RASUK

TAJUK : RASUK
KARYA : MUSHAFIRAH

Rasuk

Nama ku Ainul (bukan nama sebenar) Berasal dari hujung Pahang. Berumur 27 tahun. Status berkahwin.

Bukan nak cerita pasal macam mana aku jumpa laki aku. Tapi ada sikit la kena mengena .

R.A.S.U.K
Bagi kalian dengan perkataan rasuk ni mesti ada yang seram sejuk. Tapi percaya tak perkataan “RASUK” nie macam dah lali untuk aku. Dari sekolah menengah sampai la aku kerja.

Cerita bermula aku sekolah menengah.
Waktu aku sekolah menengah masa tu aku form 3. Parents aku suruh aku masuk asrama supaya aku nie boleh fokus kat pembelajaran aku.

Biasa la bila duduk asrama kena la patuh dengan arahan asrama . Jadual memang padat.

Suatu hari aku dengan kawan2 aku bersiap nak solat maghrib berjemaah . Tiba2 dengar ada budak bilik atas menjerit nyaring !

Akak satu dorm dengan aku cakap ” Aduhai buat lagi ke ? Lama dah tak buat ni!! “
Kakak tu pun bergegas ke bilik atas dengan kawan2 dia yang lain. Mereka mengarahkan aku dan kawan2 aku supaya lekas ke surau untuk solat maghrib … Aku dengan kawan2 aku bergegasla ke surau. Member aku dah kecut perut dah . Aku je yang relaks tidak tahu kenapa.

Lepas isyak baru reda kami pun buat la aktiviti biasa study macam biasa.

Seminggu kemudian hari khamis lepas solat isyak sorang akak senior aku form 5 menjerit tiba2 dah la depan aku! Sambil dia tutup mata dan telinga, Aku waktu tu ingat dia stress ke apa ke. Aku tanya la dia “Akak kenapa? “

“Jangan kamu ganggu urusan aku! Jangan dekati aku! Kerana aku tidak boleh mendekati kamu” kakak itu menjerit padaku.

Aku dah pening waktu tu sampai aku cakap dalam hati akak nie dah tak suka ke kat aku. Last2 ada la sorang ustaz pratical tu datang dekat aku cakap kat aku, aku nie lain dari yang lain. Dalam hati aku gelak je.

Lepas tu ustaz pagar asrama kami. Aku pun duduk dengan aman dan damai kat asrama tu sampai la aku PMR . Aku pun dah tak tengok dah orang kena rasuk sampai la aku lanjutkan pelajaran dekat salah sebuah kolej swasta di Selangor. Yang ni paling mencabar pada aku.

Masa aku di peringkat degree , ketika itu aku last year di kolej tersebut , biasa la sibuk sikit la dengan project final year. Aku pergi la bilik classmate aku nak buat sama2 .

Sedang kami buat assingment tiba2 kami dengar budak satu bilik dengan dia menjerit . Apa lagi aku pergi la tengok member aku dah cuak dah .

Tengok je budak bilik dia dah merangkak dah naik atas meja makan lagaknya macam harimau , siap mengaum lagi . Aku tiba2 berani tanpa aku sedar aku pergi dekat dia aku belai dia . Dia ikut je belaian aku baru dia tenang.

Bila aku sedar ketua warden dah ada tepi aku dah . Dia cakap pergi. Aku macam tersedar ibarat baru bangun dari tidur lantas aku pun balik bilik aku keadaan sorang2 .

Keesokan harinya kecoh ada budak kena rasuk sampai suaranya dengar dari bawah dalam ngauma harimau .Lepas tu aku dengar budak tu parents dia ambik sebab parents dia pun dalam proses berubat nak buang saka harimau.

Selang dua tahun aku dapat la kerja dekat kuantan , aku ditempatkan dalam asrama . Masa bulan januari 2020 ada budak satu asrama dengan aku dia kena rasuk jgak sambil nangis2 lepas tu cakap

“Jangan kacau anak aku !!” ermmm aku pun cakap dalam hati, ishhh tak de malam lain ke nak buat esok nak kerja kot??!!

Lalu senior tempat kerja aku pun telefon la suami aku yang sekarang nie sebab dia pandai berubat. Start tu la aku terpikat dengan dia .Mata bertentang mata macam gitu. Huhuhu..

Eh kan aku dah cerita lain dah .Setelah bersilat bagai . Dia pun reda . Aku tanya la budak tu apa jadi , korang tahu dia cakap apa ?

“Saya nampak Encik Cong kat sebelah” fuyoo Mr Chong ada anak.

Esoknya budak tu di beri cuti . Masa nak tunggu balik tu sekali lagi budak tu kena rasuk! Mulanya dia nangis sorang akak ni tegurla dia . Lepas tu budak tu terus tolak dia sambil cakap.

“Mana anak aku” terkejutlah member weii !! Kena macam tu. last2 dia kena bawak dekat tok guru suami aku settel masalah.

Puncanya makhluk halus kat asrama tak suka kami ramai2. Sebab tu kacau. Lepas tu makhluk tu ada cakap dia tak suka aku sebab aku ni pembersih sangat dan dia cakap lagi benteng aku kuat sangat sampai pernah dia nak ganggu aku tapi ada aura tak bagi dia kacau aku .

Sampai sini sahaja aku cerita nanti bila aku ingat apa aku nak cerita .

Aku cerita la yea

Assalamualaikum semua wahai semua pembaca 💕
Maaf salah silap dari segi penceritaan baru first time menulis

Doakan aku yea🥰

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.6]
mushfirh

2 thoughts on “RASUK”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.