Assalam semua. Nama panggilan aku Dego, seorang lelaki tulen. Berusia 30-an, aku adalah salah seorang penggemar FS, tapi jenis malas nak karang. Tapi since dah terkurung di rumah sebab COVID19 ni, maka aku gagahkan diri jugak utk menaip cerita aku ni. Terima kasih admin sebab sudi memproses cerita aku ni.
Cerita ni berlaku dalam pertengahan tahun lepas dan memang terlalu seram untuk aku. Aku ni jenis orang yang ego tinggi, dan tak suka tunjuk perasaan aku pada orang lain. Aku pun tak pernah jumpa apa apa entity sebelum ini. Six sense ke apa ke semua takde. Sampai sekarang bila aku teringat balik peristiwa malam tu, mesti meremang bulu roma aku. Tapi sebelum tu biar aku jelaskan struktur latar belakang supaya semua faham dan boleh membayangkan dengan imaginasi masing masing.
Aku tinggal dan bekerja di KL. Dan aku ada beli sebidang tanah kebun dalam 8 tahun lepas berdekatan dengan rumah kampung tua aku, iaitu kira-kira 1km je. Kampung aku ni terletak di sempadan antara Selangor dan Perak, dekat sangat dengan Sungai Bernam. Biar aku namakan sebagai Kampong Nilam.
Kebun aku ni lebih kurang 2 ekar. Dalam tanah aku ni, ada sebijik rumah 2 pintu (2 rumah dalam satu bangunan, or semi D) yang dimiliki oleh Kak Ana (bukan nama sebenar). Rumah ni terletak lebih kurang 40 meter dari jalan besar. So kalau nak ke rumah kena lalu jalan kebun batu kelikir dari jalan besar. Rumah depan ada 3 bilik, rumah belakang ada 1 bilik. Both rumah dah ada penyewa. Nak pendekkan cerita, Kak Ana nak jual rumah ni sebab sesak nak pakai duit dan aku rasa macam nak beli, so aku belilah rumah tu. So sekarang ni, tanah kebun aku secara keseluruhannya adalah milik aku termasuk rumah 2 pintu itu.
Penyewa depan tu sampai sekarang aku tak tau nama. Dia agak misteri orangnya. Dia tinggal di rumah tu bersama lebih 100 ekor kucing yang dia kutip dari merata tempat. Dan dia pernah bayar sewa sekali je. Lepas tu tak pernah dah. Nak halau tak sampai hati, so aku biar je.
Yang penyewa belakang tu nama dia brader F. Tapi dia keluar dari rumah sewa tu awal tahun lepas. “Saje je tukar angin” dia jawab sambil sengih bila aku tanya kenapa nak keluar. Aku pun tak tanya lanjut. Sejak tu memang rumah belakang takde penyewa.
Since rumah belakang tu dah tak ada penyewa, aku pun masuklah ke rumah tu untuk kali pertama sejurus brader F pindah. Rumah tu sangat simple. Ada 2 pintu keluar masuk. Satu dari tepi dan satu lagi di belakang, menghala ke kabin aku. Dalam rumah tu memang kosong belaka. Ada satu bilik air dan ada satu lagi pintu untuk ke bilik tidur. Selebihnya ruang kosong. Di bahagian siling rumah terdapat 1 lobang yang besar di tengah-tengah rumah yang boleh terus nampak atap. Tak silap aku dulu, rumah ni pernah kena hempap pokok. Tapi tuan rumah cuma betulkan atap, tapi tak betulkan siling. Jadinya terngaga la siling tu.
Oh ya, aku ada buat sebijik kabin di tengah2 kebun aku utk tujuan berehat. Kabin aku ni terletak lebih kurang 30 meter dari rumah 2 pintu tu, dan lebih kurang 70 meter dari jalan besar. Di kebun aku tanam macam2 jenis tanaman, tapi majority adalah pokok durian.
Ok, itulah pengenalan jadi aku masuk ke cerita utama.
Untuk memanfaatkan rumah tersebut, aku tukarkan rumah tu kepada stor barang pertanian. Aku jadikan tempat simpanan baja untuk re-pack kepada packing yang kecil untuk dijual di pasar tani dan online. Aku upahkan adik bongsu aku yang aku panggil Ucu untuk buat semua tu sebab aku hanya balik kebun pada hujung minggu sahaja.
