Pusak- Tongkat Nabi Musa

Sambungan dari Pusak-Tragedi Gunung Santubong

*Kamek:saya, kitak:awak

Berpusing-pusing. Kabur tapi terus berpusing. Makin jelas. Makin nyata. Apa benda yang berpusing? Benda itu lekat di siling rumah.

‘Ah!’

Puteri Santun Puteh terjaga. Dirinya di selimuti kain dan berada di atas tilam nipis yang disusun sebanyak dua lapis. Puteri memegang kepalanya. Bisa terasa. Pening sangat. Puteri langsung melihat benda yang berpusing tersebut.

Selesa rasanya benda yang berpusing tersebut. Menghasilkan angin. Kipas angin adalah benda yang asing baginya. Benda yang berpusing itu tidak lagi menjadi perhatiannya. Dia sekarang dimana? Apa yang terjadi? Satu persatu memori cuba dimainkan di kotak memorinya. Namun tak banyak yang mampu diingatkan.

Zakir setia duduk disamping ibunya. Menunggu kesudahan di sebalik memori ibunya.

Puteri Santun Puteh bangun dan melilau sekeliling cuba mencari jawapan. Lantas melihat tangan kanannya, berbalut kesan luka cakaran Langsuir. Dan paling menyenangkan nya, cincin masih lagi di jarinya. Syukur!

“Dah bangun kitak?”

Puteri langsung menoleh ke arah kanannya. Seorang lelaki berusia 30an berbaju tshirt kolar datang dari arah dapur. Bermisai lebat dan berkulit sawo matang. Rambutnya ikal pendek. Zakir juga menoleh serentak ibunya menoleh. Zakir kenal rumah ini, di Taman Sukma.

Puteri Santun Puteh berundur sedikit melihat lelaki tersebut.

“Bapak” Zakir sayu. Lelaki tersebut ayahnya

“Jangan takut aa..kamek Rosdi..kamek yang selamatkan kitak dari landak besar”

‘Landak besar?’ Keliru Puteri Santun Puteh.

Tapi bila difikirkan memang benar, golongan pontianak selalu menyamar menjadi landak. Agaknya sesetengah orang, hijabnya tebal maka matanya melihat landak walhal rupa sebenarnya pontianak.

“Dah 2 hari kitak pengsan” Kata Rosdi.

Rosdi duduk di ruang tamu. Tersenyum melihat gadis yang diselamatkannya. Rosdi faham. Gadis tersebut masih takut dan masih keliru. Tiada satu pun perkataan yang keluar dari mulutnya.

“Haaa..bangun dah?”

Pertanyaan tersebut dari wanita yang Zakir sangat kenal!

“Kamek Rosmah. Tunggah Umi jak k?”
(Saya Rosmah. Panggil Roslin je ye?)

Rindu Zakir membuak. Seakan lama sudah Zakir terpisah dengan Umi nya.

Ibunya di jaga oleh Rosdi dan kakaknya, Rosmah sehinggalah akhirnya berputik cinta antara mereka. Ibunya menukar nama sebagai Qalsum dan sekadar memberitahu bahawa dia anak yatim dan hilang ingatan. Mereka bernikah setelah hampir 6 bulan kenal. Rosdi bekerja sebagai tentera darat sering juga tak berada di rumah.

Zakir menyaksikan ibunya,Qalsum bunting dan melahirkan Zakir. Ayahnya meninggal dunia ketika Zakir masih 2 bulan dilahirkan kerana operasi di Bosnia. Seolah-olah semua benda yang ditunjukkan kepada Zakir di fast forward ke bahagian yang penting.

Sehinggalah pada suatu hari..

“Puteri Santun Puteh..aku akan mencari kau..dan orang yang kau sayangi akan aku b***h”

Surat yang dihantar melalui gagak hitam dari alam sebelah bercakap dan meletup sebaik saja pesanan berupa ugutan dari seseorang. Entah siapa kurang pasti. Langsuir kah? Raja Jembalang? Atau nenek tua yang misteri itu? Belum pun hilang sedih ke atas pemergian arwah suaminya, sudah datang amaran dari musuh.

Akhirnya, ketika usia Zakir setahun, Qalsum atau nama sebenarnya, Santun Puteh melarikan diri ke Hutan Pergunungan Santubong khuatir akan keselamatan Zakir dan Umi tanpa pengetahuan mereka.Sebelum pergi, sempat Qalsum memberi ciuman dan sesuatu di sebelah katil anaknya yang masih bayi ketika itu. Zakir yang dewasa cuba mengamati apakah barang tersebut namun gagal

Puteri Santun Puteh kembali ke kawasan dia dijumpai arwah suaminya lewat malam. Beliau mencari titik pemisah alam manusia dan alam Dimakhlus. Alam mereka bernama Dimakhlus!
Zakir berdiri tidak jauh dari ibunya.

