Rumah sewa Kelantan RM100 part 2

Rumah Sewa rm100 part 2

Hai, assalamualaikum. Ingat aku lagi tak? Terima kasih la atas semua komen komen pedas korang pada bab permulaan baca sini—>  rumah sewa rm100 ini. Membina sangat.  Pasal typo pun aku tak sedar. Bila aku baca balik barulah aku perasan. Huhu manusia tak pernah sempurna. Sebab niat aku hanyalah ini berkongsi pengalaman aku.

Okay, part terakhir aku berhenti pada entri lepas ialah ketika aku mengambil cuti dan terpaksa balik ke kampung. Abah awal awal dah bagitahu yang aku ni tak sihat. Abah aku seorang yang agak mendapat keistimewaan dalam perkara ghaib tapi abah belum mampu menyembuhkan orang. Jadi dia telah membawa aku untuk berubat dengan ustaz kat kampung aku. Dan ya, dia cakap rumah aku tu memang tempat rasmi untuk ; hantu raya, yang kami nampak tangan berbulu dan pegang kaki aku. Toyol, peliharaan tuan rumah kami hm. Dan wanita yang d*****h. Juga seorang nenek tua putih. Dan benda tu memang dah anggap kami kawan diorang. Tapi ustaz tu cakap, aku paling kuat semangat dalam keempat kami.

Lepas berubat, alhamdulilah aku okey sedikit. Dan aku ambil keputusan untuk kembali ke rumah tersebut. Bukan kami tak cuba cari rumah lain, tetapi memang rumah itu sahaja yang murah dan lengkap. Lagipula rumah puaka ini sahaja yang dekat dengan kolej kami. Jadi, kami berpakat untuk cuba bertahan untuk beberapa bulan. Kami pelajar, duit pun cukup cukup makan saja. Tika inilah segala penyelesaian wujud dalam diri. Kalaulah kami lebih bijak membuat pilihan..

Selepas berbincang dengan tuan rumah, kami meminta untuk melakukan solat hajat dan berniat mencuci keseluruhan rumah. Tak tahulah, perasan aku ataupun memang tuan rumah kami, cik Pah mencerlung kami berempat. Seakan tidak setuju. cik Pah hanya mengangguk, dia berjanji akan menyelesaikan masalah ini.

Malam itu, saat cik Pah datang ke rumah kami. Yang kami pelik, hanya cik Pah seorang sahaja yang datang. Bersama sedulang pulut kuning dan ayam panggang juga tiga biji telur. Bila kami bertanya tentang rancangan awal iaitu melakukan solat hajat cik Pah berkata ” kito boleh buat diri bakpo nok susohkan ore lain kan.. ”
( kita boleh buat sendiri, buat apa nak susahkan orang kan )

Masa tu, memang kami dah mula berfikir bukan bukan. Awalnya kami menegah, tapi katanya jika makhluk itu diberi makan dan akan beredar dengan cara baik. Walau pun aku rasa benda itu syirik, dan kami sudah cuba untuk menegahnya namun dia hanya mengatakan dia mampu mengatasinya. Bergerak terus ke dapur, cik Pah meletakkan ayam panggang dan pulut kuning itu ditengah tengah ruang dibahagian dapur. Dia meminta kami membuka semua jendela dan pintu. Bodohnya, kami hanya mengikut segala arahan.

cik Pah duduk bersila, mula membacakan bismillah hampir berpuluh kali dan mula mengusap dari lengan ke atas kepalanya bergilir dari lengan kanan ke kiri. Serta merta lampu dapur berkelip. Menyala dan padam berulang kali. Dengan mata yang terpejam, dia menepuk kuat lantai dan melaungkan ‘ Ya Barik Ya Khalaq’ dan mengelengkan kepalanya. Secara tiba tiba rumah kami seakan dilanda segala keributan. Bersambung dengan segala jampi yang kami tidak fahami.

” Ya Barik Ya Khalaq
Datanglah kemarilah
datang tika dijemput
Pulang tidak dihantar.

Kurom nil kirom hil
Ya Khalaq Kuss! ”

Saat itu, berdesing telinga kami seakan ada satu angin yang melalui. Dengan mata kepala kami sendiri, ayam yang terhidang elok hilang sedikit demi sedikit. Tiada satu pun yang mampu mengeluarkan kata. Seakan kaku. cik Pah pula hanya mengangguk dan tersenyum. Sayup sayup kedengaran, cik Pah berbisik.
” Lain kali, jange kuca dio sumo. Mu jago rumoh sudoh! Nati akan aku buwi lebih banyok makane aku buwi…”
( Lain kali jangan kacau mereka. Awasi rumah saja! Akan lebih banyak makan yang aku berikan)

Serentak kami berpandangan. Ha sudah, apa pula ini? Memang jauh sekali berbeza dengan apa yang kami fikirkan.

