Rumah Sewa

Kisah bermula apabila kami bercadang menyewa rumah di luar kampus. Bulan pertama kami menyewa tidak terdapat sebarang gangguan, tetapi masuk bulan kedua ada housemate aku kena gangguan seperti nampak kelibat di siling rumah dan ada yang kena tindih semasa tidur.

Oleh kerana untuk menamatkan gangguan tersebut, kami bercadang untuk membuat bacaan yassin di rumah dengan menjemput orang surau, pensyarah dan rakan-rakan kami. Semasa bacaan yassin dibacakan tiada sebarang gangguan malah segalanya berjalan dengan lancar.

Setelah selesai kemas rumah semua, housemate semua memasing bersihkan diri dan siapkan diri untuk tidur. Tetapi bermula kisah seram, apabila aku tengah siap untuk mendirikan solat isyak tiba-tiba roommate aku tegur, apa bunyi bising di belakang bilik itu. Untuk pengetahuan pembaca semua, di belakang bilik kami terdapat pintu besi kecik dan hutan dan ada yang mengatakan hutan tersebut adalah perkampungan orang bunian.

Tanpa disedari, semasa mendirikan solat isyak aku perasan kenapa roommate aku ni memerhati je aku macam tenung dari jauh. Dan sekali bila aku toleh ke kiri, rupanya roommate aku ni memang tengah tenung aku dengan mata yang membulat sambil kedua kakinya bersimpul kebelakang di atas katil.

Lalu aku terus berlari dan mendapatkan housemate aku untuk melihat keadaan roommate aku itu. Sebelum berlaku lebih dasyat, salah sorang housemate aku suruh semua selesaikan solat isyak terlebih dahulu sebelum kita semua cari jalan bagaimana nak selesaikan perkara ini kerana jam sudah menunjukkan 1 pagi.

Semasa nak selesaikan solat isyak, aku yang tak sempat nak solat isyak tadi teruskan solat. Tetapi tidak khusyuk kerana aku masih diperhatikan roommate aku itu dan dia mengatakan “Khusyuk ke solat itu”. Dalam hati aku semasa itu, tuhan sahaja tahu yang penting semasa itu aku hanya nak cepat siapkan solat isyak.

Semua sudah selesai solat isyak, maka kami semua cuba tenteramkan suasana. Ada yang bacakan yassin dan pasang ayat ruqyah. Semasa itu kami buntu nak minta pertolongan siapa oleh kerana keliling jiran pasti sudah tidur lena. Lalu aku cuba menghalau makhluk halus yang telah merasuki badan kawan aku itu dengan menggunakan penyapu lidi yang diberikan oleh saudara aku dari penang. Penyapu lidi itu mereka telah bacakan ayat-ayat suci Al-Quran bagi tujuan menghalau makhluk halus. Tetapi keadaan menjadi semakin seram dan tak terkawal, mungkin kami akan berjaga sampai pagi kalau tidak diubat.

Dan kami telah membuat keputusan, untuk menelefon pensyarah kami untuk tolong. Setelah selesai membuat panggilan dan pensyarah kami bersetuju untuk datang ke rumah. Roommate aku boleh menyampuk dan berkata “Ada ke orang nak datang tolong pukul 2 hingga 3 pagi ni” sambil dia mengira jam 2 pagi ke 3 pagi menghitung masa untuk dia melarikan diri.

Kami semua tahu dia nak melarikan diri, kerana dia memberikan alasan nak membuang air kecil siap nak membuka seluarnya tetapi bukan membuang air kecil di dalam bilik air tetapi di luar rumah. Roommate aku berkata “Aku nak pergi buang air kecil di rumah sana lah” rumah sana itu adalah rumah dipinggiran ujung rumah kami terdapat sebuah rumah papan usang dan dia nak lari pergi ke situ tetapi kami menghalang dia dan pegang dia supaya tidak keluar rumah sementara tunggu pensyarah kami sampai.

Setelah tibanya pensyarah kami, ruqyah dimulakan. Kami semua pakai telekung duduk sebaris bagi mengesan ada yang terkena ganggu makhluk halus atau tidak. Dan ya roommate aku antaranya dirasuki. Roommate aku masih mahu lari dan nak pergi ke rumah usang itu dan makhluk halus itu berkata “Aku suka berkawan dengan dia, kerana dia baik hati, dia sunyi tak ada kawan”. Dan pensyarah aku teruskan berubat, akhirnya benda halus itu keluar dari tubuh roommate aku itu.

Kami bersyukur semua selesai, tetapi tiba-tiba salah seorang housemate aku pengsan. Dan ia m******r dirinya penjaga housemate aku. Dan makhluk halus itu berkata “Kau jangan ganggu dia”. Lalu pensyarah aku tidak membuangnya kerana itu adalah penjaga ataupun saka keturunan keluarga housemate aku.

Akhir cerita, segalanya selesai malam itu. Tetapi kami semua masih diganggu, sehingga kami semua membuat keputusan untuk berpindah masuk menyewa ke dalam kampus kembali. Dan rumah itu sekarang telah diberikan kepada pusat tahfiz..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Zulaika Zainuddin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 48 Average: 3.6]

2 thoughts on “Rumah Sewa”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.