Pusak-Bujang Senang

Setelah memejam mata selama beberapa saat untuk meminta hajat. Puteri membuka matanya dan..

Pandangan Zakir kini adalah ibunya dan makanan-makanan yang mulai diangkat oleh pelayan istana. Wayang masa silam tamat. Zakir kembali ke jasadnya.

“Ibu..apa hajat ibu sebenarnya?” Zakir curiga.

Ibunya hanya tersenyum dan menoleh ke arah Taring Besi seolah mengarahkan Taring Besi menjawab perosalannya. Taring Besi mengangguk. Perasaan ingin tahu Zakir membuak-buak.

“Ekot kamek”
(Ikut saya) Ajak Taring Besi.

Zakir berdiri dan mengekori Taring Besi. Zakir mengekorinya sambil menoleh sekeliling. Banyak ayat suci Quran yang warnanya berubah-ubah umpama LED raya di dinding istana. Rupanya alam ini menganut agama Nabi Ahmad yang suci.

Zakir baru teringat, solat Zohor belum lagi ditunainya. Zakir cuba menyapa Taring Besi yang berada dihadapan namun belum sempat tangannya menyapa bahu Taring Besi, Taring Besi menoleh dan berhenti serta-merta.

“Kita jemaah dolok”
(Kita jemaah dulu) Senyum Taring Besi.

Terdapat masjid yang bawahnya air jernih, seakan berdiri di atas air yang lokasinya bersebelahan istana. Malah dindingnya dari kristal yang lutsinar. Sekeliling masjid pula parit jernih dari sungai berdekatan.

“Susah la nak khusyuk mun nangga view kacak camtok.hehe”
(Susah la nak khusyuk kalau tengok view cantik camni.hehe)

Zakir girang dan takjub melihat panorama dalam masjid yang menenangkan.

Taring Besi berwuduk di parit jernih tepi masjid dan mengerling ke arah Zakir.

“Dapat hakikat solat, insyaAllah apa pun mendatang, khusyuk akan ada”

Dengan nada tenang Taring Besi berbicara. Zakir teringat kepada guru silat juga guru yang mengisi rohaninya. Tersentak jugak Zakir dengan kalam Taring Besi.

“Allahuakbar!” Solat telahpun didirikan.

………………..

Tiba di belakang masjid, pokok-pokok memayungi sekeliling masjid. Setiap pokok bersaiz tiga pemeluk lelaki dewasa. Daunnya pulak sebesar telapak tangan manusia. Ada beberapa pokok yang berbuah. Yang menarik perhatiannya adalah epal keemasan kulitnya.

Zakir terpegun. Rahsia alam sukar ditafsirnya. Benar kata mereka, ilmu Allah jika ditulis dengan pen yang berdakwatkan air laut nescaya masih tidak mampu ditulis semua ilmuNya.

“DIA bukan seperti apa yang kau fikirkan”

Zakir menoleh.

Tiada sesiapa melainkan seekor makhluk yang Zakir kenal sangat.

“Oren?” Terkejut beruk Zakir.

Oren menjilat tangannya. Bulunya tetap kemas dan mulus seperti dulu.

“Papolah kau sitok Oren?”
(Apa kau buat di sini Oren?)

Zakir mendekati Oren. Zakir perasan fobianya terhadap kucing sudah tiada. Oren dibelai lembut sambil Zakir mencari si Taring Besi.

Zakir bersin!

“Hacuuuu!!..Alhamdulillah”

“Yarhamukallah”

Oren telah berubah!

“Kau duhal!”
(Kau rupanya!)

Taring Besi tersenyum.

“Kamek dihantar untuk keselamatan putera kamek” kata Taring Besi.

Zakir terkedu. Rupanya selama ini Taring Besi lah yang memantau keselamatan dia dan Umi. Patutlah perangai Oren agak bossy sikit.

“Tuanku!” Panggil si Taring Besi.

