Resort Seram di Melaka

Assalammualaikum semua, saya ingin kongsi pengalaman ketika saya belajar sebagai pelajar perubatan. Kejadian ini berlaku pada pertengahan PKP, tahun 2021. Kumpulan saya dapat informasi last minute bahawa posting kami perlu ke hospital melaka. Jadi, dengan kelam kabutnya saya dan sahabat bertolak ke sana pada waktu petang dengan tergesa-gesa.

Setibanya di sana, pihak universiti tetapkan kami menetap di D’Village resort, ayer keroh. Kami bermalam di bangunan biru. Siapa yang tahu, tahu lah. Masuk je bangunan saya tengok keadaan agak terbiar mungkin sebab PKP, jadi pihak pengurusan tak bersihkan satu bangunan tetapi hanya bilik tertentu sahaja. Mungkin sebab kumpulan kami hanya ada beberapa orang sahaja.

Bilik saya dan sahabat saya, Ara (bukan nama sebenar) terletak di aras bawah dan tengah2 tapi di hampir hujung penjuru sambungan ke bilik lain. Sebelah kiri bilik lelaki tapi belah kanan bilik kosong. Masuk sahaja bilik kami, kami tengok bilik agak kusam dan malap walaupon lampu semua dah bukak. Malam pertama kawan saya tak sedap hati. Jadi, dia cadangkan untuk bukak ayat ruqyah. Kawan saya ni memang alim jadi saya ikutkan je asalkan itulah yang terbaik.

Saya sebenarnya baru putus cinta jadi agak depresi (memang dah ada MDD tapi putus tu jadi trigger) jadi saya mula dekat dengan Tuhan dan muhasabah diri. Dan kebetulan waktu tu saya dalam keadaan ABC. Malam pertama kami agak tenang tidur. Tapi sebaliknya malam kedua hmm..

Nak jadi cerita hospital melaka tak benarkan pelajar untuk datang ke hospital sebab kawalan ketat untuk covid. Waktu itu kami terkandas dekat sana sebab state boarder dah tutup. Jadi kami belajar online je tapi menetap di resort tu. Pada malam ke-2, mulalah kami lapar. Jadi kami order kfc foodpanda, dan driver pulak datang lambat sampai hampir lewat malam. Lepas makan, sampah2 tu kami takut nak buang ke tong sampah luar sebab memang gelap dan agak jauh dari bilik. Nak letak luar pintu pulak takut kera selerakkan, kesian pulak nanti tukang bersih nak kemaskan.

Jadi kami nekad ikat je ketat dan buang kat dalam tong sampah dalam bilik. Esok pagi baru buang di luar. Bila nak tidur, memang jadi kebiasaan saya memang nak lampu sedikit sebab saya ni penakut (tapi kadang2 berani). Lagi takut kalau benda tu kacau dan saya tak tahu nak cari jalan keluar.

Sebelum tidur, saya minta kebenaran Ara untuk bukak lampu laluan pintu depan bilik air. Ara nampak ralat lalu mencadangkan untuk buka lampu tandas sahaja sebab terlalu terang untuk dia tidur. Saya pon iyakan sahaja. Lampu bilik air kami ni seram sikit sebab warna oren yang betul2 oren. Jadi saya bukak sikit pintu untuk cahaya masuk dalam bilik.

Saya tidur memang pakai earphone dan dengar playlist zikir sebab saya depress jadi susah tidur, tidur tak tenang. Jadi lepas makan ubat, saya akan betul2 tawakal dengan Allah dan pujuk hati saya supaya jangan sedih dan takut, Allah ada. Kelenaan saya terganggu bila terasa seperti ada sesuatu yang terlanggar kaki saya di hujung katil. Tapi sebab mamai saya hanya ingat kera yang masuk sebab mungkin tingkap tak tutup. Malas nak ambil port sebab bukan boleh buat apa pon, biarlah penakut binatang hihi jadi saya tidur balik.

Kali ke dua saya terbangun lagi dengan bunyi orang yang main zip luggage saya dengan sangat laju. ‘Zup zap zup zap zup zap’ bukak tutup, bukak tutup. Oh ya katil dalam bilik dua2 single tapi kami rapatkan. Saya tidur betul2 dekat line pertengahan antara katil tapi tak masuk bahagian katil Ara.

Saya pon dah dengar bunyi tu saya kejutkan kawan saya. Mata saya masih tertumpu ke kawasan luggage, pandangan saya tertutup sebab luggage saya atas lantai di hujung kaki. Saya hanya gerak sedikit sahaja telapak tangan kanan saya untuk tepuk sisi badan Ara, jarak kami memang sangat dekat. ‘Araa, Araa, awak dengar tak bunyi tu?’ Tiba-tiba..

Ara terus panjat atas badan saya dan tekan leher saya (macam cekik tapi tak mencengkam hanya tolak hujung sisi tangan ke halkum) semakin lama semakin tekan kuat. Memang sesak nafas dan sakit. Kepala saya sampai terpaling ke kiri. Sebab cahaya malap, dan Ara membelakangkan cahaya, jadi saya tak nampak seluruh jasad badan. Cuma nampak bentuk memang macam fizikal Ara.

Sebab sahabat saya ni memang rambut panjang lagipon, maklumlah kalau kedudukan macam tu memang nampak mengerbang dan macam pakai baju tidur dia. Saya memang think positive lagi waktu tu (biul sikit saya ni, saya tahu :’) kalau masuk horror movie saya lah tu yang first m*** hmm).

Saya ingat dia masih mamai dan separa sedar. Saya pon cuba bangunkan dia dengan cubit2 peha dia (tahu kelakar pulak bila ingat balik tapi tu je yang boleh gerak). Memang rasa cubit peha licin perempuan disebalik kain nipis. Jadi nak kata sleep paralysis, saya masih boleh gerak sedikit.

