Rumah Flat di Keramat

Hi dan asslamulaikum pembaca FS semua.Saya harap semua sihat sihat belaka.Aku juga berharap cerita aku dapat disiarkan oleh pihak FS. Baiklah,korang boleh panggil aku sebagai inaz. Aku ingin menceritakan kisah aku ketika duduk di rumah aku yang dulu.

Ok ,cerita ini bermula ketika aku dan keluarga berpindah ke rumah yang berada di keramat.Rumah tu dia macam rumah flatlah ,tak besar sangat dan tak kecil sangat.Waktu ni nenek aku masih ada dan duduk sekali bersama kami sekeluarga.Jadi nak dipendekkan cerita dalam beberapa bulan kemudian nenek aku meninggal dunia .Jadi disinilah bermulanya kisah seram yang kami sekeluarga lalui.

Semiggu selepas nenek aku meninggal aku dan adik beradik yang lain pergi ke sekolah seperti biasa (umur aku baru 10 tahun macam tu) . Jadi aku balik dari sekolah kebangsaan memang takde siapa siapa dekat rumah hanya aku seorang ja (sebelum niyh ada nenek boleh teman) .Lepas aku mandi and solat zuhur sebelum berangkat ke sekolah agama pula aku terdengar ada seseorang memanggil aku.

“Inaz,inaz nak pergi mana tuh” suaranya seperti separuh berbisik.Aku cuba kuatkan diri untuk membaca Ayatul Qursi sambil pakai baju dan bergegas ke sekolah.Habis je sekolah agama aku balik dan terlihat semua ahli keluarga ku sudah ada di rumah.Aku tak nak pulak cerita tentang kejadian yang berlaku tengah hari tadi sebab aku fikir mungkin perasaan aku je.

Pada malam itu ,ayah mengajak kami sekeluarga untuk makan malam di luar .Lepas habis makan kami pun berangkat pulang.Turun je kereta adik dan kakak aku berlari untuk ke rumah .Oh, untuk pengetahuan korang dari rumah aku untuk ke tempat pakir kena naik satu bukit macam jalan konkritlah.Jadi adik dan kakak aku berlari untuk turun ke bawah.Aku pulak berjalan je sebab malas nak lari . Tapi bila aku dah turun (adik dan kakak aku dah sampai bawah lama) aku nampak adik dan kakak aku berlari ke arah aku sambil menjerit.

“Antu antu” kata adikku yang pelat.
“Wei,ada ‘benda’ dalam rumah kita!” kata kakak ku.
Aku tanya diorang apa mereka nampak tapi kakak aku kata
“Tadi kami nak masuk jadi kami beri salam tiba tiba ada orang jawab macam berbisik”
Aku tanya macam mana dan kakak aku jawab
“Macam niyh ,waalaikumussalam (macam suara kau dilembutkan dan perlahan lahan sebut perkataan tu)
Aku terdiam.

Malam tu aku memang tak boleh tidur.Tempat tidur aku pulak berhadapan dengan tingkap dan aku tidur bersama kakak dan adik aku.Jadi takut punya pasal aku tidur membelakangi tingkap dan aku duduk dalam selimut. Tiba tiba aku dengarĀ  ada orang bukak tingkap bilik aku dan cuba untuk masuk .Aku fikir macam pencuri ke apa jadi aku intai lah dari dalam selimut.Alangkah terkejutnya aku bila ‘benda ‘ tu bukan orang! Dia pandang aku sambil senyum dengan penuh seram. Taktau macam mana aku tertidur.

Jadi mari kita langkah terus ke hari Sabtu.Pada petang tu aku dan keluarga bersantai di rumah .Kami memang tak buka tv sebab semua sibuk dengan gajet.Tengah kami semua senyap ,tiba tiba dengar ada orang main guli .Satu persatu guli itu dijatuhkan. Aku seorang je yang tahu orang atas tu dah pindah jadi aku tanya mak aku.

” Ma, itu bunyi apa?”
“Orang atas anaknya main guli lah tu.”
“Tapikan ma orang ataskan dah pindah.”

Lepas aku habiskan je ayat tu ,kami dengar bunyi pasir di hempaskan ke lantai.Semua keluarga aku saling berpandangan.Mak aku tiba tiba tanya.