“Sikboh tunggah aku Tuanku, aku Zakir”
(Jangan panggil aku Tuanku, aku Zakir)

“Maaf, kitak adalah putera waris kepada Kerajaan Pusak yang memerintah alam tok dan Sarawak Purba..selayaknya kamek tunggah Tuanku”
(Maaf, awak adalah putera waris kepada Kerajaan Pusak yang memerintah alam ini dan Sarawak Purba..selayaknya saya panggil Tuanku)

“Sarawak Purba? Apa benda Sarawak Purba?” Gelak Zakir.

“Kaum kita yang memerintah Sarawak dengan bantuan kesultanan lamak Sarawak”

“Buktinya? Sikda dalam sejarah pun?”

“Dalam silabus sejarah,teori mengatakan ada Charles Brooke terjumpa pusak lalu menamakan bandar kita bandar Kuching..betol?”

“Aok”
(Ya) Zakir mengangguk.

“Rasa-rasa Tuanku, apa sebab nama kita kaum Pusak dan apa sebab bandar Kuching dinamakan Kuching? Ada nampak hubung kait?”

Zakir menggaru kepalanya. Tabiat dari kecil apabila proses menghubungkan sel-sel otak sedang berlangsung.

“Pusak maksudnya kucing.. Kuching…pusak..adoi” Zakir bingung.

Taring Besi gelak dek terhibur dengan puteranya.

“Kita dan Kesultanan Sarawak Purba adalah saudara..cuma berbeza alam”

Zakir baru faham. Rupanya orang Melayu Sarawak sayangkan kucing disebabkan faktor ini. Itulah rahsianya. Berlakunya asimilasi Brunei-Sarawak-Indonesia tidaklah benda yang mengejutkan. Hakikat bangsa Pusak membantu kesultanan adalah benda yang mungkin hanya Zakir saja yang tau dalam jutaan orang.

“Tuanku Putera Taring Pawana..”

Zakir pelik.

“Itulah nama Tuanku di alam ini..”

Taring Besi membuka langkah. Kekudanya rendah. Perlahan kedua tangannya menyentuh tanah dan bergerak umpama kucing liar.

“Tuanku..sebagai waris bangsa Pusak..kamek akan ajarkan silat Cakar Pusak…”

Zakir berdiri tegak dan tangannya seperti qiam solat. Menunggu rentak Taring Besi.

“….untuk membuktikan hanya kita Pusak yang boleh menundukkan Sang Sisik Saka!”

Taring Besi melompat ke depan mara cuba mencakar Zakir, Putera Taring Pawana.

Zakir memotong cakaran dengan tangan kiri dan langsung tangan kanannya menumbuk ke arah dada kanan. Namun Taring Besi menunduk dan tumbukan Zakir dapat dielakkan. Langsung, Taring Besi melibas kakinya ke kaki kiri Zakir.

Terjatuh Zakir!

“Rahsia yang Puteri sudah dapatkan adalah lokasi dan cara bangkitkan Sang Sisik Saka”

Bunga Pusak diatur kemas. Langkah Taring Besi cantik. Tak ubah seperti kucing yang menanti masa untuk menerkam tikus. Senyap dan teratur.

“Sang Sisik Saka? Sapa ya?”

Zakir bangun perlahan. Zakir terus membuka gerak buah pukul Pukulan 12 yang masyhur di Sarawak.

“Heheh..Dia pantas..panjang.. bersisik..licik…kejam..gelap” Kata Taring Besi.

Perbualan serta pertarungan membuatkan Zakir teradaptasi dengan pencak yang diguna pakai oleh Taring Besi. Dari pertarungan bertukar rentak. Kini Zakir mengikut gerak tari Taring Besi. Seperti latihan pesilat yang kebiasaannya. Taring Besi umpama guru silat yang mencurahkan segala ilmu kepada muridnya, Zakir.

Puteri Santun Puteh memerhati jauh dari tingkat atas istana. Lega hatinya pabila anaknya sudah tahu hajat yang dipinta dengan Tongkat Nabi Musa. Sekarang, hanya tinggal satu benda hendak diselesaikan.

