Rumah Sewa Kampung di Perak

Assalamualaikum. Aku Anis.. kalau korang masih ingat aku ada hantar cerita Jiran Sebelah Bilik, Apartment Tepi Laut Di Perak dan Penjaga Fitting Room. Kalini aku nk cerita pengalaman aku masa aku dan suami berpindah masuk ke rumah sewa baru di satu kampung di Perak. Rumah ni nama je rumah kampung tapi batu semua. Tuan rumah bina memang untuk bagi orang sewa. Rumah ni groud floor je.

Untuk pengetahuan semua, rumah ni RUMAH BARU.. kami penyewa pertama. Masa tu anak sulung aku brusia 2tahun dan anak kedua baru habis pantang. Rumah ni belakang kelapa sawit, kiri hutan kecil kanan dan depan rumah orang kampung lain.. Fast forward masa anak kdua aku dah berusia lebih kurang 8bulan (tengah tahun 2017).

Kisah pertama;
Satu malam tu aku gelisah. Tak tahu kenapa tak dapat tidur. Pusing kiri pusing kanan taknak lelap. Posisi kami tidur, aku tidur di hujung katil yang bersambung dgn katil bayi anak kedua aku, anak pertama aku tidur di tengah antara aku dan suami. Bermakna suami tidur di tepi dinding dan aku mengiring mengadap anak kedua dan pintu bilik. Beberapa jam lepas tu aku terasa macam di awangan tau.

Macam aku tak pasti aku dah tidur ke belum tapi yg pasti tiba tiba aku rasa berpeluh. Malam tu sejuk! sangat sejuk, maklumlah rumah kampung kan. Tapi aku tak tahu kenapa aku berpeluh peluh dan berdebar. Rasa jantung ni berdegup laju mcm nak pecah dada aku! Aku masa tu mengiring berdepan dengan anak kedua aku. Aku tak mampu nak bergerak atau bercakap jadi aku decide untuk pastikan yang aku ni sebenarnya dah tidur ke belum aku cuba meraba kaki anak aku. Sah! Aku belum tidur sebab masa aku picit picit paha anak kedua aku yg gebu tu dia terkejut dan tersentak sikit kakinya. Cuma dia tak terjaga.

Tapi yang buat aku tambah berpeluh bila aku rasa dengan JELAS kaki aku di tarik dan aku terkebawah sikit daripada bantal tempat aku letakkan kepala aku. Memang real weh rasa benda tu pegang kaki kiri dan rentap aku ke bawah sikit! Kira dia saja nak bagi kepala aku turun dari bantal je. Lepas dia tarik tu aku jadi lagi takut. Aku baca al fatihah dlm hati tapi aku dengar benda tu ketawakan aku. Ketawa mengejek dan bercakap dengan suara garau nenek nenek kebayan tu “hi hi hiiii baca apaaa tuuuu…!!” Aku terus senyap tak habiskan bacaan aku.

Lepas tu, aku baca pula ayat qursi.. dia boleh tolong sambung wehhh!! Sambung sambil ketawa pulak tu! “Laaaa takkkhuzuhuuu hihihiiii sinatu walaaa nauuu hihihi baca laa” dengan suara garau haprak dia tu. Aku dapat rasa tilam aku dah basah dek peluh. Baju aku pun dah lencun! Aku tak mampu gerakkan badan tak mampu nak bercakap.

Nak jerit Allahuakbar pun tersekat jer di kerongkong aku ni ha. jadi aku meraba cari anak aku dan cubit cubit anak aku dengan harapan dia terjaga dan nangis lepas tu suami aku pun terjaga sekali la. Tapi sayangnya anak aku langsung tak terjaga. Macam tak ada effect jer aku cubit dia (sebenarnya aku tak pasti yg aku cubit tu anak aku atau tak sebab mata aku tak boleh buka macam ada gam) aku assume yg aku cubit tu anak aku la tapi dia terlalu lena sampai tak sedar (penyedap hati)

Aku masih kaku, tapi aku cuba kumpul kekuatan untuk baca lagi ayat quran. Kalini aku nekad baca sampai keluar suara walaupun sebenarnya tengah struggle tapi aku usahakan juga, akhirnya aku berjaya tp suara aku halusssss gila mcm tersekat padahal aku rasa aku dah menjerit masa tu.

