RUMAH MERTUAKU

HAI ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA PEMBACA FIKSYEN SHASHA. TERIMA KASIH ADMIN KERANA PUBLISHKAN CERITA AKU PADA KALI NI DAN TERIMA KASIH KEPADA PEMBACA YANG BACA CERITA AKU SEBELUM NI YANG BERTAJUK “BLOK R” & “DISIHIR KAWAN BAIK”.

Jadi bermulalah kisah yang terjadi kepada diriku sendiri.

Seminggu selepas hari perkahwinan, kami mengadakan majlis sambut menantu di rumah ibu mertua aku. Pada hari sambut menantu tersebut alhamdulillah ramai yang hadir untuk meriahkan majlis kami. Tapi ya lah, kita tak tahu hati orang macam mana. Ada lah salah sorang makhluk Allah yang busuk hati ni tinggalkan “sesuatu” di rumah mertua aku. Senang cerita dia hantar benda lah kat rumah tu. Hamba Allah ni memang dari dulu dia sakit hati dengki dengan ibu mertua aku ni sampai ibu mertua aku ni pernah tak boleh bangun, tak boleh cakap, mengilai sorang sorang. Mungkin sebab keluarga mertua aku ni orang yang agak senang dan agak berduit. Aku pun tak tahu kenapa dia jadi macam tu. Okay la lantak dia lah kan. Bukan niat nak menuduh. Tapi dah banyak kali berubat cakap orang yang sama hantar. Dan nak dikatakan selalu jugak lah mimpi muka dia. Dan selepas daripada mimpi tu mesti akan ada yang menganggu. Tapi takpe lh anggap je apa yang dah terjadi semua datang dengan izin Allah swt.

Okay ni dah masuk minggu kedua aku duduk rumah mertua aku. Dalam rumah tu aku sorang je yang kerja jadi terpaksa lah bangun pagi buta untuk bersiap pergi kerja. Style rumah mertua aku ni kalau malam time nak tidur tu memang satu rumah gelap habis. Semua lampu ditutupnya. Hanya tinggal cahaya lampu garage je yang menemani subuhku yang gelap. Nasib toilet sebelah pintu bilik je. Tapi jangan fikir toilet sebelah pintu bilik tu selamat. Pada pagi tu jugak lah aku nak mandi, keluar je dari bilik aku nampak satu susuk tubuh tinggi,besar dan berbulu. Betul berdiri tercacak depan aku. Ya Allah rasa nak tercabut kepala lutut jantung denyut kencang masa tu. Aku ni kira kuat semangat juga lah pada mula tu. Secepat yang mungkin aku tutup mata dan baca ayatul kursi dan surah yang lain. Alhamdulillah lepas aku buka mata tu makhluk tu hilang dari pandangan mata.

Esokkan hari, macam biasa jam 5.50 pagi aku dah ada dalam toilet untuk bersihkan diri. Tiba-tiba tengah aku gosok gigi tu ada satu suara lelaki yang agak kasar baca satu mantra tapi bukan bahasa melayu atau inglish. Aku rasa lah tu macam bahasa asli takpun jawa. Ada jugak lah 3 minit makhluk tu baca mantra tu. Dalam toilet kau rasa berkesan ke nak baca ayat suci alquran? Selawat dalam hati je mampu masa tu. Habis je benda tu baca mantra tu, terus aku cabut lari masuk bilik weh. Tak mandi aku pagi tu pergi kerja. Hahahaha. Nak diakata kan jiran? Rumah tu kawasan lot. Jauh sikit jarak dari rumah ke rumah. Rajin pulak jiran aku tu nak panjat pagar rumah orang untuk baca mantra?

Okay hari yang sama masa aku dengar orang baca mantra tu. Laki aku ni business sendiri. Jadi nya lepas solat subuh dia akan sambung tidur. Dalam jam 8 pagi lebih dia pulak kena ganggu. Bayangkan tengah lena member tu tidur dia boleh main ketuk meja lampu tidur tu 3 kali. Lepas ketuk meja dia main pulak tombol pintu. Allahu tak tau nak cakap. Aku masa tu mungkin ingat dia mengigau kot lepas baru bangun tidur.

Selang beberapa hari lepas tu, masa tu hari jumaat. Jadi biasa lah time hari jumaat lah akan dapat cuti yang lama. Masa tu aku balik rumah. Rumah tu kalau siang takde orang. Rumah besar orang takde memang sunyi. Tapi yelah siangkan peduli apa. Aku pun pilih lah untuk membuta kejap. Tak sempat aku nak lelap mata tiba-tiba “haaaaahhhhhhhhh hahahaha” benda tu bisik dekat telinga aku. Aku tak tau apa masalah benda tu. Lepas aku baca ayatul kursi terus benda tu senyap. Aku pun apa lagi siap-siap terus pergi jalan kat mr.diy tak sanggup aku nak hadap benda tu.

Aku ingat dah takde dah benda tu ganggu. Pukul 5.30 petang aku balik dari tempat kerja terus pulang ke rumah. Ingatkan balik rumah boleh lah baring sekejap rehatkan tubuh badan dan otak yang penat bekerja sebelum aku bersiap pergi ke kedai pada pukul 6.30 petang. Bayangkan aku hanya ada 40 minit je untuk rehat dan bersihkan diri. Tak dan 2 minit aku melabuhkan diri atas katil, tiba-tiba aku dengar orang ketuk dinding tandas sebelah bilik aku tu. Bergema bunyi tu sampai dengar dalam bilik aku. Aku pun lantak kau la hantu, aku penat. Tiba-tiba tengah best bergolek, katil pulak dia gegarkan. Allahuakbar hantu tu memang tak boleh tengok aku tenang ke? lepas digegarnya katil, dia bisik lagi di telinga aku “haaaaahhhhhhhh hahhhhhh” kali ni agak panjang. Dan masa tu juga lah aku ambik baju terus keluar dari rumah tu. Tak sanggup aku nak duduk rumah tu lama-lama. Time nak keluar bilik tu pulak perempuan baju putih rambut panjang memang saje je slow motion lintas depan aku. Allahuakbar semerbak bau kelapa barus. Pecut aku lari keluar rumah. Masa kat luar tu Ya Allah tenang nya rasa.

Punya tak tahan. Balik daripada kedai malam tu aku cerita kepada ibu mertua aku. Rupanya dia lagi teruk kena ganggu. Nak tidur malam tak boleh. Perempuan putih tu datang tindih dia nak dikatakan setiap malam juga. Kadang-kadang perempuan tu menyanyi sorang dalam bilik tetamu yang berada tidak jauh dengan bilik aku dan bilik mertua aku. Hantu tu kenapa lah taknak masuk Gegar Vaganza ke Akademi Fantasia ke famous lah jugak. Ni menyanyi dalam rumah, aku pun takde masa nak dengar. Hahahahaha.

Lepas daripada cerita dekat ibu mertua aku tu, kami buat keputusan pergi berubat. Masa tu 2 orang ustaz yang ubat kan kami. Nak tau ustaz tu cakap apa? Ya Allah banyak nya benda kat rumah awak ni. Masuk satu bas pun muat ni banyak sangat. Sape lah yang sakit hati sangat nak rosakkan keluarga awak semua ni. Nasib baik awak semua ni datang cepat. Kalau tak teruk nanti ni. Alhamdulillah sekarang benda tu dah takde. Cuma tinggal yang perempuan putih tu je lagi tak dapat nak buang. Dan kami semua masih lagi dalam tempoh perubatan sekarang. Semoga dipermudahkan oleh allah. Aminnn

Fifi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

2 thoughts on “RUMAH MERTUAKU”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.