Saka Ibarat Isi dengan Kuku

Assalam dan salam satu Malaysia. bertemu lagi bersama Ato. Kali ini Ato akan membawakan tentang kisah Saka Sorang kawan. Sebelum tu, terima kasih kepada FS sudi berkongsi kisah dari Ato.

Sumi bukan nama sebenar. Dia seorang gadis dusun yang comel dan cantik. Sumi ada 5 orang adik beradik. Sumi adalah anak yang sulung. sumi gadis Dusun Kiulu-Tamparuli. Kiulu merupakan satu Mukim yang agak terpencil dan terletak di daerah Tamparuli. Walaupun terpencil tapi di kawasan inilah aktivi berkayak popular di daerah sabah. Status sungainya yang di kelaskan sebagai gred 1 dan 2 menyebabkan ianya sangat sesuai untuk aktiviti berkayak. Pasti ada yang pernah mendengar mahupun pernah pergi sendiri ke kiulu Tamparuli. Tamparuli terkenal dengan Sejarah “Jambatan Tamparuli”.

Bagaimana dan darimana Sumi mendapat saka.? Sumi antara cucu yang sangat rajin menemani neneknya di rumah. Lagipun jarak dari rumah mereka ke rumah neneknya tidaklah jauh sangat. Nenek Sumi banyak menyimpan benda-benda yang pelik. Biasalah kan orang-orang tua zaman dulu memang suka kepada benda-benda Mistik dengan alasan-alasan tersendiri. Salah satu alasannya adalah untuk menjaga kebun dan sawah padi.

Pada satu hari, sepupu kepada Sumi mengajaknya membuka satu bungkusan yang ada di rumah neneknya. Mulanya Sumi tidak mahu. Tetapi setelah dipujuk-pujuk, akhirnya Sumi bersetuju. Apa yang ada dalam bungkusan tu. Dalam bungkusan tu ada satu botol kecil nipis yang berisi cecair tidak pasti apa. Bukan hanya membuka bungkusan tersebut tapi aktiviti mereka meluas sehingga banyak barang2 nenek mereka yang pelik-pelik dijumpai. Tanpa di duga, botol kecil tadi terjatuh dan pecah. Untuk mengelakkan nenek mereka tidak tahu, maka mereka pun membungkus semula dan meletakkannya di tempat asal.

Oleh kerana Sumi merasa bersalah dengan apa yang berlaku, maka dia pun beritahu nenek bahawa botol kecil dalam bungkusan telah pecah. Nenek sumi hanya senyum mendengar penjelasan Sumi namun sempat menasihati Sumi agar tidak lagi mengacau barang-barang dalam simpanannya. Sejak dari hari tu, Sumi mulai mendapat gangguan-gangguan kecil dan susah untuk tidur malam sehingga dia dewasa. Sumi perasan perubahan dirinya dan mula meluahkan pada neneknya. Ibu bapa Sumi tidak menyedariakan perubahan pada Sumi. Di sinilah bermulanya Sumi didampingi Saka neneknya.

Setelah dewasa, Sumi berhijrah ke Pekan Tuaran untuk mencari pekerjaan. Sumi beberapa kali bertukar tempat kerja. Dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja kerana gangguan-gangguan yang dia alami. Fikiran Sumi selalu melayang. Khayalannya tersangatlah panjang dan hanya akan tersedar bila ada orang yang menyapanya. Sumi mendapat Jodoh semasa kerja d pekan Tamparuli. Bakal suami dia sangat ambil berat keadaan Sumi sehinggalah mereka berkahwin.

