Pukul 3 Pagi pintu diketuk. Bila buka tercegat sekujur pocong di hadapan

Assalamualaikum & salam sejahtera semua pembaca. Kali ni aku nak kongsikan cerita seram 4 5 tahun yang lepas semasa aku sambung belajar di ibu negeri Johor. Ok, marilah kita mulakan.


Pada suatu hari, time ni dalam 3 hingga 4 pagi, kami dalam 5 orang memasing busy siapkan assignment, maklumlah dah dekat due date. Masing masing jenis buat kerja last minute itu yang gelabah biawak siapkan kerja. Sambil siapkan kerja, sambil layan lagu lagu broken, jiwang. Padahal semua sendu, single. Sedang syok layan lagu, aku bahan kau, kau bahan aku, tiba tiba pintu rumah di ketuk. “Gang, Gang, Gang”. Dengan kuatnya macam nak roboh pintu.


Dalam kepala fikir member datang rumah, sebab member member je yang jenis ketuk rumah orang bagai nak roboh ni. Dengan tak bagi salam nya. Masing masing tak pikir bebukan time tu, maklum lah tengah mood happy2 belaka. Pintu diketuk berkali kali, masing masing sekor pun taknak bangun p bukak, malas. Memandangkan aku je yang bersila atas sofa, yang lain meniarap kat lantai, terpaksalah aku mengalah bangun p buka pintu.


Dah bangun p buka pintu dah bagus dah, mulut pulak tak bagus sambil maki2. “bodohlah datang rumah malam2 nak apa ntah.” Begitulah kira kira. Sampai je depan pintu, aku tarik daun pintu dengan laju nya, (dalam hati standby nak maki dah member member ni, huhu) tapi, dh bukak pintu, zapp nyawa hilang sekejap. Seketul pocong berdiri betul betul depan grill rumah.


(Lupa nak cakap, rumah kami apartment. Standard apartment akan ada grill setiap rumah.) haa, dah bukak pintu Nampak bunjut, aku apa lagi. Cepat cepat tutup pintu. Jalan laju laju terus duduk atas sofa. Member semua dah usha pelik sebab yela, buka pintu pastu menung. Aku ni satu badan dah gegar goyang habis memikirkan kepocongan didepan mata tadi. Dengan bau macam taik lembu, muka hitam, kulit muka macam kena siat siat, mata kosong lopong macam tu, mana tak gigil aku.


Dalam 2 3 minit jugaklah aku diam sambil menung. Lepastu baru aku bukak cerita pada member member aku. Masing masing ikut goyang lah, dah semua taknak sambung buat assignment. Yang lagi tak masuk akal, kenapalah tak teringat yang rumah ada grill, macam mana orang nak ketuk pintu, sebelum ni member member goyang grill je kalau grill kunci. Mana sampainya tangan manusia nak ketuk pintu kalau jarak pintu dengan grill dah sedepa. Hmm. Lepas daripada incident tu, takde apa pun yang berlaku, takde demam ke apa. Cuma muka cik pocong tu lah selalu terbayang. Huhu. Ok, sampai sini sajalah cerita nya, maaf kalua tak seram and susunan ayat pening. Dulu karangan BM tak pernah siap. Hm
Assalamualaikum -anakabah-

anakAbah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 69 Average: 4.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.