Rumah No 88

Salam Sejahtera. Lama tak baca cerita kat FS dan dah banyak cerita-cerita ketinggalan. Aku pun dah lama tak pos cerita. Harap admin tertarik dengan cerita aku kali nie, dan sudi kongsikan dengan rakan alam maya Fiksyen Shasha.

Nama aku Aisy (bukan nama sebenar). Aku dan suami dalam fasa mencari rumah sendiri, sebab sebelum ini aku tinggal dengan keluarga mentua. Faham-faham jer lah kan, kalau tinggal dengan keluarga mentua. Ibubapa mentua aku baik sebenarnya, tapi biras iaitu kakak ipar kepada suami aku tidak berapa baik dengan aku. Jadi, Asyraf, suami aku buat keputusan untuk tinggal berasingan.

Kebetulan, dalam tempoh seminggu, kami jumpa rumah yang ingin dijual, tidak jauh dari tempat kerja aku dan Asyraf. Ada tiga buah rumah untuk dijual di kawasan yang sama iaitu nombor 88, nombor 110 dan nombor 128. Asyraf memandang aku.

“Kalau yang nombor 128, rumahnya corner lot. Kalau yang lain tu, lot tengah lah,”terang tuan rumah.

“Biy, no 88 lah. Nombor dia cantik,”cadang aku sambil tersengih. Asyraf turut tersenyum dan mengangguk. Akhirnya, kata sepakat diambil.

“Betul nie? Tak menyesal ambil rumah no 88?”soal tuan rumah lagi. Kami mengangguk.

Dua bulan kemudian, kami berpindah masuk ke rumah baru. Malam itu, setelah selesai majlis doa selamat, aku ke dapur untuk mengemas pinggan mangkuk yang kotor. Seorang penduduk taman, Kak Lya datang ke dapur ingin membantu. Dia tinggal selang dua buah rumah dari rumah aku.

“Aisy, akak nak tanya kau nie? Macamana kau boleh ambil rumah nie? Kau tahu, rumah nie dah 6 tahun kosong taw!”soal Kak Lya separuh berbisik, sambil kepala asyik-asyik pusing ke ruang tamu. Takut kalau ada telinga yang mendengar. Aku pelik, apa maksud Kak Lya?

“Maksud Kak Lya?”

“Kalau kau nak tahu, rumah nie…..”belum sempat Kak Lya menghabiskan kata-kata, Asyraf muncul di dapur.

“Yang, I dengar Ayra menangis kat atas. Dah bangun agaknya. Tolong tengok, boleh? I nak hantar Pak Imam kat luar, dia nak balik dah,”pinta Asyraf. Aku mengangguk.

“Kejap ye, Kak Lya. Aisy nak tengokkan anak jap!” Kak Lya mengangguk.

Aku bergegas lari mendaki tangga menuju ke ruang atas. Ayra yang berusia 1 tahun, aku letakkan di dalam baby cot. Agak susah juga untuk dia turun ke bawah kalau dia terjaga sekali pun.
“Mana Aril eh? Kan aku minta dia tengokkan Ayra,”gumam aku sendirian sambil mendaki tangga. Suara tangisan Ayra tidak kedengaran. Aril, adik ipar aku. Malam ini, dia tinggal di rumah kami sebab esok dia akan terus pulang ke KL. Ibubapa aku dan ibubapa Asyraf sudah pulang selepas habis doa selamat tadi.

Sebaik sampai di tingkat atas, aku nampak Aril dan Ayra sedang bermain sambil tv terpasang. Ayra ketawa mengekek diusik oleh paksunya.

“Ayra nangis ke tadi, dik?”soal aku. Aril memandang aku.

“Taklah, kak. Dia terjaga tidur tadi, tak menangis pula. Adik terus angkat dia turun sini. Orang surau dah balik ke, kak?,”jawab Aril, masih bermain dengan Ayra. Ayra nampak aku, terus menapak kearah aku. Aku menyambut.

“Ada dua tiga orang lagi tengah berbual dengan along. Sayang mummy dah bangun, ya? Ayra duduk dengan paksu dulu, ya. Mummy ada kerja lagi di dapur,”ujar aku lealu menyerahkan Ayra ke arah Aril.

“Kenapa akak naik atas nie? Nak Aril tolong apa-apa ke?”

“Adik tolong jagakan Ayra jer. Along lah, dia dengar Ayra nangis. Sebab tu dia minta akak naik tengokkan. Dia ingat Aril takde lah tu. Tak pe lah, akak turun dulu.”

Aku turun semula ke bawah. Tetamu semua dah balik. Asyraf mengunci pintu utama. Pinggan di dapur juga sudah siap dibasuh dan kemas. Tiada apa lagi untuk dilakukan.