Selepas berkahwin, Sumi tinggal bersama suami di Rumah tempat kerja suaminya. dia menjadi surirumah sepenuh masa. Dalam masa yang sama, Sumi terus tanpa henti mendapat gangguan. Kali ini Sumi diganggu dengan bisikan-bisikan halus. Bila dia melawan bisikan-bisikan tersebut, dia akan jadi lemah dan jatuh sakit. tapi kalau dia membenarkan apa yang dibisikkan, dia sihat seperti biasa. Sebenarnya SWumi dan suami telah banyak kali pergi berubat dengan pelbagai cara. Jumpa bomoh, perubatan cara gereja danperubatan cara Islam semua mereka telah pergi. Untuk pengetahuan pembaca semua, Sumi adalah Bangsa Dusun dan beragama Kristian SDA. 2 orang adik lelakinya pula beragama Islam. Agak banyak juga duit yang keluar dibelanjakan semasa dia berubat.

Pada satu malam, Sumi duduk-duduk sanatai di luar rumah ibu bapanya di kampung. Sedang dia duduk bersantai sorang diri tu, tiba2 ada satu makhluk lalu depan Sumi dan menyapa Sumi. Sumi menyahut sapaan tersebut dan bertanya kepada makhluk tersebut hendak ke mana. Kononnya makhluk tu hendak melawat Sumi. Ibu bapa Sumi kehairanan bila melihat Sumi bercakap sorang-sorang. Mereka pun menghampiri sumi dan bertanya dengan siapa Sumi bercakap. Sumi tersedar dan menapikan apa yang berlaku. Ibu bapa Sumi memahami keadaan Sumi dan tidak terus mendesak mengetahui apa yang berlaku.

Keesokan harinya, Bapa Sumi memanggilnya dan memberitahu akan membawa Sumi berubat dengan sorang Pastor yang dianggap mahir menghalau benda-benda ghaib. Masa ini Sumi berehat di kampung atas permintaan suaminya namun suaminya akan melawatnya 3-4 kali setiap minggu. Semasa berubat, Sumi telah kerasukan. Dengan kemahiran yang ada pada pastor, akhirnya Sumi berjaya dipulihkan. Menurut pengubat, Sumi di suruh membakar satu benda yang dia dapat dari sepupunya. Benda tu berupa cecair yang digunakan untuk penyeri muka dan pelaris jualan. Mungkin benda tu aada penunggunya.

Selepas berubat, Sumi berasa sihat. Namun ianya tidak lama. Sumi kembali mendapat gangguan-gangguan bisikan yang semakin menjadi-jadi. Sumi disuruh membuat macam-macam perkara. Kekadang bisikan-bisikan tu menghasut Sumi membenci orang. Akibatnya Sumi tidak menyenangi beberapa orang di kampungnya. Sumi kemudiaannya kembali tinggal bersama suami. Namun perasaan benci akhirnya jatuh kepada suami Sumi pulak. Sumi dikurniakan 3 orang cahaya mata sorang lelaki dan 2 perempuan. Namun rasa benci terhadap suami dapat Sumi kawal. Usaha dan terus usaha untuk berubat tidak putus. Sumi hanya akan sihat sementara saja. Selama dalam perubtan, tiada satu perawat pun yang menyedari akan Saka yang Sumi dapat.

Pada satu hari, adik sumi no.3 telah mencadangkan Sumi agar berubat dengan satu orang Ustaz yang merupakan perawat sepenuh masa. Adik Sumi mengetahui perawat tersebut melalui kawannya yang selalu lepak di kedainya. Pagi tu pagi Sabtu. Sumi dan adiknya serta kawan adik sumi bergerak ke lokasi yang dicadangkan. Setelah sampai ke tempat dan lokasi yang di tuju. mereka parking betul-betul rumah perawat. Perawat ni tinggal di kawasan perumahan teres. Dari dalam kereta lagi sudah kedengaran alunan-alunan ayat-ayat suci al=Quran. Ketika mereka sampai, di dalam ada satu pesakit yang sedang di rawat.

