Rumah Sewa

Assalamualaikum, Hai semua, harini aku terdetik untuk menulis pengalaman/mimpi ngeri yang pernah aku alami sepanjang aku menyambung pelajaran di sebuah institusi pengajian. Cerita ini tidak pernah aku ceritakan kepada orang luar tapi hati ini terdetik untuk menceritakannya di Fiksyen Shasha.

Sepanjang tempoh pengajian, hanya 4kali saja aku dapat duduk di asrama yang disediakan. Jadi, aku memang dikategorikan sebagai budak rumah sewa. Setiap sem aku akan tukar rumah sewa disebabkan faktor-faktor yang tertentu termasuklah rumah sewa aku yang terakhir ini. Hmm seram bila diingatkan balik. Biar aku cerita untuk bagi satu gambaran pada korang tentang persekitaran rumah sewa aku ini.

Rumah ini merupakan sebuah rumah lama yang didiami oleh seorang nenek yang berusia lebih kurang 70 tahun. Apa yang boleh aku katakan rumah ini memang mempunyai keluasan yang sangat luas, manakan tidak dibelakang rumah ini terdapat sebuah kebun pisang serta pokok-pokok yang ditanam sendiri oleh tuan rumah tersebut. Sebenarnya rumah ini masih diduduki oleh tuan rumah, YES aku duduk dengan nenek (tuan rumah) bersama kawan dan beberapa pelajar yang lain.

Aku dan 2 orang kawan yang lain memilih bilik yang berada dibawah manakalah 2 orang pelajar lain mengambil bilik yang berada di tingkat atas. Tapi kami semua berkongsi satu tandas yang samaa, jadi kami masih merasa aura asrama dimana kami masih lagi berebut tandas setiap pagi, hehehe. Rutin aku dan kawan-kawan tetap sama seperti diasrama cuma kami perlu menaiki bas atau prebet sapu untuk ke institusi. Sebelah petang pulak, kami akan singgah di kedai makan untuk membeli makanan sebelum balik kerumah sewa.

Setiap malam, kami cuma dirumah saja sebab kami bukanlah jenis yang suka keluar. Kadang kala kami suka melepak didapur sambil menonton tv yang disediakan, kerapkali jugaklah nenek bersama kami menonton. Pada sepenglihatan aku, nenek ini seperti nenek pada umumnya ( nenek yang sudah tua) tapi aku sedikit mushkil kerna nenek ini masih mampu menaiki motosikal (clutch ok) untuk kerumah kawan-kawannya. Tapi semuanya aku ketepikan kerna tiada sorang pun kawan aku yang berfikiran seperti aku.

Shila (bukan nama sebenar) mempunyai indera keenam dimana dia mampu melihat makhluk yang tidak mampu kami lihat. Suatu malam, aku dan dia hendak mencuci baju, mesin basuh terletak diluar rumah yakni berhampiran kebun pisang. Seperti yang kita tahu, selalunya kita akan skeptikal tentang pokok pisang konon katanya pokok pisang merupakan tempat yang paling digemari oleh makhluk-makhluk ghaib (aku sendiri pun percaya).

Sedang aku sibuk mencuci (mesin manual ya), tiba-tiba shila seperti ketakutan sambil menarik tanganku. Aku pun mengikutinya tanpa bertanya kerna aku tahu tentang kebolehan dia. Sesudah sampai di bilik, dia mengigil dan kami cuba menenangkannya serta menyuruh dia membaca ayatul kursi serta surah-surah yang dia hafal. Aku melarang dia bercerita tentang apa yang dilihat sebab aku pernah dengar cerita sekiranya kita nampak jangan pernah bercakap ditempat itu juga kerna tidak mahu “mereka” tahu bahwa kita telah melihat “mereka. Kami tidur dalam keadan berpelukan ketakutan.