“Kak Lya dah balik, biy?”soal aku. Asyraf memandang aku.

“Siapa?”

“Yang tolong I tadi, kat dapur. Masa biy datang minta tengokkan Ayra,”jawabku. Asyraf masih diam, berfikir mungkin.

“Ayra nangis tadi kenapa?”soal Asyraf. Soalan aku tidak terjawab.

“Mana ada nangis. Elok jer bergelak dengan paksu dia kat atas, tengok Doraemon”

“Ermm… jomlah naik, I dah letih. Esok pagi nak hantar Aril naik bas pulak.” Aku hanya menurut.

Semua lampu di tingkat bawah ditutup, cuma lampu kecil sebelum masuk dapur dibuka, agar tidak terlalu gelap.

Jam 4 pagi aku terjaga sebab terdengar bunyi benda pecah di dapur. Kebetulan aku turut dahaya. Semalam tak bawa naik botol air, aduhh, rungut aku sendirian. Aku menoleh Asyraf yang nyenyak tidur. Kemudian memandang Ayra yang tidur di dalam baby cot. Tak meragam dia tidur malam nie. Mungkin Aril kot di dapur tu.

Aku menapak turun ke dapur. Lampu dapur terpasang. Sah, Aril kat dapur. Belum sempat aku sampai ke dapur, Aril menjenguk. Dengan bedak sejuk di muka. Tergelak aku melihat lelaki memakai bedak sejuk.

“Kau dah kenapa, dik? Terkejut akak. Nasib baik takde lemah jantung. Kalau tak, menjanda abang kau,”gurau aku. Aril tergelak.

“Sorry, kak. Aril kejutkan akak ke? Aril dah bersihkan kaca pecah tu. Aril lapar tadi, lepas tu masaklah maggi. Sorry akak.”

“Takde apa lah. Akak dahaya, terjaga tidur. Pergilah sambung tidur.”

“Tidur apa nye, kak. Dah nak Subuh dah pun.” Aku tersenyum. Aril kembali keatas. Selepas minum, aku menuju ke sinki. Ada baki mee segera di dalam sinki. Dan aku ternampak seperti mee segera itu bergerak. Aku memegang ‘mee segera’ tersebut. Allahu akbar! Cacing! Aku terus berlari ke bilik. Lampu dapur dibiar terpasang.

Pagi itu, aku siapkan sarapan. Nasi goreng ikan bilis dan teh o panas. Kesan mee segera di dalam sinki, tiada seperti yang aku lihat. Aril turun dengan beg pakaiannya diletakkan di hadapan pintu. Asyraf memanggil adiknya untuk sarapan. Aku memandang Aril. Semalam…. Mungkin aku masih mamai. Sebab tu aku nampak yang bukan-bukan. Aku menggeleng. Aril nampak aku pelik.

“Akak kenapa? Pening ke?”soalnya.

“Takde apa. Pagi tadi, adik turun dapur ke?”soalku, berani. Asyraf memandang aku.

“Mana ada, kak. Aril nyenyak semalam, terjaga Subuh pun dah dekat pukul 7 pagi. Kenapa, kak?”

“Takde apa. Makanlah, nanti terlepas bas.” Asyraf memandang aku, meminta penerangan. Dia seperti dapat membaca apa yang berlegar di dalam fikiran aku. Aku hanya senyum kearahnya.

“Sayang nak ikut tak, hantar Aril?”soal Asyraf.

“Tak kot. Nak kemas apa yang patut,”ujarku. Asyraf mengangguk.

Asyraf membawa Ayra bersama menghantar Aril ke stesen bas. Aku mengambil kesempatan itu untuk ke rumah Kak Lya sekejap. Katanya, cuma selang 2 buah rumah di sebelah kanan.

“Assalamualaikum….”ucapku. Tidak sampai 5 minit, pemilik rumah datang menyapaku.

“Waalaikumsalam. Eh, adik nie yang baru pindah masuk rumah 88 tu kan. Maaflah, semalam akak tak sihat. Sebab tu akak tak pergi majlis doa selamat tu. Panggil Kak Siti,”ujarnya Kak Siti. Aku pelik. Nie bukan ke rumah Kak Lya.

“Tak pe. Saya Aisy. Akak tinggal dengan Kak Lya ke? Kak Lya ada?”soalku. Wajah Kak Siti terus berubah. Senyumannya tiba-tiba m**i.

“Kak Siti rasa, Aisy dah ‘terkena’ nie. Meh masuk rumah Kak Siti dulu. Nanti Kak Siti cerita.” Aku menurut. Aku rasa, apa yang Kak Siti nak cerita, ada kena-mengena dengan apa yang terkadi dengan aku semalam.

“Kenapa, kak?”soal aku. Kak Siti menarik nafas panjang.

