SAKA KETURUNAN

Assalamualaikum . aku nak kongsi cerita sikit jea. Tak seram tapi jangan kecam. Hahaha oke here we go. Bismillah.

Ada seorang lelaki datang berjumpa dengan atuk aku , bertanyakan tentang rumah sewa.
Lan : Assalamualaikum atuk.
Atuk : Waalaikumsalam .
Lan : Saya nak tanya lah rumah sewa atuk yang nak disewa kan , masih lagi kosong kee?
Atuk : Oh rumah sewa. Ya masih lagi kosong . kau nak sewa kee?
Lan : Ya , saya dah lama cari rumah sewa tapi tak jumpe disekitar sini , kebetulan pakcik hamid kedai runcit depan tuu mengatakan yang atuk ada rumah nak disewakan.
Atuk : Oh ya memang ada 4 buah rumah , yang 3 lagi dah penuh , tinggal yang berhadapan rumah aku nie jea laa. Boleh kee ?
Lan : Boleh sangat , boleh laa kita berborak-borak nanti .. hehehe
Atuk : Bila kau nak masuk ?
Lan : Secepat yang mungkin laa , esok boleh kee?
Atuk : Boleh.

Sementara itu , si pemuda membuat bayaran pendahuluan , dan atuk pergi mengambil kunci rumah sambil melihat keadaan rumah , keliling rumah , dan si pemuda itu pun bersetuju untuk menyewa.
Lan : Ok , terima kasih banyak-banyak yea atuk , in shaa allah saya jaga rumah ini dengan baik.
Atuk : Ya sama-sama , nanti esok kita jumpa , ada benda sedikit nak pesan.
Lan : erkk , baiklah. Saya jalan dulu ya. Assalamualaikum.
Atuk : Waalaikumsalam.

Vrommmm… bunyi deruman motor Lan berlalu pergi dari halaman rumah atuk yang luas itu. Atuk pun masuk kedalam rumah dan sambung membaca surat khabar.
Aku perhatikan jea dari jauh gelagat si pemuda itu dan atuk berbual , nenek sedang berbaring , nenek aku sakit lumpuh separuh badan tapi Alhamdulillah dia sudah bole berjalan walaupun memakai tongkat , nenek aku sangat kuat semangat , boleh memasak , basuh baju . oke aku sambung balik kisah atuk.

Setelah atuk aku habis mentelaah surat khabar , lalu dia pun bangun dan pergi kebelakang rumah , untuk memberi ayam makan , sambil dia mengkaut daun daun kering yang berguguran diatas tanah dan membakar daun-daun itu. Seronok aku melihat suasana begini dikampung , tambah lagi bila aku ngan nenek duduk didapur sambil mengupas bawang , nak memasak sambil buka pintu belakang rumah boleh melihat atuk aku mengerjakan daun daun berguguran tuu. (bukan makcik-makcik bawang yea. Heheheehehe)

Keesokkan harinyaaaa…….
Pada pukul 11.00 pagi si pemuda itu sampai dihadapan rumah sewanya yang bertentangan dengan rumah atuk . bunyi motor dan sebuah lori yang membawa barang-barang rumah dah parking dihalaman yang luas itu.

Lan : assalamualaikum atuk.
Aku : Waalaikumsalam . cari atuk kee ? atuk keluar pegi kedai sekejap . abg lan duduk laa dulu dekat kerusi luar nie , kejap lagi atuk balik.
Lan : Baiklah.

Selang beberapa minit , atuk pun sampai.

Mereka bersalaman.
Atuk : Eh Lan , dah sampai , maaflah buat kau menunggu lama.
Lan : Eh tak lama pun , baru jea sampai nie haa..
Atuk : Kamu tunggu sekejap yea , aku nak simpan barang barang nie dulu.
Lan : Okay.

Aku pun bergegas mencapai barang barang yang dihulur oleh atuk dimuka pintu. “Mak aihhh.. beratnya , atuk beli apee niee” ujar aku.
Atuk senyum dan pergi bersama abang Lan kerumah sewanya. Aku pun membuka plastic nak tengok isi dalamnya. “Ohhh , barang barang dapur yang dah habis” getus aku dalam hati.

Selang beberapa minit , pemandu lori tadi pun memunggah barang barang abang lan untuk masuk kerumah , sementara abang lan dan atuk sedang bersembang . Aku memerhati dari dalam rumah , “ape yang disembangkan tuu ntah laa , serius benar mukanya tuu”. Bercakap aku sendiri . Nenek aku macam biasa lepas siap masak , dia baring dalam bilik sementara tunggu waktu solat. Aku ? aku masih lagi budak hingusan yang tau tengok cartoon jea .. hahaaha. Aku sorang sorang jea cucu dia yang ada dirumah ketika itu , makcik aku biasa laa pergi study group dekat rumah kawan dia . aku tak dea aktiviti lain selain tolong nenek dan atuk sambil tengok cartoon.. hehehe umur aku masa nie baru darjah 6 tahun 2004 . Walaupun umur aku sekarang nak masuk 26 nie pon masih lagi layan cartoon. Hahahahahaha.

