Quarters

Tahun 2015 dalam bulan 7 macam tu isteri aku berjaya dapat kuarters guru dekat Shah Alam lepas dah setahun lebih kurang kami pindah dari Kuala Selangor. Sebelum tu menyewa di flat di Setia Alam….

Ni adalah kali kedua kami dapat kuarters kawasan ni. Dapat blok yang lain dan dapat tingkat 4. Ok lah dari flat kat setia alam tu 6 tingkat kot..xde lif ok. Dulu masa blok lama ada juga la ganguan bunyi orang tolak barang memang tiap malam..blok dulu aku dengan isteri kat tingkat 5 dan 3 rumah level kami tu kosong. Tapi selalu buat bodoh je la tak fikir sangat.

Untuk blok yang baru ni, Alhamdulillah penuh semua rumah dan blok ni tak sesuram macam blok lama. So lepas pindah hari pertama aku, isteri dan adik aku yang bongsu tidur di depan ruang tamu untuk malam tu sebab belum habis mengemas lagi. Malam pertama tidur ok saja tak ada dengar apa apa yang pelik. Lena mungkin penat naik turun tangga.

Malam kedua dalam jam 8 lebih aku pasang mesin basuh kat bilik utama..Ini sebab aku tak tidur kat bilik utama sebab ada toliet dalam tu dan sikit berbau.
Masa tengah pasang aku tengok bilik air ni macam lama sangat tak digunakan. Mungkin orang sebelum ni tak pakai. Untuk makluman kuarters ni ada 2 bilik air. Masa aku pasang getah, aku terpatahkan kepala paip..aduh pvc dia dah rreput..aku panik sebab air laju aku cari paip nak tutup..aku nampak saluran paip atas tandas yang ditutup dengan kadboad aku pecahkan…laaa tak de pili rupanya..salah aku sebab panik..lepas pecahkan aku terpaksa tampal pakai kotak yang aku p****g.

Ok malam tu macam biasa la solat semua dan mengaji sikit..selain tu aku azakan setiap penjuru rumah dan bacakan ayat qursi di tengah tengah rumah. Semua aku buat sebelum tidur. Tapi keadaan rumah masih berselerak tak sempat kemas lagi sebab kerja.
Kami tidur macam biasa..sampai dalam jam lebih kurang 2 pagi
aku dengar isteri aku menangis..aku buat tak tahu je la sebab rasa dia mungkin mimpi ..tiba-tiba dia terus peluk aku nangis beriya iya..aku tanya kenapa ni ? dia bisik pelan pelan kata abang dalam rumah ni ada nenek tua..dia baru tegur ayang masa tengah tidur, berderau d***h aku..terus aku bangun buka lampu.

Aku kata “hang mimpi kot”?..Isteri aku cakap tak sebab nenek tu kejut dia dari tidur. Dia kata mula-mula dia dengar kat luar rumah bising sangat macam ada budak budak main lari lari..dia ingat dia mimpi jadi buat tak tahu saja. Tapi tak lama lepas itu datang seorang nenek tua tegur dan bangunkan dia.

Isteri aku terdiam..dia kata kat luar tu cucu cucu dia tengah main..tapi ada sorang cucu dia sakit dan baru meninggal. Dia kata dalam tandas rumah ni dia dan cucu dia tinggal tapi tadi Faiz dah pecahkan sesuatu kat rumah dia..aku syak saluran paip tu. Lepas tu nenek tu suruh isteri aku pesan kat aku “lain kali faiz jangan baca Al Quran sebab panas”.

Waktu isteri aku usaha baca ayat kursi.. sekali nenek tu tegur..”baca ayat qursi ya” sambil dia terkekek-kekek gelak dan ghaib ..terus isteri aku pejam mata dan peluk aku.Aku terus terjaga dan aku perhatikan sekeliling dalam rumah, tapi tak jumpa apa-apa yang pelik.

Alhamdulillah lepas tu isteri aku tak pernah diganggu lagi..saluran paip tu aku tutup rapat dengan kotak..Aku tanya isteri aku rupa nenek tu seram tak..dia kata muka dia sangat tua..tu saja..

Sekarang kami masih tinggal kat rumah ni..bunyi guli jatuh dan tolak meja memang tiap malam dengar sampai dah lali..aku anggap rumah atas la yang buat sebab atas ada ornag duduk tingkat 5.

Tapi tu la kadang aku terlibat dengan kerja malam balik 4 atau 5 pagi tinggal anak isteri rumah..dan bila aku naik tangga memang dapat rasa ada sesuatu yang lihat dan perhatikan aku. ‘Benda’ itu terasa macam ikut sama naik tangga. Bagi benda ni ada situ bukan ikut aku dari luar kawasan quarters ni..tapi so far Alhamdulillah tak diganggu lagi.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Faiz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 3.7]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.