Hi geng. Kita bersua lagi bersama Ahmeng. First of all aku nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan kisah pengalaman aku seraya menjadi medium untuk aku luah apa yang aku simpan dalam hati. Kurang lah sikit tekanan daripada pendam je. So geng, aku nak share kisah rumah sewa aku diuji dengan pelbagai gangguan. Banyak persoalan bermain dalam fikiran pasal gangguan ni hingga akhirnya secara tak sengaja kami menemukan sesuatu yang tak pernah terfikir pon ia berhubung kait dengan situasi yang kami alami. Okay here we go. Be seated and ready for take off…
Sejak pkp, aku belum berkesempatan untuk pulang ke tanah air. Dan selama setahun ni dah tiga ke empat rumah aku berpindah. Sebelum ni aku kerap berpindah dari bilik ke bilik atas beberapa faktor tertentu. Sampai lah aku jumpa satu rumah ni yang dihuni oleh 4 orang rakyat kita yang turut terkandas di sini. Aku tak pernah kenal dorang. Masing-masing bekerja lain bidang. Cuma kenal setelah aku join menyewa sekali. Rumah ni ada 3 bilik. Master bedroom dihuni oleh adik-beradik, Zack dan Ijat. Then bilik kedua dihuni aku dengan roommate aku, Ajib. Roommate aku ni pon aku baru kenal kat sini. Manakala satu bilik lagi dihuni oleh Adul seorang.
Gangguan pertama berlaku pada bulan kedua aku stay sini ketika aku baru balik kerja malam sekitar jam 2 pagi. Biasanya bila aku balik waktu macam ni semua orang dah tidur. Tapi tak pada malam tu, Ajib masih leka termenung di dapur. Aku pun bancuh la coffee dan join lepak sekaki. Malam tu takde la rancak sangat aku bersembang dengan dia sebab aku perasan reaksi Ajib pelik. Dia cuma sengih setiap kali aku habis bercakap. Sangat berbeza dengan sifat semulajadi dia yang suka bercerita tapi malam tu dia cuma jadi pendengar. Habis sembang aku nak masuk tidur, waktu aku masuk je dalam bilik aku nampak sekujur tubuh berselimut sedang tidur di katil Ajib. Aku terfikir kalau ni Ajib jadi siapa yang kat dapur tadi. Aku yakin yang tidur ni Ajib sebab dengkur dia dah sebati dengan telinga aku. Aku kembali semula ke dapur nak confirmkan betul ke aku bersembang dengan seseorang tadi. Dia dah tak ada kat situ. So benarlah yang bercakap dengan aku tadi tu bukanlah diri Ajib yang sebenar. Meremang bulu roma tapi masa ni aku tak rasa takut sangat sebab ni bukan kali pertama aku bercakap dengan ‘jelmaan’ (refer Malam Misteri).
Kali kedua berlaku selepas dua minggu kemudian. Adul terdengar bunyi bising kat dapur macam ada orang tengah masak. Tapi bila dia keluar, takde siapa pon kat dapur. Kejadian ni berlaku sekitar jam 10 malam. Masing-masing masih belum tidur tapi kitorang tak dengar apa-apa. Cuma Adul sorang yang dengar bunyi bising tu. Tak berhenti di situ, bunyi tu sekali lagi muncul dari dapur ketika Adul on the way ke bilik. Takut punya pasal, dia berlari sampai tersalah masuk ke bilik aku. Aku dengan Ajib tercengang tengok riaksi Adul yang sedang mengah terpinga-pinga silap masuk bilik. Lepas dia jelaskan apa berlaku, kitorang bertiga cuba pergi ke dapur untuk memeriksa keadaan. Aku terfikir adakah ini perbuatan makhluk yang sama yang bersembang dengan aku hari tu.
Perlahan-lahan kami melangkah ke dapur yang sedang gelap. Suis lampu dipetik. Pandangan kami serta merta tertumpu pada satu tingkap exactly kat depan kitorang. Seorang wanita berambut kusut berada di luar tingkap memandang tepat ke arah Adul. Kitorang punya terkejut lintang-pukang lari dari situ. Kali ni aku dengan Ajib pulak terikut Adul masuk sekali ke bilik dia. Maka bertafakur lah kami bertiga selepas berfikir kembali yang rumah kitorang ni kat tingkat lima dan perempuan tu berdiri di luar tingkap. Aku kesian kat Adul sebab dia ni lemah semangat. Sedang tenang kami berselawat, perhatian aku tertarik pada apa yang dibaca Adul, “Tab.. Tab. Tabbatyada……” terus aku dengan Ajib tak jadi takut hahaa.
