Rumah Bawah Tanah

So this is my first time berkarya in Fiksyen Shasha. Hope you guys enjoy and like it! By the way, nama aku Felixa.

Aku ada dua buah rumah. Satu rumah kayu, satu rumah batu tetapi di bawah tanah. Nak dijadikan cerita, rumah bawah tanah tu dah lama ditinggalkan sejak nenek aku meninggal….

Disebabkan bil api sering naik, kami sekeluarga turun ke rumah tersebut. Hairan juga bila tiada orang duduk tapi bil api sering naik mendadak. Sekaligus, kami mahu mengemas rumah tersebut dek kerana rumah tersebut tak ubah seperti rumah yang sudah lama ditinggalkan.

Buka sahaja pintu rumah, kami merasakan aura yang kurang senang. Kami yang aku maksudkan ialah aku, ayah, ibu serta adik beradik yang lain. Mulakan dengan langkah kanan, kami masuk sambil memberi salam.

Kami membahagikan tugas masing-masing. Aku ditugaskan untuk mengemas bilik utama bersama ibuku. Manakala, bilik kedua dikemas oleh ayah dan abang sulung ku. Ruang tamu dikemas oleh adik bongsu serta adik ketiga.

Sedang asyik mengemas, kami terdengar ada sesuatu jatuh di dalam tandas. Aku berpaling ke arah pintu bilik utama lalu terjatuh ke lantai oleh kerana melihat ‘poco**” tercegat dibelakang pintu. Terasa seakan akan sedang bermimpi. Biar betul apa yang aku nampak ni? Aku segera beristighfar lalu memanggil ibuku keluar dari bilik itu.

Kami bergegas ke tandas untuk melihat barang apa yang terjatuh. Namun apabila dibuka, semua barang kelihatan tersusun dan tiada yang terusik.

Kami memandang satu sama lain dan cuba untuk bersangka baik. Ayah ku menyuruh kami segera menyiapkan tugas kami kerana azan maghrib bakal berkumandang.

Sedang elok mengemas, sekali lagi kami diganggu dengan sebuah “teddy bear” besar yang bewarna putih. Kami mendengar seakan akan patung tersebut sedang menangis. Untuk menyedapkan hati, kami hanya menganggap bahawa kami tersalah dengar. Namun, tidak lama selepas itu, patung tersebut bergerak tanpa kami sedari. Semakin lama, semakin dekat. Untuk mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi, kami segera keluar dari bilik utama itu.

Selesai sahaja mengemas, ayah segera mengunci pintu rumah bawah tanah itu. TEPAT waktu maghrib kami keluar.

Dan TEPAT waktu itu juga, kedengaran suara wanita mengilai kesakitan mintak untuk dilepaskan. Disertai suara mengilai yang sangat menyeramkan. Kaki kami semua bagai di gam. Tak mampu untuk bergerak. Ayah segera membaca surah Kursi lalu kami semua bergerak secara perlahan-lahan.

Arwah nenek kami pernah berpesan, jika terdengar sesuatu dari rumah tersebut, jangan pernah menyahut atau memberi respon. Jika tidak, sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Dengan penuh berhati-hati, kami semua keluar dari kawasan rumah bawah tanah itu. Apabila ayah mahu menutup gate utama, kami ternampak ada lembaga sedang merangkak seperti mahu keluar dari tempat itu. Kami segera menutup lalu balik ke rumah kayu.

Ayat terakhir yang kami dengar, “tolong aku”.

Sekian itu sahaja cerita untuk kali ni. Maaf jika tak menyeramkan. Hope you guys like it. Dan mintak maaf untuk segala cacat cela dlam cerita ni! Bye!!!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Felixa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

4 thoughts on “Rumah Bawah Tanah”

  1. ada sambungan tak?
    ada cubaan untuk memulihkan rumah tersebut? a
    da cerita gangguan yang dihadapi penghuni rumah tersebut sebelum ini?
    ada cerita mengenai punca gangguan rumah tersebut?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.