Sedang kami dibuai mimpi indah, tiba-tiba shila menjerit sambil menunjuk-nunjuk kearah syiling. Kami berdua terbangun. Kami cuba membangunkan shila, tapi shilaa tidak memberi respon seolah-olah dia berada dalam dimensi lain. Kami ketakutan, sehinggakan kami tidur sambil membuka surah-surah di telefon. Keesokkan paginya kami cuba bertanya kepada shila tentang mimpinya semalam.

Aku: Wey, semalam hang okay tak? Hang mengigau teruk gila.
Shila: Aku tak ingat, tapi apa yang aku ingat aku nampak rama-rama warna putih terbang dekat dalam bilik kita.
Alia: Kau tahu, kitaorang tidur semalam sambil pasang ayat quran sebab takut gila tengok kau macam itu.

Pada cuti hujung minggu, mereka berdua pulang kerumah masing-masing kecuali aku. Ye lah aku ini duduk nun jauh di utara manakala mereka hanya tinggal di Kuala Lumpur. Malam itu, aku fikir semua akan berlalu indah tapi hakikatnya itu merupakan permulaan kisah ngeri hidupku. Sedang asyik aku menyiapkan tugasan kuliah tiba-tiba tingkap dibilikku itu berbunyi seperti ada seseorang yang mengetuk.

Pada mulanya aku sikit pun tak hairan tapi lama kelamaan bunyi ketukan semakin kuat sehinggakan bulu roma ku naik dan perasaan seram sejuk mula aku rasakan. Malam terasa sangat lama ketika itu, aku terlalu takut sehinggakan aku telefon kekasihku untuk menemani aku sepanjang malam. Apa yang jadi pada malam hari itu, aku diamkan saja. Hari berganti hari sehingga lah. Kehidupanku kembali normal disisi kawan-kawanku.

Hendak dijadikan cerita, selepas pulang kami bertiga terkejut kerana bilik kami dipenuhi dengan helaian rambut yang entah dari mana datangnya. Untuk pengetahuan korang, rambut kami tidaklah sepanjang itu. Kejadian ni berlanjut sehingga seminggu tapi kami abaikan kerana tidak mahu berfikiran negetif. Keesokkan malamnya, bilik kami dipenuhi dengan lendir-lendir (macam hingus yang pekat) di lantai, pada mulanya kami berang tapi difikirkan balik siapa saja yang masuk bilik kami selain kami bertiga. Malam itu juga kawan aku nampak sesosok tubuh (separuh badan saja) berdiri di atas tangga rumah. Tanpa berfikir panjang, kami terus keluar dari rumah dan terus ke hotel berdekatan. Sepanjang perjalanan, kami mengeletar. Sampai dihotel, kami mampu tidur lena tanpa ganguan.

Keesokkan pagi, kami pulang kerumah untuk mandi dan siap-siap ke kelas. Kami pulang menaiki prebet sapu, korang nak tahu tak apa yang abang prebet sapu tu cakap dekat kami bertiga.
Kami: Abang hantar kami kat rumah ****
Prebet sapu: Eh! Korang duduk rumah hantu tu ke?
Jantung kami berdegup kencang sehinggakan kami ponteng kelas haritu. Kami membuat keputusan untuk tidak tidur dirumah pada malam itu. Kekasih kepada shila menawarkan rumah sewa kawan perempuan untuk kami tumpang malam itu. Kami ingat kami selamat rupanya kawan (AJK Masjid Institusi) kepada kekasih shila memberitahu yang kami sebenarnya sedang diikuti sesosok makhluk yang berlendir tapi malam itu “DIA” dia boleh masuk.

Akhirnya keesokkan malamnya, kami berjumpa dengan Ustaz untuk meminta bantuan. Sepanjang perjalanan kami ke masjid, setiap lampu jalan yang kami lalui tutup dan buka. Baru kami tahu ternyata “BENDA” itu suka dengan salah sorang dari kami tapi dua darinya dijadikan sebagai mangsa saja. “DIA” tahu kami dalam keadaan kotor (Period) sebab itu “DIA” lagi kuat mengacau.

