Rumah sewa

Rumah sewa

Hai semua peminat peminat FS ..apa Khabar semuanya? Tiap tiap pagi sebelum nak buat breakfast confirm aku buka page FS ni..hehe sebab nya dalam sehari memang ada cerita cerita baru..tiba tiba aku rasa terpanggil untuk kongsikan sedikit cerita yang mungkin scary sikit la..tak banyak sikit je..haha

Pada tahun 2008,,aku mendapat kerja di sebuah kedai runcit sebagai juruwang…jadi sebab aku tiada pengangkutan untuk ulang alik so aku kenala cari rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerja aku…adala dalam 2 hari aku mencari-cari Dan akhirnya aku dapat sebuah rumah sewa Dua tingkat…bayangkan cuma aku seorang jer penghuni nya tapi rumah Dua tingkat pula..hahah..haritu juga aku bayar deposit Dan terus masuk rumah tu…aku susun semua barang-barang aku sorang diri sebab barang aku tak banyak pun..tak lupa juga aku bawa geng-geng oyen sebanyak 4 ekor join aku tinggal kat situ..yala aku tak la berani mana pun nak tinggal sorang-sorang,, at least ada diaorang ada juga teman gaduh aku..hahaha

Beberapa hari selepas aku pindah masuk,,tiada apa-apa yang pelik pun terjadi..semua okay macam biasa..macam biasa jam 8:00 am aku kena berangkat kerja sebelum itu aku kena bagi anak-anak aku makan dulu..disebabkan rumah tu ada 3 bilik so satu bilik aku jadikan khas bilik anak-anak aku ni…dah kenyang makan aku bagi diaorang masuk bilik,,kalau tak habis bersepah semua barang dalam rumah kalau tak dikurung..hahaha padan uke sapa suruh nakal,,hehe jangan risau sebab dalam tu semua dah sedia ..nak poo poo apa semua tiada masalah…so bila aku rasa jam dah cukup aku pun pergi kerja macam biasa…haritu aku balik lambat sikit yala musim perayaan Chinese new year katakan ramai yang datang membeli so kena hadap ramai pelanggan..penat hoo

Aku balik agak lewat dalam pukul 9pm..masa aku balik tu,aku rasa macam tak sedap hati jer, dahla aku jalan Kaki balik rumah sorang-sorang mana tak Nya rasa takut tu timbul..haha..sampai jak rumah aku pelik la sebab semua barang dalam rumah bersepah,,aku fikir mustahil la anak-anak ku ni boleh keluar bilik kot..pandai pula Kau buka kunci pintu yer,,mula-mula aku tak rasa apa-apa..jadi aku periksa diaorang Masih dalam bilik..diaorang apalagi bila nampak aku bukan main happy..bukan nak datang peluk tapi pecut lari sana sini pula macam baru tengok Dunia yang luas..haha…jadi aku pun mandi Dan macam biasa makan sikit sebab selera lapar tu dah lalu dah…habis jak makan aku duduk kat tangga dapur sambil tengok anak-anak aku tu main..tiba-tiba ada orang ketuk pintu belakang rumah aku…aku pelik la siapa yang datang malam-malam macam ni dari pintu belakang,,sebab aku ni penakut so aku tak buka pun aku cuma Tanya siapa??..tapi langsung tiada jawapan..so aku buat tak kisahla lantakla Kau,, aku Tanya tak nak jawab..

Disebabkan aku betul-betul penat,,so aku pun nak masuk tidur sebelum tidur aku panggil anak-anak ku untuk join aku sekali..jangan risau diaorang baik tak melepas merata-rata,,masa aku hampir dibuai mimpi tiba-tiba aku terdengar bunyi orang berlari tingkat bawah bahagian dapur..time tu aku memang tak fikir lain dah..dah dapat agak memang hantu punya keja..mana tak nya aku tinggal sorang-sorang dengan anak-anak aku 4 ekor ni..semua ada dengan aku dalam bilik…aku duduk sambil memerhati anak-anak aku kot-kot diaorang pun dengar apa aku dengar,,hahaha…

PAKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!