“Sebenarnya, rumah yang Aisy duduk tu, dah 6 tahun kosong.” Ya, seperti yang Kak Lya cakap semalam.

“Dan rumah tu, adalah rumah Lya, adik Kak Siti. Anak dia meninggal semasa berusia 1 tahun sebab jatuh dari tangga. Meninggal di tempat kejadian. Lya jadi separuh mental lepas tu. Seminggu kemudian, suami dia ceraikan dia sebab keadaan Lya sendiri yang tak terurus. Bertambahlah tekanan jiwa dia kena.

Suatu hari, Kak Siti pergi tengok dia di rumah, dia dah tak bernyawa. Dia gantung diri dia di syiling dapur. Dapur berselerak dengan kesan mee segera di lantai. Macam dia bergaduh. Kak Siti tak rasa dia b***h diri. Macam ada yang buat macam dia b***h diri….”cerita Kak Siti. Aku terdiam mendengar cerita Kak Siti.

Selepas berbual dengan Kak Siti, aku kembali ke rumah 88 dan menunggu Asyraf pulang. Aku tidak berani untuk masuk sendirian. Sesekali, aku menghendap ke dalam rumah aku sendiri. Aku ternampak bayang Kak Lya sedang berdiri di birai tingkap sambil menangis, seperti memohon ampun kerana mengganggu aku. Tidak lama kemudian, Asyraf pulang. Asyraf melihat aku menangis.

“Sayang, kenapa?”soal Asyraf.

“Biy, kita tidur rumah umi malam nie? Please! Lepas tu, boleh tak kita tukar rumah? Geran rumah belum letak nama lagi kan? Biy, please bincang dengan Encik Zaquan!”pujuk aku, separuh merayu. Asyraf pelik melihat aku. Akhirnya, dia akur.

Malam itu, di rumah umi, aku menceritakan semua yang terjadi. Asyraf langsung tidak terkejut dengan cerita aku. Katanya, dia sudah menjangkakan perkara ini akan terjadi. Sangkanya, ‘benda’ itu tak akan mengganggu mereka setelah majlis bacaan doa selamat. Rupanya, sangkaannya meleset. Asyraf sudah nampak ‘Kak Lya’ pada hari dia melawat rumah itu.

Selama 3 bulan aku tinggal dengan ibu bapa mentua. Sementara itu, Asyraf menguruskan urusan tukar rumah. Alhamdulillah, Encik Zaquan senang berurusan. Dia pun faham keadaan yang berlaku. Asyraf memilih rumah no 128, yang ada corner lot. Kak Siti menghubungi aku. Katanya, bekas suami arwah Kak Lya sudah dibicarakan atas tuduhan m******h. Rupanya, dia yang menggantung tubuh Kak Lya seolah-oleh Kak Lya yang m******h diri. Macamana perkara boleh terbongkar, aku tak pasti.

Tidak lama kemudian, perasaan aku makin stabil, kami berpindah ke rumah no 128. Alhamdulillah, rumah itu tiada apa-apa kerana bekas pemiliknya berpindah kerana mengikut suaminya bekerja di US.

“Assalamualaikum, Aisy. Kak Lya minta maaf sebab ganggu Aisy selama nie. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan Kak Lya selama nie. Kak Lya takkan ganggu Aisy lagi. Tapi……..” Aku terjaga dari tidur apabila terdengar tangisan Ayra. Asyraf sedang menggendong Ayra. Perlahan-lahan tangisan Ayra kian perlahan. Aku pun kembali tidur.

Esoknya, Asyraf bertanya aku. “Ayra menangis kuat semalam kenapa? Lepas tu, diam tiba-tiba.” Aku pelik, kan Asyraf yang gendong Ayra.

“Biy yang gendong dia kan, pagi tadi?”

“I kat bilik kerja I. Ada paper work kena siapkan…. Nie, Ayra dah bangun, belum?”

“Ayra mana ada dalam baby cot tadi. Aisy ingat, ada dengan biy. Biyyyyy!!!!”

-TAMAT-

Sekian sahaja cerita ku di kala ini. Terima kasih, admin. Sudi baca cerita aku lagi. Salam peace dari Cik Lupa Nama. Okee, bye…. 😉✌️’

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cik Lupa Nama

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 67 Average: 4.1]

1 thought on “Rumah No 88”

  1. Banyak sangat mengarut. Nak kreatif pun, biar la ikut fakta.
    – Lya dtg borak kat dapur, toleh2 (antu takde toleh2 risau la).
    – Lya datang lepas doa selamat (antu takut nak jenguk lepas doa selamat)
    – Aril pakai bedak sejuk, bersihkan pinggan pecah, cakap ‘megi’. (antu tak kenal megi la)
    Usaha lagi.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.