Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga FS. Thanks sebab publishkan citer aku ni, yang mana aku nak link kan cerita aku dengan cerita yang kakak aku baru FS published; klik link ni kalau nak baca https://fiksyenshasha.com/hantu-liverpool/.
Benda ni jadi masa dkt rumah sewa aku. Confirm Farah baca citer nie dia carik aku. Btw, rumah sewa aku ni ada 5 bilik; 1 dekat bawah, 3 atas, 1 attic and each room dapat katil besar almari semua tu lah. Setiap seorang akan dapat satu balik tau, first year aku dapat bilik kira macam master room kot sebab besar and then 2nd year aku pindah bilik lain just nak be fair untuk yang lelain lah kan and 3rd year aku pindah dkt rumah yang kakak aku cerita kan tu.
Masa mula-mula pindah takada apa-apa pun benda mistik jadi dekat aku. Ye,dekat aku. Aku sorang je yang kena kacau dekat rumah tu yang lain pendinding dorang kuat agaknya. Aku anggap rezeki aku. Hehehe. Okay, jom mula.
FIRST YEAR, 2014-2015
Waktu tu memang musim submission, aku jenis suka buat kerja dekat library sampai lewat malam sebab 24jam bukak. Agak-agak aku nak balik tu, aku balik lah (around 2,3,4,5am) waktu tu winter malam dia panjang; jam 820am kau masih boleh subuh. Hahhaha
Nak di jadikan cerita, aku balik rumah mandi semua ready untuk tidur. Aku tidur jenis bukak lampu (lampu tidur tu lah) tengah sedap aku tidur, tetiba aku rasa ada orang belai rambut aku yang panjang dan merimaskan ni. Masa tu aku mengiring ke kanan, kiranya benda tu belakang akulah. Masa aku mula-mula tersedar tu aku macam panic, cuak semua ada. Bila benda tu perasan aku takut dia belai rambut aku sambil giggle βkikikikikikiβ. Aku baca apa yang patut tapi dia terus membelai sambil mengekek. Aku cuba nak pusing kan badan aku tapi macam kaku weh macam keras tak boleh bergerak, tapi aku berjaya pusingkan kepala aku sikit nak tengok belakang aku. YaAllah, kau tahu dia macam apa? Nenek yang tua mata terbeliak rambut mengerbang tengah mengiring belai rambut aku. Bila dah ternampak ni, terus aku pekik βAllahu Akbar!β tapi suara tu tak keluar macam tersekat. Kali kedua aku cuba buat benda yang sama, sambil nak kedepan kan tangan aku; Alhamdulillah lah berjaya gerak kan badan aku. Bila aku pusing habis aku tengok takada siapa pun sebelah aku nenek tu pun entah hilang pergi mana. Terus aku baring dekat tengah2 katil konon nya lebih selamat and sambung tidur.
Sejak kejadian nenek tu, aku selalu jugak lah kena tindih. Tapi setakat tindih tak tunjuk muka dah cukup okay lah, macam redha kan? Malas nak layan sebenarnya sebab aku rasa kelas dengan assignments aku lagi penting. So dia nak tindih, tindih lah. Emosi tak terganggu pun, sebab aku yakin aku tak pernah kacau diaorang. Lama-lama takde dah kes tindihan. Aku suspect dia ikut aku balik rumah kot dari library tu, siapa tahu kan?
SECOND YEAR 2015-2016
Macam aku terangkan tadi 2nd year aku pindah bilik. Bilik ni aku selalu kena tindih jugak tapi ada satu malam tu aku kena tindih agak teruk jugak lah. Okay, kejadian dia start dari mimpi tau. Dalam mimpi tu aku macam dkt hostel yang ada dua single beds. So aku macam tengah borak-borak dengan roommate aku which aku tak kenal and tak tahu siapa. Biasa lah kan before tidur akan ada girl talk gitu. Bila nak tidur tu, aku mengucap dua kalimah syahadah and maksud dia sekali. Mak aku ajar dari kecik dia cakap takut Tuhan tarik nyawa masa tidur at least sempat mengucap. Dalam masa yang sama aku nampak dekat sudut hostel tu ada lembaga hitam tengah tengok aku. Lembaga hitam kepala merah. Tengah aku mengucap tu tetiba lembaga tu berdesup pergi dekat depan aku sambil mimic aku βtak ada Tuhan yang disembah selain Allah!β dia cakap benda ni dengan nada yang marah dan mengejek and dia ada sebut nama dia tapi aku lupa; nama dia start huruf A tapi tak ingat sorry! Masa ni lah aku nampak rupa dia. Macam mana eh nak cakap, dia macam pakai coat hitam muka dia merah gila and rambut dia belah tengah. Bila dah close up macam tu, aku pun tersedar dari tidur. Bila tersedar tu aku tak boleh bergerak lansung, and yes aku nampak lembaga tu ada dekat sudut bilik aku. Masa tu macam2 surah aku baca tak habis dia macam tersekat2 tahu-tahu boleh gerak dan lembaga tu pun dah takde dekat situ. Seperti biasa, aku sambung tidur balik.
Selain dari tu, aku baru nak terlelap. Lepas tu aku rasa macam ada orang pijak tilam aku tu. Aku pun bukak lah mata, bila bukak mata tak boleh gerak dah. 2 3 kali jugak lah benda ni jadi tapi malas layan. Kalau layan kang lagi seronok dorang kacau kan.
Jadi itulah pengalaman mistik aku dekat negara orang.
Sekian,
RRDoter
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
await seram ngat gambaq tu ?
aku penah rase bile tido tersedo org pijak tilam siap cucuk tapak kaki dngan kuku pjang die…hampeh betol..
uish kita geng pernah jugak kene macam tu
mula2 takot tp lame2 jadi hangin 1 badan dah la penat keje campo lak gan megantok…
Aku pn pernah lalui kena tindih2 ne siap benda tu tunjuk muka tap bila kau terlalu penat atau kau lgi suka tidur maka ketakutan tersebut hanya skejap. Hanya ketika kejadian tu berlaku ja.π
sy pernah rasa dulu macam dihimpit masa tido.. berat sampai sy tak boleh bangun.. org kampung kata mungkin ada org terdekat akan meninggal.. lepas seminggu sy alami setiap malam dihimpit tak tau ape bende.. subuh2 mak sy gendong sy masuk kereta naik ferry rumah moyang.. dy baru meninggal.. masa tu sy umur 6 tahun..
Berani kau π
Aaaaa… nice
Seram
Terbaik cerita ni
Liverpool dengan Leopold dekat tak ???… lepas tu gi le MC pulak.. ataupun MU ke.. ? apepun dasyat gak hantu-hantu kat England hahah
Leopold tu mcm nama taman kat Liverpool
Seram gila gmbr tuh…
Hmm.. aku kena tindih memang tk prnh.. tp aku tindih org slalu sgt.. tu pun waktu joint rugbi zmn bljr dulu..
xnk komen arr. mrajuk tropy kna kebas
Aku kalau kene,x de makna nak tidur balik deπ
wow…lain macam hantu obersi ni
Huish.. degil eh hantu oversea ni.
seronok baca tp cm tau tau dah ending..