Setelah tiba giliran sumi, dia di arahkan duduk membelakang Ustaz tersebut. Dalam pertengahan perawatan, Sumi tiba-tiba kerasukan. Badannya mula bergerak tidak ketentuan namun Sumi berusaha mengawalnya. Tapi akhirnya Sumi tidak dapat mengawal diri dan mula berpusing ke arah ustaz dengan mata yang membulat dan wajah yang penuh kebencian dan kemarahan. “Kau” sambil menunjuk-nunjuk ke arah muka ustaz. Ustaz terus tenang meneruskan bacaab-bacaannya. Kemudia ustaz menyuruh Adik Sumi dan kawannya untk mengawal Sumi. Muka Sumi semakin merah dan mula mendengus-dengus kesakitan. Setelah selesai, ustaz mepuk-nepuk Sumi sebanyak 3 kali untuk menyedarkan Sumi. Sumi tersedar dengan keadaan badannya yang lemah. Ustaz geleng kepala dan mula menerangkan pada sumi bahawa terlalu banyak jin dalam badan sumi terutamnya Saka yang Sumi dapat dari neneknya. Saka tersebut sudah sebati dengan sumi sebab Sumi mendapatnya sejak dari kecil lagi sehingga sekarang. Sumi telah dinasihatkan agar menjauhi 3 jenis makanan iaitu, daging, telur dan pisang. 3 Jeni makanan ni adalah makanan utama saka.

Kali ke dua Sumi berubat adalah bersama aku sendiri dan adiknya. Semasa dalam perjalanan, Sumi telah mencerita semua yang di atas. termasuklah tentang perceraian dia dengan suaminya. Rupanya Sumi telah lama bercerai semasa anak ke-3 mereka masih kecil. Punca perceraian aku tidak berapa pasti kerana aku masa tu sedang tumpukan pada pemanduan yang sedang jem. Namun punca utama adalah kehadiran orang ke-3. Tempat berubat ni memang aku tahu dari abang aku sendiri yang pernh berubat membuang saka keluarga kami.

Tiba giliran Sumi untuk berubat. Aku berada di sebelah kiri dan adiknya di sebalah kanan. Kami terpaksa kawal risau semasa dia kerasukan dia membuat perkara-perkara yang tidak diingini. Memang benar jangkaan kami. Sumi mula angguk-angguk kepala dan badan dia bergerak seperti ditolak sesuatu. Kami mula memegang Sumi dan ustaz teruskan bacaan tanpa menghiraukan apa yang berlaku pada Sumi. Mungkin Ustaz tidak mahu terganggu dgn kelakuan Sumi semasa dalam perawatan. Tenaga Sumi memang ternyata kuat dari yang aku sangka. Sekali sekala pegangan kami terlepas bila Sumi menggalihkan tangan kami. Mujur kerasukan yang Sumi alami hanya begitu-begitu sahaja sehingga rawatan tamat.

Sebelum kami balik, ada 3 perkara yang Ustaz pesan, .

  1. Elakkan makan 3 jenis makanan seperti yang telah aku nyatakan di atas.
  2. Elakkan masuk hutan semasa dalam perawatan sebb ianya akan membuatkan keadaan Sumi bertambah teruk. Sumi ni memang rajin menjaga kebun yang terletak jauh dari kampung. Kebun tu cantik dan sesuai tempat berehat dengan kedudukan sungai betul2 di tepi pondok Sumi tinggal. Kalau Sumi org kaya, pasti tempat tu dia dah buka jadi tempat pelancongan. Tempat yang santa sesuai untuk rehatkan minda bersama keluartga.
  3. Sumi dinasihatkan agar rajin-rajin datang berubat. Ustaz sarankan sebanyak 21 kali. Menurut ustaz, membuang saka tidak seperti membuang jin-jin lain yang mengacau sama ada ianya hantaran manusia atau sebaliknya. Membuang saka perlu ketelitian untuk mengelakkan Sumi dari disakiti oleh saka. SAKA SUMI TELAH SEBATI DENGAN SUMI IBARAT ISI DENGAN KUKU>

Semasa dalam perjalanan balik, sumi memberitahu bahawa bisikan dalam badan dia melarang untuk dia kembali berubat lagi dengan Ustaz tu. kami memberi kekuatan pada sumi agar mengendahkan bisikan-bisikan tersebut dan harus rajin berubat. Tapi sumi sepertinya tidak berminat untk meneruskan perawatan kerana masalah kewangan dn kenderaan. Aku menawarkan diri untuk membawanya pada setiap hujung minggu. Dia bersetuju pada masa tu. Selepas dari rawatan kedua, Sumi tidak menghubungi aku untuk membawanya berubat. bila ku tanya adik Sumi, dia pun tidak ingin memaksa kakaknya untuk pergi berubat. Risau nanti kakak dia marah-marah dia pula.