Ibunya memegang tanah seraya menyeru:

Hai alam seribu alam,
Alam diseru jauh kelana,
Engkau hadir tak tenggelam,
Pintu dibuka sebelah sana.

Terus menerus selawat dibaca.

Seakan-akan alam berputar-putar dan keadaan alam manusia diserap masuk ke dalam tanah yang terbuka lubang sebesar pokok dewasa.

Puteri Santun Puteh juga diserap bersama alam yang lain.

Puteri Santun Puteh membuka matanya.

“M**I KAMU SEMUA!”

Para Pontianak menerpa terbang laju ke arah para Pusak. Berlaku pergaduhan besar antara mereka.
Taring Besi juga turut serta disamping melihat keselamatan Puteri Santun Puteh. Seekor pontianak dicantasnya kepala! Bergolek kepala tersebut!

Pengawal yang lain menjadi separa kucing dengan mata mereka yang tajam kebiruan dan kuku mereka yang tajam. Sengit! Tak sorang pun mahu mengalah di antara kedua-dua pihak!

Langsuir mengambil peluang untuk merampas cincin! Dia menyelusup di antara pergelutan dan menerkam Taring Besi. Di cakarnya Taring Besi dan terjatuh Taring Besi akibat perbuatan Langsuir.

“Lari Puteri!” Jerit Taring Besi.

Rupanya keadaan kembali ke sebelum Puteri Santun Puteh di cakar Langsuir.

Kali ini dia membuka gerak silatnya. Silat Cakar Pusak memang di dalam d***h kaum Pusak. Hebat atau tak lah yang menjadi penentu pertarungan. Tak ubah seperti kucing yang menunggu musuh.

Langsuir menerkam! Puteri beralih sedikit ke kiri dan memukul tangan Langsuir yang kurus itu dengan Buah Pukul Telapak Pusak dengan tangan kanannya.
Langsuir hilang kawalan dan tersembam namun kedua tangannya menahan bumi.

Lantas Langsuir menendang dari belakang umpama kerbau menendang seseorang. Puteri memeluk kaki Langsuir dengan tangan kiri dan lantas melontar Langsuir ke tepi. Berpusing-pusing Langsuir.

Tiba-tiba alam sekeliling berasap kehijauan.

“HAHAHAH! Semuanya kabur!” Satu suara nyaring mengejek. Hatta Zakir juga tidak boleh empihat apa yang berlaku.

Taring Besi serta para kaum Pusak yang sibuk bertarung langsung bersandar sesama sendiri dan mencari Tuan Puteri mereka.

“Tuan Puteri! Tuan puteriiiii!” Jerit Taring Besi mencari puteri mereka.

“Ibuu..ibuuu” jerit Zakir walau dia tahu takkan terbalas panggilannya.

Rupanya yang membuat keadaan menjadi berasapa adalah nenek tua. Dialah Kebayan Gila. Bersamanya sekumpulan toyol yang berwarna merah. Toyol itu bersaiz budak 9 tahun tapi pantas dan licik.

“Aku selama tok merati dari jauh dan menunggu masa sesuai..baruk aku seru kau puteri”
(Aku selama ini memerhati dari jauh dan menunggu masa sesuai..barulah aku seru kau puteri” ujar Kebayan Gila.

“Kau yang hantar gagak?” Tanya Santun Puteh.

“Hahahaha. Iyaaa..saat kau melahirkan anak..kekuatan kau kurang separuh!”

Puteri melilau mencari arah mana kedudukan nenek tua gila itu.

“Dan anak kau akan menjadi kunci kepada semuanya!” Sambung Kebayan Gila.

Memang itu yang di ramal si Kebayan Gila. Menunggu Zakir dilahirkan barulah geraknya dimulakan.

‘Aku? Aku kunci semuanya?’ Hairan Zakir.

Saat semakin membingungkan. Namun, akhirnya para Pusak berjaya mencari Tuan Puteri mereka dengan deria hidu mereka.

“Taring Besi..jaga Puteri..yang lain biar kamek orang uruskan!” Jerit salah seorang pengawal, Taring Jati. Beliau adalah antara pendekar yang boleh diharapkan.

Langsuir dan para pontianak bercakaran sesama sendiri kerana keliru dengan asap yang sudah disihir. Namun Langsuir terbang ke atas dan terbang ke pokok ara yang tinggi dan besar, mencari Kebayan Gila.

“Hoi Kebayan Gila, kau dah tua..jangan kacau urusan kamek orang!” Jerit Langsuir seraya mata nya bertentang dengan mata Kebayan yang hitam semuanya.

