SAKA kembali lagi

Assalamualaikum
Buat para peminat fiksyen shasha .
Aku terus kepada point yang hendak aku sampaikan, aku Didampingi saka sebenarnya, berupa seorang nenek tua, yang tersangat uzur dan bertongkat, rambut panjang putih sepenuhnya, kadang nenek juga datang dalam berpakaian kebaya lama serta bersanggul, dan kadang dalam berbagai rupa lain juga. Aku tak pernah nampak dengan jelas, dan tak mahu pun nampak di alam nyata, dia hanya hadir di dalam mimpi.

Sebelum itu aku jelaskan dahulu, aku sebelum berkahwin, kerap mengalami ganguan, seperti penampakan kelibat, mendengar suara-suara, tapi selepas aku berubat dengan seorang lelaki tua yang dinamakan Pak Karim di Kuala Lumpur, alhamdulillah ganguan sudah tiada, aku sangat gembira, kerana aku boleh hidup dengan tenang dan selesa.

Kau tahu makna selesa yang aku maksudkan? bila kau tidak lagi diganggu dengan mimpi ngeri, atau mendengar suara-suara yang kau sendiri tidak jelas apa isinya percakapannya atau kau akan tiba-tiba benci dengan seseorang tanpa sebab yang jelas.

Aku memulakan kehidupan aku seperti biasa, bertunang, berkahwin dan mempunyai anak, sehingga la suatu hari, aku di datangi dengan tanda-tanda yang mengatakan bahawa saka itu kembali semula.

Contoh kejadian pertama, aku membuat perkhidmatan pembersihan rumah, satu hari aku melawat tapak kawasan yang hendak dibersihkan, aku datang melawat kawasan dulu, untuk memudahkan urusan seterusnya . dipendekkan cerita aku datang pada petang itu disambut oleh tukang kebun yang menjaga rumah tersebut, oleh kerana pemilik asal rumah tersebut berada di Brunei, jadi segala urusan berkaitan rumah tersebut aku berurusan dengan pak cik yang berusia agak separuh umur itu.

Aku turun bersama perkerja, masuk je dalam serta teliti keluar rumah, sedang membuat aturan kerja untuk esok berapa perkerja akan turun dan peralatan lengkap yang akan dibawa, tiba-tiba tukang kebun kepada rumah tersebut menegur, kawan seorang lagi tak turun ke? Aku diam …
Aku masih tak endah, lantas aku teruskan berfikir tentang tugasan yang aku perlu selesaikan di rumah itu. lagi sekali tukang kebun itu bersuara, mengatakan aku bukan datang berdua sahaja . Lantas dengan cepat aku membalas, kalau betul apa yang pakcik nampak, jelaskan kepada saya rupa serta apa yang mengikuti saya, tukang kebun menjelaskan dengan betul dan tepat, aku terdiam …dalam hati berkata lama sudah aku buang saka ini, mana mungkin kembali lagi, aku mengucapkan salam mengundur diri, kerana aku harus ke tempat lain untuk urusan kerja juga, kejadian yang berlaku tidak aku fikirkan, sebab aku sibuk ,dan tak mungkin lah dia kembali.

Kejadian kedua ,satu hari aku berjalan di satu kedai untuk membeli barangan runcit, aku terlihat ada seorang perkerja disitu bercakap sendiri seperti menghalau sesuatu, aku yang dah biasa mengalami kejadian mistik seperti ini langsung menegur budak lelaki tersebut, ouh adek ada kawan yer, lantas budak itu pun menjawab pantas, Akak pun ada kawan jugak ..
Lagi sekali aku terkejut dan aku minta terangkan apa yang dia nampak pada aku, semua ciri-ciri yang dia cakap amat tepat sekali.

Budak lelaki itu siap cakap….
Saka aku sangat mahukan aku dia nak jaga aku, sebab tu aku rasa benci pada ibu mertua aku, kawan baik aku sendiri serta mereka yang sangat baik dengan aku, kerana DIA tak suka .
Waktu aku mendengar aku sedih sangat, bukan sedih sebab dia mahu menjaga aku, tapi sedih sebab aku sangka selama ini aku sudah berjaya membuang dia dari hidup aku, ketahui lah wahai sahabat ku semua, apabila engkau didampingi oleh makhluk seperti ini, engkau akan mempunyai energi yang sangat negatif, cepat marah, kerap mimpi yang bukan -bukan dan akan membenci seseorang, walhal orang itu sangat baik pada engkau serta kejadian lain yang membuat emosi kau lemah .

Aku cuba mencari kembali Pak Karim untuk berubat, tapi sayangnya dia sudah meninggal dunia, dan yang aku sedih bila aku ikhtiar berubat ke tempat lain, harga yang ditawarkan agak mahal dan aku tidak mampu, aku minta semua sahabat yang membaca doakan semoga urusan aku dipermudahkan dan aku masih berikthiar , kerana baru- baru ini saka tersebut cuba memasuki tubuh badan aku, aku takut aku akan lemah dan terbawa-bawa kerana aku ada anak yang perlu dijaga serta emak yang sakit untuk diuruskan..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Yaya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 60 Average: 4.3]

2 thoughts on “SAKA kembali lagi”

  1. Cuba hubungi Cikgu Azih yg tinggal di Sungai Lui, Raub, Pahang. Perubatan Syifa.. Orang selalu panggil Cikgu Azih sbb bekas guru. Beliau pasti dpt tlg saudari. Maaf saya tiada contact number beliau. Boleh try cari di group FB Penduduk Raub. Semoga masalah saudari cepat selesai. Amin.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.