” Bendo ni dok kuca kamu pun. Kamu jah hok bersungguh oyap keno kuca. Heh. ”
( Benda ini tak kacau korang pun.. Korang yang berlebihan meracau. Heh )

Kami hanya mampu diam sebelum Ija mencelah, ” bendo tu hok cik Pah ko? Sako? Pero sako? ”
(benda itu kepunyaan cik Pah ke? Saka? Bela saka? ” )

Mata cik Pah melotot ke arah Ija. Seakan tidak suka dengan pertanyaan Ija tadi.

” dok, bendo tu cumo jago rumoh jah”
( tidak.. benda itu hanya mengawasi rumah)

Hah sudah. Sah, cik Pah ada kaitan dengan segala yang terjadi pada rumah ini…

Pelbagai lagi kejadian aneh yang menimpa kami semua. Setakat hilaian dan suara perempuan menangis itu biasa. Yang paling tidak boleh aku lupakan sehingga kini sewaktu kami mengerjakan kerja berkumpulan dan siap hampir sekitar pukul 1 pagi. Laju aku merebahkan  diri ke katil. Penat. Niat aku hanya ingin tidur sebentar. Aku buka ikatan rambut dan secara tidak sengaja getah rambut aku jatuh ke bawah katil. Nak tak nak, terpaksa juga aku menunduk ke bawah katil untuk  mencari getah rambut tersebut.

Namun lain pula yang aku dapati. Kepala dengan rambut putih beruban berada kaku dibawah katil. Apalagi, lari ke luar la aku tanpa banyak soal. Persetankan getah rambut. Boleh jadi gila aku kat sini!

Satu persatu peristiwa kami alami. Fikir kami, setelah apa yang cik Pah lakukan keadaan akan reda, namun hampa semakin teruk gangguan yang dialami. Melelahkan. Semuanya menjadi kucar kacir. Rumah kotor berantakan, solat entah kemana. Rutin kami seharian hanyalah pergi kelas, memandangkan kelas habis pukul 5, jadi kami sampai rumah sekitar jam 5:30. Kami terus tidur  hingga ke isyak. Bilik yang kami bahagikan yang mana 2 orang satu  bilik yang kami tetapkan entah kemana. Akhirnya berempat kami berhimpit tidur dalam satu bilik akibat terlalu takut.

Klimak episod gangguan ini ialah kejadian dimana Moon dirasuk teruk. Ketika kami sedang berkumpul diruang tamu pada pukul 6 petang. Biasa, hari minggu memang kami free. Sedang kami sibuk berbincang mencari jalan penyelesaian, Moon diam. Tiada langsung suara Moon menyertai perbicaraan kami. Dia hanya menunduk dan berjalan pelan ke arah bilik tidur.

Bam!

Terkejut kami jadinya. Tiba tiba pintu dihempas kuat oleh Moon. terdengar jeritan kuat dari dalam bilik tidur kami. Tersentak kami bila mendapati suara itu Moon. Berkali pintu cuba dibuka tetapi gagal. Puas kami memanggil dan memujuk namun hanya tangisan Moon yang kedengaran selang seli. Tak ada cara lain, kami putuskan untuk meminta bantuan jiran kami kak Mah.

Baru selangkah kak Mah melangkah masuk, laju Moon meluru ke arah kak Mah lalu menangis teresak esak. Dari mana datangnya kain kuning yang terlilit dipinggangnya kami tak tahu. Tapi, melihat cara dan kelakuannya, itu bukan Moon yang kami kenali.

Moon akhirnya berundur, menyandar ke arah sudut dinding.  Matanya memerah. Gigitnya mengigit bibir bawah. Seakan marah dengan kehadiran kak Mah. Sudahlah tuan rumah kami, cik Pah tidak berada dirumah ketika itu.

kak Mah pula mengeleng laju. Dia akhirnya memanggil ustaz Daud. Ustaz yang tinggal dikampung sebelah. Tika azan maghrib berkumandang, kami pula terpaksa berhadapan disituasi ini. Ustaz Daud mengeleng laju. Mata melilau sekeliling rumah dan atap sebelum mengucap panjang.

” rumah kamu ni, terlalu banyak benda yang menumpang. Terlalu banyak benda yang tak baik. Situ dan sini.. Kawan kamu ni.. Dah teruk sangat dah… ”

Matanya memandang Moon yang masih mencerlung padanya. Kali ini bibirnya sudah mula luka, mengeluarkan sedikit d***h.