“Hahahah..semua bangsa dan puak inginkan cincin Naga Alam dan anak puteri” balas si Kebayan.

‘Naga Alam nama cincin ya?’ Zakir baru tahu nama cincin tersebut.

Taring Besi melilau kiri dan kanan langsung bertanya, “Hari apa hari tok?” (Hari apa hari ni?)

“Aaa..hari ke 30 purnama bulan terakhir!” Jawab salah seorang Pusak.

‘Pintu Gua Ular hanya terbukak 10 tahun sekali selama sebulan..tadik dah tertutup..’

Rancangan hendak balik ke Gua Ular tidak boleh diteruskan.

Zakir menoleh ke belakang. Taring Besi menarik tangan puteri dan berlari. Para Pusak mengikut dari belakang. Dengan deria hidu, mereka mudah mencari jalan lain. Zakir turut berlari bersama.

“Bangsat! Jangan lari!” Jerit Kebayan Gila. Kebayan dan Toyol mengejar kaum Pusak.

Langsuir dan para Pontianak juga tak melepaskan peluang.

Kumpulan Kebayan Gila dan Toyol mengejar mereka dari sebelah kanan belakang manakala Langsuir dan Pontianak mengejar dari sebelah kiri belakang. Mujur pokok-pokok menjadi penghalang untuk musuh kaum Pusak untuk mendekati kaum Pusak dengan senang.

Zappp! Zapp!

Zuss! Zuss!

Kiri dan kanan bunyi pihak musuh mengejar dan menebang pokok yang menghalangi mereka.

Kira-kira 5 minit juga mereka berkejaran dan..

Cahaya di hadapan terang dan luas! Zakir pelik.

Ah! Tanah luas terbentang sudah boleh dilihat dari jauh. Pokok-pokok menunduk sujud dan memberi ruang umpama gelanggang pertempuran.

Yang peliknya, berpuluh jenis makhluk bertempur di dalam gelanggang tersebut! Pelbagai rupa dan bentuk! Ada serupa katak, ada serupa kuda, takmampu Zakir mengingati semua kaum itu.

Kaum Pusak langsung masuk ke gelanggang! Saat sahaja mereka masuk, cahaya ungu disekitar gelanggang terbit menyinari gelanggang yang seluas padang bola sepak hingga ke langit.

Para Pontianak dan Toyol tidak dapat mendekati dan takut. Cahaya tersebut terang membakar yang berniat jahat

“Arghhhh! Kau tunggu Puteri Santun Puteh!” Jerit Kebayan Gila lalu beredar bersama para Toyol.

Melihat keadaan itu, Langsuir juga turut berundur kerana tahu sia-sia saja mendekati pertempuran itu.
Semua mereka beredar dengan kecewa dan marah.

“Taring Besi, sine kita tok? ”
(Taring Besi, mana kita ni?) Tanya Taring Jati.

“Aku sikpasti..tapi..”
(Aku takpasti..tapi..)

Tuan puteri turut hairan apa yang berlaku sebenarnya.

“Tapi aku rasa..kita berada di tengah-tengah Pertandingan Tongkat Nabi Musa!” Sambung Taring Besi.

“Apa? ” Puteri Santun Puteh seakan tak percaya. Pertarungan antara puluhan puak tetap saja berlangsung tanpa menghiraukan kaum Ousak yang baru sampai. Bagi mereka, sesiapa pun yag ada di dalam gelanggang mesti dikalahkan.

Pertandingan yang di adakan sebaik saja Gua Ular muncul setiap 10 tahun. Maka, pokok-pokok akan terbuka dan sujud. Fenomena itu menjadikan sebuah gelanggang untuk mereka yang merebut takhta Tongkat Nabi Musa.

“Sapa yang menang akan dapat Tongkat Nabi Musa dan boleh mintak satu hajat. Apa-apa yang dihajatkan!” Tegas Taring Besi.

“Mun camya, jum menang! Kamek ada hajat”
(Kalau macamtu, jum menang! Saya ada hajat” Pinta Puteri Santun Puteh yang berada di dalam bulatan yang dibuat oleh pengikutnya.

“Baik!” Serentak mereka menjawab dan menerpa ke lawan yang ada.

Taring Jati memilih untuk menewaskan Panglima Katak yang hebat dengan seni kahak likatnya. Ketika itu, si Katak sibuk melawan Pepatung Durjana.

Taring Besi dan Puteri pula langsung melawan makhluk yang entah apa entah. Berbulu sepenuhnya tanpa kita ketahui kemaluan dan wajahnya.

