PONTIANAK AJAK KAHWIN VOL.5

Aku sebenarnya sedar jugak Cik Ponti ini muncul tiba2 adalah ganguan2 tergolong didalam bentuk Saka. Dia pun sedang mencari tuan baru. Bagi aku sekiranya korang sudah dapat melihat bentuk2 gangguan yang hadir dalam cerita aku cepat2 lah berubat. Cari lah tempat2 pengamal perubatan cara islam. Jangan cari tempat2 yang syirik pada Allah.

Hijab bagi aku adalah antara nikmat2 pancarindera istimewa yang diberikan oleh Allah. Pengalaman aku hijab yang aku lihat pada golongan manusia. Aku ada seorang kawan masa tinggal bujang di rumah sewa kongsi 4 orang. Jadi adalah salah seorang sahabat penyewa ini nak ajak sepupu dia tinggal bersama2 dengan kami.

Aku ok sahaja sebab rumah kami sewa ini jenis rumah teres satu tingkat. Aku lihat pelik lah pada dia, sebab pertama kali bersua. Aku terkejut sebab aku tak pernah lihat orang bentuk rupa segelap2 nya macam arang..seolah2 kena bakar sehitam2 jadinya ( orang kena panggang). Gigi aje nampak putih. Aku tanya lah beb kau jawab jujur boleh dengan aku. Apa kau sudah buat rupa dan tubuh badan kau jadi macam itu?

Dia mula2 kelihatan terkejut dengan pertanyaan aku, sebab kalau nak ikutkan logik rupa paras dia lelaki jenis kulit coklat manis2 gitu. Tapi dia akur, tak marah2 pun dekat aku sebab apa yang aku katakan itu memang betul dan aku bukanlah orang pertama pernah menyuarakan / menegur ayat sebegitu. Dia mula tunduk kepala lalu menangis, dia cakap dia pernah mengangkung, memuja nombor ekor.

Banyak tempat dia pergi atas kubur2 keramat, di kuil hindu jumpa Tok2 Sami bagai, dan di mana sahaja tempat2 pemujaan keramat dia akan ikut mengangkung. Ya Allah, aku cakap kau bertaubatlah. Allah itu ada, Janganlah sesekali kita syirik dengannya. Azab di dunia pun sudah nampak, bagaimana pula akhirat kelak. Menangis kawan aku terus bertaubat dan berjanji untuk berubah dan tinggalkan aktiviti2 mengangkung yang sia2 itu. Alhamdulilah.

Kalau benda2 baik yang aku pernah jumpa adalah pertama kali aku bersua dengan golongan2 Wali Allah dekat orang2 biasa. Wajah dia bercahaya. Cahaya jangan cakap lah macam ada orang tertelan lampu pendafloor di rumah tu, bersinar2 aje cahaya dari dalam badan.

Lembut tutur katanya dan terasa aura sejuk bila berada dipersekitarannya, amalan dia kebiasaan dia tak tunjuk dan aku dapat petunjuk dan memang betul dia merupakan salah seorang Wali Allah. Allahuakbar. Menangis aku terharu. Cikgu itu sedar aku sedang menahan air mata terharu berjurai dan ayat dia kata paling aku ingat..

” Apa yang hampa lihat itu, untuk hampa saja. Aku biasa aje. Takda apa2. Tolong jangan cerita dekat orang lain. Hampa tau hati manusia kan lain2. Hampa lihat aku camtu, aku Alhamdulilah. Ini semua kerja Allah.

Kalau hampa lihat baik, baiklah ia. Kalau hampa lihat buruk, buruklah ia. Ingat, guna kelebihan yang hampa ada itu ke jalan yang benar.”

Allah SWT sahaja yang memuliakan orang2 yang dikehendakiNya. Sekarang cikgu sudah meninggal dunia sakit tua. Semoga roh arwah cikgu ditempatkan bersama dikalangan orang2 yang beriman. Amin. Al-Fatihah..


Aku sambung yo..

Aku dilepaskan, tiba2 bau busuk, hapak, hanyir,bangkai menjelma kembali ke ruang bilik ku. Aku sudah tiada daya dan tenaga, semangat aku terus hilang, persekitaranku terasa panas sangat bahangnya dan bahu terasa sangat2 berat macam pikul batu.

Cik Ponti aku nampak sekali aje kelibat dia muncul di sebelah katilku semasa aku balik dari tandas. Mengilai bunyi perlahan lalu beberapa ketika hilang. Aku apa boleh buat, hendak lepak mamak. Malam2 begini pun mana boleh keluar. Mak pulak sudah tidur nyenyak. Nak tak nak kena hadap setan ini. Bau bangkai kuat gila sampai aku tutup hidung.