” kamu semua, duduk kat satu sudut. Pastikan bersentuhan antara satu sama lain. Baca surah 3 Qul dan ayat kursi. Sepanjang masa ni, tolong jangan bising. Diam. Lawan perasaan lemah. Lawan ”

Bergerak kami ke satu sudut termasuk kak Mah, saling berpegangan erat antara satu sama lain. Mulut tidak henti henti membaca surah tanpa henti. Yang kami khawatirkan, Moon.

Moon mula mencengkam erat rambutnya dengan kedua belah tangan. Matanya terbelalak dan mulutnya berkumat kamit tanpa suara.

Ustaz Daud mula membaca surah dan  Moon mula menjerit. Kakinya dihentak kuat bersama jeritan seolah menahan kesakitan. Perlahan lahan ustaz Daud mendekati.

” Assalamualaikum… ” mukadimah dimulakan. Moon kembali mencerlung pada ustaz Daud.

” arghhh sial. Kau siapa nak kalut hal aku? ”

Tersentak kami. Bacaan tadi terhenti. Namun cepat kak Mah menyedarkan kami untuk meneruskan bacaan. Moon mula berguling guling sambil mengerang kesakitan.

” jawab. Kenapa kau masuk dalam tubuh perempuan ni? Jawab! ”

” hahahahahahahahahahahahahhaha suka hati akulah sial”

Ustaz Daud memegang ibu jari kaki Moon. Semakin kuat rontaan dan jeritan yang terhasil.

” perempuan.. perempuan ni milik aku. Aku kawan dengan dia! kawan hahahahahahahaha. Aku tak akan lepaskan dia hahahahahahahahah”

Hilaian. Setiap hilaian yang keluar dari mulut Moon cukup seram. Dengan riak wajahnya yang membengis meronta minta dilepaskan.

” kenapa kau ganggu cucu cucu Adam ini? alam kau dan dia terpisah. Tidak mungkin kau bisa mendampinginya terus! keluarlah kau wahai syaitan direjam. Allahuakbar.. ”

Moon meronta lagi. Perlahan lahan air matanya mengalir bila ustaz Daud mengepit kedua ibu jari kakinya.

” tolong.. lepaskan Moon.. Moon sakit… ”

Suara garau tadi menjadi lembut. Seakan suara Moon yang sebenarnya. Bingkas kami mahu mendekat tapi ditegah oleh ustaz Daud.

” Penipu! keluar sekarang! keluar!”

Ayat kursi mula dibacakan. Moon semakin melemah. Kami yang memerhati mula menitiskan air mata. Melihat dengan mata kepala sendiri betapa Moon menahan sakit akibat melawan.

” aku cuma berkawan dengan mereka. Mereka kawan aku.. Hiks.. mereka kawan aku.. hiks.. kawan aku.. ”

Perlahan lahan, Moon terkulai lemah. Segera kami mendapatkannya yang mungkin telah pengsan. Mukanya pucat lesi. Kemudiannya ustaz Daud memberikan air yang telah dibacakan dengan ayat ayat suci al-Quran. Air tersebut diusap pada ubun Moon berkali bersama dengan bacaan ayat Kursi.

Air yang selebihnya ustaz Daud minta kami untuk menjirus disekeliling rumah. Insyallah, dia akan cuba untuk memagar rumah kami secara 4 penjuru.

Segalanya sudah selesai untuk malam ini. Itu fikir kami. Namun kenyataan yang diberitahu oleh ustaz Daud sangatlah mengejutkan kami.

Sebelum beredar ustaz Daud berpesan, maafkanlah pelaku yang menjadi titik utama segala kesengsaraan yang kami hadapi sepanjang menetap dirumah tersebut.

Sejak malam itu, kami tekad. Kami tekad untuk terus berpindah pada esok hari. Segala barang kami kemas dengan segera. Tidak dihiraukan suara tangisan yang menangis. Pintu peti dapur yang dihempas kuat seolah olah orang mengamuk.

Malam itu, aku mendapat mimpi. Mimpi tentang seorang wanita berambut pendek menangis dihadapanku. Tangisannya bertukar diam bila lehernya disembelih tepat didapur rumah kami.

Esokkannya. Awal pagi lagi cik Pah sudah terpacak didepan pintu rumah. Cik Pah meminta maaf sebelum menangis. Dia menceritakan segala galanya. Yang mana menjadi jawapan kepada semua gangguan yang kami alami. Kata cik Pah, malam tadi juga dibermimpi dicekik oleh seorang wanita berambut pendek.