Ada sekali tu aku tengah makan tengahari dengan Ijat dan Adul kat dapur. Tengah syok kitorang bahan Adul tiba-tiba ada satu budak kecik perempuan berlari dari arah ruang tamu ke dapur. Muka dia tak menakutkan. Comel je dia lari gelak-gelak macam budak lari kena kejar dengan kawan. Nampak macam real sampai lah dia tembus di dinding dapur. Serta-merta suasana bertukar sepi. Kami berpandangan antara satu sama lain dan untuk kesekian kalinya kitorang bertempiaran lari dengan tangan tak basuh keluar rumah. Lepas hampir sejam tangan pon dah kering dengan bau kari menerjah hidung baru la kitorang ada keberanian untuk masuk rumah. Tu pon sebab nak basuh tangan dan bersiap then kitorang keluar balik pergi merayau. Malam tu kitorang balik agak lewat. Sebelum masuk rumah, makcik jiran ada tegur kitorang jangan bising sangat malam-malam ni. Tadi terlalu riuh sangat sampai baby dia menangis. Kitorang blurr kejap. Mana ada orang kat rumah. Kan kitorang semua keluar. Ahh sudahh.
Next, berlaku di satu hujung minggu masa kitorang berlima tengah lepak main poker dalam bilik Zack. Tengah syok kitorang bersuka ria, tiba-tiba pintu bilik terbuka perlahan seraya memperdengar sebuah alunan muzik. Piano antik milik tuan rumah bermain perlahan di ruang tamu. Nada ketukannya bermula lembut dan gradually menjadi semakin laju dan kuat bagai dihempas. Terus masing-masing toleh ke arah aku sebab dalam rumah ni hanya aku yang main piano. Melodinya kejap rancak kejap sayu. Hingga lah satu part ni kedengaran sangat familiar. Malam tu kami berlima menjadi saksi melihat piano tu bermain sendiri. Satu demi satu note tenggelam seiring dengan irama yang terhasil. Seram sejuk bila tersedar piano tu memainkan lagu yang aku pernah main berdasarkan rujukan piano sheet yang diberikan oleh pakcik tuan rumah.
Piano kayu ni dah agak usang tapi masih mampu berfungsi dengan baik. Selalu jugak lah aku main. Even tuan rumah sendiri provide aku satu buku piano sheet bila dia tau aku boleh main. Cuma aku tak pernah bertanya bila kali terakhir piano ni dimainkan atau diselenggara. Bila dah terlalu teruja dapat piano mana terfikir nak tanya macam tu. Sejak kejadian tu, aku tak berani dah nak sentuh piano ni lagi. Malam tu kami berlima tidur dalam bilik Zack. Dah rasa macam duduk dorm pulak bila semua tidur buas berhimpit berguling.
Selang beberapa hari lepas kejadian piano, kitorang decide nak cari rumah lain. Masa dok berbincang nak cari rumah lain ni lah masing-masing meluahkan yang diorang pon diganggu dengan pelbagai cara sebelum aku dan Ajib berpindah masuk. Ada yang teman borak masa makan. Ada yang nampak kelibat dan bayangan. Zack pernah kena waktu dia masak ada orang hulurkan bahan. Tangan orang tu hitam legam berkedut. Bila dia angkat kepala nak tengok siapa yang hulur, tak ada orang pon kat depan dia.
Aku difahamkan bekas penyewa bilik aku tu berpindah keluar sebab diganggu jugak. Diorang kerap dengar suara perempuan menangis. Sembang punya sembang, kitorang dikejutkan dengan bunyi kuat kaca berderai. Satu bingkai gambar terjatuh betul-betul hampir dengan kitorang yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Dia punya terkejut masa tu sampai Ijat melompat peluk Adul. Dah la tengah cerita pasal mistik. Time ni la dia nak jatuh. Takde time lain ke dia nak jatuh. Zack angkat semula bingkai gambar tersebut sambil kami yang lain sama-sama kemas kaca yang berderai. Ianya sebuah potret seorang wanita yang tak berapa jelas. Mungkin lapuk ditelan usia.