Aku terlalu mengantuk gila bila jam sudah nenunjukkan pukul 3 pagi. Aku baring lagi selumbung tubuh dengan selimut. Macam biasa adegan tarik2 selimut, katil kena gegar, dinding kena cakar, kaki kena sentuh dengan bau2 busuk hancing lagi lah macam lahanat aku hadapi malam ini. Akhirnya berjaya jugak aku tertidur.

DEJAVU / DI ALAM MIMPI

Dari alam nyata sampai di alam mimpi aku kena ganggu, memang setan sungguh. Aku ceritakan sedikit. Macam biasa dekat mimpi pun dia ajak kahwin tapi kali ini Cik Ponti berubah jadi perempuan cantik sama seperti diwaktu petang itu. Pakaian ala dayang2 di istana raja. Memang cantik orangnya. Dayang itu sedang berbicara denganku sambil badannya membelakangi ku, tersimpul malu katanya bila berhadapan bakal suami.

Coii!! Aku budak lagi yang kau merenyam nak kahwin pucuk muda apekebendanya. Memang button reject lah. Siap aku kata aku budak sekolah tak boleh kahwin. Cik Ponti pun jawab budak sekolah itu apa? Siapa yang halang budak sekolah akan ku b***h.. Yang ini memang kelakar sampai aku ketawa terbahak2. Kah2!..

Dayang itu cakap kenapa aku ketawa? Aku bagitau pergi masuk sekolah dulu. Itulah waktu belajar dulu lompat pagar. Cik Ponti buat2 muka merajuk bagai.. macam lah paham sangat. Dia bagitau zaman dia tak sama zaman sekarang, dia cerita zaman dia belajar di sekolah pondok dan dia tahu yang aku perli dia.

Dia siap offer kalau jadi tuan dia, aku boleh jadi kaya raya, kebal , diajar ilmu batin dan segala permintaan aku dipenuhi dengan syarat jangan pisahkan kami berdua.

Aku cakaplah..
“Aku ini hamba dan hanya ikut perintah Allah. Kau makhluk dan aku pun makhluk Allah, tiada satu pun makhluk2 di sisi Allah paling berkuasa melainkan-Nya. Aku lebih takut Azab Allah. Aku berpegang teguh dengan pendirianku. Sila kau ( Cik Ponti ) pulang ke tempat asalmu? Jangan ganggu aku. ”

Dayang itu tidak berpuas hati terus memaling muka kearahku dengan mata merah lalu dia ingin mencekik aku. Aku azan dan azan subuh berkumandang, aku terselamat dari gangguan mimpi.

WAKTU SIANG PUKUL 10 PAGI

Aku tersedar dalam tidur mengiring, terasa ada benda mengikat kaki dan badan. Aik! Aku kena pasung ke ni. Aku goyang2 dua tiga kali tubuh badanku. Barulah terasa seakan2 aku terlepas dari ikatan. Mataku rasa sakit bila berkedip2 mata.

Eh! Aku tak tidur ke malam tadi seolah2 aku dapat rasakan yang aku tidur tapi mata ini terbuka. Aku memalingkan muka ke hadapan menghadap atas syiling bilik ku. Aku terkejut..

“Ya Allah! Apa tu..” Ada lembaga hitam mata merah dengan kuku yang panjang rambut mengerbang muka dia bergis dan memandang tepat wajahku lalu terus menerkam ke arahku. Aku dengan cuak gila terus berpaling muka sambil sembunyi kepala di bawah bantal. Eh! hari dah siang sebab aku terasa cahaya panas terik dari cermin tingkap cahaya mula menerangi bilik ku.

Aku kuatkan semangat, aku tahu dia Cik Ponti sebab tiada siapa yang kacau aku selain dia dari semalam. Aku berpaling semula badan untuk bagi penumbuk tapi kelibat Cik Ponti sudah tiada. Ah! sudah mana pulak dia pergi. Aku lihat disekelilingiku cari2 kelibat Cik Ponti tapi tiada. “Mana pulak dia menghilang.! ” getus hatiku.

Kepala seakan blank nak pitam, aku cuba ingat kembali memori malam tadi tapi semua lupa seakan2 tiada apa2 yang telah berlaku. Pelik.
Aku memang nak terkencing sebab menahan dari malam tadi. Oh! lupa katil aku tidur ini saiz besar jenis Queen rangka besi bawah katil kosong hanya aku letak satu kotak kasut di atas lantai.

RAMBUT SIAPA INI

Semasa aku hendak bangun dari tempat aku baring ini, aku terjumpa helaian rambut di atas badan aku. Aku pegang dan kira2 ada 4 helaian rambut. Rambut itu warna hitam dan kasar macam berus dawai besi. Aku tarik sebab aku hendak berdiri jadi aku tarik rambut tu perlahan2. Aku tarik 2 helai rambut serentak dan tarik2 panjang dia sampai masuk bawah katil ku. Aku rasa macam tak logik lah helaian rambut itu panjang dia lebih tinggi dari ketinggian aku. Weii! Rambut siapa ini.. Mak lampir ke? Aku pun tergelak buat kelakar sendiri lalu aku gumpal2 dan genggam dalam tangan kiri.

2 helaian lagi aku perasan ia bergerak sendiri cepat2 aku tahan lalu aku tarik dengan selamber. Tarik punya tarik terasa pelik sebab aku tarik2 helaian rambut ini ia melintang dari atas hingga masuk ke bawah katil tidurku. Aku cuba tarik helaian rambut perlahan2, dan rambut mula menjadi tegang..dan tersangkut. Ah! sudah..aku rasa nak menjerit sekuat hati diwaktu ini. Aku terbayang rambut..kepala.. kepala siapa?? Kepala Cik Ponti. Takkan ada empunya kepala di bawah katilku. Aku tarik dengan selamber lagi tetap sama tersangkut2 tak putus.

Berdebar2 jantungku dengan denyut laju2. Lebih2 lagi aku terdengar jeritan sakit kat bawah macam ini dia cakap.. Sakitlah bodoh! Kau tarik rambutku.!! Aku campak helaian rambut tadi, tiba2 rambut tu terus bergerak sendiri woiii..laju helaian rambut tadi masuk ke bawah katil. Makkkk! Aku menjerit kuat. Tapi takde pulak yang datang tolong. Hampe!

Aku mengigil atas katil, bau busuk menyusuk2 di hidungku macam bau bangkai pun ada diikuti bunyi “Srett..” bunyi kotak kasut yang disimpan dibawah katil seolah2 beralih sendiri dan katil terasa bergegar. Nak tak nak aku beranikan diri, lompat dari atas katil lalu aku nak tengok ada apa di bawah katil..Hahaha. takut2 aku pun berani nak ambik tahu, kot2 puteri ayu ke sedang main sorok2? Cewahhh! Berangan.

Sekali hmmm.. hampe. Ingauau mimpi ngeriii..
Elok je aku tunduk intai, Lembaga hitam rambut kusut serabai panjang, mata merah sedang memandangku lalu terus aku nampak tangan dia yang kuku panjang meluru terkam ke arahku. Aku yang terkejut sampai terduduk lalu terus menjerit kuat sambil berlari. Kaki pulak terasa berat untuk melangkah pergi.

Badan aku masih mengeletar dan aku tidak berani menoleh belakang, sebaik lah mak aku perasan jeritanku tadi. Cepat2 mak baca ayatul kursi dan hembus di belakangku. Makhluk itu kepanasan lalu ia keluar ikut cermin tingkap bilik ku.

Aku tunjuk gumpulan rambut aku jumpa tadi. Mak aku cakap ini bukan rambut manusia nanti mak aku uruskan bila proses berubat nanti.

Dari cerita mak aku di waktu malam semalam. Mak aku nak pesan dekat aku sebenarnya yang aku lihat petang tadi dan yang ganggu malam itu adalah hantu Pontianak.

Mak aku terjaga dari tidur dalam pukul 5 pagi macamtu lah mak terdengar bunyi hantu mengilai kuat datang dari bilikku. Mak risau akan diri aku, jadi dia datang lah ke bilikku. Dia dapati aku sedang berdiri di tepi cermin tingkap dengan mata terbuka.

Mak ingat aku tersedar kehadiran mak tapi bila mak panggil2 namaku, aku tak menjawab. Kaku diam aje langsung tak respond atau menyahut pastu aku tiba pandang mak dengan mata merah menyala terus gelak2 dan mengilai. Mak terkejutlah, mak tak berani nak buat apa2, mak tinggal sorang, Abang pulak kena rasuk.

Mak berlari masuk bilik terus call ayah suruh pulang cepat Abang kena rasuk. Ayah cakap dia sudah dalam perjalanan pulang, sekarang sudah sampai Melaka. Mak tunggu sehingga masuk azan Subuh tapi Abang tetap sama mak dapati abang tidur dengan mata terbuka. Mak tak buat apa2. Sebaik lah pagi ini mak lihat abang sudah baik. Alhamdulilah. Lega hati Mak.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
BOTAK

3 thoughts on “PONTIANAK AJAK KAHWIN VOL.5”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.