Rumah seram Klang Gates

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca FS dan Asmin yg dihormati. Saya Syed As Siddiq kembali lagi dengan kisah terbaru. Sebelum itu maafkan saya kerana lama menyepi dari berkongsi kisah2 seram.

Kali ini saya ingin berkongsikan kisah seram sebuah rumah tinggal di Desa View Towers, Klang Gates KL.
Saya tinggal dirumah ini selama 5 bulan bermula dari Dec 2023 sehingga akhir April 2024. Ini kisahnya dari pengalaman sendiri.

Setiap org mengimpikan rumah yg selesa, aman dan damai utk diduduki. Setelah mencari di beberapa lokasi sekitar Wangsa Maju, akhirnya sy berjaya dapatkan sebuah apartment di Desa View Towers(DVT).

Saya dapat sewa di tingkat 4, seperti biasa proses bersihkan rumah dan kemas2 bermula.
Selama 3 hari makan masa sebelum diduduki. Setelah selesai urusan, sy mula berpindah masuk.

Malam pertama saya tidor seorang diri, kedengaran tgh2 malam org atas alih2 perabot dan berlari2 anak. Saya biarkan sahaja kerana memang ada jiran di tingkat atas.
Disamping itu terlihat kelibat2 melintasi ruang tamu setiap malam. Walaupun hanya bayang tetapi rasa x menyenangkan hati sgt kuat. Keadaan berlanjutan selama sebulan.
Kerana hati panas dan fed up, sy pergi jumpa jiran diatas dan bertanyakan ttg bunyi2 dan gangguan di rumah saya.
Jiran beritahu bahawa mereka x pernah alihkan perabot setiap malam dan sbgnya. Jiran hanya bg tahu rumah sy duduk dah 12 tahun kosong, sehingga penjaga yg diupah oleh owner rumah pun x tahan duduk situ seminggu.

Oleh itu sy bertekad utk halau makhluk2 yg mengacau dan menumpang di kediaman manusia.
Saya mulakan dengan amalan ayat Manzil dan jurus gerakan selama 40hari 40malam. Bermacam tindak balas yg diterima dari makhluk2 ini. Antaranya jelmaan budak kecil jalan di siling, aircond buka tutup sendiri walau timer dan master suis off.
Kelibat pompuan tua melintas dr bilik dobi ke arah dapor.

Saya masih teruskan amalan dan bergantung pd ALLAH SWT utk memerangi gangguan ini. Sehinggalah suatu hari pada malam yg ke 51, makhlok ini berbicara dengan saya dalam mimpi.

Jin: ini tempat aku
Saya: ini tmpat manusia, kau tiada hak.
Jin: Aku dah lama disini.
Saya: tmpat kau di hutan belakang apartment, bukan sini.
Jin: Keturunan aku dah selesa hidup disini. Jgn kau ganggu sial.!!!
Saya: Akan aku perangi kau kerana ALLAH dan dengan kuasaNya.

Saya terus kencangkan amalan dalam mengusir jin2 durjana ini.
Badan semakin lesu, sakit dan x cukup tidur dek serangan jin2 musibat ini.

Saya decide nak gunakan kaedah hujan api, lalu saya ambil pasir hidup di sungai klang gates.

Kaedah ambil pasir hidup hujan api.
– Ambil selepas waktu solat zuhur sebelum masuk asar.
– Pasir yg terkena air mengalir( laut atau sungai) paling mujarab air di muara.
– Semasa ambil setiap gengaman pasir, sila baca Fatihah, 3 kul 3 kali, selawat Nabi 3x. Pastikan diri dalam keadaan duduk antara 2 sujud.
– Ambil pasir seberapa banyak yg diinginkan.
– Jangan ambil sehingga masuk wantu asar, berhenti sebelum azan.
– Lepas dapat pasir, peram bersama dengan halia bara, limau purut dan garam kasar 1kg selama 7 malam
– Setiap mal bacakanayat pertama dr surah Al Fath sebanyak 1000x. Kerana khasiat surah ini bererti kemenangan.
– Setelah selesai, jika rumah landed boleh tabur diatas atap/simpan dalam mangkuk kecil dan letak di setiap penjuru bilik dan rumah.
– Pastikan niat semasa campak atau letak pasir itu, doakan supaya menjadi bara panas yg mengusir gangguan nyata dan ghaib keluar dr rumah.
– Pastikan buat selepas solat maghrib. Pasir itu hendaklah di tukar/campak setiap 3hari.
– Pastikan solat yg wajib jgn tnggal dan banyakkan berdoa kepada Dia sb kita memohon pertolongan dari Dia.
Setelah sy amalkan selama 1 bulan, gangguan beransur hilang dan mimpi seram/buruk juga semakin tiada.
Alhamdulillah sehingga hari ni, tiada lg kedengan bunyi kerap, Cuma kadang kala terasa ada yg memerhati dr sudut. Namun kita wajib bergantung dan redho serah pd ALLAH SWT.

Amlaan ni tiada ijazah kerana semua ilmu milikNya bukan saya .

Semoga tuan2 dan puan2 mendapat manafaat.

Nantikan kisah terbaru seperti
– Sekolah berpuaka di wangsa melawati
– Jalan hutan melintang- sg besar- behrang
Email utk sebarang pertanyaan dan perubatan sila email: [email protected]

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syed As Siddoq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 19 Average: 3.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.