Aku baca surah al baqarah ayat pertama dalam quran (itu yang aku teringat) masa aku baca, benda tu masih mengejek “alifff lammm mimmmmmm heee hee heee zalikal kitabularoybaffi hihihihi hahaha” dia mengilai pulak hantu betul setan ni. Tah dari mana aku dapat kekuatan buka mata sikit. Sikitttt jer terbuka mata aku untuk tengok benda apa sebenarnya yang kacau aku!

Nah masa mata aku terkuak sikit tu, aku nampak jelas.. baju nya putih lusuh, rambut panjang mengerbang, mata terbeliak (mata hitan dia besar gilaa dari mata normal manusia) terjegil tengah tenung aku, muka hitam kelabu bergaris menggerutu taktau nak explain macam mana tapi huduh! Dia bercangkung sambil peluk lutut depan pintu bilik aku. Betul betul depan pintu bilik. Aku terkejut terus terjerit kuat kuat “Allahuakbar!!” Then sekelip mata dia hilang dan aku pun terus tertido (lebih kepada pengsan)

Esok pagi aku terjaga pukul 7 masa suami tengah bersiap nak kerja. Aku perasan kat area buku lali kaki kiri aku ada lebam. Lebam macam orang cengkam tu. Tapi tak sakit huhu…

Kisah kedua;
Masa ni lagi dua minggu nak pindah ke KL. Suami dapat transfer ke sana. Harini malam terakhir sebelum ramadhan 2018. Dia datang nak bagi aku usikan terakhir kot sebelum pindah.

Masa tu kami empat beranak tidur di depan. Dan malam tu aku tidur terlentang. Tiba2 aku rasa dada ku sakit macam ada orang tekan. Dalam masa sama badan aku kaku! Tak dapat bergerak (cliche sangatkan tapi inilah realitinya) aku sleep paralyse lagi (medical termnya) dalam hati aku agak yang benda sama ganggu aku, jadi aku buka mata sikit untuk tengok apa dia yang dok tindih aku ni!

Rupanya dia tak tindih aku pun. Dia BERDIRI atas aku. Kurang ajar betul. Tapi bukan benda yang sama yang aku kena haritu tapi POCONG… enak enak ajaaaa dia berdiri atas aku sambil tenung aku tajam sangat macam aku ada hutang dengan dia. Ha, lepas tu aku terus tak sedar apa dah!

Tulah pengalaman aku sepanjang setahun setengah duduk rumah kampung tu. Lepas kami pindah KL baru suami aku buka cerita yang dia selalu nampak nenek kebayan bertongkat bongkok berjalan dalam rumah tu dengan ekor mata dia. Bila dia toleh nak tengok betul betul nenek tu HILANG!

Ada masa nanti aku share pengalaman dengan anak sulung aku pulak. Anak sulung aku ada sixthsense. Macam macam dia nampak dan paling takleh blah dia boleh tegur dan bagitau kami rupa benda tu DETAIL dan SPESIFIK sangat..

Korang elok elokk kalau tengah baring dalam bilik tu. Mana tau ada yang tengah mengintai hihihihihihi

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Anis

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

11 thoughts on “Rumah Sewa Kampung di Perak”

  1. amboi nak ngusik orang pulak ye.
    takut diri sendiri je nanti yang kena intai hihihihihihi huhehehueuhehe hohoololohomogogirgog

    Reply
    • Takk selalunye jin or syaitan ni boleh jer ikut baca tapi tkdelah ikut tajwid…sbbtu kalau baca ayt qursi baca elokĀ² sekali dgn tajwid.. Insya allah… Tapi sye fhm..dlm keadaan ni mmg ketar sgt.. Huhuu… Scaryy

      Reply
  2. Nasib sis lbih kurang ngan saya. Pnh kena jugak dgr suara budak2 ppuan mengajuk bacaan yaasin (dlm rdio) sambil gelak2. Dlm kne himpit tu, paksa buka mata. Betul2 depan mata ade 4-5org budak ppuan tanpa muka tgh main ats bdn saya. Pas tempik allahuakbar, bdk2 tu lari blakang sofa smbil intai2 kearah saya. Trus gelap pandangan, xtau pengsan atau trtido..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.