Resort Puaka

Salam sejahtera, aku ingin menceritakan kisah yang berlaku oleh kawan atuk aku sendiri mengenai Resort penginapan di kawasan kampung. Resort ini berada di sekitar Selangor dan lokasinya lebih baik aku rahsiakan. Ketika aku masih kecil, setiap kali pergi dan balik kampung, kami selalu lalu depan resort ini. Aku pelik kerana kawasan resort ini tidak strategik dan tarikan yang adapun cuma kolam renang sahaja.

Aku bertanya kepada atuk kerana atuk penduduk lama disitu, jadi dia mesti tahu mengenai resort tersebut. Aku bertanya “atuk… atuk tahu apa-apa tak tentang resort yang dekat dengan simpang jalan?” dan atuk menjawab “kenapa mahu tahu? ada nampak apa-apakah?”. Aku memberitahu atuk bahawa aku ingin tahu mengenai resort tersebut kerana aku tidak pernah pergi ke resort itu tapi bila aku dengar resort itu ada kolam renang, aku sebagai budak memang suka dan selalu memberitahu ibu aku untuk pergi ke resort itu untuk mandi tapi ibu aku tidak membenarkan.

Kemudian atuk aku memberitahu aku tentang kisah resort tersebut. Atuk kata dari luar bila lihat dari sudut jauh, memang resort itu nampak seperti beroperasi macam biasa, struktur resort itupun masih lagi kukuh tapi sebenarnya resort ini dah lama tidak beroperasi dan resort itu ditinggalkan begitu sahaja. Aku bertanya “kalau sudah tidak beroperasi kenapa tidak dirobohkan?” dan atuk menjawab “bukan tak nak robohkan tapi tidak boleh sebab setiap kali nak robohkan resort itu mesti ada perkara yang pelik berlaku, contohnya trak enjin tiba-tiba m**i, peralatan tiba-tiba hilang dan yang paling teruk ada yang kena histeria”.

Atuk kata resort itu dulu milik kawannya yang sudah lama meninggal dan dia sempat menceritakan tentang kejadian aneh di resort itu. Katanya, dulu resort ini adalah milik arwah atuknya dan resort ini dibina kerana setiap kali perayaan semua orang akan pulang ke kampung halaman dan orang dulu-dulu ada anak yang ramai dan bila sudah beranak-pinak rumah pun menjadi sempit, jadi resort itu dibina untuk memudahkan mereka. Sebelum perayaan hampir tiba, dia menguruskan resort itu seperti biasa tetapi ada perkara ganjil yang berlaku ketika itu. Atuk dia pernah memberitahu dia, jika dia hendak solat jangan solat di resort itu, pergi solat dekat surau sebab resort ini tiada ruang solat yang disediakan. Surau pun dekat sahaja dari situ, walaupun dekat tapi kawan atuk ini tidak suka membuang masa jadi dia solat di pejabatnya.

Ketika dia sedang solat, tingkat pejabatnya tiba-tiba terbuka. Solat dia terganggu jadi dia pergi tutup tingkap dan sambung solat, tidak lama kemudian tiba-tiba pintu pejabatnya terbuka secara perlahan. Solatnya terganggu sekali lagi dan dia pastikan semua tingkap dan pintu berkunci. Apabila dia sambung solat, pintu almari pula yang berbunyi tapi kali ini dia hanya fokus pada solatnya dan tidak mengendahkan bunyi tadi. Dan secara tiba-tiba, pintu tingkap dan almari terbuka dengan sendiri dan menghasilkan bunyi yang kuat, angin dari luar bertiup kencang dengan tiba-tiba. Kemudian lampu terpadam dan dia terdengar suara yang berbunyi “tak boleh solatkah?”, dia melihat di sudut bilik, kelihatan ada satu kain putih yang panjang. Oleh kerana bilik agak gelap dia cuba untuk membuka lampu tapi tidak berhasil. Tak lama kemudian, ada suara yang berkata “tak boleh nampakkah?”. Bila terdengar bunyi tersebut, diapun menoleh kebelakang secara perlahan. Alangkah terkejut apabila susuk pocong keluar menunjukkan dirinya dan berkata “sekarang… sudah nampak?” sambil tersenyum.

