SAKA PERSINGGAHAN

Hai Assalamualaikum. Aku nak cerita pengalaman sebenar aku tapi story ni agak panjang. Macam2 kejadian berlaku sampai aku berkali-kali fikir macam mana nak cerita. Mungkin ada separuh aku akan sambung di lain masa.

Ceritanya begini, selepas habis pengajian di IPTA, aku diterima kerja di Selangor. Aku tak boleh beritahu detail sebab melibatkan aib orang. Memandangkan ini pengalaman kerja pertama aku, jadi aku memilih untuk menyewa bilik saja. Lepas beberapa bulan, aku bercadang untuk menyewa sebuah rumah bersama dua orang rakan sekerja. Setiap orang ada bilik masing-masing dan ada privasi.

Rumah okay, tak ada yang menyeramkan pada mulanya. Tapi setelah sebulan, aku dah start nampak benda hitam melintas dalam rumah aku. Laju macam angin. Kemudian, salah sorang kawan aku iaitu Yati(bukan nama sebenar) mengadu lampu bilik air terbuka dan terpadam sendiri ketika dia mandi. Time tu lampu bilik aku pun terpadam dan terbuka sendiri padahal suis di atas kepala aku. Paling gerun, dengar suara budak perempuan seolah seronok mengenakan kami.

Pada suatu senja, kucing Yati mengiau sambil merenung alang pintu utama rumah. Yati ada dua ekor kucing dewasa dan tiga ekor anak kucing. Ibu kucing asyik mengiau dan menderam seperti marahkan sesuatu. Time tu dah dekat maghrib. Hanya tinggal aku dan Yati kerana sorang lagi kawan iaitu Tijah(bukan nama sebenar) pulang ke kampung. Bayangkan ke mana saja kami berjalan, kucing dewasa akan mengikut saja kaki kami seolah mengawasi sambil tak berhenti menderam seperti marahkan sesuatu.

Aku duduk berdua dengan Yati di ruang tanu sambil melihat gelagat aneh kucing yang berlegar mengelilingi kami. Keadaan kami pada ketika itu, posisi aku dan Yati bersandar di dinding ruang tamu, bersebelahan pintu bilik Yati. Dari situ kami boleh nampak pintu rumah, dapur dan bilik aku. Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu bilik aku dari bahagian dalam. Perlahan tapi mampu didengar “Yati…” Suara aku!!

Bayangkan macam mana gelabah dan takutnya kami ketika itu, dengan kucing yang sudah tak berhenti menderam. Lupa nak cakap, bilik aku bersebelahan pintu utama rumah. Apa lagi, kami dan kucing masuk ke dalam bilik Yati, kunci pintu bilik. Dalam keadaan ketakutan, Yati memasang speakernya, dialunkan bacaan Ruqyah. Kami contact parents masing2 tapi tak tahu kenapa, line terganggu. Time ni otak aku fikir kerja hantu je sebab tengok movie seram, time kritikal ni la line takde, pastu hantu muncul on the spot. Hahaha.

Aku sempat la WhatsApp abah dengan mama. Mujur lepas. Ada line. At least parents tahu apa jadi. Aku berdoa supaya parents percaya yg anak mereka tengah berada dalam situasi pelik dan menyeramkan. Abah aku steady, dia suruh packing kain baju, pergi tidur hotel! Hahaha. Ikutkan memang aku nak buat macam tu tapi keesokannya dah PKP. Kejadian ni awal PKP dulu. So macam mana nak tidur hotel sebab kami pun tak pasti hotel beroperasi atau tidak. Time ni mana boleh fikir nak call ke apa kan.

Tiba-tiba phone aku bunyi, ayah angkat aku call. Ayah angkat aku ni macam ada ilmu sikit. Dia rasa something, tergerak hati nak call aku. Baru je aku nak mengadu, line putus lagi. Yati dah nangis. Aku pun nak nangis, tapi acah-acah hati kental lagi! Time tu berdoa je mampu, sambil kuatkan bacaan Ruqyah. Tiba-tiba, ‘Paappp!!’ bunyi benda jatuh di luar bilik. Bayangkan seolah-olah benda melekat kat siling, jatuh ke lantai tapi dalam keadaan menahan dengan tapak tangan(macam keadaan merangkak) sebab bunyi macam kita tampar lantai tikar getah.

