Rumah Kondominium Sewa RM500

Salam FS, nama aku Mimi,
Kisah ini berlaku pada beberapa tahun yang lalu.. Kami tinggal di utara. Ia merupakan kisah abang yang ingin berpindah ke rumah sewa selepas dia berkahwin..Abang aku seorang anggota badan beruniform…Kakak iparku juga bekerja di kawasan orang beruniform (bahagian pejabat)..kakak iparku asal dari Sarawak..menunggu masa untuk posting dekat abang aku..Jadi aku,mama aku,abah aku dan adik aku datang KL tolong abang aku pindah rumah..Masa ayah aku kerja ada cerita yang abang aku nak cari rumah sewa..So, kawan ayah aku cakap rumah dia kosong boleh ja nak sewa tapi kondominium..Bilik ada 3..tandas ada 2…Sewa dalam RM 500..Heran jugak murah betul sewa tapi kami semua tak dak la fikir bukan-bukan sebab nak cari rumah dekat KL ni mana la nak dapat RM 500..Bilik saja pun dah beratus. Kalau tak silap kondominium tu dalam 6 tingkat..siap ada lif lagi..best la mama aku tak payah panjat tangga..kondo abang aku tingkat 4.

Cerita dia begini..masa masuk rumah tersebut..kami masuk okey ja..kami sampai malam dekat rumah sewa tersebut..lepas ayah aku,adik lelaki aku dan abg aku angkut barang masuk rumah depa nak beli makan di kedai, tinggallah aku dengan mak aku..Tugas aku dan mama mengemas pula. Sebelum masuk pun,mama ada cakap,” macam tak elok ja rumah ni kakak” aku pun balas, “ tak dak apa la mama”. kemudian kami angkat beg nak masukkan ke dalam satu bilik yang berdekatan dengan pintu masuk.. masa aku buka pintu bilik..terasa angin meluru masuk ke dalam bilik tu..memang terasa betul angin dia. macam orang pasang kipas level 5 masa buka pintu tu.. Terus mak aku cakap dekat aku,”Rumah ni mengusik kakak”. Kelebihan mak aku boleh rasa rumah ini elok atau tidak dan ada benda yang menumpang ke tak rumah ni..Ok kami buat biasa lepas tu tak bagi tahu dekat abah, adik dan abang aku..kami kemas apa yang patut..abang aku tinggal la situ…abang aku ni plak jenis kalau apa-apa diam tak mau cerita..Dia jenis tak mau menyusahkan keluarga..

Suatu hari nak dijadikan cerita..abang aku ajak mak aku datang rumah dia..lama mama tak datang rumah dia.mama pun setuju nak datang..kami ni sekolah..abah aku kata “tak pa, mama pergi dulu nanti abah datang dengan anak-anak”. Mama aku pun naik bas pergi dekat abang aku..abang aku ambil mama aku bila dah sampai sana.. mama sampai petang..masa tu, abg aku duduk sorang lagi sebab bini tak posting lagi.bini dia datang masa cuti ja..tiket belon (kapal terbang) bukan murah nak mai tiap-tiap bulan..jadi makan pun kena beli.. mama aku pun ajak abang aku pergi kedai beli apa yang patut la.. Sebelum keluar, mama aku tutup lampu ruang tamu.. buka lampu dapur.. Balik dari kedai lampu semua terbuka..

Mama aku cakap dekat abg aku, “tadi mama tutup along lampu ni”. Abang aku nak sedapkan hati mama aku dia kata, ” Mama tak tutup la”. Mama aku cakap lagi, “Mama tak nyanyuk lagi along, kita pergi kedai kejap ja..mama tak lupa la”. Terus mama aku tanya abang aku.” Rumah mengusikkan along, bagi tahu mama betul-betul”, abang aku terus bagi tahu mama aku, selama dia sewa rumah tu..berapa kali ja dia tidur dekat rumah tu. dia tidur dekat bilik tempat dia bekerja…Dia balik cuma ambil baju ja..