Nak dijadikan cerita, pada pertengahan tahun lepas, aku dapat terima banyak order baja, dan stok baja dah semakin kurang. Jadinya aku terpaksa tolong adik aku untuk buat packing untuk jualan di pasar tani keesokan harinya. Lepas aku siap kerja di kebun, aku mandi siap2 di kabin aku, tukar baju dan terus ke rumah sewa belakang tu. Waktu tu dah nak maghrib. Jadinya, aku borak2 je dulu dengan adik aku sementara tunggu maghrib. Lepas solat maghrib, kami balik rumah mak sekejap untuk makan, solat Isyak, dan terus ke kebun semula untuk sambung kerja packing. Waktu tu dah jam 9.30 malam kalau tak silap.
Jalan ke rumah sewa tu mmg agak spooky waktu malam sebab terlalu gelap. Lagipun since jalan batu kelikir, kami terpaksa drive slow dah berhati2 dan elak lubang kiri dan kanan. Masa sampai tu, lampu rumah depan yang diduduki oleh akak kucing banyak masih terbuka, mungkin dia belum tidor lagi time tu.
Aku parking sebelah pintu rumah belakang, keluarkan lampu picit sebab takde lampu luar. Dan bukak pintu rumah belakang dan masuk ke rumah disusuli oleh adik aku.
“Zuuusss…” aku rasa tiupan angin dingin betul2 dalam selangkah aku masuk rumah tersebut. Serentak tu aku kaku dan berhenti berjalan serta merta. Adik aku jalan berjalan di belakang aku terlanggar belakang badan aku.
“Peh terkejut aku. Nape ni abang dego?” tanya adik aku.
Aku tak tau nak jawab apa. Aku just ada rasa angin sejuk di muka. Itu sahaja. Tapi tu dah cukup untuk buat aku rasa tak sedap hati. Agak berderau jugak d***h aku masa tu. Tapi aku masih maintain juara depan adik aku.
“Takde apa ucu. Ko bukak lampu jap” aku cuba control suara time tu. Sebagai seorang abang, aku tak boleh cepat goyang di depan adik. Kredibiliti kena jaga dalam apa jua keadaan.
Aku cuba lupakan perasaan gemuruh tadi dan terus bersiap untuk kerja. Kami start buat kerja packing baja sambil borak-borak kosong. Kami ada bawak bekal air neskafe dari rumah mak aku dan adik aku buat kerja memang kena ada rokok. Aku pula baru berhenti merokok dari awal tahun sebab aku dah start vape.
Dalam pukul 11 lebih macam tu, adik aku dah start berbunyi “Abg dego, nak mintak 10 ringgit. Nak beli rokok john”
Ahh sudah. Aku perati packing baja masa tu baru ada dalam 50 lebih. Kami target untuk siapkan 100 peket untuk jualan esok. Maknanya, sekarang ni takde masa untuk berhenti. Aku kalau boleh taknak balik lambat sangat for obvious reason.
“Kan aku baru kasi ko sekotak pagi tadi. Takkan dah habis?” aku cuba bagi alasan. Kalau boleh aku taknak dia keluar dan tinggalkan aku sorang2. “lagipun ada ke kedai bukak malam2 buta macam ni?”
Adik aku sengih lagi. Rasa nak kasi kaki pun ada masa tu.
“Kat Warung Mak Awi ada jual” adik aku jawab ringkas.
Walaupun aku rasa tak sedap hati masa tu, aku still hulur jugak duit ke adik aku sambil pesan jangan beli lama sangat. Dalam erti kata lain, aku taknak duduk sorang2 kat dalam rumah ni malam2 buta ni.
“Aku pinjam keta tau abang Dego” bagitau adik aku sebelum dia keluar rumah. Pintu memang kitorang biarkan terbuka supaya angin malam boleh masuk.
Now, tinggallah aku seorang dalam rumah tersebut ditemani bunyi cengkerik dan unggas malam. Kipas lama yang sudah berkarat juga mengeluarkan bunyik berkereot yang sangat menjengkelkan. Takpelah asal ada angin. Aku sambung kerja dengan pace yang agak laju.
Seingat aku, dalam lebih kurang 10 minit lebih kurang.. tiba-tiba aku terdengar benda jatuh di luar rumah, dekat area aku biasa parking kereta. “Berdebuuuukkkkkk” Bunyinya macam buah kelapa yang berat jatuh ke tanah.
Serentak dengan tu tangan aku yang sedang menimbang baja terhenti seraya menoleh ke pintu luar. Gelap. Aku tak nampak apa-apa. D***h aku dah gemuruh gila masa tu. Aku dapat rasakan d***h mengalir rushing dari arah leher melalui telinga dan terus ke otak.