….………

“Kita akan bergerak beberapa ari lagik..” Titah Puteri Santun Puteh.

Para rakyatnya mendengar dan taat. Semua mereka tiada bantahan. Titah ibu mereka semua adalah wajib dilaksanakan.

“Kita akan ke Pulau Puaka!”

Semua bangkit dan bersemangat! Lantas mereka menyediakan kelengkapan yang sepatutnya untuk ke destinasi seterusnya. Kelihatan Taring Jati di atas kapal besar mengarahkan para anak kapal untuk menyediakan persiapan sebelum pergi. Taring Besi pula setia bersama kedua Zakir dan ibunya untuk mendengar segala yang patut dijalankan.

Pulau Puaka jika dari Tanah Pusak perlu menggunakan laut, tiada jalan lain yang boleh menghubungkan pengunjung. Perjalanan mengambil kira-kira 3 hari untuk sampai.

Hanya separuh yang tinggal dan separuhnya dipilih untuk pergi bersama rombongan. Menurut Taring Besi kepada Zakir, populasi mereka adalah lebih kurang 100 orang. Tidak ramai dan tidak pernah tua. Hanya ajal yang boleh menjemput bila-bila masa sahaja.

Kapal berlabuh! Gendang dibunyikan! Yang tinggal untuk menjaga pentadbiran istana adalah Taring Wira, seorang yang pendiam tapi sangat mahir dengan selok-belok istana. Fizikalnya agak besar berbanding pahlawan yang lain. Taatnya jangan dikira, lebih kurang seperti Taring Besi dan Taring Jati.

…………..

Puteri Santun Puteh termenung jauh. Angin laut menghembus rambut dan selendangnya. Awan menghiasi karpet biru di atas nun. Peperangan yang sudah lama berlangsung sejak zaman ayahnya memenatkan jiwa. Di benak hatinya merindukan zaman sang maharaja iaitu ayahanda nya, Taring Maha.

“Ibu..”

Zakir rupanya

“Anakku..sitok”
(Anakku..sini) Pelawa sang ibu kepada anak lelakinya.

Zakir siap berbaju Lam Alif putih. Tanjaknya merah di mana pucuknya di sebelah kiri hanya untuk raja-raja. Bersamping hijau dan berseluar kuning senteng. Seluar pesak Gunting Cina menjadi pilihannya.

“Gap anak ibu eh”
(Segak anak ibu eh)

“Hehe..terimak kasih ibu..bu”

Ibunya menunggu luahan dari mulut Zakir.

“Ibu..bukan raja pakey rona kunin ka?” Zakir menggaru kepala. Tabiat.

Tergelak Puteri Santun Puteh.

“Sik semestinya..sepatutnya nang kunin..tapi ibu tauk Zakir mesti suka rona lain kan?”
(Tak semestinya..sepatutnya memang kuning..tapi ibu tau Zakir mesti suka warna lain kan?)

“Hehe..colourful best bu”

Ibunya hanya senyum. Terhibur melihat anaknya yang dikasihi. Lantas tangan Zakir dipeluknya. Protokol istana dilonggarkan agar anaknya fokus kepada kasih sayang.

“Anakku..perang bila-bila boleh berlaku..siap siaga kita..moga Allah bersama kita..jangan lupak selawat ke atas Nabi besar kita nak”

Zakir mengangguk. Apa-apa berlaku, ibunya adalah keutamaannya sekarang. Rindu kepada ibunya sudah dapat diluahkan. Bukan status raja yang diinginkan, tapi kasih ibu bapa. Alangkah gembiranya andai ayahnya masih hidup .

“InsyaAllah lepas ke pulau,urusan lebih ringan dan mudah” Sambung ibunya.

Zakir hanya berdiam dan mengaminkan saja apa yang dihajati ibunya. Sudah hari ketiga, bila-bila saja
Pulau Puaka akan dijumpai.

BAMM!!!

Terjatuh kebanyakan yang berada di atas kapal!
Kapal mereka melanggar pulau yang entah dari mana kewujudannya.