Selepas hampir setahun tidak mendengar khabar Sumi, Aku terserempak dengan Sumi semasa Tamu mingguan di Pekan Tamparuli sabah awal bulan Disember tahun ni . Dia mengajak aku duduk minum. Rupanya dia sudah lama mencari aku. dia ingin berubat semula kerana tidak tahan dengan gangguan-gangguan yang dia alami semakin kuat. Gangguan-gangguan tersebut telah menyebabkan dia membenci adik iparnya sendiri. Gangguan bisikan tu menyatakan bhawa adik iparnya lah yang menyebabkan dia sakit. Namun aku mengagumi semangat Sumi kerana berusaha menidakkan bisiskan-biskan tersebut. Aku bagi kata-kata semangat agar terus kuat dan bersemnagat. aku cadangkan dia agar mengelakkan diri dari berseorangan kerana bisiskan-bisikan akan datang ketika dia duduk sorang diri.

Sebelum balik, kami telah menetapkan hari untuk pergi berubat. Sehingga kini, Sumi telah menjalani rawatan bersama saya dan ditemani adiknya sebanyak 6 kali. Itupu kekadang saya paksa dia untuk datang berubat. Setiap kali habis rwatan, Sumi akan diganggu bisikan dan memujuknya untuik tidak berubat. Kekadang bisikan tersebut mengugut Sumi. BIsikan tu akan mengugut m******h anak Sumi sekiranya dia terus berubat. Hal ini yang kadang-kadang membuatkan Sumi tidak mahu meneruskan perwatan. Tapi aku dan adik Sumi selalu memberi dia kekutan. Sebanyak dua kali Sumi tiba-tiba wasap saya untuk bawa dia pergi berubat setelah hari yang dijanjikan dia tidak ingin pergi. Rupanya dia selalu berperang dengan diri. antara kemahuan dia berubat dan keengganan bisikan-bisikan tersebut.

kalau kita lihat pada keadaan Sumi, kita pasti dah tahu dia memang dalam keadaan kebingungan. Menurut Sumi, dia buat kerja pun kadang-kadang asyik tertangguh. kerja sehari menjadi kerja berminggu. Kini, cuti aku dah semakin hampir ke penghujungnya. Sumi pula mula dengan alasan-alasannya penat pergi datang berubat. dia lelah kerana terlalu lama untuk dipulihkan. Namun aku tetap memberi dia semangat. Aku tawarkan diri untuk menghantarnya setiap hujung minggu pada hari Sabtu. Aku selalu memintanya untuk terus kuat melawan keenganan bisikan-bisikan tu untuk berubat. Akhirnya sumi bersetuju untuk berubat sekali setiap hujung minggu.

Hanya satu harapan aku semoga Sumi dapat dipulihkan dan Sakanya dapat di halau dalam dirinya. Baru-baru ni, Sumi meminta pendapat sama ada boleh mendengar ayat-ayat Ruqyah dan Yaasin. Sebelum ni dia selalu tenangkan dirinya dengan bacaan-bacan ayat-ayat Ruqyah dan kekadang Yaasin walaupun Sumi bukan sorang Muslim. Aku mengiyakan apa yang dia katakan dan meminta dia supaya download ayat-ayat tersebut dan didengar ketika dia mendapat gangguan. Untuk makluman, sekarang Sumi dah berumur 52 tahun dan tinggal bersama ibunya di kampung.

Sekian untuk kisah kali ini. Kisah dari kawan yang memerlukan kesembuhan. Semoga berjumpa lagi di lain kisah.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

1 thought on “Saka Ibarat Isi dengan Kuku”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.