Dalam keadaan takut, dia cuba untuk keluar dari pejabat tapi tidak berhasil. Kemudian pocong itu berkata “kau dah lupa pesanan atuk kau? Sekarang kau akan terima balasan diatas kesilapan kau”. Dalam keadaan takut, dia terus membaca ayat suci dan pintu telah terbuka. Dia berlari keluar tanpa menoleh kebelakang dan tiba-tiba kakinya tersadung dan terjatuh tangga sehingga pengsan. Pada keesokan pagi, ibu bapanya datang melawat untuk lihat keadaan resort dan terjumpa anak mereka terbaring tidak sedarkan diri. Mereka kejutkan dia dan Alhamdullillah anak mereka telah sedar. Keluarganya bertanya “apa dah jadi semalam, kau jatuh tanggakah?” dan dia membalas “ya, saya jatuh secara tidak sengaja”. Keluarga dia sangat risau bila terjumpa dia terbaring dekat bawah tangga, maklumlah anak tunggal.

Kawan atuk ini jujur dan tidak pernah menipu lebih-lebih lagi pada orang tua dia sendiri, jadi dia memberitahu pada orang tua dia apa yang terjadi. Setelah selesai bercerita, ibu dia tidak percaya dan mengatakan ini mungkin sebab dia terlalu penat bekerja. Sepanjang arwah atuknya masih hidup, ibunya tidak pernah mengalami gangguan makhluk halus, ayahnya juga sependapat dengan ibunya. Kemudian, ustaz zul datang melawat dia katanya waktu solat subuh dia tiada di surau. Ayah dan ibunya jemput ustaz zul masuk, ustaz zul ini orang lama jadi dia kenal dengan atuk dia. Bila ustaz itu datang, dia menanya khabar dan bertanyakan apa yang sudah berlaku sampai dia terbaring atas katil.

Walaupun cerita ini melibatkan urusan peribadi keluarga dia tapi dia tahu dia tidak gila dan apa yang berlaku adalah benar, jadi dia menceritakan segalanya pada ustaz zul dan berharap ustaz zul percaya dengan cerita dia walaupun orang tua dia ada sekali. Setelah selesai, ibunya berkata “maaflah ustaz, ustaz tak perlu percaya sangat sebab anak saya ini penat bekerja jadi sebab itu dia melihat benda yang bukan-bukan”. Kemudian ustaz zul berkata “saya percaya dengan kata-kata anak puan. Maafkan saya, saya tiada niat untuk menuduh arwah tapi sebenarnya arwah memang ada membela saka pocong untuk dijadikan pelaris resort dia”.

Mengikut cerita ustaz zul, arwah sudah lama membela saka ini semenjak dia masih muda dan selagi tuannya masih hidup saka dia tidak dibenarkan menganggu keluarga dia kerana itu adalah perjanjian dia jika makhluk itu mahu terus dibela, itu sebab kenapa ibunya tidak pernah diganggu sehingga ibunya berkahwin. Arwah atuknya meninggal tiba-tiba kerana serangan jantung jadi dia tidak sempat mewariskan saka dia pada ahli keluarganya. Oleh kerana tuannya telah meninggal dunia, resort itu telah menjadi rumah saka tersebut dan meneruskan tugasnya sebagai pelaris di resort itu dengan syarat jangan menunaikan solat di resort tersebut.

Oleh kerana syarat itu telah dilanggar, maka saka itu telah marah dan menganggu semua orang yang menginap di resort itu termasuk keluarga tuannya sendiri. Ustaz zul pernah menasihati atuknya untuk buang saka itu tapi atuknya berdegil. Mereka meminta tolong ustaz untuk menghalau saka tersebut tapi ustaz kata dia tidak boleh menghalau saka itu kerana itu adalah tempat dia. Jika dibiarkan, penghuni di situ akan diganggu dan lama kelamaan resort itu akan jatuh muflis. Demi keselamatan semua orang, ustaz zul menasihati agar operasi resort tersebut ditutup, lagipun selama ini sumber rezeki yang diperoleh oleh atuknya adalah dari sumber haram. Semenjak dari hari itu, resort itu dibiarkan kosong dan menjadi buah mulut orang kampung disitu kerana mereka tidak tahu cerita sebenar kenapa resort itu ditutup tanpa pengetahuan penduduk kampung kecuali rakan baiknya sendiri dan meminta rakan baiknya supaya merahsiakan perkara tersebut.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nadhirah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 64 Average: 4.8]

2 thoughts on “Resort Puaka”

  1. maaf saya nk komen .. tak boleh halau saka takot resort muflis? tutup boleh plak ye.. semoga komen sy ini membuatkan karya cik semakin bertambah baik ^^

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.