Rumah Sewa di Selayang

I ada baca cerita nak cerita.
Bermula dari tahun 2011,sampailah sekarang tak pernah sembuh .Tapi mungkin sedikit reda berbanding dulu.

(2011)
I menyewa dengan rakan sepejabat.Kami tinggal berdua di sebuah apartment area Selayang.Mulanya takde perkara ganjil sangat sampailah 1 hari sedang I menonton TV,I terpandang 1 susuk badan sedang berdiri kira-kira 60° dari tempat I dudu.Bila toleh..

MasyaAllah!
Sorang lelaki India tubuh kurus cekeding,kepalanya berdarah,mulut berdarah sekalian dengan hidung pun berdarah dan pakaian dia penuh dengan selut kering.Wajahnya tergamak kesakitan dan macam sedih.Sebab terkejut,I alih muka pandang TV.Bila toleh lagi sekali,eh..dah takde.

May 2011,suatu malam I keluar dengan kawan menonton wayang.Housemate I kat rumah.Time I balik,nampak pintu bilik dia dah tutup rapat.Mungkin dah tidur.Lagipun jam dah pukul 2pagi.So,I terus masuk ke bilik tidur.FYI,bilik I yang I huni tu Master-room.Selesai cuci muka & gosok gigi,I terus capai phone and baring kat katil.Tiba-tiba,ada bunyi sedang berdenting serta bergolek bermula dari hujung kepala sampailah hujung kaki.Makin lama makin kuat.Bila diamati,suddenly I can recognize tu bunyi guli.I perhati jer bunyi tu terus berdenting kat lantai sampai lah dia berhenti betul-betul kat pintu bilik.I tanpa syak wasangka terus toleh ke arah pintu and apa yang kat depan mata masa tu,itulah permulaan pada siri gangguan yang berlarutan ni.

Apa yang I nampak?
1 makcik tua dengan rambut hitam berkilat tapi kusut masai sedang duduk menghadap pintu tandas kat bilik tidur.Dia tekupkan muka pada awalnya sambil mengekek ketawa.Entah apa yang dia gelihati sangat pun tak tahu lah.Bila dia sedar I nampak dia,dia pandang I sambil menyeringai dan makin galak ketawa.

Apa I buat masa ni?
I cuba capai surah Yaasin bawah banyak.Tapi dari tadi tak tercapai!Plus,mulut cuma boleh sebut Bismillah..ayat seterusnya,tak ada.Blank~Panic~Takut.

Dan entah macamana dan apa yang dag berlaku selebihnya,I pun tak tahu.Yang I tahu,bila I sedar,housemate I dah kat bilik tengah selongkar rak kat bilik,cari jarum dan benang katanya.

Maka,bermula dari situ lah,baru I tahu mata ni dah tak berhijab.Makin banyak yang I nampak dan makin banyak juga yang I dengar serta rasa.Pada mulanya I tak boleh bezakan antara “mereka dan kita”,tapi lepas banyak kisah dah terjadi,banyak I dah kutip panduannya.hahaha.

Berbalik pada cerita tadi,selepas malam tu,gangguan makin menjadi sampai 1 tahap tu,tengah I duk mandi,tiba-tiba dinding bilik mandi penuh dengan cat hitam!Tak tahu dari mana datangnya dan ia bagaikan meleleh dr siling.And,lagi scary bila 1 hari tu,rasanya lebih kurang 11malam.I tidur awal sebab rasa tak sihat dan housemate I keluar dengan boyfriend dia.So,dalam gelap malam tu tiba-tiba entah kenapaI terbangun.Mungkin sebab I rasa sebelah kanan kaki I tergantung sebelum I betul-betul terjaga.Bila I buka mata,Yesss!Memang kaki kanan I terangkat dengan sendiri.Sebab terkejut,I terus angkat kepala dari bantal dan waktu tu la,kaki yang sedang tergantung tanpa tali tu tiba-tiba bagai ditolak (or sebenarnya hempas) ke bawah.Boleh dengar kott bunyi kaki tu jatuh ke lantai macam bunyi buku kuliah yang kulit tebal tu,dihempas kat lantai.Sakit tak payah cerita la.

Bila dah reda sakit tu,I bangun dan berhajat nak ke tandans.Tapi,lain pula yang mata ni nampak.Oh ya!Lupa nak bagitahu.Dalam bilik tidur tu,ada sebuah canvas-potrait wajah I yang agak besar.Around 1/2 badan I dia punya tinggi.Waktu lalu depan potret tu,I noticed the eyes on the portrait tu,watching me!Sampah.Ni bukan cerita rekaan.Macam mata dia gerak according to my every single movement.

I dah start takut tapi I sambung gi toilet dulu.Tu lagi penting time tu.Then,I sambung tidur sambil menghadap dinding.Kononnya taknak tengok portrait tu.

Bila gangguan dah makin teruk,I decided to move from the house.I & housemate gi jumpa tuan rumah (Indian guy) and bagitahu I nak pindah.His mum sangat kepoh & kecoh tak puas hati.Sebab dah hilang sabar,then I bagitahu “Aunt,U punya rumah ada hantu lah.Hari-hari kacau kami”.Muka mak tuan rumah dah start berserabut.Dia tanya I balik apa I dah nampak.So,I bagitahu lah dari A to Z.Dia dah start duk ulang Ayoyo!Ayoyo!..

