Rumah Teres Berkembar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih admin kerana menyiarkan kisah saya. Sebelum ni saya ada hantar pengalaman saya pasal ‘loceng’. Ada yang tanya tak pergi buat rawatan ke. Saya tak buat rawatan, sebab keluarga tak percaya hal mistik. Kalau nak tahu, apartment yang saya maksudkan tu, adalah apartment di Alor Gajah, di dalam tempat perlancongan A-Famosa. Tempat tu memang terkenal dengan kekerasannya, saya yakin ada orang lain lagi yang mengalami pengalaman yang lebih menyeramkan di situ.

Kali ni aku nak cerita pasal rumah aku dan pengalaman pertama aku ditindih. Dulu aku selalu kena tindih, tapi sekarang dah tak lagi. Aku pasti ramai yang pernah mengalami pengalaman ditindih. Orang yang pernah ditindih je yang akan faham macam mana peritnya.

Rumah aku rumah teres berkembar lot tepi, abah beli rumah tu masa kami kecil-kecil. Rumah ni ada 3 bilik. Aku ada 8 beradik, dan aku anak ke 7. Kami membesar di rumah tu, sampai lah aku nak masuk darjah 2, kami sekeluarga berpindah ke negeri lain. Dan rumah ini disewakan kepada orang lain. Setelah beberapa bulan di negeri orang, kami berpindah semula ke tempat asal. Kami tak berpindah masuk rumah teres tu, tapi kami duduk kuaters. Oh lupa nak cakap, abah aku bekerja kerajaan, sekarang dah pencen dah.

Setelah kak Z aku habis belajar, dia bekerja sementara berdekatan dengan rumah teres tu, jadi dia buat keputusan untuk berpindah masuk rumah tu. Berpindahlah dia seorang.

Masa dia seorang-seorang di rumah tu, berlakulah beberapa kejadian mistik. Kakak aku ni rambut dia panjang. Kejadian 1, Satu hari tu dia tidur di sofa ruang tamu, sambil melepaskan rambut dia ke bawah. Tak semena-mena rambut dia direntap. Masa ni dia positif lagi, dia alihkan rambut dia, tapi lagi sekali rambut dia di rentap. Kejadian 2, sedang enak kakak aku tidur, dalam pukul 5 pagi, tiba-tiba ada yang bisik ke telinga kakak aku “bangunnnn”. Dia terkejut, terus dia terjaga.

Setelah beberapa tahun, kami sekeluarga berpindah semula ke rumah tu. Masa ni aku tingkatan 2. Pada mulanya segalanya baik-baik saja. Satu malam ni aku dan kak D tidur di ruang tamu. Aku tidur di sofa bertentangan dengan sofa yang kak D tidur. Sedang enak kami tidur, dalam pukul 4 pagi, tiba-tiba kak D menjerit-jerit dan menangis. Kami sekeluarga apa lagi, terkejut beruk la time tu. Aku terus berdiri atas sofa, aku sangkakan ada ular masuk rumah. Masa tu, kak D merangkak sambil seret kaki dia sebelah. Semua orang dah bangun, tanya dia kenapa. Tapi dia tetap begitu. Datang abah aku, abah terus tarik dia masuk bilik. Kak D pegang-pegang kaki yang dia seret tadi. Dia cakap dia rasa kaki dia macam ada satu lagi. Melekat dekat kaki yang dia seret tu, dia kata dia dah sedar masa tu, bukan mimpi.

Kami beranggapan dia mimpi, jadi kami pun tidur lah semula. Tapi kali ni kak D tidur di sofa aku tidur, dan aku tidur di sofa kak D tidur tadi. Aku tak terus tidur, aku on lampu, aku buat kerja kursus.

Setelah selesai urusan aku, aku pun baring nak tidur. Tak sampai 5minit aku tidur, aku di tindih. Pengalaman pertama aku. Aku panik. Badan terasa berat, sesak nafas, mata tak boleh buka, aku menjerit tak siapa yang dengar, aku tak boleh bergerak. Setelah beberapa minit, aku berjaya lepaskan diri. Aku terus tak tidur lepas tu, sampai la waktu nak pergi sekolah. Aku tak cerita kat siapa-siapa, aku anggap mungkin perasaan aku atau aku bermimpi.