Ustaz mencadangkan kami untuk tidak pulang kerumah malam itu. Kami bersama kawan-kawan kekasih shila membawa kami kehotel, sebelum pergi kami singgah dirumah seketika untuk mengambil barang. Ternyata pilihan kami salah, shila terlihat sesosok wanita yang memandang kami dari kejauhan (dipokok pisang).

Sepanjang perjalanan, aku menelefon ayahku sambil menangis ketakutan. Ayah berjaya tenangkan ku dan memberitahu untuk tidak lemah, kerna “DIA” lagi mudah mengacau. Sesampai saja kami di simpang jalan hotel, tiba-tiba anjing yang berada di kawasan itu menyalak sekuat-kuatnya sehingga kereta kami jauh meninggalkan kawasan tersebut walhal hanya kereta kami saja yang ada ketika itu disitu.

Malam itu, kami tidur bertemankan kekasih shila. Salah memang salah tapi kami tiada pilihan.Tiba-tiba malam itu, hujan lebat selebatnya. Tapi keesokkan jalan tar kering sekeringnya sedangkan malam tadi kedengaran seperti hujan lebat. Shila cakap sebenarnya “DIA” hendak masuk tapi tidak boleh. Ayahku dirumah turut terkena gangguan malam itu disebabkan ayah aku membaca yassin untukku, kaki ayahku dicakar dan digengam dengan kuat sehingga terlekat bekas cakaran.

Kami diberikan kelonggaran kuliah sepanjang seminggu untuk berubat. Kami pulang kekampung masing-masing untuk berubat. Ayah membawa aku untuk berjumpa ustaz, ustaz memberitahu bahwa benda itu sebenarnya suka dengan shila bukan aku. Tapi aku tempias jugak kerana kami bertiga rapat. Ustaz memberikan air penawar untuk aku minum dan mandi, dia juga memberi aku ayat-ayat yang perlu aku baca sebelum tidur. Bagi pihak kawan-kawan aku, mereka jugak diberitahu dan dirawat sama seperti aku cuma shila diberi rawatan yang lebih mendalam kerna shila ada orang paling “DIA” ingini.

Selepas seminggu dikampung, kami mendapat tawaran asrama. Kami bertiga sangat-sangat gembira, ini juga kerna berkat pertolongan ustaz, ustaz lah yang membantu kami mendapatkan asrama di kolej. Selepas pulang dari kampong, kami dijemput oleh ustaz di stesen bas untuk mengambil barang-barang dirumah sewa. Setelah selesai, kami memulangkan kunci kepada tuan rumah yakni nenek. Nenek seolah-olah tidak mahu kami pergi, nenek menangis tapi itu tidak terkesan dihati kami kerna ketakutan yang kami lalui sangat-sangat menghantui kami. Rupa-rupanya pelajar yang lain yang duduk dengan kami di rumah tersebut turut diganggu sehingga mereka keluar dari rumah tanpa sepengetahuan kami.

Akhirnya kami bertiga mampu hidup tanpa gangguan lagi. Hari-hari kami tidak lagi diselubungi ketakutan, sejak dari itu kemana saja aku pergi aku akan amalkan ayat kursi serta membawa al-quran bersamaku. Ini merupakan kisah ngeri aku sepanjang aku hidup.
Maaf andai cerita aku ini tidak seseram yang korang jangkakan. Tapi ini merupakan kisah nyata yang terjadi. Assalamualaikum..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

KILA FAZLI

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.9]

8 thoughts on “Rumah Sewa”

  1. Bagus penulisan kamu easy to me to read only want things i wanted to know is.. yang benda berlendir tu nampak macam tak sesuai i just look digusting to me

    Reply
  2. Penulisan yang baik banget…smoga sentiasa sukses yaaa🙂❤️teruskan,jgn putus asa ya…🙂biar bikin hati pembaca terus menyukai hal ii berkait kan penulisan…ni gue nyukainya amat…makasih ya mbakk💯

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.