“Pulauuu!” Jerit salah seorang anak kapal.

“Kita dah sampei?” Tanya Puteri yang sudah berdiri.

“Agaknya? Ekot peta dekat dah..mungkin sampei dah ?” Balas Taring Besi.

Belum sempat menjenguk, pulau tersebut bergerak menjauh dan kembali memecut dan melanggar kapal!

BAMM!

Berhamburan segala barangan dan anak kapal. Taring Besi berlari dari belakang kapal dan melompat jauh untuk mendarat ke atas pulau pelik tersebut. Zakir mendapatkan ibunya yang terbaring

‘Pulau apa tok?’
(Pulau apa ni?) Getus hati Taring Besi.

ZAPPP!!

Terpelanting kembali ke kapal Taring Besi!

Pulau tersebut melibasnya. Ada ekor!

“Sialan kamu yang melanggar aku!”

Suara nyaring dari pulau memarahi mereka yang berada bersama kapal tersebut.

Muncul mata besar berselaput hitam dari lautan. Perlahan-lahan satu kepala muncul!

Boyakkkk!!
(Buayaaa!!) Jerit mereka.

Kesemua bersiap sedia dengan parang dan pelindung mereka.

“Siapa kau?” Tanya Puteri Santun Puteh.

“Hmmmm”

BAMM!

Libasan ekor besar mengenai atas tiang kapal!
Tiang itu patah bersama layarnya.

Buaya air masin gergasi tersebut aggresif melulu.

“Kalian mestinya ingin menyakiti aku bukan? Jahanam!” Jerit buaya.

“Bukan! Sikda niat ke sia!”
(Bukan! Tiada niat ke situ!) Jerit salah sorang dari mereka yang berada di atas kapal.

Buaya tersebut terdiam. Fizikalnya sebesar pulau kecil berwarna putih. Belakangnya ditumbuhi pokok dan lumut umpama pulau.

“Jadi apa tujuan kalian?”

“Kamek nak ke Pulau Puaka!” Jerit Taring Besi.

“Gila! Maut ada disana! Apa kalian dah gila?”

“Bukan! Niat kamek mencari rahsia Sang Sisik Saka..ada urusan” balas Puteri Santun Puteh.

“Bukti? Jangan main-main!”

“Zakir..tunjuk tangan kanan!” Perintah ibunya.

Zakir yang masih keliru hanya menurut. Tangan kanan di hala ke hadapan.

“Genggam!”

Zakir mengangguk. Tangan kanan yang dihala ke depan digenggam.

Ibunya merenung tajam ke arah penumbuk.

Muncul Cincin Perak di jari Zakir. Seperti yang Zakir lihat ibunya dapatkan dari Gua Ular!

Cincin Raja Nyawa!

Buaya menenggelamkan dirinya. Hilang.

Tiba-tiba..

Kapal terangkat dan bergerak laju. Hampir-hampir terjatuh para anak kapal.

Rupa-rupanya, buaya gergasi yang membawa kapal bergerak melungsur lautan.

“Bujang Senang patuh pada empunya Cincin Raja Nyawa!”

Zakir hairan sejak bila cincin itu ada di jarinya. Rupanya, baru Zakir teringat ketika ibunya menjenguknya sebelum ibunya kembali ke alam asalnya ketika Zakir masih kecil, ibunya meletakkan cincin di jarinya dan ‘disembunyikan’ dari pandangan manusia termasuk Zakir.

‘Bijak sungguh perancangan ibu’

Zakir memandang ibunya yang kembali tenang di ruang dalam kapal.

“Pulau! Dah nampak!” Jerit anak kapal.

Zakir melihat ibunya. Keduanya mengangguk dan senyum. Apakah yang bakal ditemui?

Bersambung…

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

SyafiqFathi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

16 thoughts on “Pusak-Bujang Senang”

  1. Terbaik.. Rasa mcm tngh tengok movie. Mungkin sbb aq dok imagine keadaan alam tu dlm citer ni. Hahahaha.. Mohon smbung cepat.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.