Rumah Sewa Berhantu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca fs semua. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan kisah aku. Ini adalah kisah kedua aku nak story selepas kisah Politeknik Di Pahang menjadi bualan pelajar-pelajar politeknik. Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf jika cara penulisan atau tatabahasa aku korang kurang faham, aku akan memperbaiki dari masa ke semasa.

Memang jenis aku, aku suka trow zaman waktu aku belajar sebab zaman tu la yang mengajar aku erti kehidupan sebenar. Baik berbalik pada cerita, selepas aku berjaya menghabiskan semester 1 dengan jayanya aku setuju untuk duduk luar bukan aku tak nak duduk kamsis tapi kalau nak dapat duduk kamsis untuk sem 2 bukan senang kalau korang pernah jadi student korang tahu sebab apa susah nak mohon kamsis. Aku memang tak mohon kamsis untuk semester 2 sebab aku tahu peratusan aku nak dapat kamsis hanya 5% sahaja jadi aku prefer aku duduk rumah sewa dekat luar. Aku duduk sekali dengan budak kos senibina dan ya aku sorang saja budak IT dalam rumah tu.

Seperti biasa selepas masuk rumah, kami akan cuci rumah bagi bersih buang apa yang patut dan barulah letak barang semua. Rumah tu ada 3 bilik, 2 bilik air dan aku prefer aku duduk bilik tengah dekat dengan bilik air. Oh lupa aku nak bagitahu, owner lama rumah tu india dan bila pertama kali aku masuk rumah tu macam-macam barang aku jumpa patung la, lilin kuning la macam-macam. That why la kami semua bersihkan dahulu rumah tu buang apa yang tak berkenaan. Jadi bilik aku tengah dekat dengan bilik air sebab bagi aku senang la aku nk mandi ke nak melepaskan hajat ke. Malam pertama aku tidur aku dah start kena kacaušŸ˜’jenis aku memang susah nak tidur malam bila aku sampai tempat yang baru jadi aku kena ambil masa untuk aku biasakan dengan persekitaran rumah tu.

Malam tu yang lain semua dah tidur aku sorang je duk belik-balik handset. Jam waktu tu aku tak ingat pukul berapa mungkin dalam 3 setengah pagi dan keatas. Sedang aku leka main handset tiba-tiba aku terdengar ada orang mandi dekat dalam bilik air. Aku pon hairan la sapa la rajin sangat mandi malam-malam ni nak kata mandi yang beserta niat tu tak kan la malam-malam macam ni, esok pon boleh mandi sebab esok hari minggu cuti. Aku pon abaikan je la takut budak bilik belakang ke yang mandi ahh biar la aku buat endah tak endah je. Yang hairannya dia mandi lama gila dow gentle aku tak tipu, aku pon dengan beraninya buka pintu bilik g depan bilik air tak dan aku nak cakap “weh tak elok mandi malam-malam ni rosak paru-paru nanti” air shower yang duk dengar tadi ditutup.

Eh mamat ni tahu-tahu je aku datang, tak sempat aku nak buka mulut terus siap mandi. Aku pon blah la masuk bilik balik baru nak baring, aku dengar balik air shower terbuka. Aku dah rasa pelik dah ni, untuk mereka yang baca ni budak rumah aku memang tidur jenis tak kunci pintu just tolak je. Aku pon keluar balik dari bilik aku pergi la tengok bilik belakang semua tengah tidur. Dalam hati aku, kalau budak bilik depan tak mungkin sebab dalam bilik dia dah ada bilik air tak kan saja-saja nak mandi bilik air lain.

Aku beranikan diri ketuk pintu bilik air, “tok tok tok” siapa kat dalam. Sunyi sepi tiada sebarang jawapan. Nak kata aku ni berani sebenarnya tak juga aku pon takut tapi aku buat-buat berani saja. Selepas tiada yang menyahut aku nekad tolak pintu bilik air bila aku buka kosong. Tidak ada setitik air pon jatuh kat lantai. Aku dah cuak dah masa tu. Aku tutup balik pintu bilik air, baru nak melangkah masuk ke bilik ada suara berbunyi “kau cari aku ke hafiz, aku kat sini mari la sini main dengan aku” bunyinya datang dari bilik stor belakang. Sekali aku toleh kearah bilik stor, nahhhhhhh HKL aku nampak seorang budak kecik tinggi dia sama macam peti ais je mukanya pucat, bola matanya tiada cuma d***h mengalir keluar dari matanya macam menangis d***h la senang cerita.

Masa tu dia melambai-lambai kearah aku seperti memanggilku mengikut dia. Perasaan aku masa tu cuma Allah je tahu betapa takutnya aku, aku cuba membaca ayat kursi tapi berterabur budak tu siap gelak lagi hehehehehehehe ” kau takut ke hahahahahahaha, kau baca apa tu ” kaki aku seperti di kunci mulutku terkumat kamit membaca surah-surah lazim tapi semua beterabur. Aku hanya berserah pada Allah saja masa tu, sampai la aku terdengar suara azan berkumandang yang menandakan masuknya waktu subuh barulah budak tu hilang. Masa tu la kawan aku keluar nak ambil wudhu solat dia nampak aku berdiri berpeluh peluh. Dia panggil aku aku tak menyahut langsung sampai lah dia tepuk bahu aku baru aku boleh gerak. Nafas aku time to macam kerbau kena sembelih punya la laju. Kawan aku suruh aku ambil wudhu solat sekali dengan dia lepas solat dia suruh aku pergi tidur. Dia macam tahu-tahu aku kena something.

Esoknya, aku cerita kat dia apa yang berlaku semalam dia pon just angguk faham je. Kawan aku sorang ni memang jenis alim sikit tapi jenis dia tak suka menunjuk kat orang. Dia pesan kat aku jangan cerita pasal ni kat kawan lain cukup kita dua je tahu. Aku pon just angguk tanda setuju. Malam tu lepas dia solat isyak dia buat air dalam botol kemudian dia simbah-simbah kat area dapur rumah tu mungkin dia pagar kawasan tu. Lepas dah di pagar gangguan-gangguan yang hardcore kurang sikit. Just aku dengar bunyi je. Aku abaikan je dan yang paling win aku berjaya duduk rumah yang sangat seram tu untuk satu sem. Sem 3 aku dh caww pindah rumah lain. Aku rasa aku stop sampai sini dahulu nanti aku akan ceritakan kisah pasal rumah sewa im8 pula. Nantikan kisah seterusnya.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

HAFIZ

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

8 thoughts on “Rumah Sewa Berhantu”

  1. Hahaha… part baca kursi berterabur tu memang tak tahan gelak…sumpah kelakar.. Baru saya tahu kenapa orang kalau nampak hantu (jin) dia baca alif ba ta je ulang2…hahaha.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.