Aku setelah berjemaah Subuh dirumah Zita sekeluarga, sempat dijamu minuman panas dan pelbagai jenis kuih. Rupanya, memang benar mereka menyambut Sambutan Tahun Baru beserta aqiqah anak buah Zita.
Aku sampai ke rumah dan tidur nyenyak. Mana tidaknya. Rawatan dari pukul 1 pagi usai pada 5 pagi.
Malam tiba…
Kali ini aku minta mereka ke rumah aku di kawasan Krokop. Kami baru pindah dari Kuching ke Miri semenjak 2 minggu lepas. 2 buah kereta datang serentak. Lantas aku jemput mereka masuk ke Bilik Ahmadi aku. Bilik yang aku khususkan untuk rawatan dan urutan serta zikir jemaah kami.
Namun, isteri aku memberi cadangan agar menggunakan ruang tamu sahaja memandangkan tubuh mereka agak ramai untuk bilik kecilku. Bilik Ahmadi aku kembali tutupkan.
“Macamne perasaan Zita? Ada ok sikit?”
“Ok..tapi perut masih bisa..banyak kat perut..”
Ayah ibu dan beberapa ahli keluarga mereka duduk santai fokus kepada perbualan aku dan Zita. Shah seperti semalam, tetap setia bersama isterinya.
Aku menegur Abang Joe, pakcik kepada Zita. Semalam, Abang Joe ada juga membantu rawatan. Rupanya, sebelum memanggil aku dan Apek, Abang Joelah harapan mereka untuk merawat Zita. Tetapi, menurut mereka, Abang Joe penat dan perlukan beberapa orang lain untuk membantunya.
“Bang, kitak(awak) tolak, kamek(saya) tarit, boleh?” tanyaku pada Abang Joe.
“Boleh”, balasnya ringkas.
Abang Joe terus memulakan rawatan. Tangannya menusuk belakang Zita.
“Arghhhh..si botak! Ada lagik kaco aku! Sakiiittt”, jerit Zita.
Aku menarik racun bisa yang berkumpul diperut.
“Sakiitttlah janggut!”
Oh ya, Apek sudah kembali ke Kuching. Maka, Abang Joe orang yang aku harapkan untuk sesi kali ini.
Sesi tolak dan tarik bisa berlangsung selama 15 minit.
“Zita, sedar..selawat banyak-banyak di dalam ati kitak(awak). Nur! Terang!” Tegasku.
Zita seolah cuba menyedarkan dirinya. Selang-seli selawat dilafaznya beserta dengan suara jin yang menghalang Zita untuk terus selawat.
Akhirnya, Zita sedar. Abang Joe menutup matanya. Mencari punca lain yang masih aktif.
“Wahai jin, pandang pada Nur di hati Zita!”
“Teranggg..huuu…jangann,”
“Sikda(tiada) urang dapat melawan Nur ya!”
Jin tersebut semakin lemah. Tidak sehebat dan sesinis semalam. Nampak banyak perubahan pada Zita yang baik bagi kami. Namun, masih berdegil tidak mahu mengalah.
“Masih maok(mahu) ekot tuan kau?”
Aku hadirkan bomoh-bomoh dihadapan Zita. Jin tersebut menggeleng laju. Tampak wajahnya takut.
Aku bertapa selama beberapa minit. Abang Joe membuang sisa-sisa racun dari belakang Zita.
Aku membuka mataku dan menghulur tanganku.
“Hati kau betul?”
Jin semakin takut. Merayu untuk tidak mengapa-apakan hatinya.
Aku lantas membersihkan hatinya dengan selawat. Dengan Nur terang. Jin yang tadinya bermain kini lemah longlai.
“Baik..syahadah..ikut aku”, pelawaku.
Jin tersebut akur. Cahaya pada hati Zita kini menerangi seluruh jasadnya. Jin melafazkan kalimah syahadah dengan tenang.
Alhamdulillah, akhirnya Muslim.
“Namaku Muhammad,” jin memilih nama yang paling mulia tanpa ditanya.
Zita lantas menoleh ke arah kanannya, ke arah suaminya. Lantas tanpa disuruh, Muhammad membersihkan segala penyakit yang ada pada Shah. Aku lantas menyuruh Muhammad membersihkan semua yang dihantarnya pada semua ahli keluarga Zita.
Aku kira selama setengah jam juga proses menyuci semua ahli keluarga Zita.
“Last, yang bertudung coklat..bersihkan wahai Muhammad,” perintahku.
Yang bertudung coklat adalah isteri pakciknya. Semalam, isterinya kesakitan baring di dalam bilik. Abang Joelah yang memantau keadaan isteri adiknya. Kami panggil makcik Zita sebagai Filah.
Fila duduk di depan aku, Abang Joe dan Zita. Zita membuang racun-racun yang ada pada Filah.
“Hurghhh..” Muhammad yang berada dalam diri Zita mendengus. Seakan kepayahan.
“Banyak barang ya..sik(tak) mampunya..” ujar Abang Joe. Mata Abang Joe memang telus pandangannya.
Aku memantau untuk beberapa ketika. Setelah dalam 3 minit mendiamkan diri, aku dan Abang Joe setuju bahawa si Filah rupanya ada sejarah lama. Kes sihir ketika masih di Melaka. Milah asal Melaka dan berkahwin dengan adik Abang Joe, Haidi.
Muhammad mengomel panjang, seakan olahan budak usia 5 tahun.
“Bang Joe, kamek(saya) nampak mayat..boleh tulong pantau?” pintaku pada Abang Joe.
Abang Joe memejam matanya. Tangannya seakan meraba sesuatu.
“Ada!” angguk Abang Joe.
“Ok bang, kamek(saya) angkat mayat dari kubur aa”,
Abang Joe bersedia.
“Ok! Angkat!”
Abang Joe terus membersihkan mayat dan kubur dengan tangan kanannya.
“Ada gambar Filah di dalam kain mayat tadik bang,”
“Patutlaa kamek(saya) nampak macam ada gambar..hmm,”
Filah lemah.
“Ikut Muhammad masuk Islam, ok?”
Jin tersebut mengangguk perlahan. Tuannya sudah lama tidak menjaganya. Dia lapar.
Muhammad aku arahkan untuk mengajar syahadah. Jin yang ada Filah mengikut perlahan.
“Haaa..kau Muhammad..dan kau Salah! Bergabung jadi Muhammad Salah!”
Seluruh rumah ketawa. Namun, akhirnya jin memilih nama Sulaiman.
“Kalian berdua sudahpun Islam..maka jangan lagi mengganggu manusia”,
Mereka berdua mengangguk faham.
“Aku anta(hantar) kitak(kamu) berdua ke Mekah..cari guru dan syeikh dikalangan jin..belajar kenak Islam..dan sampeykan salam pada Baginda Nabi..boleh?”
Muhammad dan Sulaiman setuju.
“Tapi, aku sik mok(tak nak) meninggalkan Zita..” Muhammad sedih.
“Jangan riso..Allah ada..suaminya ada..kau dah jadi urang Islam..doakannya dari jaoh..cukup.”
Akhirnya, mereka aku tarik dan aku niatkan agar mereka berjaya menemui kefahaman Islam.
“Fiq, anak kamek(saya) yang nama Ummira bersilat beberapa ari lepas..boleh tolong check?
Aku memandang pada Ummira.
“Kelak kita aluskan”, kataku.
InsyaAllah, cerita merawat Ummira tidak kurang seronoknya. Akan saya upload kelak. InsyaAllah.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Boleh bagi saya no tel encik Shafiq tak..saya ingat ingin berubat utk nenek saya…