Saka Mencari Tuan Baru 2

Assalamualaikum, hi…
Sorry Araa baru boleh sambung… Busy sikit lately…
Okay Araa sambung…


Sebulan berlalu… Aku masih memikirkan, apa sebenarnya yang terjadi di rumah nenek.
“Ayah, kenapa rumah nenek ada macam yang aneh aneh ye.  Ayah tak rasa apa apa ke? “

hari hari aku bertanya soalan yang sama … Namun tiada jawapan yang aku dapat. Ayah hanya mendiamkan diri…
Entah apa yang ayah sembunyikan aku tak pasti.
Persoalan yang berada di kepala aku terus menjadi teka teki.  Aku pun dah letih tanya soalah yang sama. Tanya banyak kali nanti tak fasal fasal kena marah pulak.

” Amira, tahu tak.. Dalan ramai ramai cicit nenek, Mira yang nenek paling sayang, jadi disebabkan Mira yang paling rapat dengan nenek, nenek nak Mira jaga barang nenek boleh? ” soal nenek ketika aku sedang leka memerhati nenek menganyam tikar.

” barang nek? Barang apa tu? “ soal aku pelik

” Mira cakap la Mira setuju dulu baru nenek cerita…” sambung nenek…

“ermm……” belum sempat aku menjawab permintaan nenek…

“Allahu Akhbar Allahu Akhbar”…. Azan subuh berkumandang

” astagfirrullahhalazim… Mimpi rupanya…”  omel aku sendiri…

Tapi kenapa pelik mimpinya? Apa yang nenek nak serah tu? Namun aku abaikan mimpi tersebut. Selalu bersangka baik dan menganggap mimpi tu mainan tidur.. Aku fikir sekali tu sahaja aku mimpi macam tu.. Rupanya tak.. Dan setiap kali aku nak menjawab permintaan nenek, aku terjaga dek kerana azan subuh.  Seminggu aku alami mimpi yang sama… Tapi aku diamkan sahaja. Aku masih mengganggap mimpi mimpi yang aku alami ni mainan tidur.

Pada satu pagi,
” Amira, bangun… Siap siap nak balik kampung. Nenek dah tak ada. ” aku menerima berita sedih dari ibu. Dengan tanpa banyak soal, aku bangun dan siapkan diri nak balik kampung. Satu persatu kenangan aku dengan nenek menerjah di fikiran aku.
Sesampai saja kami di kampung, ramai orang berkumpul. Aku terus mendapatkan nenek yang kaku terlantar di atas katil bujang di ruang tamu rumah nenek. Kata jiran jiran, nenek demam panas. Nak di bawa ke hospital, beriya nenek menolak.. Nak menelefon kami  semua, nombor pula tak ada. Aku diam. Mungkin ini sebab aku selalu mimpikan kan nenek. Nenek nak beritahu dia tak sihat mungkin. Jenazah nenek aku tatap sayu.
Keadaan masih tenang sehinggalah selepas jenazah di mandikan. Di saat jenazah nenek di kafankan, tiba tiba….
prankkkkkk!
Almari pinggan nenek pecah. Almari pinggan zaman dulu kan semua jenis kayu, pintu dia slide guna cermin tu. Ha, cermin slide tu yang pecah. Tak semena mena seekor kucing hitam keluar dari almari tersebut. Mana datangnya kami tak tahu. Setahu aku, nenek tak ada pelihara kucing. Setelah lima kali kucing hitam tu mengelilingi jenazah nenek, akhirnya kucing tu pergi.
Selesai jenazah di kafankan, jenazah nenek di bawak naik ke van jenazah. Aku dan sepupu aku ‘menemani’ jenazah nenek di dalan van.
Entah di mana silapnya, van jenazah yang eloknya tadi, tiba tiba enjinnya m**i. Puas driver cuba menghidupkan. Namun gagal. Akhirnya, beberapa orang kampung menolak van jenazah sampai di tanah perkuburan.
Semasa jenazah di kebumikan, angin bertiup kencang. Lima minit jugak la angin kencang… Setelah keadaan semakin reda, barulah jenazah nenek dikebumikan. Van yang kami naiki tadi rosak, tiba tiba enjin hidup. Satu lagi kejadian pelik.

Seminggu nenek pergi meninggal kan kami, tiada benda aneh berlaku. Rumah nenek sekarang tiada lagi penghuni. Tok aku sekarang ni, pakngah aku Yang jaga. Namun satu hari, kami menerima aduan dari jiran jiran, setiap hari waktu maghrib, mereka ternampak kelibat nenek menabur beras.  Banyak kali jugak mereka adukan.
Kami semua tak lagi pulang ke rumah nenek kerana Saka masih mencari tuan baru.
Rumah yang terbiar tuh, kami semua sepakat untuk menjual.
Dan akhirnya, kami menemui pembeli yang berminat dengan rumah tersebut.
Segala urusan jual beli berjalan lancar.
Sehingga satu hari, kami mendapat tahu yang pembeli rumah tersebut tak jadi berpindah ke situ,
Sebab hari pertama diorang masuk ke rumah, semasa proses cuci mencuci di adakan, ada ‘orang’ lain tolong basuh sama. Sedang mereka cuci bilik pertama, kedengaran bilik kedua pun seperti orang sedang mencuci jugak. Bila mereka ke bilik dua. Ya bilik tu memang seperti ada yang mencuci. Air sabun penuh di bilik dua tu.
2 malam mereka menginap di situ, macam macam benda aneh berlaku. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk berpindah keluar sahaja.

Kini rumah nenek terbiar kosong. Saka nenek masih mencari tuan baru. Orang kampung masih ternampak kelibat nenek di rumah tuh.  Apa yang dah terjadi pada rumah tu aku pun tak tau. Sebab dah lama tak menjengah ke sana.


Okay, tamat sudah cerita fasal Amira ni, maaf kalau ada yang kurang or yang confuse apa apa. Araa sehabis olah balik apa yg Amira cerita dekat Araa.

Alvida,

Hantar kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Araa Qaysara

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.