Setelah atuk selesai beri tazkirah pada abang lan , atuk pun pulang kerumah dengan muka yang serius. Atuk terus duduk dikerusi tepi pintu masuk. Aku tengok jea wajah atuk yang hensem kacak bergaya walaupun usianya mencecah 70 tahun. Atuk pandang aku sambil tersenyum. dari pintu rumah atuk boleh nampak terus ke rumah sewa yang abg lan duduk , aku melihat abg lan bertungkus lumus dengan pemandu lori tersebut mengangkat barang barang nak disusun didalam rumah.

Selang beberapa bulan abang lan duduk dirumah sewa atuk , ada satu kejadian telah berlaku. Malam tuu hujan turun lebat dan angin kencang guruh sabung menyabung , agak lama jugak hujan dari petang. Tiba tiba petir menyambar pokok disebelah rumah abang lan dan dahan patah menghempap arial TV nya lalu jatuh kebawah. Atuk yang sedang tidur diatas kerusi di hall , terus bangun dan mengamuk sambil menjerit “ aku dah kata jangan buat benda tak elok” dengan muka yang sangat marah. Aku yang hampir nak terlena diulit mimpi tuu terus terjaga btw aku tidur dengan nenek aku kat dalam bilik, tapi pintu bilik tak tutup sbb tepi pintu bilik ada kerusi panjang yang atuk aku selalu tidur, jadi bila atuk menjerit kami yang dalam bilik nie terus terjaga. Aku terus melompat dari katil terus belari pegi tengok atuk , nak tengok apa yang terjadi sebenanya. Masa aku keluar dari bilik , aku nampak atuk berada dipintu nak keluar sambil membaca ayat ayat Al- Quran sambil diperhatikan oleh makcik aku yang turut juga terkejut keluar dari bilik sebelah sejurus dia mendengar atuk menjerit.

Makcik aku perhatikan atuk dan atuk keluar tanpa menutup pintu , aku dan makcik aku berjalan menghampiri pintu dan perhatikan dari jauh sahaja. Makcik aku sudah lali dengan keadaan begini , Cuma aku terpingga – pingga masih belum tau juga ape yang terjadi sebenarnya. Kami pun menunggu dipintu memerhati gelagat atuk dan abg lan , atuk marah-marah dan abg lan menunduk sambil anggukkan kepala jea.Mata aku mulai mengantuk , menguap entah berapa juta kali dah lalu aku minta masuk tidur dulu jadi tinggal laa makcik aku sorang dekat depan pintu sambil menunggu atuk aku.

Keesokkan paginya aku bangun , belom mandi , belom sarapan terus aku belari menuju bilik makcik aku , nak sangat tau ape yang terjadi semalam. Aku ketuk pintu bilik makcik aku berkali – kali , macam nak pecah , nenek aku menjerit dari dapur “ pecah laa pintu acu kau tuu cucu oiiiiii “. Aku bergegas menuju ke dapur, “ nekkkkk , acu mane?” tanya aku. Nenek sambil mengupas ikan bilis berkata “acu kau pepagi lagi dah kuar , kejap lagi dia balik”. Patut laaa aku ketuk pintu bilik dia macam nak pecah tadi tak buka buka , tak dea orang rupanya. “sementara tunggu acu , baik aku mandi dulu” mengomel aku sendiri. Aku pergi mengambil tuala dan meluru aku kebilik mandi.
Selesai semua rutin , aku duduk depan Tv sambil menunggu acu pulang , dalam hati keinginan nak tahu tuu membuak buak . aku terdengar bunyi brek basikal “acuu balikkkkkkk”. Hati aku menjerit. Aku berlari mendapatkan acu , dan tanya soalan berulang kali .

Acu : Sabar lahh kejap , acu nak simpan basikal nie dulu , ishk kau niee kenapa nak tau sangat , kang kau tak boleh tidur jangan salahkan acu.
Aku : alaaaaaa , orang nak tau laa , kenapa atuk jerit tiba tiba semalam , takkan tak dia sebab atuk nak jerit macam tuu.
Acu : okay , cerita dia macam niee.

