Roh keluar dari jasad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada team fs dan warga fs. Ribuan terima kasih sekiranya cerita aku dipublish dan terima kasih bagi yang sudi membaca pengalaman aku yang tidaklah seram tetapi hanya sekadar perkongsian. Sedikit intro, nama aku Z. Aku sering diganggu oleh makhluk ghaib ketika usia remaja sehinggalah aku berusia 18 tahun, aku tidak lagi diganggu tetapi aku mampu merasai kehadiran makhluk ghaib walaupun tidak mampu melihat dengan mata kasar. Aku ingin ceritakan 3 pengalaman yang aku lalui ketika usia remaja di mana, roh aku keluar daripada jasad ketika tidur.

Pengalaman Pertama
Ketika ini aku berusia 15 tahun. Kejadian ini berlaku pada hari minggu sekitar jam 8.45 pagi, jadi apabila waktu cuti kebiasaannya aku suka tidur lepas subuh dan bangun lambat. Dah sedap tidur, tiba-tiba aku terasa berat sangat. Aku dah biasa tidur kena tindih tetapi kali ini, berat dia lain macam sampai aku rasa lemas. Aku mengomel “aduhh, dah datang, time ni jugalah nak tindih”.

Bila kena tindih, kebiasaannya aku akan nampak persekitaran aku walaupun pada zahirnya, mata aku tertutup. Cuma aku tak mampu nak gerakkan anggota badan. Okay, berbalik pada tadi. Aku cuba buka mata dan apa yang memeranjatkan aku ialah pocong atas badan aku dalam keadaan wajah dia menatap wajah aku. Dekatnya muka dia dengan muka aku ni, kalau aku muncungkan bibir alamatnya dah bercium dah.

Aku describekan sikit, mukanya hitam legam mengerutu, mata kekuningan seperti mata sakit dan kain berwarna putih kebiruan cair yang agak kotor seperti ada kesan tanah. Aku bermonolog “bangunlah bodoh, berat tau tak”. Aku cuba untuk baca ayat Kursi tapi tak lepas, lidah aku kelu. Mungkin dia kasihan tengok aku berusaha lepaskan diri, dia bersuara “baca tiga kul”. Aku pun baca ketiga-ketiga surah tersebut sampai habis tanpa lidah tersekat, lantas dia bangun dari badan aku dan melompat keluar dari bilik.

Saat pocong melompat keluar dari bilik tidur, roh aku bangun dari jasad aku yang sedang terbaring kaku di atas katil. Aku keluar dari bilik untuk memastikan pocong benar-benar keluar dari rumah. Time tu aku sempat tengok jam di dinding pukul 8.45 pagi. Aku tengok adik-adik aku pun masih belum bangun tidur, lampu tidur di ruang tamu dan tangga juga belum ditutup. Selepas pocong melompat keluar dari rumah, aku kembali ke bilik tidur dan baring semula di atas jasad aku. Bila roh aku masuk balik, aku sedar dalam keadaan mengejut. Bila dah sedar, aku bangun dari katil dan tutup lampu tangga serta ruang tamu.

Pengalaman Kedua
Juga berlaku ketika aku berusia 15 tahun. Situasi ini sama seperti situasi yang pertama. Di mana, roh aku seolah terkeluar dari jasad dan melihat jasad aku kaku menutup mata. Okay, ceritanya begini. Sedang nyenyak aku tidur, tiba-tiba kaki aku dihentak dan ditarik dengan kuat oleh dua ekor jin jantan.

Kedua ekor jin tersebut seperti bapa dan anak. Badannya gemuk berbulu, wajahnya tidaklah seram tapi bengis. Sekali imbas, macam jin Ahmad Albab pun ada. Aku andaikan seekor lagi anak kerana dia tak besar. Hanya diam tersipu tepi bapak dia sambil melihat gelagat bapak dia tarik kaki aku.

Bila jin tu tarik kaki aku, aku sempat berpaut pada jasad aku. Jin tu marah dengan mukanya yang berkerut sambil mengatakan “Aku tak puas hati dengan kau!!”. Aku berusaha untuk berpaut pada jasad aku sebab aku nak masuk balik dalam jasad supaya aku cepat sedar. Aku meronta sambil melaungkan nama Allah. Alhamdulillah aku dapat juga masuk balik dalam jasad dan terus tersedar. Bila dah sedar, aku termenung apalah yang aku buat sampai dia marah dan tak puas hati. Hmmm.

Pengalaman Ketiga
Pengalaman kali ini tidak berkait dengan makhluk halus. Tetapi cukup menakutkan diri aku kerana mengingatkan akan kematian. Kejadian ini berlaku sewaktu aku berusia 18 tahun. Dan kejadian ini juga merupakan kejadian terakhir roh aku keluar serta sehingga kini, aku tidak lagi diganggu oleh makhluk halus ketika tidur. Kalau tidak, setiap kali aku tidur sama ada pagi, petang atau malam, aku pasti diganggu oleh nenek tua, perempuan kebaya, perempuan berambut panjang menutup muka, budak berkepala botak, lelaki berbadan hitam kurus kering dan lelaki berbadan besar berbulu seperti beruang.

Okay, back to the story. Time ni aku tidur sorang dengan pintu bilik berkunci. Tiba-tiba aku tersedar dari tidur (situasi yang sama iaitu roh aku yang keluar dari jasad). Bezanya situasi kali ini sangat mencemaskan dan berbeza dengan situasi sebelum ini. Kaki aku terangkat ke atas seolah tidak ada graviti. Semakin lama kaki aku semakin tinggi terangkat dan aku cuba untuk berpaut pada tangan jasad agar mampu menarik kembali pada jasad. Malangnya, aku gagal berpaut pada jasad kerana sememangnya sifat roh itu tidak berjirim dan tidak berjisim. Jadi bila aku cuba pegang tangan jasad, ianya tembus.

Badan aku sudah sepenuhnya terapung. Aku melihat jasad aku baring saling tak tumpah seperti sekujur mayat. Kemudian aku sempat melihat sekeliling bilik dalam keadaan cemas. Aku bermonolog “Ya Allah, adakah aku dah m**i..”. Aku mampu mengerakkan badan aku ke pintu walaupun dalam keadaan terapung tetapi semakin lama, apungan aku semakin tinggi.

Aku cuba memegang tombol pintu untuk membuka pintu bilik tetapi gagal, apa sahaja yang aku pegang akan tembus. Apunganku semakin tinggi tanpa graviti. Dengan rahmat Allah, Alhamdulillah sampai ke siling bilik, kepala aku seolah terhantuk dan terus jatuh memasuki jasad. Aku terus sedar mengejut dan beristighfar. Dalam masa yang sama, denyutan nadi, jantung aku berdegup kuat serta aku merasa kebas kerana aliran d***h mula mengalir ke seluruh tubuh dengan laju dan berbunyi bagaikan mesin yang baru sahaja berfungsi.

Sekian sahaja kisah pengalaman aku, maaf andai ayat berterabur dan tidak seram. Terima Kasih.

Z

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “Roh keluar dari jasad”

  1. Pengalaman ni bkn ko sorang penah rasa. Ilmu ni dipanggil meraga sukma, klu englishnya dia sebut astral projection. Ilmu ni boleh dipelajari atau kadang2 boleh teraktif sendiri klu ada campur tangan pihak ketiga (jin). tp klu dalam keadaan astral projection, lg mudah nak kene attack sbb ko dgn jin sama dimensi. Ada org guna ilmu ni utk perubatan n tak terkecuali utk buat jahat. Cerita pasal jahat n baik astral projection ni dua2 ada dlm fs ni.

    Reply
  2. Aku baru ja lalui benda sama harini .
    Tidur masa zohor . Aku tidak pasti benda apa sebenrnya yang aku lalui sampai aku jumpa entry shasha ni .
    Aku tahu aku tidur, tapi aku tak nampak jasad aku tidur masa roh aku keluar ,seolah2 roh aku keluar terus cari bilik sebab masa ni aku tidur dekat ruangan kakak aku menjahit.Aku jalan2 ,pusing satu rumah ni semua orang tidak peduli .aku panggil2 seorang pun tak endahkan aku .Lepas azan asar baru aku dapat gerakkan badan aku hahaha .
    Sebab dari tdi aku cuba bangunkan jasad aku tapi tak bangun2 . Try hard giler tapi tak dapat bangun sehingga azan asar berkumandang baru aku tersedar.
    Penat giler Sekarang , bangun dari tidur biasa rasa fresh, ni aku tak fresh, penat macam lepas lari pecut. Tadi ingatkn aku ni dah m**i . M**i dalam keadaan tidur hahaha sebab first time aku rasa aku keluar dari jasad lama sangat sebab sempat pusing2 rumah 😆🤣 .syukur jasad aku tak da bangsa jin yg masuk .

    Reply
  3. ‘Segala puji bagi Allah SWT yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami (yakni tidur), dan hanya kepadaMu jua lah kami KEMBALI.’

    Reply
  4. Setakat ni aku cuma sedar yang roh aku keluar je and telinga aku mesti berdesing kalau aku try ntuk baca ayat kursi tpi alhamdulillah boleh kembali ke tubuh semula

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.