Masa Zack angkat bingkai tu Adul perasan macam ada sesuatu yang tak kena pada gambar. Kami amati gambar tu. Seolah terdapat satu penceritaan di sebalik karya. Lukisannya tak berapa jelas dan terdapat beberapa kesan tompokan warna merah yang seakan kesan d***h. Bahagian mulutnya pula berlubang. Secara tak sengaja, Adul tertarik satu benang yang terkeluar dari bingkai. Benang tersebut terus mengoyakkan gambar dan menyerlahkan satu lapisan kertas di belakang yang di dalamnya terlekat satu compact disk. Masa ni masing-masing cuba jadi Sherlock Holmes membongkar rahsia di sebalik seni dengan teori masing-masing kononnya dalam cd ni tersimpan procedure ritual mistik. Ada yang kata kat sini tersimpan peta yang membawa kepada harta karun yang disembunyikan. Macam-macam lah semua berimaginasi. Dengan aku sekali terjebak. Akhirnya Ijat pilih untuk cuba buka cd ni guna laptop dia.
Cd dimasukkan ke dalam peranti. File diakses. Ternyata dalam cd ni tersimpan beberapa gambar dan video seorang wanita. Ada satu video dalam tu memaparkan wanita tersebut bermain piano yang sama kat rumah tu dengan lagu yang sama yang bermain pada malam kitorang main poker tu. Dalam video ni jugak ada memaparkan budak-budak bermain. Dan salah seorang dari mereka adalah budak yang kitorang nampak berlari ke dapur tu. Di penghujung video, perempuan ni meracau, kamera terjatuh dan rakaman ditamatkan. Kami letakkan kembali cd pada tempatnya dan tampal semula gambar yang terkoyak tadi. Ternyata ia adalah potret wanita tadi.
Selama ni tak ada siapa pun perasan kewujudan potret ni hinggalah benda ni jatuh berderai. Kami call tuan rumah bagitau potret ni jatuh dan koyak seraya minta maaf atas kerosakan. Selang sejam, tuan rumah sampai dan terus memeriksa keadaan potret. Pakcik ni bertanya sama ada kami ada buat sesuatu ke dengan potret ni. Semua menafikan dan menjelaskan ia terjatuh sendiri. Tiada siapa yang berani mengaku pasal penemuan di sebalik gambar. Akhirnya pakcik menceritakan kisah di sebalik lukisan ni.
Lebih kurang macam ni lah, potret tu adalah gambar anak dia. Budak kecik tu pulak adalah anak kepada wanita tersebut merangkap cucu pakcik ni. Rupanya lagu yang bermain pada malam kejadian tu adalah lagu yang sering dimainkan oleh arwah anak pakcik ni semasa hayatnya. Piano sheet yang dia bagi aku tu milik anak dia. Piano kuno tu dah lama tak disentuh sejak arwah meninggal. Bila pakcik ni tau aku boleh main piano, dia teringin nak dengar lagu yang anak dia main dari piano tersebut. Cd tu pulak pakcik sengaja sorokkan kat dalam bingkai gambar tu sebab dia taknak isteri dia selalu mainkan rakaman tu. Nanti diorang rindu. Isteri pakcik ni pernah meracau sebab terlalu rindu.
Hal ni mengingatkan aku kepada kejadian yang hampir sama dengan bilik yang pernah aku sewa sebelum ni (refer Kamar Binasa). Dua-dua mengalami kehilangan. Cuma mereka selesaikan dengan dua kaedah berbeza. Aku tak sure apa kaitan kisah keluarga ni dengan gangguan-gangguan yang kami terima. Based on the video wanita tu terlebih dahulu menerima gangguan kalau tengok balik pada penghujung rakaman. Entah lah. Yang pastinya kami tetap akan berpindah ke rumah lain tapi still akan contact pakcik ni. Pakcik ni baik sangat dengan kitorang so tak tergamak nak lost contact macam tu je. Waktu kitorang pokai dengan kos sara hidup masa awal pindah dulu pakcik ni la yang selalu supply barang dapur untuk kitorang masak.