Aku cuba husnuzon. Mungkin kucing kot. Atau monyet. Untuk menyedapkan hati, aku pun mengambil lampu suluh di atas meja, jalan slow-slow ke arah pintu rumah yang terbuka luas. Sampai di muka pintu aku suluh di luar rumah. Aku peratikan segenap penjuru luar rumah, bawah pokok-pokok, tepi jalan. Dan aku tak nampak sebarang objek yang tak sepatutnya. Semua dalam keadaan normal.
“Fuuuhhhhh” Aku tarik nafas lega. Jantung yang dari tadi bergetap laju dan kembali dalam keadaan hampir normal. Aku time tu haraap sangat yang jangan ada benda kacau aku, dan harap sangat adik aku supaya balik cepat sikit. Bukan jauh sangat warung mak awi. 5 minit je dah siap sebenarnya kalau setakat nak beli rokok.
Aku pun menutup pintu dan kembali ke meja kerja aku sambil membaca ayatul kursi. Belum sempat aku duduk semula, tiba-tiba aku dengar bunyik berdentum lagi. Kali ni bunyiknya datang dari atas bumbung.
Berderau lagi d***h aku. Kalini aku dapat rasakan bulu roma tangan aku dah berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku. Jantung punya dah macam drummer metallica. Langsung tak sync. Aku dapat dengar bunyik degupan jantung sendiri masa tu. “dup dap dup dap”
Dengan lampu picit yang masih di tangan, aku berjalan ke arah siling yang terbuka tu dengan perlahan-lahan. Bila dah hampir sampai, aku pun menyuluh ke arah lubang tersebut. Dan itulah antara decision making yang paling bodoh pernah aku lakukan sepanjang hidup aku…
Dengan sekali suluh, aku terus tersuluh satu lembaga terapung antara siling dengan atap. Lembaga tu agak menyerupai manusia perempuan yang lengkap berpakaian jubah putih yang kusam warnanya. Berambut panjang dan tak ada muka. Muka ada, tapi aku tak nampak mata hidung dan mulut. Lembaga tu terapung dengan ada sikit pergerakan atas bawah, seolah-olah bola yang terapung atas permukaan laut. Dan lembaga tu ‘memandang’ ke arah depan, seolah-olah tak menghiraukan aku yang menyuluhnya dari bawah.
Aku memang dah goyang habis dah time tu. Ayatul kursi yang aku baca tadi dah habis berterabur bercampur baur dengan doa qunut. Kepala lutut aku dah start longlai. Tangan dah tak steady mcm biasa. Aku nampak sendiri yang lampu suluhan aku kearah lembaga tu bergoyang teruk.
Dengan kekuatan yang masih tinggal, aku terus menerpa ke pintu untuk keluar secepat mungkin. Aku ingat lagi, selang 2,3 langkah aku terjatuh sebab lutut dah longlai habis. Aku terus merangkak laju-laju ke arah pintu. Aku langgar je kerusi, guni baja dan apa2 benda yang menghalang aku untuk keluar selamatkan diri.
Sesampai aku di pintu, dan dalam keadaan merangkak dan gelabah, aku cuba sentap handle sekuat hati sampai patah handle pintu. Dan malang bagiku, pintu masih tertutup dan handle pintu berada di tangan aku. Aku ingat lagi fikir bodohnya lah aku ni.
Aku cuba kumpulkan kekuatan yang ada untuk berdiri di tingkap nako bersebelahan pintu. Dengan tangan masih berpaut di grill tingkap, aku cuba jerit “tolongggg” sekuat hati. Malangnya suara aku tersekat di kerongkong.
Tiba-tiba aku perasan luar rumah ada samar2 cahaya lampu kereta. Aku tau adik aku dah belok ke jalan kebun, tapi mungkin dalam 30 saat lagi baru sampai depan pintu. Aku dah taknak tunggu barang sesaat pun dalam rumah tu.
Dalam pada aku cuba mintak tolong tu, aku sempat dengan bunyik berdentum di dalam rumah. “TUUBBBB”. Aku tau berdasarkan logik, benda tu dah masuk rumah, dan berada beberapa meter je di belakang aku. Tapi aku tak berani langsung nak toleh kebelakang. Aku ketuk pintu kuat2 guna tangan kiri, sambil tangan kanan aku menyuluh keluar tingkap laju2. Aku harap sangat adik aku nampak cahaya lampu picit aku, ataupun dengar ketukan pintu ataupun kedua-duanya sekali dan mempercepatkan kereta.