Hoinaaaa,,,terkejut aku sampai terlompat dari katil..aku rasa time tu jiwa aku dah terbang dah,, tiba-tiba bunyi benda yang keras dibaling ke arah pintu bilik aku…masa tu aku tak tahu nak buat apa dah..aku tahu aku diganggu,, anak-anak aku pun semuanya lari Dan bergumpul dekat aku..tak tahu dari mana nya keberanian aku tu datang tiba-tiba jer aku jerit kat teman tak diundang tu ‘oiii,,mana pergi nya otak Kau?? Kau simpan dalam kepala lutut ke?? Aku tak kacau Kau ,,Kenapa ganggu aku!! Sebab dah takut sangat sampai lupa hantu mana ada otak..hahahaha..aku tahu nangis jer time tu sambil peluk anak-anak aku tu..bila aku buka jer mata dah pagi rupanya…

so pagi tu aku lambat turun kerja,,time keja aku cerita la dengan kawan sekerja aku apa yang berlaku semalam…kawan aku pun terkejut Tau bila dapat tahu aku sewa kat situ..sebab Selama ni dia tak pernah Tanya aku sewa dimana..dia bagitau rumah tu sebenarnya lama dah tak berpenghuni,,dulu tiap Kali jiran-jiran yang lalu rumah tu kadang-kadang ada yang ternampak seorang perempuan dari dalam bilik yang merenung diaorang dari tingkap bilik atas..lagipun dulu pernah ada seorang gadis b***h diri dengan mengantungkan diri atas alasan putus cinta..aku apalagi bukan main terkejut bercampur marah pun ada..mana tak marah,,owner rumah tak bagitahu pun pasal ni,,kenapa Masih nak sewakan rumah macam tu kat orang,,hishhh geramnya aku…so aku ambik keputusan untuk balik awal malam tu..sebab aku nak susun barang aku untuk keluar esok hari ..aku tak peduli dah kalau deposit aku burn…

Kawan aku pesan kalau terjadi perkara yang makin teruk lepas ni dia minta supaya aku call dia cepat-cepat…setibanya aku di rumah aku pelik sebab rumah sunyi tak macam biasa..alangkah terkejut nya aku bila lihat anak-anak aku semuanya terbaring tak bernafas lagi…aku nangis sambil peluk diaorang satu persatu..aku tiada kawan dah untuk diajak gaduh..huhu..aku betul-betul tak boleh terima diaorang m***i segera tiba-tiba…masa aku nangis tu aku terdengar suara ketawa yang cukup halus seolah olah happy lihat aku nangis…aku jerit la kat teman tak diundang tu aku bilang ‘c****a Kau hantu! Kalau aku dapat jumpa Kau..aku lenyekkan muka Kau sampai hancur,,aku tak takut Kau yang aku takut cuma tuhan..’ lepas jak aku cakap camtu,,suara ketawa tu makin lama makin hilang…so aku call kawan aku untuk datang jumpa aku…bila dia tiba di rumah aku dia terkejut lihat aku yang tengah peluk kucing-kucing aku..aku ceritakan semua kejadian yang baru berlaku sebentar tadi…jadi kawan aku decide untuk bawa aku tidur rumah dia tidak jauh dari rumah sewa aku tu…sebelum itu aku bawa kawan aku untuk kuburkan anak-anak ku yang malang itu…

Pagi itu aku terasa Badan aku lemah,,aku tak turun kerja tapi aku balik semula ke rumah untuk keluarkan semua barang-barang aku..selepas jak aku selesai keluarkan semua,,tiba-tiba aku dengar di tingkat atas ada bunyi kucing-kucing berlari…rasa takut dalam diri aku dah takda semenjak aku kehilangan diaorang…aku cakap la sebelum keluar rumah..”mama, pergi dulu ya,,mama tak dapat nak terus tinggal kat sini dengan korang,,korang kena tahu korang dah berada di lain alam,,mama mohon lepas ni jangan ganggu orang lain sebab mama tahu anak-anak mama semua nya baik,,Selamat tinggal sayang’….

jadi dengan linangan air mata aku kunci rumah itu Dan menyerahkan kunci itu kepada tuan asal rumah tersebut…aku pun mengambil keputusan untuk bertukar kerja di tempat lain,,kalau aku tahu terlebih dahulu mungkin aku tidak akan sewa di rumah itu..mungkin anak-anak ku tidak akan menjadi korban ketika itu.. 12 tahun telah berlalunya kisah itu Masih segar dalam ingatan ku…’mama rindu oyen,abang,omba & ombi’…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Pinky panda

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 33 Average: 4.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.