Sebelum kitorang pindah, Zack ada jemput sorang ustaz datang ke rumah untuk scan Adul. Adul demam seminggu. Dia kata dia kerap nampak kelibat wanita berambut panjang cecah lantai. Ingatkan demam biasa. Bagi panadol tak jalan so kita cuba ikhtiar cara lain. Lepas habis sesi merawat, ustaz jelaskan benda tu ikut Adul balik. Dari situ la Adul dapat macam-macam gangguan. Dan kat rumah ni bukan hanya ada satu ‘wanita’ tetapi dua. Satu mengikut Adul, satu lagi dia tak kacau orang tapi ustaz tu tak pasti dia ikut siapa. Aku menoleh keliling, seperti aku sangka yang lagi sorang tu adalah Yan (refer Dimensi Hijab). Aku tak terkejut dengan kehadiran dia dalam situasi macam ni. Dia jarang muncul tapi dia selalu ada dalam kebanyakan pengalaman mistik aku. Kadang dia bagi aku hint tentang sesuatu bahaya yang akan berlaku. Aku tak nafikan dia ada menyelamatkan aku dalam beberapa situasi (refer insiden candi Dimensi Hijab).
Tapi aku sebagai muslim tak boleh bergantung kepada selain Tuhan yang satu. Yang terbaik aku boleh buat adalah assess setiap hint atau nasihat yang dia bagi (refer insiden pulangkan patung Sumpah Mimpi). Aku takkan sebarang ikut tanpa penilaian sewajarnya. Mata batin aku selalu terbuka, tapi akan menghilang bila aku melihat Yan di situ. Ada hikmahnya aku boleh nampak dia. Okay berkenaan Yan nanti aku akan tulis satu story lengkap pasal dia bila semuanya dah selesai. Berkenaan potret tu, ustaz ni syak kesan tompokan tu ada kena mengena dengan makhluk-makhluk yang mengganggu rumah. Tapi tak ada apa-apa yang kitorang boleh bantu memandangkan kitorang nak berpindah. Pakcik sendiri tak pernah bukak cerita pasal kesan tu so rasanya lebih baik kita jangan masuk campur. Takut jadi makin melarat.
Setelah 4 bulan menyewa kat rumah ni, akhirnya kami berpindah ke rumah baru. Sekarang dah 2 bulan kami menetap di sini. So far Alhamdulillah tak ada apa-apa gangguan. Housemate aku pon dah rajin mengaji. Adul dah jadi berani. Chill je tengok Conjuring sorang-sorang kat rumah. Aku macam biasa, masih dalam proses mengawal pandangan mata batin. Mimpi sumpahan pon pernah dapat dua tiga kali je. Kesemuanya berjaya diselesaikan dengan kerjasama pihak terlibat. Kesimpulannya kat sini, malang tak berbau. Dah kena baru tau. Sila cakna dan jaga diri baik-baik. Sekian, Salam Ramadhan Mubarak and stay safe.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
cepat ahmeng, tulis lg .., kisah full yan tu
Belum tiba waktunya.. masih ada yang perlu diselesaikan before boleh tulis pasal ni.
Best!
Penulis yang sentiasa di tunggu2 ceritanya. Salam Ramadhan Mubarak and stay safe untuk awak juga Ahmeng!
The best writer ever selain dpd dammerung 👍🏼 Jarang komen dlm FS tp each ur story boleh imagine and im feel the goosebump. Please teruskan berkarya or luahkan perasaan di sini hahaha. And stay safe ya!
mana nya siri pulangkan sumpah mimpi tu ahmeng oiiii
Yang ni takde siri.. just mimpi orang minta tolong tapi tak banyak pasal mistik.
Rindu SG. Dulu habis kerja selalu pergi Changi sbb dari tempat keja ke Changi xsampai lima minit. Seronok lah you sbb masih boleh kerja bidang aviation. Rindu nk naik motor lalu SLE-TPE dgn tunnel bawah laut naik motor sambil blast earphone kuat2 layan angin mlm SG. You dah pergi Fort Canning? Situ best tapi seram sikit. Take care dkt SG. Semoga Allah sentiasa melindungi you & memberi kebahagiaan kepada you dimana saja you berada Ahmeng.
Terkenang pula kepada “kucing kelabu” semasa membaca kisah-kisah Ah Meng NIE. Semoga sihat dan dilindungi selalu. Kami sabar menanti kisah Yan.