Rumah Sewa Pelajar

Assalamualaikum,hai pembaca FS. Rasanya kisah aku ni pernah dihantar ke page mana entah di instagram. Kali ni aku post di sini, harap semua terhibur walaupun mungkin tak seram bagi yang lain.

Aku study di sebuah universiti awam. Kisah ni 4 tahun lepas. Pada semester dua, aku dan beberapa orang rakan menyewa di luar. Akhirnya kami mendapat sebuah bilik master (4 orang). Dalam rumah itu ada tiga bilik. Bilik kedua dan ketiga juga dihuni oleh pelajar universiti. Maknanya,kami semua student di rumah sewa itu.

First time masuk ke rumah itu, aku memang happy sebab lawa walaupun di tingkat 4 iaitu paling atas(rumah tu ialah rumah kedai). Cat warna purple, ada semua kelengkapan, wifi pun laju.

Bulan pertama dan kedua tu everything okay. Tapi aku dah start kena tindih,cuma aku tak ambil kisah sangat sebab dah selalu kena. Tapi masuk bulan ketiga, after cuti(tak ingat cuti apa),gangguan dah mula. Start dari gangguan kecil,sampailah gangguan psiko.

Okay aku mula dari gangguan kecil. Kawan bilik aku Mei(bukan nama sebenar)tengah sikat rambut depan cermin dalam bilik. Pintu bilik terbuka dan dia membelakangi pintu bilik. Kiranya kalau dia pandang cermin, dia nampak pintu di belakang. Time tu cuma ada Mei dan Ayu(budak bilik tengah). Yang lain tak ada di rumah. So Mei sikat rambut macam biasa. Time dia sikat rambut tu,dia nampak kelibat melintas di depan bilik. Laju. Mei fikir Ayu, lalu Mei pun keluar dari bilik.
“Ayu, ada minyak ram..” belum habis dia cakap, dia terdiam. Sebab? Tak ada sesiapa pun di luar bilik. Mei ke bilik Ayu dan bertanya samada tadi Ayu keluar dari bilik atau tak tetapi Ayu jawab tak, dia hanya tidur dari tadi. Disebabkan rasa takut, dia terus siap dan keluar.

Kejadian lain ialah, lauk yang baru dimasak akan cepat basi. Tak sampai petang dah basi. Bukan letak santan. Bayangkan air sirap dalam jug boleh berulat. Maaf kalau ada yang biasa tengok tapi bagi aku, aku tak pernah tengok air sirap berulat. Dan, ada satu kejadian tu memang agak scary. Budak-budak bilik tengah ni suka makan donat big apple tu. Disebabkan diorang gemar balik lewat malam, so kadang-kadang tak sempat makan diorang letak atas meja di ruang tamu. Diorang beli yang 3 biji satu kotak tu.

Keesokannya ada dua biji je. Tapi time tu tak fikir seram ke apa sebab mesti diorang fikir ada kawan yang dah telan kan.huhu. Tapi satu malam, diorang berdua iaitu Ayu dan Ira (bilik tengah ada dua orang je) tengah makan donat sebab boleh dikatakan kerap diorang beli donat mahal tu. Time tu dah lebih dua belas malam. Keesokannya, Ayu bertanya mana donat dia.
“eh kan kita dah makan sama-sama malam tadi?” ira membalas pelik.
“makan sama-sama?malam tadi aku terus tidur sampai pagi. Sumpah aku takde makan.” bersungguh Ayu menjawab.
Namun Ira tak ambil pusing. Mungkin Ayu mamai time bangun makan donat tu. Tapi, kejadian last mengenai donat memang menyeramkan Ira. Haha maaf semua kalau semua kejadian mengenai donat. Dah bebudak ni suka benar beli donat sampai hantu pun suka donat mahal tu.

Okay, berbalik pada cerita Ira. Diorang macam biasa, balik pukul 1 pagi ke atas. Masa lepak di katil masing-masing, Ayu keluar bilik bawa tuala. Mungkin nak mandi, fikir Ira. So Ira pun decide nak lepak ruang tamu sambil makan donat yang diorang beli tadi. Then dia nampak Ayu tengah makan donat tu. So dia pun join la sekali sambil borak-borak. Kemudian Ayu bangun masuk bilik, nak ambil phone katanya. Dan….tiba-tiba Ira nampak Ayu berjalan sambil berkemban tuala dari arah dapur menuju ke bilik (bilik air belakang dapur). Time tu takde husnuzon dah. Memang Ira menggigil sebab siapa makan donat dengan dia tadi.

Okay, dah habis kisah mengenai donat. Fuh, maaf kalau berterabur tapi aku sedaya upaya buat bagi teratur. Makhluk ni suka menyerupai orang dalam rumah tu. Pernah housemate ternampak kelibat aku sedangkan aku di kampung dan bila ditegur, aku diam. Kadang-kadang sebelum ke class dah cabut plug kipas angin, bila balik class kipas terpasang, lampu menyala. Padahal pintu bilik dikunci, mustahil budak-budak lain masuk. Ada satu malam tu mesin basuh di belakang dapur berbunyi macam sedang putar pakaian. Bila pergi tengok, sunyi sepi. Tak ada pun mesin berbunyi. Time tu kitorang assume, rumah tu memang something wrong la. Owner rumah kitorang pun aneh. Korang bayangkan, dia pakai kebaya macam saloma, berkain batik dan bawa payung macam payung nyonya tu. Ini KL, bukan kampung. Gaya dia macam tahun 80-an pulak. Dia tak banyak cakap. Dia suka datang check dapur je.

