QISTINA

Selamat sejahtera kepada semua pembaca setia Fiksyen Shasha. Aku adalah pembaca setia Fiksyen Shasha bermula pada tahun 2017. Setiap hari aku akan membuka page Fiksyen Shasha untuk mengetahui cerita- cerita seram terbaru. Terdetik pula hati ini ingin menulis kisah seram seorang sahabatku bernama Qistina.

Qistina adalah seorang wanita yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapanya. Malang nya pada saat umur Qistina berusia 16 tahun, Qistina sekeluarga telah mengalami kemalangan dan kemalangan tersebut telah menyebabkan wajah Qistina menjadi cacat. Qistina meraung menangis melihat wajah nya dicermin saat Dokter membuka pembalut wajah nya.

Sebagai seorang sahabat, aku sedaya upaya menceriakan hati Qistina dan memberi semangat agar Qistina terus kuat menghadapi segala dugaan. Aku gembira apabila melihat Qistina sudah mula tersenyum. Tetapi bila Qistina kembali sihat seperti sedia kala dan sudah menghadiri diri untuk hari persekolahan, Qistina mengalami tekanan jiwa yang hebat kerana diejek dan dibuli kawan kawannya kerana memiliki wajah yang Cacat.

Aku selalu mempertahankan Qistina jika Qistina dibuli rakan- rakan sekolah. Terdapat satu kumpulan perempuan yang amat suka membuli Qistina iaitu, Faeezah,Fahzira, Sakina, Effa dan Myza. Mereka selalu mengejek Qistina dengan mengatakan wajah Qistina seperti Raksasa.

Pada suatu hari pada masa tamat persekolahan, Aku dan Qistina telah pergi ke kantin untuk membeli makanan. Bagaimanapun Qistina telah kembali ke kelas kerana dompetnya tertinggal di dalam loker kelas. Tidak disangka rupanya itulah kali terakhir aku melihat wajah Qistina. Semasa Qistina dalam perjalanan kembali ke kelas, Qistina telah terserempak dengan kumpulan pelajar perempuan yang suka membuli nya. Qistina telah diejek sehingga tidak mampu lagi menahan sabar dan terus menampar salah seorang daripada pelajar tersebut iaitu Faeezah. Faeezah naik berang akibat ditampar Qistina dan terus mengejar Qistina. Qistina pun berlari ke jalan raya untuk menyelamatkan diri.

Tanpa disangka, sebuah kereta meluncur laju dan terus menghentam badan Qistina dan dia serta merta meninggal dunia akibat cedera parah dibahagian kepala. Faeezah dan kawan kawannya yang menyaksikan kejadian tersebut berasa sangat takut dan terus melarikan diri tanpa membantu Qistina.
Aku yang mendengar kabar tersebut daripada kawan ku Ariff terus berlari ke bahagian pagar sekolah dan melihat Qistina telah terbaring kaku sambil berlumuran dengan d***h. Aku hanya mampu terdiam dan terduduk melihat keaadaan Qistina yang amat sadis sekali. Keluarga Qistina tidak dapat menerima Qistina m**i dalam keadaan yang menyedihkan terutama sekali ibunya. Ibunya hanya mampu terdiam dan menangis tanpa henti dan tidak mahu berbicara kepada sesiapa pun termasuk ayah Qistina sendiri.

Seminggu setelah kematian Qistina, aku selalu bermimpi arwah Qistina yang merintih kesakitan serta terus menerus memberitahuku bahawa roh nya tersiksa. Dan kejadian aneh mula terjadi di kawasan persekolahan kami. Kerap Kali aku merasakan kehadiran Qistina yang duduk di sebelahku kerana sewaktu hayatnya, Qistina lah yang duduk disebelah ku. 5 sekawan yang selalu membuli Qistina juga aku lihat sudah dalam keadaan tidak bermaya.

Dari cerita yang aku dengar daripada rakan sekelas ku yang lain, mereka mengadu bahawa mereka telah diganggu oleh roh Qistina. Seorang demi seorang mereka telah m**i didalam keadaan yang mengerikan. Fahzira dijumpai m**i menggantung diri didalam bilit, Effa pula telah m**i akibat kemalangan motosikal, Sakina pula m**i lemas ketika pergi berkelah bersama keluarga dan Faeezah pula m**i akibat d*****h dan pihak polis tidak dapat menjumpai pembunuh tersebut kerana pembunuh tersebut tidak meninggalkan kesan.

Aku pula makin kerap bermimpi arwah Qistina, sehinggalah satu malam Jumaat Kliwon ketika aku sedang leka melayani drama Netflix kegemaran aku iaitu The Vampire Diaries bekalan elektrik dirumah ku telah terputus. Aku begitu gabra dan takut sekali kerana pada petang tersebut, keluarga ku telah pergi ke rumah nenek ku dan bermalam disana. Aku terus m**i akal dan cuba mendial no ayahku namun tidak mempunyai signal telefon. Ahhh mungkin akibat blackout kataku didalam hati.

Aku pun memberanikan diri untuk pergi kedapur untuk mengambil lilin di kabinet dapur dengan menggunakan lampu daripada telefon bimbitku. Dalam Cahaya yang samar – samar, aku melihat satu lembaga perempuan dan sosok tubuh nya dari belakang amat aku kenali iaitu arwah QISTINA! Aku membaca ayat dialam hati dan hanya mampu mengatakan kepadanya , Balik lah Qistina ke alam mu, kerana tempat engkau bukan disini lagi. Kita sudah terpisah dengan alam yang berbeza. Kemudian aku mendengar lembaga tersebut menangis sayu dan terus menghilang. Aku terus sedekah kan Alfatihah kepada arwah Qistina. Aku menangis kerana terlalu merindui Qistina. Semoga roh Qistina dicucuri Rahmat. Al Fatihah. Sekian…Semoga jumpa lagi dilain cerita.. Assalamualaikum semua..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

N.Danieya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

3 thoughts on “QISTINA”

  1. Hmmm klau ni kisah benar, rasanya yg dok kacau awk tu bukan Qistina. Klau kita dh meninggal dunia, mana mungkin kita terlepas dari alam barzakh. Klau iya pun, mungkin makhluk lain yg saja kacau awk.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.