Tak pernah-pernah aku peluk Yati kuat-kuat. Haha. Tapi punyalah takut weh! Lepas tu keadaan jadi sunyi macam bukan di kawasan perumahan. Tiba-tiba bunyi ketukan pintu berulang. Memang aku pun nangis sekali la. Ya Allah aku tak pernah sangka aku akan berada dalam keadaan macam ni. Tapi entah kenapa otak aku terlintas nak WhatsApp tuan rumah untuk datang. Alhamdulillah mereka suami isteri datang. Suaminya boleh ubatkan orang. Yati pula WhatsApp kakaknya suruh datang tapi disebabkan tempat tinggal kakaknya jauh, terpaksa kami menunggu.

Mula-mula si suami tu nak tengok bilik Tijah sebab bilik Tijah bertentangan dengan pintu rumah. Bilik aku sebelah pintu tapi tak bertentangan. Tapi Tijah tak ada, so tak boleh la buka pintu biliknya. Kemudian Yati cerita dia pernah bermimpi nenek kebayan dan datuknya ada membela, cuma tak ada siapa waris. Si suami tuan rumah tu kata memang ada nenek kebayan tu tapi dia tak ganggu, sekarang pun dia ada tengah perhatikan kita. Weh! Haha time tu medulla oblongata aku macam nak tercabut je. Suami tuan rumah kata bukan seekor tapi banyak sebab bercampur jin yang kat rumah ni. Ada baik, ada jahat. Lagipun kawasan perumahan aku dulu estet sebelum dimajukan.

Kata si suami, yang ketuk pintu tu anak jin, masih kanak-kanak. Hanya untuk bermain. Ada tengah berdiri di dapur. Si suami tu baca-baca something, kemudian panggil kami berdua ke dapur. “korang rasa pape lagi tak?” Serius aku jujur je cakap bulu romaku tiba-tiba meremang. So si suami tu baca lagi dan aku dah tak ada rasa apa-apa. Katanya, dia dah keluarkan jin tu dari rumah, kemudian dia taburkan something, aku tak ingat sama ada beras, garam atau lada hitam. Dia tabur kat pintu. Tapi sempat dia berpesan,

“Dah boleh pergi tidur. InsyaAllah tak ada apa-apa yg berlaku malam ni.”

Tiba-tiba salah seekor kucing Yati berlari keluar dari rumah seperti mengejar sesuatu. Kucing tu indoor, jenis gemuk, mana pernah keluar. Suami tuan rumah tak bagi kami keluar, katanya esok je cari. Dia dah tahu la tu apa yang kucing tu kejar. Tapi selepas tuan rumah balik, Yati tetap keluar cari kucingnya. Aku temanlah, dah malam kan. Kesilapan kami, langkah kawasan yang sudah ditabur, dipagar. Actually tak ada masalah nak langkah sebab takkan tak boleh keluar rumah kan tapi time nak masuk rumah tu rasa macam ada yg turut ikut masuk sekali. Sebab rasa macam diperhatikan.

Aku kunci pintu, aku siap mangga grill. Kami bersihkan kaki, kemudian duduk di bilik Yati. Time tu dah pukul 10 malam. Tiba-tiba ketukan bunyi lagi. Bunyi barang jatuh. Kucing mula mengiau semula, menderam macam tadi. Kami takut. Menyesal pun ada keluar rumah tadi. Nak contact tuan rumah tadi memang macam tak patut, sebab mereka ada anak kecil. Takkan nak ulang datang. Mula-mula nak abaikan tapi takut setiap kali dengar bunyi aneh kat luar bilik. Kami berdua decide contact dua orang rakan sekerja untuk datang. Ada sorang tu pernah belajar silat, dia tahu la sikit-sikit. Lagipun bujang, jadi tak mengganggu kalau datang time begini. Nak panggil jiran, time tu rumah depan macam tak ada orang, yang lain kami masih belum kenal sebab baru pindah.