Macam-macam kejadian mula berlaku. Bayangkan telur dalam peti tu boleh bersepah di kabinet dapur, kuning telur tu menitik di lantai. Bertompok. Kalau ada yang guna, takkan bersepah macam tu dan kuning telur tu menitik macam telur tu disedut sesuatu. Makanan kitorang selalu berubah tempat, hatta sebotol kicap sekalipun. Maybe makhluk tu addicted dengan kicap kipas udang. Kicap akan tertumpah, telur akan habis dikerjakan sesuatu yang kami tak nampak. Dan, periuk nasi pernah berada di dalam toilet. Mula-mula ingat pencuri ke kan, tapi takkan pencuri nak jahanamkan barang kitorang semua.

Kejadian aneh berterusan sehingga exam bermula. Habis je exam,kitorang mula berkemas apa yang patut before balik kampung. Kertas-kertas dan botol kosong dibungkus dalam plastik hitam dan dibuang ke dalam tong bandaran bawah rumah. Lepas tu masing-masing keluar la dari rumah sebab nak naik bas balik kampung masing-masing. You guess what? Tak lama lepas tu, plastik hitam tu ada di ruang tamu semula!  Ye memang tak boleh brain tapi ini yang berlaku. Kertas-kertas bersepah, ada yang terselit celah sofa, bawah meja makan bagai. Tapi plastik hitam tu still berbungkus kemas. Macam mana kitorang tahu? Sebab budak bilik lain merupakan student universiti swasta. So cuti tak sama. Means, diorang belum balik. Ada yang marah dan tuduh kitorang tinggal rumah tanpa kemas dan biar bersepah. Kitorang pun time tu angin jugalah sebab bukan setakat kemas, siap mop dan cuci kipas siling kat ruang tamu tu lagi. Tapi bila budak bilik lain tunjuk bukti, kitorang jadi speechless. Rasa macam tak percaya. Terpaksa diorang tolong kemaskan semula dan diorang tanya apa dalam bungkusan tu sebab keluar air hitam yang busuk dan berat. Masing-masing takut nak buka bungkusan plastik hitam tu. Setahu aku, kitorang just isi kertas dan botol kosong. Entah apa yang berat.
Masuk semester baru, kitorang tabahkan hati sebab rumah tu cantik dan yang bestnya Wifi laju bakhang. Huhu itu yang kitorang mahu. Bila gangguan dah mula kerap, ada keluarga housemate ni datang buat bacaan yasin. Ye salah kitorang sebab langsung tak baca yasin masa mula masuk rumah baru ni. Bila baca je yasin, dengar suara bercakap-cakap dari dalam bilik, terutama bilik aku! Dengar orang ketawa, berborak, barang jatuh. Lepas tu ibubapa housemate tu call owner dan desak owner untuk cakap betul-betul kenapa rumah tu macam berpuaka. Akhirnya owner tu terus terang yang kitorang merupakan penyewa pertama di rumah itu. Bayangkan rumah tu dah bertahun-tahun dibina. Entah dah berbelas tahun sebab makcik aku dulu pun tinggal area sini masa study. Tak hairanlah kalau ada yang menghuni sebelum kitorang kan.
Dan, last sekali pasal jiran sebelah kitorang. Setiap malam kitorang akan dengar kerusi meja ditolak, kayu di gergaji dan lesung batu ditumbuk. Sebenarnya dari awal duduk rumah tu kitorang dah dengar tapi masing-masing fikir positif.
“jiran kita tu mesti budak Ukur bahan kan..tak pun kerja jual nasi lemak. Ketung ketang, ketung ketang tiap-tiap malam.” lebih kurang macam tu la conversation sesama kitorang.
Tapi, one day kitorang dapat tahu yang rumah jiran kitorang tu dah bertahun kosong. Memang kitorang pun takde yang pernah terserempak dengan jiran sebelah rumah ni. So siapa yang ketung ketang setiap malam tu? Huhu.
So setakat ni je la aku story ya. Actually banyak lagi kisah yang berlaku di rumah tu tapi nanti korang maki aku pulak sebab panjang sangat. Maaf kalau ada terkasar bahasa atau tak seram. Aku story apa yang termampu.

Harum Kasturi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

7 thoughts on “Rumah Sewa Pelajar”

  1. Kalau tumbuk lesung, orang bertukang, baby lari, jarum jatuh, bunyi benda bergolek, gergaji, bunyi air – rasanya macam dah biasa sangat. Boleh cakap semua apt/kondo/flat pun memang dah jadi benda biasa sampai most people lali.

    Reply
  2. orang kata kalau dengar guli jatuh tumbuk lesung gergaji apa semua tu , tu sebenarnya dalam rumah kita . cuma kite dengar macam rumah atas or rumah sebelah .

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.