Aku banyak kali kena tidih selepas tu. Aku tak boleh tidur mana-mana bilik. Setiap kali aku tidur bilik, aku selalu di tindih. Jadi kebiasaannya aku hanya tidur di ruang tamu. Antara pengalaman aku kene tindih yang paling teruk, masa aku tidur di bilik kak A. Aku tidur atas katil double, bahagian atas. Buka lampu. Sedang enak tidur, tiba-tiba bulu roma aku naik, terasa tangan bagai di pegang, dan sekali lagi di tindih. Dalam separuh sedar tu, aku nampak bayang-bayang ‘benda’ yang terbang. Kita kalau tidur dalam cahaya terang dan walaupun mata tertutup, mesti akan nampak bayang-bayang kalau ada yang libas-libas depan mata kita kan. Ha, macam ni la aku rasa. Setelah bergelut, berjaya terlepas.

Pengalaman tidur di bilik abg A pula. Waktu tu siang, masa ni aku seorang-seorang dalam bilik. Aku tidur, sambil aku tutup muka aku dengan kusyen. Sedang enak tidur, tiba-tiba kusyen yang aku buat tutup muka tu terasa berat. Aku di tindih, masa ni aku betul-betul dah tak boleh bernafas. Aku fikir aku dah macam nak putus nyawa je masa tu. Aku bergelut, aku baca ulang-ulang ayat kursi dalam hati. Akhirnya aku berjaya lepas kan diri.

Kene tindih yang paling seram setakat ni, masa aku tidur di ruang tamu. Masa ni aku seorang- seorang kat rumah. Semua orang ada urusan di luar. Aku tidur waktu petang, aku tak ingat pukul berapa. Masa aku sedap tidur, tiba- tiba aku di tindih lagi. Tapi kali ni ‘dia’ bisik-bisik di telinga aku. Sangat bising. Aku tak paham apa yang di tuturkan. Dengar macam mantra pun ada. Sesekali aku rasa macam aku dah lemah sangat-sangat. Aku takut aku tewas dan kena rasuk. Aku sedaya upaya lawan dengan membaca ayat kursi berulang kali dalam hati, aku tak tahu la aku baca tunggang terbalik ke apa. seboleh-bolehnya aku tak nak dengar apa yang ‘dia’ bisik. Ini pengalaman paling lama aku kene tindih.

Selalunya bila kena tindih, aku akan bergelut dengan membaca ayat kursi berulang kali. Setelah aku berjaya lepaskan diri, kalau aku nak sambung tidur, aku akan alih tempat tidur, sebelum tidur, aku ludah ke kiri 3kali sambil baca “Auzubillah Minashaitan Nirajeem”. Aip! bukan ludah betul-betul, simbolik je. tuih.. tuih.. tuih.. haaa,
macam tu. Ok lah sampai sini saja aku cerita. Kalau aku rajin, aku cerita lagi pasal rumah teres ni.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Fa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

20 thoughts on “Rumah Teres Berkembar”

  1. lom baca pendek sgt cerite nye ni…admin lagi cerite cepat post aku dh ketagihan cerite lagi ni.. semua cerite dh khatam.. ayuh cepat post

    Reply
  2. sama lh abg kalau masuk rumah baru atau tdo tmpt yg baru salam perkenalan mesti kena tindis …tpi xsemua rumah lh ade yg tentu aje abg comfir!m kena tindis… tpi abg xpanik dan dh lali dan biase kekadang abg biarkn sahaja nk tgok bape kuat energi dia nk tindih abg ketika tu… sebut kata dh lali lh. . pernah abg bengang sgt terus bangun bersilat cabar dia dtg depan jgn ketika kite lali nk tdo baru mai… saat tu abg dh mula rase saka dlm diri merasuk jiwa .. huh .. panas baran xpernah hilang

    Reply
  3. Kenapa bnde2 ni suka nau tindih2 org?btw,story best,nak taw jgk psl kakak y seret kaki tu..apa y dia mmpi/nmpak sblm tu?

    Reply
  4. Pelik jugak..napa biarkan diri asyik ditindih? Usahakan la sesuatu..ngaji sebelum tido ke..pasang rukyah sampai pagi ke…

    Reply
  5. Cuba kalau tido, jangan tido telentang. try tido mengereng plk. Dulu aku pernah jgk kena,. siang2 buta pun pernah. Tapi, alhamdulillah, skrg dah tak. harap2 jangan lah. mintak dijauhkan. Kerapankan membaca ayat kursi dan 3qul. Insha’Allah, semoga diri kita semua terpelihara

    Reply
  6. Tak kiralah tindih ke tindis ke sama je dedua tu klau kat semenanjung tindih klau kat sabah plak
    tindis , tiada apa yg typo dari sudut penggunaan bahasa awak WanPoloLoko , saya faham kedua duanya.

    Reply
  7. Serabut and hambar sikit sebab awak campurkan bahasa formal and informal.So, payah nak hadam. Anyways , keep it up.💕As muslim,kena jugak percaya yang dunia ghaib ni wujud. 👌

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.