“Inaz,betul ke orang atas niyh dah pindah”
“Betul ma!” aku dah mula takut.

Pada malam tu ,kami sekeluarga terdengar ada orang mengerudi dengan kuat dari tingkat atas sampai aku rasa rumah aku tu nak bergegar tapi yang peliknya orang satu flat kitaorang tak dengar.Nak tau kenapa aku cakap macamtu sebab aku tanya orang sekeliling dorang memang tak dengar apa apa pon.

2 minggu lepas tu tiada kejadian pelik berlaku ketika mak dan ayah aku ada outstation di luar negeri.Dia minta kakak aku jagakan kami.Jadi esoknya ketika aku bangun aku nampak semua perabot bertukar tempat.Aku mula pelik dan disebabkan aku begitu takut aku berlari ke bilik dan nak kejutkan kakak dan adik aku .Alangkah terkejutnya mereka takde!

Aku dah mula menangis .Tiba tiba aku dengar seperti ada orang menghancurkan barang barang di seleruh rumah seperti:
Memecahkan pinggan,menumbuk tv ,menghempaskan buku ke lantai dan bermacam lagi .Aku tutup telinga macam aku kena rasuk pulak.Aku jugak terdengar ada orang menjerit.

“Keluar dari rumah aku! Kau tak layak duduk di rumah aku!”

Aku dah mula menangis .Tiba tiba aku rasa seperti di awang awangan .Terkejutnya bila aku terbang kemudian aku dihempaskan ke lantai dengan kuat.Badan aku sakit sangat.Kemudian kakak dan adik aku balik dari kedai.Kakak aku terkejut tengok keadaan rumah dan aku.Dia terus telefon mak ayah aku dan aku terus dibawakan ke hospital.

Mak aku cerita keadaan badan aku dalam keadaan normal.Hanya kaki aku je ketika itu perlu dibedah.Taktau kenapa.Jadi sampai disini jelah cerita aku maaf kalau tak seram sangat tapi kalau korang lalui apa aku lalui mungkin agak seram .jadi terima kasih sudi baca kisah aku kalau ada masa mungkin boleh berjumpa lagi.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Azrinaz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2]

17 thoughts on “Rumah Flat di Keramat”

  1. Gigih adik tulis NIYH. Lebih mudah tulis NI daripada NIYH.

    Anyway, nice simple story. Bagus jugak adik ni pandai baca ayatul Kursi masa kena ganggu. Moga sihat kaki tu ye

    Reply
  2. Alaa awak tak habiskan lagi ni. Pliss nak tau ape jadi lps masuk hospital tu. Ade pergi berubat ke? Kenapa diganggu? Banyak persoalan ni haha. Sambung tau.

    Reply
  3. cerita seram memang hampir semuanya direka atau ditokok tambah bg penyedap cerita. normal. tapi adik punya jalan cerita ni tak kena dengan umur 10 tahun tu. byk sgt contradiction. hati2 menulis. apa pun, teruskan menulis. improve lagi.

    Reply
  4. jadi siapa yg buat kacau dlm rumah?
    suara siapa yg marah2 dlm rumah?
    nenek ada membela ke?
    apa jadi lepas pembedahan kaki?
    ada hajat nak hantar sambungan lagi ke?

    Reply
  5. Wah… Umur masih 10 thn (belum akil baligh) tp tk lupa solat zuhur sblm berangkat kesekolah agama… Mula dari sini, aku dah yakin cerita ni mmg dibuat2…

    Reply
  6. Harapnya cerita seterusnya tak ditulis perkataan2 macam ‘niyh’ ye. Rasa turn off nak baca wink
    Tapi takpe, banyakkan menulis & membaca lagi

    Reply
  7. hri nie bru smpai snie pestime join thn lepas tekun bce stori2 yg dikongsi oleh penulis. .xksh cite benar @ fiksyen sume gua lyn. .trbaik dlm ad lawak tetap ad pengajaran bleh dibuat pedoman dlm menempuhi liku2 khpdn yg penuh dgn tipu daya. .smg penulis sukses slalu. .cite pn best tp mcm trgant0ng ar plak. .

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.