Aku dah pesan, kalau korang sampai whatsapp je, aku nak buka pintu dan kunci mangga. Tak lama lepas tu mereka sampai. Aku dan Yati takut-takut nak keluar bilik walaupun beberapa langkah je nak ke pintu rumah. Kucing macam biasa la, marah benar kalau kami bangun berjalan. Asyik ikut kaki. Tapi ada benda yang mengejutkan kami. Grill dah terbuka luas! Mangga elok je terletak di besi grill. Ya Allah, apa semua ni. Aku yang kunci tadi. Mustahil rakan aku tu yang buka sebab mereka tak ada kunci. Mereka kata time sampai tu grill dah terbuka luas. Aku auto nangis sebab takut time tu. Tak sangka benda tu pandai buka mangga. Mujur pintu tak terbuka.

Kami buka pintu luas-luas sebab dah malam. Nanti orang salah faham. Rakan aku ajarlah baca doa pape pastu biasakan masuk rumah kaki kanan dan basuh kaki. Kalau masuk kaki kiri, mengundang benda lain ikut masuk sekali. Rakan aku bukanlah benar-benar arif bidang ni, tapi sekadar beritahu benda basic yang terkadang kita alpa. Sekecil kesilapan tu la boleh jadi sebesar masalah. Kami minta rakan-rakan tu tunggu sehingga kakak Yati sampai. At least tak takut sangat. Kucing pun stop menderam bila ada ramai begini. Mungkin benda tu menjauh time duduk ramai.

Kakak Yati sampai tidak lama selepas itu. Jadi rakan-rakan aku bergegas balik sebab mengantuk. Hahaha serba salah aku bila ingat balik. Aku, Yati dan kakaknya tidur dalam satu bilik. Semestinya bilik Yati sebab Master Bedroom. Habis je cerita kat kakak dia apa yang jadi, kami pun tidur walaupun tidur-tidur ayam. Tipu la kau boleh tidur nyenyak dalam situasi macam ni. Alhamdulillah tiada apa berlaku. Hanya kedengaran bunyi sikit-sikit tapi tak seseram tadi. Hanya positifkan minda ‘bunyi bawah blok kot’. Haha.

Esoknya Tijah balik, sebab kami suruh balik. Kami decide nak panggil ustaz sebab tak mahu benda ni berulang lagi. Biarlah setiap bilik dibuka. Tijah balik pada hari yang berkuatkuasa PKP pada sebelah malam. Jadi, memang apa jadi lepas ni kami dah tak dapat rentas negeri. Ada seorang lelaki ni kakak Yati kenalkan. Biarlah aku bahasakan dirinya sebagai abang S. Abang S ni jauh, so dia minta sorang kawan aku yang datang malam tadi untuk jadi wakil dia. Aku agak curiga tapi aku proceed je, lagipun aku tak pandai bab begini. So kawan aku buat je apa dia suruh dan apa yang dia suruh baca. Kawan aku ambil beras, baca dan tabur di beberapa tempat. Disebabkan Tijah on the way balik, so bilik dia tak boleh masuk. Just tabur dalam tikar getah depan biliknya.

Time tu abang S minta gambar kami bertiga. Dia kata dia rasa something dekat Tijah. Kami tanya Tijah, family kau ada saka tak. Dia kata tak ada. Seingat aku, dia pernah cakap nenek dia ada jadi bidan. So, Tijah tidur di bilik dia, manakala aku, Yati dan kakak Yati tidur di bilik yang sama. Disebabkan bilangan dalam rumah tu dah ramai, aku pun ada la kekuatan baca Yasin kat ruang tamu sorang-sorang. Berani weh! Haha. Tapi tak lama pun lepas dengar bunyi sesuatu kat dapur. Aku masuk bilik semula.

Aku sambung baca Yasin dekat dengan pintu bilik Yati. Tiba-tiba aku tengok kakak Yati yang tengah duduk, bongkokkan badan dan tunduk menghendap bawah pintu bilik. Aku pun terus berganjak jauh dan turut mengintai. Ada bayang hitam! Kami ketakutan tapi kakak Yati ni jenis chill, dia suruh abaikan. So kami abaikan. Tapi sejak Tijah balik, tingkah laku dia pelik. Mula-mula okay boleh makan sama, tengok movie sama, lepas tu dia pelik. Sebelum tu, kawan aku yang jadi wakil abang S tu ada nasihat. Walaupun abang S rasa something wrong kat Tijah, tapi kawan aku suruh kami sentiasa berbaik. Sebab satu rumah. Lagipun belum ada bukti nyata Tijah tu ada benda sebab ikutkan sejarah keluarga, datuk Yati juga ada saka.

