Sebelum memulakan cerita, aku nak minta maaf kalau ada sebarang kesalahan ejaan dan sebagainya. Nama pena aku adalah ONS dan ini adalah kali pertama aku menulis. Pertama sekali, aku ingin berterima kasih pada pihak penerbitan Fiksyen Shasha kerana bagi aku peluang untuk berkongsi cerita dengan para pembaca semua.
Okay, seperti tajuk cerita, aku akan explain sedikit berkenaan rumah baru ni. Rumah ni dibina di atas tanah kebun durian yang diwarisi oleh ayah aku yang jauh di kawasan pedalaman Labis, Johor. Tanah berkeluasan 2 hektar itu yang dahulunya kebun durian kini menjadi tapak untuk rumah baru kami setelah ayah aku pencen dari pekerjaannya. Rumah ni ada 5 bilik, di mana terdapat 2 bilik yang ada toilet dan 3 bilik yang tiada toilet. Dan di dapur ada dua toilet, satu untuk mandi dan satu lagi jamban.
Rumah ini siap dibina sepenuhnya pada Disember 2020 dan kami sekeluarga mula duduk di rumah ini pada Januari 2021. Barang perabut semua dah siap disediakan tinggal kami mengemas barang yang kami bawa dari rumah lama sahaja. Petang selepas kami sampai dan membawa barang turun dari lori, ayah aku dan abang aku segera melaungkan azan di setiap penjuru pintu bilik dan kawasan rumah. Ruang kawasan dapur agak luas dan berdekatan dengan kawasan dapur ada dua bilik, salah satunya bilik aku.
Disebabkan terlalu penat berpindah, ahli keluarga aku yang lain tidur merehatkan diri. Bilik yang kosong adalah bilik di kawasan dapur, bersebelahan dengan bilik aku. Kiranya 5 bilik dalam rumah tu, satu bilik je tak berpenghuni. Aku tidur dalam bilik sorang sebab dekat rumah lama pun memang aku biasa tidur sorang. Tapi kat rumah baru ni rasa seram nak tidur sorang jadi aku buka pintu tu sikit dan buka lampu yang mengarah ke toilet dapur.
Dalam pukul 2 pagi, aku perasan macam ada orang ke toilet dapur sebab nampak macam ada bayang-bayang orang lalu. Mungkin ayah kot, aku pikir. Bila nak sambung tidur balik, aku terdengar bunyi orang ketawa mengekek tepi tingkap bilik aku. Bunyi ketawa ni bukan macam HaHaHaHaHa tapi macam KekeKekeeKe, tapi perlahan je. Tapi aku buat tak endah jelah. Dalam masa nak cuba lelapkan mata balik tu, hujung kaki aku rasa macam disentuh oleh seseorang. Masa ni aku dah rasa seram sejuk tapi still pejam mata lagi. Benda tu mula naik ke bahagian lutut, macam dicengkamnya kepala lutut aku. Start daripada situ aku kerahkan sekuat tenaga untuk bangun dan berlari ke bilik depan. Bilik depan bilik yang ada toilet dan bilik yang abang aku tidur. Aku terus baring kat atas lantai dan terlelap di situ.
Keesokan paginya, aku celik je mata aku sebenarnya berada di dalam bilik aku dengan pintu tertutup. Okay takpe, mungkin aku penat sangat sampai mimpi bukan-bukan. Aku cerita dekat ayah aku, dia kata mimpi je tu. Petang tu masa semua orang kemas halaman rumah yang penuh dengan batu-bata binaan, aku masih dalam bilik memikirkan apa yang terjadi malam tu sebenarnya. Aku perasan ada orang di dapur macam tengah nak jerang air. Bila aku berpaling ke arah dapur, aku perasan takde orang pun di situ.