Selalunya sleep paralysis tubuh tak boleh gerak langsung dan memang boleh ada ‘pseudo hallucination’. Tapi saya pernah kena sleep paralysis dahulu jadi memang tahu ini lain, saya sedar dan boleh gerak, rasa semua. Dan takde lah rasa berat macam gajah himpap ke apa memang rasa macam manusia duduk atas kita.

Saya pon perasan seperti Ara tersengih dan saya pon sahkan jangkaan saya dengan menjeling ke bawah untuk lihat tangan yg menolak leher saya tu. Memang sah bukan Ara. Sebab tangan tu kuku panjang dan kulit gelap. Saya waktu tu pandang je tepi dan hanya lafaz zikir nabi Ibrahim yang ketika ingin dilontarkan ke api sahaja yang terlintas dalam fikiran. Zikir untuk meminta pertolongan Allah. Sebab saya betul2 nak direct Allah yang tolong tanpa perantaraan sesiapa.

Saya pon lafaz “hasbunallah wannikmal wakil, wannikmal maulaa wannikman naseer 3x’” lalu saya senyap dan pasrah. Selalu saya baca zikir memang dalam masa yang sama saya akan translate kan dalam hati untuk hayati. Lepas zikir, dengan tenang, dalam hati saya bercakap kepada Allah, ‘Ya Allah sungguh jika dengan izinMu aku mati di sini, takpe Tuhanku, aku serahkan diriku kepadaMu’ dan aku biar sahaja, maklumlah sepanjang depresi macam2 dugaan di luar kawalan, jadi saya betul2 pasrah.. orang yang depresi akan faham. Dia macam hm lantaklah apa2 pon nak jadi.

Saya sedar Allah sangat baik pada saya. Dan saya lemah, yang kuatnya Tuhan sedikit pon bukan dari kekuatan saya atau makhluk yang lain. Dalam 3 saat tiba2 benda tu hilang.

Saya yang baru mendapat nafas terus mendepakan tangan untuk kejut Ara. Rupa-rupanya Ara tidur betul2 dipenghujung katil menghadap ke dinding. Saya dengan cemas mengejutnya, Ara dengan mamai terjaga dan bertanya,

“kenapa ni awak..?”.

“Araa, tadi kita kena gangguan. Kita takut lah awak, kita tak boleh tidur dah ni”

“Awak baca ayat kursi ya.. pastu sambung tidur”

Bilik yang sejuk dengan AC pon badan saya masih kepanasan dan berpeluh. Saya cuba nak sambung tidur lepas baca ayat kursi tapi tak mampu. Saya mintak izin Ara untuk tidur bukak lampu kalimantang. Ara walaupon nampak macam enggan tapi dia izinkan.

Keesokan harinya, saya dah boleh mandi wajib, saya pon solat dan baca al Quran. Lepas baca, saya call ibu dan ceritakan A-Z. Sebab keluarga kami memang sudah lali dengan gangguan tapi taklah sedahsyat ni sebab memang saya bergelut. Selalu mintak tolong orang berubat je.

Lepas saya call ibu, baru Ara datang dekat dan minta saya cerita. Saya cerita lepastu Ara mengangguk. Dia pon berkata,

“Oh patut lah.. semalam waktu kita nak tidur awak selalu rapat2 dengan kita, kita pon ketepi lah sikit pastu awak peluk kita pulak, kita pelik, kenapa dengan awak ni.. annoyed pon ada tapi kita ngantuk sangat tak larat nak bukak mata sebab tak sihat drive lama. Kita hanya tepis dan rapat ke hujung katil. Lepastu awak kadang2 masih main2 belakang kita, awak main rambut kita dan sentuh2 belakang kita. Ish seramlah rupanya bukan awak”

“Awaaaaak tu bukan kitaaa waaa”

Ara pon sambung lagi,

“ kita bangun subuh, waktu solat subuh tu memang meremang bulu roma. Bila tengah wirid, kita dengar seperti budak kecil main2 dekat bilik sebelah tapi bila kita ingat balik bilik sebelah tu kosong”

Kami pon pasrah dan serahkan sahaja kepada Allah. Sambung routine kami dengan solat dan mengaji. Tanya jugak bilik budak laki, sebelah ada gangguan tak? Tapi mereka kata takde.

Saya sebenarnya bahagia dalam dugaan kali ni. Walaupon takut tapi saya belajar erti sebenarnya tawakal. Sebab saya pon waktu tu sedang mencari ilmu bagaimana cara tawakal. Mungkin dengan cara ini, Allah memberi petunjuk. Lagipon saya gembira kerana yang Allah sentiasa memberikan pertolongan kepada kita apabila dalam kesusahan. Kita hanya perlu meminta dan tawakal kepadaNya.

Ara ada tanya kenapa tak baca ayat kursi waktu kena tu. Kenapa perlu zikir nabi Ibrahim? Sebab sepanjang depresi ni, zikir nabi ibrahim la yang paling mengubati hati saya. Sebab sepertimana bersendiriannya nabi ketika dugaan dibakar hidup2, tanpa keluarga, sahabat, jiran dan kaum. Allah tidak pernah tinggalkan nabi terkapai2 dan saya juga belajar bahawa malaikat jibril turun untuk menghulur bantuan namun nabi tolak dan ingin pertolongan direct daripada Allah tanpa perantaraan dan zikir/ayat al Quran inilah yang nabi ucapkan untuk memohon bantuan Allah.

Jadi itu sahajalah cerita seram saya. Nanti kalau ada lapangan, saya akan cerita lagi pengalaman saya yang lain.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment