Assalam dan salam satu Malaysia. Bertemu kembali bersama Ato. Kali ini aku akan membawa kisah seram tentang kawan saya. Namanya Mel (bukan nama sebenar). Terima kasih kepada FS jika menyiarkan kisah ini.
Kisah bermula ketika Mel mula-mula tinggal di rumah mak mentua dia. Rumah tersebut adalah rumah papan lama sejak dari zaman Jepun lagi menduduki Malaysia. Menurut Mel, keadaan rumah tersebut agak suram dan memang menyeramkan. Rumah besar dan sangat luas. Rumah bertingkat. Tingkat atas ada 2 bilik dan bawah juga ada 2 bilik. namun penghuninya hanya 4 orang sahaja. Satu ketika dulu rumah itu ceria tetapi apabila anak-anak sudah kawin dn berpindah, suasana rumah menjadi suram. Bilik masing- masing tapi ada satu bilik yang kosong di bahagian bawah bersebelahan dapur. Rumah ini terletak berhampiran dengan sebuah pekan kecil di Negeri Sabah. Nama pekan terpaksa saya rahsiakan atas permintaan Mel sendiri.
okey, tanpa membuang masa, kita terus kepada kisah gangguan yang Mel alami. Gangguan pertama bermula pada petang hari. Ketika itu Mel sedang duduk santai-santai d beranda rumah sorang diri sambil menikmati minuman kegemarannya iaitu lemon panas. Menurut Mel, ketika dia sedang menikmati lemon panas, tiba-tiba dia merasakan ada angin lalu yang terlalu dingin. Dia buat tidak tahu ketika itu memandangkan cuaca masa tu mendung-mendung kelabu. Dia anggap ianya hanya angin biasa. Tapi tidak lama selepas itu, angin tersebut kembali menyapa Mel diikuti satu suara seperti berbisik kepada Mel namun bahasa tersebut dia tidak fahami kerana ianya seperti bahasa asing. Menurut Mel, suara tu seperti bahasa korea.
Semangat Mel mula hilang. Seram mula menguasai mel. Dia kemudiannya masuk ke dalam dan terus ke bilik. Petang tu Mel sudah mulai merasai seperti hendak demam mungkin sebab takut. Kejadian tadi masih bermain-main difikirannya. Jam 6.30 petang kemudian Mel bersiap-siap untuk mandi. Ketika sampai di pintu kamar mandi, tiba2 Mel merasa seram dan meremang bulu roma. Mel pujuk hati dan terus masuk kamar mandi. Ketika membuka paip air, Mel terkejut yang teramat sangat kerana warna air merah seperti d***h. Dia cuba gosok-gosok mata mungkin kerana dia fikir ianya sebb mata dia kabur-kabur ketika itu. Namun warna air tidak berubah. Mel tidak jadi mandi dan terus berlari keluar dari kamar mandi. Mel terus masuk bilik dan duduk diasm. Ketika ini, hanya Mel sorang berada di rumah kerana yang lain keluar ke pekan untuk membeli belanja rumah. Mel duduk dalam bilik ketakutan. Dia berharap keluarga dia akan segera balik.
“pon…pon..” Bunyi hon kereta kedengaran menandakan keluarga Mel dah balik. Bila terdengar bunyi hon kereta, barulah Mel merasa selesa dan tenang sedikit. Mel berharap gangguan tidak akan ada lagi. Mel mengmbil kesempatan ketika ini untuk mandi. Selepas Mel mandi disamping sedang menunggu untuk makan malam, Mel rehat-rehat di dalam bilik sambil membaca majalah wanita. Kejadian yang tidak diingini berlaku dengan tiba-tiba. Ketika ini Mel tidak sedar apa yang berlaku terhadap dirinya. dia hanya ketahui melalui cerita suaminya. Kononnya, Mel tiba-tiba teriak dan meraung seperti orang yang sedang menangisi pemergian orang yang disayang. Suami dia dan ahli keluarga yang lain bergegas ke bilik Mel. Keadaan mel semasa mereka sampai, seperti orang yang tidak siuman teriak sambil meraung dan adakalanya tertawa. Kedudukan Mel pulak duduk mencangkung dan kepala kejap mendongak kejap tunduk. Mata Mel pulak terbeliak dan hanya nampak mata putih sahaja.
Tanpa membuang masa, Suami Mel bergegas keluar untuk mencari orang yang pandai dalam hal-hal kerasukan. Keluarga yang lain pula, mengawasi pergerakan Mel. Keadaan Mel sangat merisaukan mereka. Sebelum ketibaan bomoh, Mel cuba berusaha untuk melarikan diri, namun tindakan keluarga yang mengawal beliau menyebabkan Mel tidak dapat melepaskan diri. Apabila bomoh masuk ke dalam bilik, Mel terus menunjuk-nunjuk muka bomoh tersebut namun bomoh tetap tenang menangani keadaan Mel. Mel semakin meraung-raung dan berteriak kuat tapi raung annya kali ini berbeza. Ia meraung dan berteriak seperti merasai kesakitan yang teramat sangat.
Mel seolah-olah meminta supaya dilepaskan namun bahasa yang dia tuturkan tidak sorang pun yang faham. Dia cuba menghempaskan diri namun tindakan keluarganya dapat menghalang perbuatan Mel. Dalam lebih kurang 5 minit, keadaan Mel mula tenang. Bila dia sedar, dia seolah-olah orang yang baru bangun dari bermimpi. Dia hairan kenapa semua ahli keluarganya ada di dalam bilik bersama seorang yang dia tidak kenal. Kemudian bomoh tersebut menerangkan kepada Mel bahawa penunggu rumah sedang mengganggunya. Mungkin kerana dia orang baru di rumah tersebut. Bolehlah kita katakan ianya sebagai salam perkenalan.
Mel merasakan badannya sangat lemah. Malam tu dia tidak makan kerana tiada selera disamping keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan. Mel tidur tanpa makan. Keesokan harinya, Mel bangun dan terasa ada rasa pedih di betisnya. Bila dia tengok, betisnya merah kebiru-biruan seperti ada sesuatu yang menghisap betisnya. Mel bangkit dan bersiap-siap untuk mandi. Hari tu Mel bekerja seperti biasa walaupun dia demam.
Mel balik kerja setiap hari pada jam 5 petang namun adakalanya balik jam 6 petang sekiranya masih ada pelanggan di kedainya. Biasa lah oraang yang kerja sendiri. Balik kekadang tidak menentu. Seperti biasa, Mel akan duduk santai-santai di beranda rumah selepas kerja. Petang tu Mel agak lambat dan kemalaman untuk santai-santai. dia suka santai di beranda rumah berkenaan kerana udaranya yang nyaman dan mengadap pokok-pokok mangga kiri kanan rumah. pokok-pokok mangga yang lain tu kepunyaan jiran Mel.
Sedang duduk santai sambil mengelamun, tiba-tiba Mel diganggu oleh satu kelibat yang lalu d hadapannya. Kelibat tersebut seperti bayang-bayang manusia namun saaiznya 3 kali besar dari manusia. Mel tersentap dan tidak terkata apa-apa. Mau menangis pun ada. perasaan seram sejuk menyelinap ke seluruh tubuh Mel. Namun semangat Mel masih kuat kerana ketika itu, Pak mentua dan adik iparnya ada di rumah. Biasanya mel akan menunggu kepulangan suami d beranda rumah. suami Mel juga bekerja sendiri jadi kekadang balik kerja dah malam.
tidak lama kemudian, telinga Mel disapa dengan satu suara yang agak gans bunyi. Bunyi seperti suara lelaki. “Datang lagi c hantu korea ni” bisik hati Mel. Mel berpaling ke araah suara namun tidak kelihatan apa-apa. Untuk mengelak perkara yang tidak diingini, Mel kemudiannya masuk ke dalam bilik dengan harapan gangguan tidak mengikutinya. Sangkaan Mel salah. Ketika ini, kelibat yang dia nampak di luar tadi berlegar-legar di ruang biliknya. Mel cuba tutup mata, tapi gangguan berterusan melalui telinga plak. Kali ni bukan satu suara tapi 2 suara. Bunyi seperti laki bini yang sedang bergaduh.
Tanpa membuang masa, Mel kemudia berlari keluar dari bilik dan terus menuju ke arah adik iparnya. Mel terketar-ketar menerangkan apa yang berlaku. Adik iparnya kemudia membawa Mel turun ke bawah. Mel ditenangkan dan diajak sembang-sembang untuk memulihkan semagatnya sementara menunggu suaminya balik. Malam tu suaminya balik lewat dari hari-hari biasa. Katanya ada perbincangan dengan bos besar tentang satu projek.
Sebenarnya ada banyak lagi gangguan-gangguan yang dialami oleh Mel. Hampir setiap bulan dia pasti akan mengalami histeria. Gangguan-gangguan bisikan dan kelibat tu hampir setiap malam. Oleh kerana dah selalu mendapat gangguan, akhirnya Mel dah rasa lali dan dah dapat mengatasi gangguan-gangguan tersebut dengan tenang. Cuma gangguan kerasukan saja dia tidak dapat atasi kerana menurut Mel, ketika kerasukan, dia tidak sedar apa-apa. Dia kerasukan secara tiba-tiba sahaja. Setelah berusaha berubat merata tempat, akhirnya gangguan kerasukan tiada lagi. gangguan yang ada hanya gangguan suara dan kelibat sahaja lagi. Tapi kesan seperti kena hisap di anggota badan Mel memang hampir setiap hari dia dapat. Kedudukannya pula berubah-ubah setiap hari.
Berbalik kepada cerita rumah mentua Mel, menurut Mel mak mentua dia memang ada keturunan Korea. Mungkin nenek moyang mak mentua dia kot. Sebb tu la suara-suara yang dia dengar tu bunyi-bunyi bahasa Korea. rumah tu pun rumah pusaka dari atuk mak mentua dia. Semasa cerita ini diceritak oleh Mel, dia sudah tidak rasa takut dengan gangguan-gangguan suara yang dia dengar. Gangguan ini berterusan sehinggalah dia ada anak. Gangguan-gangguan tersebut juga berlaku pada anak-anak Mel. Mulanya memang anak-anak dia takut tapi lama kelamaan, penggangu menjadi kawan pulak kepada anak-anaknya. Mel ada anak sepasang, lelaki dan perempuan. Anak perempuan sulung. Kekadang Mel nampak anak lelaki dia seperti bercerita dengan seseorang. Menurut anak Mel, bila penggangu tersebut tidak dilayan, dia akan cubit anak Mel dan paksa untuk bermain-main bersama.
Sekarang Mel dah membuat rumah baru bersebelahan dengan rumah lama. Namun rumah lama masih dikekalkan kerana ianya rumah pusaka. Mel dan suami bercadang untk membaik pulih rumah berkenaan. Sekurang-kurangnya bahagian bawah rumah tersebut boleh sewakan kerana tidak ingin ianya kosong begitu sahaja. Rumah tanpa penghuni akan menjadi sarang makhluk-makhluk halus. Sekarang ni Mel dan Suami sedang giat berusaha untk mengubahsuai rumah pusaka tersebut.
Sekian dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca kisah kawan saya ni. Segala kesilapan mohon dimaafkan. Dah lumrah dalam bidang penulisan atau apa-apa bidang sekalipun, setiap pendatang baru pasti tidak semahir yang lama. Aku pendatang baru dan masih dalam proses belajar untuk mengarang. Moga berjumpa lagi.
Ato