Moyang atuk (bapa kepada bapa atuk) berasal dari minang padang Indonesia , Moyang berhijrah ketempat orang bukan dengan tangan kosong tapi ilmu penuh didada. Moyang kesini bersama isteri dan sahabat sahabatnya untuk menetap dan bertujuan untuk berniaga. Setelah beberapa tahun menetap disini , isteri moyang telah melahirkan anak lelaki yang diberi nama hamzah (bukan nama sebenar) iaitu bapa kepada atuk kita , so moyang kita laa.. Moyang hamzah niee memiliki segala ilmu-ilmu yang diberikan oleh bapanya dan begitu juga dengan SAKA untuk menjaga keturunan yang akan datang. Setelah moyang hamzah meningkat dewasa , bapanya menurunkan segala ilmu persilatan dan tarian piring (minang) untuk diberikan kepada anak cucu serta orang kampung yang berminat untuk belajar.

Acu : Moyang hamzah ada buka gelanggang silat kat belakang rumah niee , kau tahu tak ?
Aku : mane laaaa tau , ada kebun atuk jea kat belakang tuu.
Acu : haaa dulu tempat gelanggang silat dan tarian piring tau. Sekarang dah jadi kebun dan reban ayam atuk dah.
Aku : kenapa atuk tak teruskan mengajar silat ? orang nak belajar jugakkk….
Acu : acu pon tak pernah belajar laa , masa acu lahir , atuk dah tak mengajar silat.
Aku : ohh okay sambung cerita tadii…

Moyang hamzah berkahwin dan mendapat 5 orang anak dan salah seorangnya ialah atuk. Maka moyang hamzah menurunkan segala ilmu , ilmu persilatan dan ajaran agama yang sangat baik kepada atuk . SAKA juga untuk menjaga keturunan dan harta harta yang ditinggalkan oleh moyang pertama yang mula berhijrah kesini dulu untuk anak cucu yang akan datang. Setelah moyang hamzah meninggal dunia , atuk telah berkahwin dengan seorang gadis bugis (nenek aku) yang menetap di melaka dan selepas berkahwin beliau menetap disini , dimana atuk dilahirkan.

Acu : atuk dengan nenek laa pewaris semua harta , ilmu persilatan , ilmu agama , dan saka jugak.
Aku : sakaaaaaa ?
Acu : ya , saka , apee yang kau nampak semalam tuu , itu adalah salah satu tanda.
Aku : *telan air liur*

SAKA yang ditinggalkan nie adalah seekor harimau putih berantai untuk menjaga keturunan dan harta yang ditinggalkan. Syarat untuk saka ini terus menjaga ialah jangan buat benda tak elok seperti , maksiat , solat jangan tinggal , mengaji , kalau kita leka atau lalai dan membuat maksiat atau meninggalkan semua ituu , saka itu akan perlihatkan dirinya dan akan ada makhluk lain yang memperlihatkan diri seperti pocong sebagai tanda amaran tapi saka tak akan menghilangkan diri mcmtu jea tanpa dibuang.

Aku : ape kene mengena dengan abang lan ?
Acu : mesti ada benda tak elok jadi ? faham tak maksud acu ?
Aku : faham . mungkin abang lan buat maksiat ? macam tuu ?
Acu: ishkk , acu tak nak laa tuduh , tapii selalu benda nie jadi mcm tuu laaa.
Aku : nanti orang nak tanya atuk.
Acu : tanya laa kalau kau berani.
Aku : hahahahah orang nak tau jugak.

Setelah dapat penjelasan yang panjang berjela dari acu , aku masih tak puas hati lagi , nak tau kenapa hal semalam tuu boleh jadi , sebelum nie aku pernah juga dengar cerita tentang saka nie dari saudara mara aku , tapi aku masih belum dapat hadam sepenuhnya mungkin sbb factor umur aku , masih lagi kanak-kanak , tapi aku dah faham apa itu saka , mungkin aku banyak bertanya dan minat aku tentang benda benda nie , maksudnya minat nak dengar dan baca tentang wujudnya makhluk halus dan kegunaan saka.
Atuk macam biasa pagi pagi mesti pergi beli surat khabar , beli barang sikit ape yang nak masak , so memang hari-hari laa atuk akan pergi kedai beli surat khabar , barang yang nenek pesan dan aku akan menunggu atuk balik dan ajukan pertanyaan yang bermain difikiran aku sejak malam tadi.

Aku : Acu pernah nampak tak saka atuk ?
Acu : tak , sebab atuk cakap acu tak cukup kuat nak tengok dia tapi nenek pernah nampak masa nenek pergi kebun belakang rumah.
Aku : nenek ada cerita tak macam mane rupa ?
Acu : dah acu cakap harimau , jadi harimau laa , tapi warna putih , berantai dileher dan besar gila .
Aku : besar ? alamakkk. besar mana laa agaknya.
Acu : *tersengih*

Aku dengar bunyi deruman motor nouvo yang atuk naik . “yesss, atuk dah balik” bercakap aku dalam hati. Belum sempat dia turun motor , aku dah berlari kearah dia dan ajukan soalan , atuk dapat agak mesti aku nak tanya hal semalam.
Atuk : eh kenapo kauu , tunggu apo ?
Aku : tunggu atuk laaa , semalam kenapa ?
Atuk : betul nak tau ?
Aku : ya , nak tahuuuuuuuuu..
Atuk : bagilah atuk turun motor nie dulu .
Aku : hahaha okay okay.