Sewaktu maghrib, ayah aku ke surau berdekatan rumah baru kami dan tinggallah kami kaum hawa bertiga di rumah iaitu aku, mak aku dan adik aku yang darjah 6. Kami bertiga tengok tv kat ruang depan utama. Tiba-tiba ‘kwakkkakkkkk’ bunyi benda jatuh atas bumbung. Mak aku kata musang kot sebab kawasan kebun kan banyak musang. 5 minit selepas tu bunyi yang sama kedengaran lagi. Adik aku kata ‘banyaknya musang kat sini’. Kami abaikan lagi. Dan 5 minit selepas itu bunyi yang sama kedengaran sekali gus bunyi orang memberi salam. Dan mak aku terus jawab salam tu, “waalaikumsalam”. Aku ingat ayah dengan abang aku dah balik dari surau dan aku pergi buka pintu tapi takde diluar kelihatan gelap gelita dan tiada orang.
Masa ni bulu roma aku semua dah tegak. Mak aku tanya, “ayah ke balik?”. Aku diam dan terus tutup pintu. Taklama kemuadian, abang aku hantar chat dalam group whatsaap family yang menyatakan mereka ikut tahlil di surau sampai isyak dan minta kami makan malam dulu. Masa nak siapkan makan malam, aku dengan adik aku di dapur dan mak aku di depan. Ambil pinggan dan cawan, isi nasi dan penuhkan lauk untuk makan malam kami bertiga. Selesai semua tu, baru panggil mak aku makan. Semasa panggil mak aku makan tu, aku dengan adik aku dengar bunyi flush di dalam toilet dapur. Kami hanya memandang sesama sendiri tanpa mengatakan apa-apa.
Malam ni adalah malam kedua kami di rumah baru ni. Jadi dah rasa selesa sikit, aku pun berhasrat untuk tidur lewat sambil melayan netflix di kaca tv. Tengah syok-syok layan cerita korean uncanny counter, tiba tiba kedengaran bunyi cawan pecah di dapur. Masa tu aku sorang je kat ruang tamu, yang lain semua dalam bilik masing-masing. Aku pun ke dapur untuk melihat tetapi takde cawan pun pecah, bunyi punyalah gempak. Aku pun kembali ke ruang tamu depan.
Dan semasa aku toleh ke belakang aku perasan ada sosok putih menghilang di balik pintu toilet dapur. Aku pun terus matikan tv dan masuk ke bilik dan kali ni aku tutup rapat pintu bilik. Sambil membuat persiapan untuk tidur, sekali lagi aku dengar bunyi ketawa mengekek seperti malam sebelumnya. “Takpe, malam ni kita lawan, jangan takut”, bisikku dalam hati. Ketawa mengekek tu tak berhenti dalam 10 minit dan aku dah geram sangat, aku pun mula bersuara, “aku tak kacau kau dan kau jangan kacau aku” serta merta ketawa mengekek tu berhenti. Ingatkan sampai situ je permainan dia, dia ketawa mengekek lagi dan dengan jelas aku dengar, “kau yang masuk tempat aku”.
Tiba tiba rasa panas panas di hujung kaki aku. Aku mula membaca ayatul kursi dan terlelap. Keesokkan harinya, atuk aku datang tengok rumah baru kami dan aku terdengar bicara atuk dan ayah aku. “Berani kau buat rumah kat kawasan macam ni, dalam kampung ni pulak tu”, kata atuk aku. Menurut atuk aku lagi, kampung ni adalah kampung yang terkenal dengan kawasan pontianak dan bunian.
Sampai sini jelah tu entri aku untuk kali ni. Aku baru lepas dengar berita ayah aku accident kat batu pahat. In sha Allah, jika cerita ini diterbitkan oleh Fiksyen Shasha, aku akan cuba membongkar banyak lagi cerita seram untuk para pembaca Fiksyen Shasha. Sekian, ONS mengundur diri. Assalamualaikum.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
semoga ayah penulis pulih segera dan dipermudahkan segala urusan….
hai orang kampung….eheee
sambung lagi, banayak persoalan belum terungkai
Interesting, semoga diteruskan.
keduddkan rumah awak mcm rumah mak saya di kg..terletak di kwsan perkampungan bunian dan kawasan laluan cik ponti