Masa abang tinggal di rumah tu, dia ni suka tengok filem hantu..Dia cerita dekat mama aku..masa dia tengok cerita hantu..tiba-tiba jatuh sehelai-sehelai rambut jatuh dari syiling rumah..panjang pula tu dia kata. terus dia masuk bilik tutup pintu..tak berhenti dekat situ saja.. Malam kemudiannya, masa dia nak tidur… dia tutup pintu bilik..lebih kurang pukul 11 malam. abang aku tak sedap hati, pejam mata tak kena.pusing kiri kanan pun tak mau lena juga.. lepas tu dia dengar suara budak-budak gelak dekat ruang tamu, pastu dengar diorang pasang tv kuat-kuat..lagi kecut perut dia kata pintu bilik dia kena ketuk..macam nak pecah..dia kata dia nampak bayang kaki mundar mandir dekat pintu bilik..nampak dekat bawah pintu yang tertutup..terus dia ambil bantal peluk tutup bawah pintu tu sebab nak ilangkan rasa takut tu.. dia ambil selimut, selimut satu badan..tak tahu masa mana dia terlena..siang ja terus ambil baju tak balik dah rumah tu.

Malam tu mama aku tidur dekat ruang tamu dengan abang aku.. mama aku bermimpi datang dua orang perempuan dengan 4 orang budak kecil bertelanjang.. mama aku tanya mereka, ” Buat apa dekat sini? benda tu jawab, ” kami nak pulut dengan pisang”, mama aku tanya lagi, ” Datang dari mana ni? benda tu jawab, ” kami dari tingkat bawah..mama aku cakap ,” dah jangan kacau lagi, kami nak pindah dah. Terus mama aku terjaga. Mama aku cakap dekat abang aku jangan duduk lagi dekat sini.. kena cari rumah lain. Kemudian, abang aku bagi tahu lagi..masa bawa kawan teman ambil baju dekat kondo tu.. masuk ja rumah tingkap sliding semua terbuka.. padahal masa aku datang, aku nk buka tingkap..punya la ketat nak bukak.. lepas tu abg aku cakap lagi..masa duduk sini ada satu makcik tu tegur abang aku tanya duduk rumah mana? tingkat berapa? abang aku bagi tahu tingkat sekian dan rumah nombor berapa terus dia tak cakap dah..jumpa abg aku pun dia pergi tempat lain..yang lagi pelik masa kami datang situ tak dak sapa pun tegur dan cakap dengan kami..tak dak sapa pernah lalu depan pintu rumah masa kami duduk situ..
kondo tu ada laluan tangga..mungkin depa turun tangga dan naik lif di tingkat bawah.

Keputusan nak pindah ambil masa sebab rumah dekat KL mahal..akhir sekali ambil rumah berek..senang..mama tak bagi abah, aku dan adik aku datang..Tunggu mama balik..abang aku memang tak balik rumah lepas mama aku balik…Lepas tu mama aku jumpa ustaz dia duduk satu lorong dengan rumah kami..Kemudian mama cerita pasal rumah abang aku begini begitu.. ustaz bagi kata putus pindahlah..makhluk macam ni boleh merupa jadi anak kita..risau takut jadi abang aku masa bini dia datang dekat dia ni..tidur dengan bini dia..tu ja ustaz cakap..pindah jalan terbaik..

Ending yang paling bengang, mama abah pergi jumpa tuan empunya kondominium..mama cakap anak saya nak pindah dah..deposit tak payah bagi balik sebab bulan tu tak bayar sewa.. mama cakap rumah encik berhantu mengusik..yang bestnya, tuan empunya cakap..laaaaa mengusik lagi..saya ingat tak mengusik dah sambil tepuk kepala.. patutlah sewa murah sangat.. mama aku rasa geram pun ada..dah tahu rumah tu mengusik bagi orang sewa buat apa..abang aku sewa kondo ada la dalam 6 bulan rasanya..dia cakap dalam 6 bulan tu tak sampai 10x dia masuk dalam rumah..takot menjadi-jadi….

Sekian, jangan kecam jika ada yang tak kena..hanya perkongsian sahaja.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

mimi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]

5 thoughts on “Rumah Kondominium Sewa RM500”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.