Rumah Babah

Assalamualaikum pembaca fiksyen shasha terutama buat mak aku yang tak habis-habis bercerita betapa bestnya fiksyen shasha ni. Jadi terpanggil lah aku untuk bercerita kisah aku pulak setelah bertahun-tahun aku jadi “silent reader” je.

Cerita yang aku nak cerita ni salah satu cerita yang memang aku tak boleh lupa sampai bila-bila. Even sampai sekarang aku masih boleh terbayang-bayang apa jadi malam tu.
Sebenarnya aku dengan mak aku ni nak kata ada special talent tak jugak tapi macam ada sixth sense gitu sebabnya kami anak beranak ni boleh rasa atau senang la nampak benda-benda misteri nusantara ni. Panjang pulak mukadimah aku ni. maaf ye.

Okay cerita aku ni berlaku masa aku umur 18 tahun lebih kurang tahun 2006-2007. Mak bapak aku ni dah lama bercerai sejak aku jalan jatuh lagi jadi aku memang tak ada kesempatan nak jumpa bapak aku since bapak aku pun dah kahwin lain. Bapak aku nie duduk jauh nun di pendalaman pantai timur sana. senang cerita rumah bapak aku ni memang kawasan kampung betul.

Bila malam kawasan sekeliling memang gelap gelita even lampu jalan pun tak ada. Nak dijadikan cerita satu malam tu aku masuk tidur dengan adik aku. Entah kenapa malam tu macma serba tak kena. Nak kata panas tak, nak kata sejuk pun tak tapi memang tak boleh tidur. Dalam masa aku tengah pejam mata bergolek ke kanan kiri tu aku macam perasan ada orang atau sesuatu tengah pandang aku jadinya aku bukak mata. Sekali alamak depan mata aku ade cik bunjut a.k.a pocong berdiri tepat ke arah aku. Nak menjerit tak boleh nak bergerak tak boleh, aku jadi kaku. Bila dah ketakutan tu aku pejam mata balik tapi masa tu memang keadaan serba tak kena. Bila aku buka mata balik pocong tu dah hilang tapi yang pelik dengan adik aku sekali hilang.

Aku masa tu tak fikir apa dah, aku lari keluar dari bilik cari bapak aku tapi benda lain plak jadi. Rumah bapak aku tu kosong, aku panggil tak ada siapa menyahut. Aku pergi ke ruang tamu tapi apa yang aku nampak lagi buat aku rasa nak lari keluar rumah. Aku nampak ada perempuan pakai telekung tengah duduk atas sejadah menghadap ke arah beranda rumah, aku kaku tak boleh nak lari kemana. Lepas tu boleh plak dia besuara “nak pergi mana tu? takut ye?” okay masa ni aku dah menangis macam orang gila tapi masih dalam keadaan waras. Aku menangis macam orang gila sambil tangan aku tutup muka sebab aku nampak dia bangun merangkak ke arah aku. Lepas dalam 10 minit macam tu aku rasa kaki aku pedih macam ada luka then aku beranikan diri bukak mata. Rupanya aku ada dekat belakang rumah bapak aku dengan keadaan gelap gelita. Masa tu kecoh aku dengar bapak aku cari aku tapi aku kaku tak bergerak mungkin aku trauma.

Alhamdulillah bapak aku jumpa aku dan aku tak kena sorok. Aku pun alhamdulillah tak apa-apa. Bila aku cerita dekat bapak aku pasal apa yang jadi, bapak aku diam dan tak terkejut.Jadi aku agak rumah bapak aku memang ade penghuni. Macam mana aku boleh ada dekat luar rumah? Wallahualam aku sendiri tak tahu.
Bapak aku cerita adik aku sedar aku tak ada dalam bilik dan pintu depan beranda terbukak luas. Jadi macam mana aku boleh dekat luar rumah terus..Sedangkan akun yang perasan adik aku yang hilang. Ni dah jadi aku pula hilang . Nasib baik tak ada ap-apa yang berlaku.

Okay sampai sini jelah cerita aku buat masa ni. Maaf kalau ada terkurang sana sini. aku banyak lagi cerita-cerita misteri nusantara nak aku ceritakan. kalau ada masa aku story lagi.Sekian..Assalamualaikum…
Annyeong!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Miaa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

12 thoughts on “Rumah Babah”

  1. Kuat ko reka crita..mak bapak ko cerai since ko jln jatuh..ko x jumpe bapak .eh tetibe plak kjdian brlaku kt umah bapak ko..pening wey

    Reply
  2. Kuat ko reka crita..mak bapak ko cerai since ko jln jatuh..ko x jumpe bapak .eh tetibe plak kjdian brlaku kt umah bapak ko..pening wey

    Reply
  3. Kuat ko reka crita..mak bapak ko cerai since ko jln jatuh..ko x jumpe bapak .eh tetibe plak kjdian brlaku kt umah bapak ko..pening wey

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.