Dia mengaku, dialah penyebab segalanya berlaku. Dahulu, rumah tersebut dibina khas untuk anak lelaki tunggalnya. Cik Pah hanya mempunyai dua orang anak. Anak lelakinya, Afiq dan anak perempuan angkat bernama Dira. Entah dimana silapnya dalam mendidik, Afiq dan Dira terlanjur didalam rumah tersebut sedangkan ketika itu Afiq bakal mendirikan rumah tangga. Akhirnya Dira d*****h dengan cara disembelit tepat diruang tengah dapur.

Selepas Afiq berkahwin dengan pilihan hati iaitu Aina. Cik Pah turut tidak dapat menerima hakikat. Minyak m**i b***h diambil dari mayat Dira dan dicurahkan pada sekeliling kawasan rumah tersebut. Patutlah puaka semacam. Perkahwinan anaknya dan Aina juga tidak kekal lama kerana tidak mempunyai cahaya mata kerana janin yang berada dalam rahim Aina menjadi santapan saka saka cik Pah. Akhirnya Aina bercerai dan Afiq menjadi gila hingga m******h diri.

Manakala penampakan hantu raya dan sebagainya memang kepunyaannya. Memang rumah itu sudah terlalu lama ditinggalkam, menjadi tempat rasmi saka saka miliknya berkeliaran. Kerana itulah sampai sekarang dia mampu memiliki kekayaan yang berlipat ganda.

Gila! Hanya itu saja yang mampu kami fikirkan. Tidak sangka, sampai sebegitu sekali buruknya perangai seorang ibu hingga anak menjadi galang ganti.

Sekarang terjawab segala persoalan dan gangguan yang kami hadapi. Sungguh, memang kami cukup marah, namun apakah daya. Semuanya sudah jadi takdir. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Cik Pah meminta maaf kepada kami dan mengizinkan kami untuk pindah keluar. Akhirnya kami keluar. Menutup segala kisah tragis yang terjadi sepanjang hampir setahun kami duduki. Tutup segala kisah seram ini kami kunci rapat rapat.

Dan dengarnya, sewa rumah tersebut diturunkan hingga ke harga rm50 namun penyewanya tidak lama. Pasti lari. Dan ya, disebabkan rumah inilah aku mampu melihat mahluk halus ini.

Itu sahaja kisah dari aku untuk pengalaman rumah sewa rm100 ini. Rasanya dah cukup panjang kan? Chapter lepas korang cakap tak sempat habis popcorn kan? Ni aku rasa dah cukup habis dah. Nasihat aku, komen tu janganla bitter sangat hoi, aku terasa. Okaylah, sekian ya bukan sekain lagi dah. Dan utk yang bertanya, rumah ni berada diTanah Merah Kelantan. Pandai pandai la kau cari. Assalamualaikum.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nudaa13

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

15 thoughts on “Rumah sewa Kelantan RM100 part 2”

  1. Hehehe ayat last sekali .. jgn bitter sgt tu kelakar.. tapi best cite ni.. tulah kdg2 terfikir rumah2 org tetiba terbakar.. tetiba jadi gila seseorg tu .. bermacam jenis musibah tu klau bukan ujian mgkin kifarah apa yg dia pernah buat kot. Contoh mcm santau ke , syirik dan sbgainya..

    Reply
  2. wslm…mula2 tu xingat teroks tp bila sebut pasal typo tu terus segar diingatan till now xleh move on. Xsabar nak tunggu citer ni dibuat filem diberi tajuk ‘saka cik pah the movie’ dan ditayangkan dipawagam2 yang berhampiran seluruh negeri. Pape pun citer best dan suatu pengalaman yg xbole dijual beli waima di kedai 7e sekali pun. ok la akhir kata teruskan berkarya walau sebitter mana pun komen2 yg mencerlung ke arah ko kerna ini sume sebagai pemangkin memberanakkan karya yg best gitu untuk ko jugak dan bukannya tuk cik pah sebab dia dah kaya raya hasil penternakan saka2 kat umah yg disewakan dengan harga hok aloh lah wehhh limo puloh ya jahh pah lagu mano nok kayo pesen ni jadi kucha lana abih serabuk peruk pung ado pah tu mapuh kerah la wehhh bilo nok kayo lagu ni meme dok beyeh la weh gu kito. sekian.

    Reply
  3. Cerita betol ke? Senang2 je sembelih org..da tu senang2 je cik pah tu mnta maaf n cerita segalanye kat korang. Xtakut ke korang report polis ke ape.. Xtakut ke tali gantung ke?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.