Atuk mulakan perbicaraan.
Atuk nak pesan pada anak cucu atuk , tolong jaga diri , jaga maruah diri , jaga solat , jaga tingkah laku , jangan terlalu taksub pada dunia , ingat hidup kita tak lama , bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa kita. Sebelum abg lan masuk rumah sewa atuk depan tuu , atuk ada pesan . jangan buat maksiat , jangan bawak perempuan (bukan isteri atau keluarga) masuk rumah nie. Tapi dia degil , dia bawak jugak.

Converstion atuk malam kejadian. *hujan lebat malam tuu guruh sabung menyabung*
Atuk : assalamualaikum lan . *sambil ketuk pintu macam nak roboh*
Lan : waa… waalaikumsalam atuk *dengan suara terketar-ketar*
Atuk : apa kau dah buat ! aku dah pesan jangan bawak perempuan masuk . jangan buat maksiat. Kau ingat aku tak tau ?
Lan : erkk.. hmmm… yaa.. yaa atuk , mane atuk tau?
Atuk : kau jangan tanya mana aku tau laaa , aku nak rumah aku nie bersih dari sebarang benda-benda tak senonoh. Aku tak peduli , kalau kau nak duduk sini lama , tolong jaga tingkah laku. Jangan buat lagi. Aku tak nampak tapi Allah nampak.
Lan : hmm.. ba.. baikk atuk. Saya mintak maaf. Saya tak sangka atuk tahu. *muka dia berkerut , macam syak sesuatu yang tak dapat diungkap*

Atuk berlalu pergi dengan keadaan yang sangat marah dan kecewa.
Aku : mana atuk tahuu ?
Atuk : Saka bagitau.
Aku : SAKA ??? *muka merah padam*
Atuk : Ya saka. Keturunan kita nie dijaga oleh saka moyang atuk dulu. Dia bagi saka nie untuk jaga harta , tanah pusaka , keturunan. Sesiapa nak mengusik keluarga kita , saka nie akan menjaga dan tak kan jadi benda yang tak diingini , sebab tuu atuk pesan suruh kamu jaga solat , jaga adab. Banyak kali atuk pesan pada semua. Saka tuu takkan benarkan benda tak senonoh jadi , dulu ada orang cuba nak pukul sepupu kamu , sebab bawak motor sampai terlanggar kereta org , tapi atuk dapat tau , bergegas atuk ketempat kejadian , tapi sepupu kamu dah kene lempang dengan tuan kereta , atuk jadi baran , lempang owner kereta tuu , terus dia pengsan. (yea laa tangan guru silat keras wehhh) dan abg lan ada jumpa atuk tadi pagi , dia ada cerita , sehari selepas dia bawak perempuan tu masuk rumah , macam macam gangguan dia kene , nampak kelibat pocong berlegar legar , bunyi atap rumah kene pijak , 2 3 pagi dengar dengusan harimau sekali dengan bunyi rantai diseret , bunyi cakaran harimau. Ya atuk mengaku , itu memang saka keturunan kita. Dia mengamuk. (kalau korang nak detail lagi , saka nie jaga tanah pusaka atuk dari diceroboh , rumah-rumah sewa atuk , rumah atuk , dan keturunannya)
Aku : boleh kee tengok saka tuu ?
Atuk : boleh tapi kene ada banyak barang nak disediakan . tak payah . atuk takut kamu semua lemah semangat (termasuk sepupu sepupu aku)
Aku : atuk taknak buang kee saka tuu ?
Atuk : ya , atuk nak buang , tapi tunggu nenek kamu sihat sikit.
Aku : baiklah.

dan masih ada lagi kejadian kejadian lain… rasa macam dah panjang or detail sangat aku cerita. Thank you .. maaf kalau tak seram . hanya berkongsi cerita sahaja. Sekian terima kasih…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

ekinkhan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.8]

3 thoughts on “SAKA KETURUNAN”

  1. Menang tak seram tapi ada maklumat mamfaat berguna tenteng peninggalan saka keturunan yang telah kamu konsikan

    Terima Kasir.
    Dari
    P.Star7 (bukan nama sebenar)

    Reply
  2. Rasanya atuk tu x bangga pon…malah risau sbb apapun saka ni x boleh lupa bg makan. Part yang tu di cite. Part lain dia x cite lg tu ….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.