Setiap dari mereka yang terkeluar gelanggang di kira kalah. Namun pembunuhan dilarang sama sekali!

Pertarungan berlangsung selama setengah jam! Kaum Pusak beruntung kerana mereka tergolong dalam spesies yang hebat bertarung. Satu persatu musuh di tewaskan namun ramai juga kaum Pusak yang terkeluar dari gelanggang. Zakir hanya melihat apa yang berlaku. Tiada apa yang boleh dia bantu.

Setelah hampir 45 minit perlawanan, yang tinggal adalah Taring Besi, Taring Jati, Puteri Santun Puteh, Rimau Tompok dan Helang Biru.

Puteri hanya menunggu apabila kedua pahlawannya, Taring Besi dan Taring Jati menerpa dua musuh yang lain. Tuah di tangan mereka, apabila Rimau Tompok juga turut menyasarkan Helang Biru.

Rimau Tompok berlari pantas dan melompat ke atas badan Taring Jati lalu melompat jauh menuju ke arah Helang Biru.

Helang Biru yang terbang langsung terbang ke arah Rimau Tompok. Mereka berlaga dan berguling berusaha untuk mengalahkan sesama sendiri. Rimau Tompok di atas Helang Biru. Rimau Tompok menghadiahkan tumbukan Sang Belangnya! Namun dapat dielak si Helang Biru. Lantas si Helang Biru menumbuk dengan tangan kirinya tapi di genggam tumbukannya oleh Rimau Tompok.

“Arghhhh!! Helang Biru kesakitan apabila tumbukan kirinya di genggam kasar. Remuk tangannya. Lantas, Rimau Tompok mencekik si Helang Biru dan diangkat tinggi. Kedua belah sayapnya dipatahkan. Kejam! Lalu dilontarnya si Helang Biru keluar. Helang Biru pengsan.

Mereka yang kalah ada yang balik, ada yang menyaksikan pertarungan yang berbaki. Taring Besi dan Taring Jati langsung menerpa Rimau Tompok yang jauh lebih tegap dan besar. Tumbukan mereka semuanya di tepis dengan mudah oleh Rimau Tompik. Berlari pantas, Taring Jati gelongsor di tanah dan tindakannya membuat Rimau Tompok melompat. Tatkala itu, Taring Besi menyiku rusuk Rimau Tompok. Menggelupur kesakitan lalu menunduk.

Rimau Tompok cuba berdiri namun tanpa di duga, Puteri Santun Puteh menetak belakang tengkuk si Rimau Tompok dengan tangannya. Rebah.

Mereka gembira. Kaum Pusak menang.

Tiba-tiba muncul cahaya terang. Sedikit demi sedikit jelas nampak tongkat kayu di awangan.

“Akulah Tongkat Nabi Musa”

Kaum Pusak tunduk taat. Cahaya gelanggang beransur hilang.

“Maaf, kamu sik boleh menang”

“Apa?” Semua terkejut dengan kenyataan Tongkat Nabi Musa.

“Tapi kamek orang berjaya kalahkan semua pendekar! Jawab Puteri.

“Benar, tapi pemenang hanya boleh seorang, bukan sekumpulan”

Kaum Pusak melihat sesama sendiri. Zakir juga turut merasa panik.

“AlklKamu semuanmeati bertarung atau aku terpaksa bubar perlawanan” ujar Tongkat Nabi Musa.

Kaum Pusak kaget. Apa patut di buat? Tindakan apa patut di ambil?

“Kalau tiada..baiklah..Selamat ting..”

“Tunggu!” Jerit Taring Jati. Belum sempat Tongkat mengucap selamat tinggal, Taring Jati memotong.

“Aku mengaku kalah” ucap Taring Jati.

Yang lain hairan dan cuba memahami apa yang berlaku. Puteri dan Taring Besi masing-masing melihat sesama sendiri.

“Aku juga ngaku kalah” kata Taring Besi. Agak lambat untuknya memahami rancangan Taring Jati.

“Mengaku kalah boleh bukan?” Tanya Taring Jati.

Tongkat Nabi Musa tidak menjawap.

Tongkat tersebut mulai bercahaya dan cahaya itu meresap ke dada Puteri lalu berkata, “Fikirkan hajatmu dan akan aku tunaikan”.

Puteri memejam mata dan senyum.

Zassssss…

Bersambung

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

SyafiqFathi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

12 thoughts on “Pusak- Tongkat Nabi Musa”

  1. Dulu2 saya suka baca cerita penulis ni tapi sejak kebelakangan ni macam agak susah nak difahami. Maaf ya. Tapi alhamdulillah, nampaknya ramai yang lain masih suka gaya cerita dan penulisan begini, jadi, teruskan berkarya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.