Rumah Sewa Dua Tingkat

Aku terpanggil nak kongsi cerita pasal rumah sewa misteri yang terjadi ke atas diri aku sendiri.
Tahun 2011, aku dapat posting kerja di Kedah. Masa tu, aku baru je melahirkan anak, dan anak aku dalam umur 3bulan camtu. Aku bertukar tempat kerja sebab ikut suami aku bekerja di Kedah.

Rumah sewa aku ni rumah teres dua tingkat. Tingkat atas ada 3 bilik dan 2 bilik air. Manakala, tingkat bawah ada 1 bilik dan 1 bilik air. Tapi tingkat atas ni, ada dua bilik yang aku tak pakai sebab tandas yang bersambung dengan dua bilik ni tersumbat dengan simen. Jadi, aku guna satu bilik atas sahaja sebagai bilik tidur utama, itu pun memadai lah tinggal bersama baby 3bulan dan suami aku.

Mula-mula nak duduk rumah sewa ni, mak mertua aku temankan aku sebab kadang-kadang suami aku kerja malam. Sepanjang mak mertua aku temankan aku, takde lah apa-apa peristiwa pelik berlaku kat aku. Ye, kat aku je tau….

Bila mak mertua aku dah balik kampung, bermulalah rutin si ‘pengganggu’. Satu hari tu, suami aku kena pergi pejabat dia waktu malam. Jadi, berdua lah aku bersama anak. Aku bersama anak aku duduk lah dalam bilik di tingkat atas. Tiba-tiba, aku dengar bunyi motosikal suami aku kat bawah dalam jam lebih kurang 11 malam. Lepas tu, aku dengar bunyi macam orang buka pintu rumah. Aku memang bajet suami aku la balik, tapi hati aku tak sedap. Jadi, aku mesej suami aku, “B da sampai umah ke?”..Suami aku cakap belum lagi. Masa ni , aku masih husnuzon lagi, mungkin bunyi motosikal jiran sebelah. Tak sampai 10 minit lepas kejadian tu, memang betul-betul suami aku balik. Bunyi motosikal, dan cara bunyi buka kunci pun sama. Bezanya, suami aku bagi salam. Sejak kejadian tu, memang aku siap bajet, kalau aku dengar gangguan begini, mesti tak lama lepas itu, suami aku akan balik. Sama rentak. Kelakar pula bila kenang…

Kalau cerita dengar guli jatuh atas lantai tu, dah banyak kali aku dan suami aku dengar. Itu belum kira bunyi seret perabot waktu malam-malam buta. Orang kata gangguan jin. Entahla. Yang pasti, ada satu malam benda tu mungkin tengok aku ni macam buat tak peduli kat dia, jadi dia ganggu lagi. Jam masa tu pukul 3 pagi lebih kurang, aku terbangun sebab dengar bunyi dentuman kuat dari tingkat bawah. Aku kejut suami aku suruh tengok apa yang berlaku. Suami aku capai kayu, takut-takut pencuri masuk rumah, senang nak pukul.

Tapi, saat kami turun tangga, kami nampak topi keledar suami aku dah tergolek. Suami aku memang suka letak topi keledar di atas tangga. Yang ni aku memang pelik, sebab punya lama topi tu letak kat situ, tiba-tiba pukul 3 pagi baru nak tergolek? Masa ini aku memang dah tak rasa best. Aku bagitahu pada suami aku, yang aku tak rasa seronok nak duduk dalam rumah ni sorang-sorang dengan anak kecil. Kadang-kadang, masa aku cuci pinggan, aku akan rasa macam diperhatikan dari belakang. Memang seram walau ‘dia’ tak tunjukkan rupa. Keseraman tu akan dirasai walau tak nampak.

Tahun ni, aku pindah ke Perak pula. Macam biasa, mak mertua aku datang teman. Tiba-tiba mak aku bersuara, ” Nina, rumah sewa hangpa duduk dulu (Kedah) seram mak nak duduk. Waktu hangpa keluar malam-malam, tinggal mak seorang di rumah, mak dengar drup drap drup drap ,bunyi tapak kaki macam orang berlari main tangga tu. Mak tak cerita kat Nina sebab Kroll tak benarkan mak cerita pada Nina masa tu”. Aku jawab , “Mak, Na memang dah berasa dah ada entiti dalam rumah tu. Mak tak cerita pun, Na dah rasa”…

Sejak hari tu, aku memang tekad tak mahu rumah dua tingkat. Duduk atas, bawah bunyi. Duduk bawah, atas pula bunyi.Hemmmm

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.co/submit

Nina

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.3]

1 thought on “Rumah Sewa Dua Tingkat”

  1. Sama la kte.time sy sewa umah dua tingkat..dh rsa lain mcm..mula2 tgk rumah sewa ok..tpi bla dh ddk 2 or 3 ari rsa lain mcm..tpi xde la apa2 blaku..cuma trbayang2 org prhati kt tangga jela..sbb sy suka tid0 kt ruang tamu sbb nk tgk tv.tu pn rsa seram time suami x ttup pntu rapat2..kul12 lbh tiba2 pntu trbuka sdri.takut gila la time tu..😖wlaupn x pnh tgk hntu tpi ttap tkot..mnta jauh la..klu blh xnk tgk langsung2…😄

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.