Bila I tanya pasal hantu lelaki India,mak Tuan Rumah dah pucat and macam tak percaya I nampak.Tapi I rasa muka I lagi pucat bila dia cakap and tunjuk gambar “hantu” tu.Rupanya tu mendiang abang Aunt.Dia dulu tinggal kat rumah sewa kami tu.Lepas dia meninggal,aunt sewakan kat kami.Tapi dorang berkeras nak rahsiakan sebab kematian Aunt tu.Hurmm…

Sebelum balik,Aunt tu pesan suruh rajin sembahyang.And boleh pulak dia nak datang sembahyang kat rumah I?!

Seminggu lepas jumpa Tuan Rumah,kami terus pindah.Tapi rupanya gangguan tu tak pernah berakhir.Makin bertambah lagi ada.Haiiih!

37 thoughts on “Rumah Sewa di Selayang”

  1. “MasyaAllah!
    Sorang lelaki India tubuh kurus cekeding,kepalanya berdarah,mulut berdarah sekalian dengan hidung pun berdarah dan pakaian dia penuh dengan selut kering.Wajahnya tergamak kesakitan dan macam sedih.Sebab terkejut,I alih muka pandang TV.Bila toleh lagi sekali,eh..dah takde.”

    Sampah kagum…!
    Sorry typo…agaagagagaaaa…
    SUMPAH KAGUM akk ngan ko dik…
    Dah nmpk benda scary horror camtu reaksi ko cume terkejut dan pandang tv semula…?????
    Klu akk tu dik, sampai KLIA akk lari gamaknye…
    Siap pakej menjerit2 sambil meroyan…

    Pastu TERGAMAK kesedihan tu pelik sket bunyiknye dik…
    Tergamak tu lebih ke arah SAMPAI HATI…
    Ayat awek kena tinggal pakwe “Tergamak u tinggalkan I hanya disebabkan mamat ensem tu…”
    Haaa…camtulah penggunannye…

    Reply
    • “I ada baca cerita nak cerita.
      Bermula dari tahun 2011,sampailah sekarang tak pernah sembuh .Tapi mungkin sedikit reda berbanding dulu…”

      Coooppppp…
      Cerita yg kamu kongsi ni berdasarkan cerita yg kamu baca ke atau cemane????
      Ayat pertama tu akk ulang baca 8kali tau…
      Sbb mcm x synchronize dgn ayat seterusnya…
      Gituuu…poyo x bunyiknye tu…???

      Reply
    • hahahahhaha…win la ayt you ni kak yulie..sebelum send cerita please check grammar okay..no typo2..boleh jd cerita lain nnt..nsb fans FS ni mudah faham..hik3

      Reply
      • Bukan ape…
        Malu bertanya x sesat jln klu pakai waze kan…
        Tapi kalau menaip xtau eja gune plak autocorrect, ke lauuuttt maksudnye nnt dik…

        Reply
      • Benornye saje je buat2 menggelupor smpi KLIA tu…
        Dekat sket ngan umah mak akk…
        Boleh blk kg terus…
        Cerdik tak…???

        Reply
    • Saya pernah nampak juga and reaksi saya sama dgn pengarang. Takkan nak tenung ja .Kalau kak ada dalam situasi tu baru akak tahu. janganlah hentam pengarang. Dia cuma nak kongsi pengalaman. Semua orang ada cerita masing-masing. ?

      Reply
      • “Dah nmpk benda scary horror camtu reaksi ko cume terkejut dan pandang tv semula…?????
        Klu akk tu dik, sampai KLIA akk lari gamaknye…
        Siap pakej menjerit2 sambil meroyan…”

        Bile plak akk hentam penulis…
        Cube bace bebetol ayat akk tu…
        Akk kagum die sgt tenang boleh stay kat situ cume mengalihkan pandangan…
        Sdgkan akk klu jd cmtu harus wajibulghunnah dh lari pecut ntah ke mane hala gamaknye…

        Janganlah hentam akak plak dik…
        Huhuhuhuuu…

        Reply
    • Aku baru nak kata…hang kata dulu no….. Mmmm…mmg pun kan…..aku rs mcm pondan baca ceritha dia ni … I….i…..i….

      Reply
      • ahaha,.ingat aku sorang…aku anti betul orang tulis I, you, I ,you ni..geli plak aku..ko aku, kau sudah.mula2 baca aku rasa ni mesti lelaki lembut taip cerita ni…rupanya perempuan…

        Reply
  2. I I you you
    Adoiii
    Cerita seram jadi menyampah akak baca dik

    Akak cuba nak selam keseramannya tapi bila baca I I terus tak seram

    Reply
  3. Alhamdulillah saye masih boleh phm jalan cerita penulis. Kalau ade kurang, tegur je pun dah okayh, tak perlu nak downkan penulis especially dgn penggunaan ayat yang agak kasar. Sekurang2nya ade jgk cerita yang boleh dibaca di FS. Actlly just nak ckap, better bagi komen yang membangun. Wasalam.

    Reply
  4. Haha.. sbnrnya ni pngalaman sendiri ke o baca cerita org?

    So far jalan citer ok, padat.. cume tu la… ada beberpa teknik penulisn penulis buat citer ni jd xseram lak…

    Reply

Leave a Comment