Rumah Sewa

Assalamu’alaikum warga FS dan selamat sejahtera, terima kasih pada admin publishkan cerita saya sebelum ni kisah kucing misteri dan hantu galah.

Kali ni saya nak kongsikan kisah benar daripada pengalaman mak saya sendiri.

Cerita ni daripada pengalaman sebenar ibunda tercinta saya. Masa mak ceritakan kisah ni pada kami adik beradik, waktu tu aku kecil lagi dalam lingkungan sekolah rendah tapi setiap kali teringat meremang jugak rasa bulu tengkuk ni.

Kisah ni da lama terjadi, masa tu mak mengandungkan aku yang sekarang da berumah tangga pun. Hihi baru tahu macam mana perasaan sayangnya kat anak lepas jadi mak² ya.

Okay back to the topic, kang lari topik pulak, hehe. Mak aku memang selalu bermalam kat rumah sewa tu berdua dengan kakak aku, ayah aku tentera. Faham² la kan tentera kena duduk kem jadi memang jarang juga balik rumah.

Rumah yang mak sewa ni jiran dia semua baik² jadi mak selesa duduk situ. Menjelanglah satu malam. Masa tu mak dah tidurkan kakak aku dalam buaian dan mak nak tidurlah sebelah akak kan. Da tutup lampu semua.

Tiba-tiba…..

Dengar bunyi tung tang kat dapur! Bunyi macam orang sedang sibuk basuh pinggan mangkuk kat dapur, mak kata memang jelas bunyi nya dia macam tengah basuh sudu bunyi air sinki tu. Mak aku ni beranikan diri dengan masa tu mak berdua je dalam rumah, mak positifkan diri yang bunyi tu mungkin ‘cik tikus’ la kan. Hehe.

Bila mak jengah je dapur…..

Ehh, tak ada apa-apa. Setitik air pun tak ada kat sinki dapur tu.

Berlalu lah malam tu penuh tanda tanya. Malam berikutnya bermula lah episod mak sering diganggu sewaktu menyewa kat rumah tu. Pernah satu malam, masa tu mak da tidurkan akak aku dalam buaian kemudian mak nak lipat baju, tiba-tiba kakak menangis macam budak baru kena cubit.

Apalagi mak terkejut la, cepat² tengok kakak dalam buaian. Ehh! sedap je tidur tak ada tanda pun baru lepas nangis.

Korang tahu tak hiasan siling yang selalu gantungkan kat laluan pintu bentuk siput, tuan rumah ada letak la benda tu kat area laluan daripada ruang tamu nak ke dapur kan. Pernah satu malam, time mak tengok tv kat ruang tamu benda tu bunyi macam ada orang baru lepas melintas untuk pergi kedapur.

Punyalah cekal hati mak selama menyewa rumah kat situ, hampir setiap malam mak kena kacau waktu malam². Tak boleh aku bayangkan dengan mengandung lagi waktu tu, dengan akak aku kecil lagi. Tabah mak aku hadap semua tu.

Yang peliknya setiap kali ayah aku balik rumah, semua gangguan tu tiada. Benda tu jadi waktu mak aku tinggal berdua waktu malam dengan akak aku. Ayah aku memang terpaksa tinggalkan mak atas faktor kerja ya. Sekarang ayah da pencen tentera da.

Pernah sekali mak buka semua lampu sebelum tidur lain pulak jadinya ada orang nak mengintai pulak, mak nampak orang tu nak buka tingkap² tu apalagi mak aku menjerit la. Zaman tu jiran semua caring, dorang apalagi time dengar mak jerit, masing² keluar rumah nak serbu orang tu. Pastu jiran² situ nasihatkan mak malam² tutup lampu sebelum tidur sebab mamat tu memang terkenal suka intai orang tidur kat area situ, mak pun iyakan saja. Bila tutup lampu lain pula jadinya.

Hampir setiap malam mak kata tidur macam tak tidur dengar orang berjalan, basuh pinggan, basuh baju semua benda tu terjadi saban malam. Walaupun kerap jadi perasaan takut tetap ada pada sanubari mak cuma mak tabahkan je.

Mak memang ada mengadu pada ayah kejadian tu dan semestinya ayah aku usahakan cari rumah lain, tapi macam susah sangat nak dapat rumah sewa yang lain memanjang penuh je rumah sewa yang lain.

Jadi mak terpaksa duduk situ lagi, mak cerita la bila benda camtu jadi mak rasa macam nak marah je benda tu sebab asyik kacau mak tapi mak tetap sabar istighfar sebab mak kata kalau kita marah dia lagi suka, benda tetap takkan berubah.

Time mak tengah basuh pinggan malam² time tu kakak aku da tido, tiba-tiba blackout. Bila mak melangkah kedepan tupp! ada balik current.

Bila time nak tidur je, dengar orang berjalan. Mak kata bunyi tapak dia tu dekat sangat dengan mak siap rasa lagi hembusan angin macam memang ada orang melintasi mak.

Akhirnya, mak ceritakan hal sebenar pada tuan rumah. Baru lah acik tuan rumah tu cerita. Benda tu memang selalu jadi, sesiapa yang menyewa situ memang akan alami benda macam tu. Kata acik tu, dulu anak bujang dia duduk rumah tu. Anak dia ni memang rajin buat kerja rumah sendiri. Anak lelaki acik tu meninggal dunia eksiden, orang kata m**i berdarah. Acik tu tak sampai hati nak cakap dengan mak sebab taknak mak takut selama menyewa kat situ kan. Heh, sabar jela aku dengar.

Selang berapa bulan dapat juga sewa rumah lain dan alhamdulillah rumah baru tu tiada gangguan apa-apa. Dan sekarang kami adik beradik masing-masing da besar dan ada kerjaya sendiri.

Ni pengalaman mak, sekarang ayah da pencen jadi tak duduk rumah sewa da. Mak ayah aku tiada sosial media ya tapi aku tetap nak cakap aku sayang mak ayah aku. Terima kasih atas segala jasa dan budimu selama ni, membesarkan kami anak-anak mu. Kakteh sayang mak ayah dunia akhirat.

Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fatin Adila Razali

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 thoughts on “Rumah Sewa”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.