nanti aku akan mahu siat2 isi kucing itu. Sebaik dia melarikan diri tadi. Sekarang aku ingin berdua dengan kau dan tiada sesiapa berani menganggu kita lagi ” -Cik Ponti menyeringa dan hilang dari pandanganku.

Aku berasa lega dengar perkhabaran itu, Tompok masih terselamat dalam pertempuran tadi.

BOTAK

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “PONTIANAK AJAK KAHWIN VOL.4”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.