Rumah Sewaku Berpuaka 2

Rumah Sewaku Berpuaka 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca FS. Nama aku Suri. Sebelum ni aku pernah berkongsi kisah Rumah Sewaku Berpuaka.
Oleh kerana aku ada sedikit kelapangan masa, jadi aku ingin kongsikan sedikit lagi kisah yang berlaku sepanjang aku tinggal di rumah sewa tersebut.
Aku minta maaf awal-awal jika ada kekurangan dalam penulisan aku. Aku insan serba kekurangan yang masih lagi belajar…

Mohon maaf sekali lagi, untuk kisah kali ini tidak berapa panjang. Apa-apa pun tanpa membuang masa..kita teruskan dengan kisah-kisah yang aku alami..

Gangguan di dapur.

Suatu hari ketika aku bersama mak di dapur. Sedang kami sibuk buat kerja dapur, tiba-tiba kami dengar bunyi kain yang terbang. Bunyinya sangat jelas seperti sebelah tingkap. Aku dan mak berpandangan antara kami . Lepas tu, kami sambung buat kerja macam biasa. Malas nak layankan sangat. Mungkin dia hanya nak tukar port lepak. 

Pemergian insan tersayang.

Aku pernah beritahu di kisah sebelum ini, aku ada seorang adik OKU. Kami panggil dia Angah. Lepas 2 hari mak aku habis berpantang adik bongsuku, Angah pergi meninggalkan kami. Al Fatihah. Asbab sakit dalam kepala. Hancur luluh hati kami semua masa tu. Semua berlaku terlalu cepat. Masa tu umur aku 17 tahun. Aku pernah berhasrat bila dah kerja, aku nak buat tandas khas untuk Angah. Kerap aku berangan pasal ni. Tapi perancangan kita tak mampu mengatasi ketentuan Allah. Aku redha walaupun berat.

Berbalik pada kisah. Mak ayah ambil keputusan agar pengebumian dilakukan di kampung ayahku. Hari dah malam, jenazah adikku masih dipembaringan. Hanya menunggu masa untuk disemadikan. Aku menangis sampai bengkak mata.
Tiba-tiba aku rasa ingin melepaskan hajat kecil. Aku pun berlalu pergi ke tandas sendirian. Rumah nenek aku ni tandasnya di dalam rumah tetapi dindingnya tak sempurna. Ada lubang besar yang membolehkan aku nampak hingga ke kebun belakang rumah. Selesai melepaskan hajat, aku pun ingin beransur. Tapi mata aku seakan terpaku melihat ke arah sebatang pohon pisang di kebun tu.

Aku rasa seperti ada sesuatu yang memerhati. Puasku amati. Benarlah jangkaanku, disebalik pohon pisang tu ada kepala berwajah hodoh menyeringai memandang ke arah aku. Matanya terbeliak. Yang buat aku lebih terkejut, wajahnya persis arwah adikku tapi versi hodoh, buruk dan menakutkan. Dasar syaitan. Makin ditenung, semakin galak dia cuba mendekati. Aku bergegas keluar dari tandas dan berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Aku kembali duduk di sisi arwah adikku. Aku tak takut ke? Masa tu sedih mengatasi perasaan takut. Aku rasa masa aku bersama Angah semakin suntuk.

Selepas pemergian Angah, rumah kami seakan hilang seri. Paling sedih bila aku lihat mak. Aku pernah dengar dia meraung dalam bilik. Akhirnya, mak ayah aku buat keputusan untuk berpindah ke tempat lain. Rumah baru ni ada juga sedikit gangguan. Lain kali aku ceritakan, InshaAllah.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku yang tak seberapa. Apapun jangan mudah terpedaya dengan tipu daya syaitan.

Wassalam.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Suri

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.