Perkara aneh berlaku apabila kakak Yati pulang. Sebab kakaknya perlu bekerja walaupun PKP. Mujur boleh lepas sekatan sebab ada bukti kerja. So tinggallah kami bertiga di rumah tu. Kawasan perumahan sunyi jugak sebab ada yang dah balik sebelum PKP. Aku dan Yati memang akan masak sama-sama. Tijah memang jarang masak, katanya mak dia tak bagi dia masak. Jadi dia hanya akan keluar time kami habis memasak. Geram betul aku. Haha. Tapi benda ni tak seram, just menaikkan d***h aku je sebab macam bibik dia. Haha.

Okay, seramnya bila aku dan Yati mula perasan si Tijah ni suka duduk dalam gelap. Tingkap bilik dia memang dia tak pernah buka. Dia tutup je dengan langsir. Sebab aku nampak kalau dia lintas bilik dia masa pintu terbuka. Pastu lampu bilik tak pernah buka. Aku dan Yati tanya, dia boleh cakap cerah je ni. Haha mata kucing ke dia ni, nampak dalam gelap. Kalau tutup lampu waktu tidur, aku boleh terima. Ini duduk dalam bilik dari pagi petang sampai malam, tak buka lampu. Dulu dia tak begini. Lepas tu, aku beberapa kali ternampak dia duduk di birai katil sorang-sorang, tak ada main phone, duduk dalam gelap pastu bercakap sendiri. Yela, nak ke dapur mesti lalu bilik dia. Dia pulak kadang-kadang buka sikit pintu.

Aku diam je. Lepas tu pernah time mandi, aku dengar suara macam ramai seperti dalam meeting, ada suara budak, perempuan, lelaki. Suara tu dari bilik Tijah. Bilik Tijah ni tengah-tengah antara bilik Yati dan bilik mandi. Pernah sekali tu kucing mengiau depan bilik Tijah sambil merenung pintu bilik dia. Tijah keluar, kemudian dia buka mulut melopong dengan mata terbeliak pandang kucing. Time tu aku kat ruang tamu, Yati kat dapur. So kami nampak la. Yati direct tanya Tijah kenapa buat macam tu, Tijah tiba-tiba blur, dia kata mana ada buat macam tu. Pernah sekali tu aku keluar bilik, nak ke bilik Yati. Time tu Tijah tengah terbongkok cari barang kat peti ais. Dia tahu aku keluar, dia pandang aku lama. Lain macam dia pandang. Aku terus cepat masuk bilik Yati.

Suatu hari, Yati minta aku imamkan solat. Kami ajak Tijah join sekali. Kami solat kat ruang tamu sebab luas. Sepanjang solat, Tijah agak bising. Macam-macam bunyi. Lepas tu dia kata nak solat sendiri di bilik. Aku pernah tegur kedudukan kiblat dia salah, tapi kena marah balik. So aku diam je la. Satu malam, aku tengah tidur tiba-tiba aku kena hempap dengan harimau hitam. Wehhh lama jugak benda tu nak pergi. Aku nangis bagitau Yati. Sampai la aku decide nak cari ustaz, bukan bomoh2. Alhamdulillah PKP time tu cuma tak dapat rentas negeri tapi boleh rentas daerah. Ustaz datang, ustaz azan. Yela, masuk rumah tu tak ada yang azan atau buat bacaan Yasin. Masa ustaz datang, ada beberapa kawan join. Bila ramai ni rasa selamat sikit.

Ustaz panggil sorang-sorang, ustaz tanya nama dan serba sedikit maklumat. Ustaz kata badan aku kosong, aku ni mangsa keadaan, tersepit tengah-tengah antara Tijah dan Yati. Yati muntah warna seakan pink. Ustaz kata kesan sihir. Tijah pula ustaz kata ada saka keturunan dia yang singgah tapi ustaz tak bagi Tijah ambil. Benda tak baik jangan diambil. Aku ni mangsa keadaan sebab kena ganggu. Bayangkan, sebelum ustaz sampai, aku dan Yati buat air kat dapur. Tetiba ada suara garau bernada keras panggil nama aku. Kemudian, Yati. Kecut perut weh. