Roh Suami Kak Na pulang!!

Seram Roh Suami Kak Na pulangg!!

Salam semua, nama aku siti. Perkara yang aku nak ceritakan ini bukanlah aku yang mengalaminya tetapi kakakku dan semua sepupu-sepupuku. Bagi aku cerita ini sangat menyeramkan walau hanya didengar, tak tahu lah bagaimana yang mengalaminya ketika itu.

Pada tahun 1990, ketika itu aku masih belum dilahirkan, suami kepada sepupuku iaitu Kak na meninggal dunia kerana eksiden di mana lori yang dipandunya di waktu malam telah pon terbabas, mayatnya remuk di dalam lori itu. Ketika Kak na menerima berita kematian suaminya, ia tertawa dan langsung tidak menangis, mungkin kerana mereka sering bergaduh dek kerana suaminya seorang kaki perempuan.

Bermulanya cerita adalah pada malam setelah arwah Suami Kak na dikebumikan. Kak na adalah anak kepada maktehku. Jadi di rumah makteh, telah diadakan kenduri arwah pada waktu malam. Semua adik beradik berkumpul di rumah makteh. Setelah selesai majlis tahlil dan kenduri semua saudara mengambil tempat masing-masing untuk tidur tetapi bukan Kakak Ku dan sepupu-sepupu kami yang berusia belasan tahun ketika itu. Mereka mengambil port duduk di bahagian berdekatan tingkap yang Jika dibuka tingkap akan terus menghadap halaman rumah makteh yang tersangat luas dan dikelilingnya ada ada banyak pohon kelapa, Di hujung Jalan ada Jalan raya kecil.

Sengaja mereka memilih port itu kerana mereka telah merancang nak bercerita hantu malam itu. Mereka curi-curi pasang lilin untuk menambah keseraman kononnya. Seorang demi seorang mulai menyampaikan cerita misteri yang dialami masing-masing. Di dalam suasana yang suram tiba-tiba Kakak Ku meletakan jari dimulut..shhhhhhhh.. dengar tak macam suara orang? Masing-masing semua senyap dan Cuba memasang telinga. Ya mereka semua dengar sayup-sayup.. “Naaa, abangg balikkk nie” berulang kali kata-kata itu diungkapkan. Mereka semua berpelukan kerana mula berasa takut.

Kakakku mengatakan suara itu datang dari luar rumah, perlahan-lahan Kakak Ku bangun dan melihat di tingkap. Allahhuakhbar itu Suami Kak na. Dari jauh dia berjalan menuju ke tingkap mereka dengan pergerakan yang perlahan tetapi matanyaaa tepat merenung tingkap mereka. Kakak nampak kerana cahaya bulan memang terang malam itu. Jadi Sosok tumbuh itu jelas dipandangan mata Kakak. Semua sepupu kami curi-curi tengok di tingkap dan memang benar itu arwah Suami Kak na. Ada yang hampir menjerit, tetapi mulutnya ditutup.. Ada yang ingin pengsan, nak lari, menangis semua ada. Tetapi mereka terpaksa menahan suara sebab tak nak semua saudara mara yang lain bangun dan marahkan mereka dek kerana tidak tidur lagi.

Mereka menutup mulut masing-masing dengan tangan, kakakku Kata diam. Cuba baca apa-apa ayat suci yang tahu. Mereka tidak berani untuk menutup tingkap ketika itu dan tiba-tiba arwah Suami Kak na sudah terpacakkk di hadapan tingkap rumah makteh yang tidak berjeriji ketika itu. Mereka semua nampak di balik samar cahaya lilin, mata Suami Kak na merah, muka dan badannya mengalir d***h dan dia hanya memakai seluar panjang tidak memakai baju. Sambil ia menangis mendayu dayu. “Naa maafkan abanggg.. abang dah balikkk…” Semua sepupuku berpelukan menggigil dan memejamkan mata kecuali Kakak dan Kak na. Mereka takut tetapi cuba memandang arwah Suami Kak na. Sesekali ia berkata “Naaa bagi laa abang masukk, abanggg nak masuk”. Kak na dan Kakak sama-sama memejamkan mata.

Tiba-tiba Salah seorang dari sepupu kami menjeritttt sekuat hati Allahhhuakhbarrrr…. Maka terbangunlah semua saudara mara kami, lampu dibuka. Semua sepupuku termasuk Kakak lari memeluk Ibu masing-masing. Mereka menceritakan apa yang berlaku dan akhirnya dimarahi oleh saudara mara kami kerana memandai-mandai tidak tidur malam itu.

Sampai ke hari ini kalau semua adik beradik kami berkumpul, sepupu-sepupuku dan Kakak akan cerita perihal kejadiaan malam yang misteri itu. Sebab semua nampak arwah Suami Kak na pulanggg ingin masuk ke dalam rumah. Mungkinkah ia pulang kerana meninggal dalam keadaan sadis? Adakah dia roh? Qarin? Jin? Wawahhualam.

Terima kasih kerana sudi membaca ceritaku.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Siti

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 21 Average: 4.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.