Rumah Pusaka.

Assalamualaikum semua. Aku Ain (bukan nama sebenar). Kisah yang aku nak kongsi ni adalah kisah benar yang berlaku di rumah moyang aku pada tahun 80-an. Pada malam itu, adik-beradik dan juga ipar duai nenek aku telah bermalam di rumah moyang aku. Sebelum aku lupa, moyang aku adalah seorang bidan kampung. Ok, balik kepada cerita tadi. Rumah moyang aku telah diubah suai daripada setingkat kepada dua tingkat. Jadi keseluruhannya memang ada lebih dari satu ruang tamu atau ruang rehat…..

Pada malam tersebut, nenek aku dan juga ipar duai nya telah bersedia untuk tidur. Tapi oleh kerana, kakak ipar nenek aku ni masa tu baru je melahirkan jadi dia memang perlu menyusu bayi dia. Ketika kakak ipar nenek aku tu nak naik ke tingkat atas, dia nampak moyang aku sedang duduk di ruang rehat seorang diri. Tanpa membuang masa, dia pun bertanya kepada moyang aku “kenapa mak duduk kat situ, mari lah tidur kat bilik’ tetapi takde respon. Jadi kakak ipar nenek aku pun masuk ke bilik, alangkah terkejutnya kakak ipar nenek aku selepas mendapati bahawa moyang aku sudah nyenyak dibuai mimpi di dalam bilik tidur….\

Hal ini masih berlarutan sehingga kini sama seperti yang adik aku lalui. Iaitu, entiti yang menyerupai makcik aku. Kisah dia macam ni, adik aku selalu lepak dengan kawan-kawan dia jadi dia memang akan balik pukul 2-3 pagi, masa tu adik aku naik ketingkat atas dirumah yang sama, pastu dia nampak makcik aku kat depan pintu bilik, tetapi entiti yang menyerupai makcik aku tu, dia Cuma menjeling ke arah adik aku.
Lain pula kisah orang yang buat pagar rumah moyang aku, rumah moyang aku ni boleh dikatakan kawasan halaman agak besar. So, masatu bapak aku upah orang buat pagar, so dulu rumah moyang aku ni memang dikelilingi pokok manga, pokok sukun dan pokok nangka. Masa tu, orang tu dia tengah melarutkan simen, untuk buat pagar. Sedang asyik melarut tu, tiba-tiba di bahagian 4 penjuru kawasan halaman rumah moyang aku tu, dia terdengar bunyi bisikan yang mengarahkan agar dia berhenti.

Selain itu, masih lagi ada satu kisah dirumah moyang aku. Masa tu masih jelas di ingatan aku, jam menunjukkan tepat 12 malam jumaat. Aku, nenek aku dan adik aku berborak di meja makan. Rumah nenek aku ni ada sebuah bilik kosong yang dulu dijadikan ruang membakar kek pada bulan puasa. Kalau bulan biasa memang bilik tu akan kosong la. Ok balik pada kisah kita tadi, aku pun masih rancak berborak dengan nenek dan adik aku. Dengan secara tiba-tiba berbunyi seperti seseorang menolak pintu dengan dentuman sangat kuat yang datang dari bilik tu. Aku, nenek aku dan juga adik aku amatlah terkejut dengan kejadian itu. Kitorang pun terus ke bilik untuk tidur. Besok tu, kitorang bukak kisah tu, rupanya benda tu sudah beberapa kali berlaku terhadap ahli keluarga yang lain.
Persoalan itu masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang, Siapakah atau apakah entiti yang turut serta tinggal kat rumah moyang aku? Hal sebegini masih lagi berlaku sehingga sekarang walaupun atok aku menunaikan solat 5 waktu, membaca al-quran dan juga solat berjemaah. Aku harap persoalan itu akan terjawab dan gangguan seperti itu tidak lagi berlaku.
Sekian, kisah aku. Maaf kalau tak berapa nak seram, sebab susah sikit nak terangkan dalam penulisan.. maaf yaa..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Gadis Kota

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 3.4]

2 thoughts on “Rumah Pusaka.”

  1. Semua insiden stop kat klimaks. Cerita la apa reaksi lepas tu. Macam kakak ipar nenek kau nampak moyang kau tido, apa jadi lepas tu? Sama jugak insiden yang lain. Tergantung.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.