“TUBBBB” aku dengar bunyik tu lagi. Kalini lagi dekat. Aku dah pejam mata sekuat hati. Aku dah pasrah apa nak jadi pun jadila.
Tiba-tiba aku dengar ada orang cuba buka pintu dari luar. Dan pintu terbuka sikit. Tak cakap banyak, aku sentap pintu, dan merangkak keluar. Aku nampak akak kucing di muka pintu memandang ke arah aku. dia mengelak sikit untuk beri laluan aku keluar.
Sampai aku di luar rumah, akak tu tutup pintu rumah semula. “awak ok ke dik?” dia tanya. Aku belum ada tenaga untuk bersuara. Nafas aku masih tercungap-cungap. Aku cuma boleh angguk laju-laju menandakan aku ok.
Masa tu adik aku baru je sampai. Dia menerpa keluar kereta yang enginenya masih On, dan meluru ke arah aku.
“Bang Dego, ada apa? Ko ok tak?” sambil cuba memapah aku bangun. Aku masih menggigil masa tu, tapi dapat juga bangun. Dan aku terus mengajak Ucu balik rumah. Ucu mengangguk dan memapah aku masuk kereta, dan drive meninggalkan rumah tersebut. Aku terlupa terus pasal akak kucing.
Sampai rumah mak aku, aku dah ok sikit. Aku basuh muka, dan ambil wuduk untuk tenangkan diri. Rupanya, adik aku tapau megi goreng sekali tadi masa beli rokok, patutla lambat. Dia sengih2 sambil mintak maaf.
Lepas aku cerita apa yang aku jumpa tadi, muka dia tak nampak berkerut pun. Rileks je. Rupanya Ucu cerita, dia pun selalu kena. Tapi dia selalu di kacau dengan ‘bunyian’ dan ‘barang bergerak sendiri’. Benda tu tak jelmakan diri depan dia. Dan Ucu cerita, akak kucing sebelah tu pun selalu kena, jadi dia dah tak heran sangat.
Mulai hari itu, aku memang langsung tak jejakkan kaki ke rumah tu waktu malam. Waktu siang pun kalau adik aku ada sahaja. Memang tobat aku taknak jumpa lagi. Dan aku langsung tak mintak pernah duit sewa dari akak kucing sebagai tanda terima kasih tolong bukakkan pintu malam tu. Ko dudukla rumah tu kak.
Sekian kisah yang berlaku pada aku. Mohon maaf kalau ada kekurangan.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Cerita terbaik tahun ni
Akak kucing legend
tu umah ko brader..bkn umah dia…sekian terima kasih..
“Ko dudukla rumah tu kak” Hahahaha
Hmm betoi2 seram cte awk ni tkut saya,,sya pon ada gak pngalaman dlu ms tu bdk2 lg penah la nmpk penang*** dan han***gala* tp kuat smgt x dmm..smpai skrg tringat n xkan lupa smpai bila2😰😱
Best cite ni 😂😂 seram pon ada … nasib baca waktu siang 🤭
best
Ini kes Pontianak menyinggah (singgah) ke rumah membungkus baja Brader Dego.
Perangai Pontianak memang macam tu, suka singgah rumah tak kira rumah tu ada orang atau takde orang.
Aku ada tonton video kat Youtube, seekor Pontianak singgah rumah (masuk melalui) tingkap terbuka ketika orang di dalam rumah sedang nyenyak tidur.
Video kat Youtube tu bukan rakaman dari Malaysia!
Walaupun bukan rakaman dari Malaysia, pabila difikir-fikir balik, betullah kata-kata orang tua: “Malam-malam waktu tidur jangan buka tingkap, nanti Pontianak masuk.”
Engkau orang yang membaca komen aku ni rajin-rajinlah tonton video hantu kat Youtube, insya’ALLAH dapat tengok video Pontianak masuk melalui tingkap.
uuishh
Jalan cerita paling straight forward, honest dan on track tak menyimpang dari landasan. Teruskan menulis kalau ada experience lain bro. 👍🏼
nampak sgt rekaan
Hahahahahaha sempoi brader dego! Kalau aku kepala lutut gegor jugak wooo Hahahahahaha
Hahaha, sampai tercampur ayat kursi dgn doa qunut 😂🤣
Seram jugak cite nye
aku yg debor2 baca 😆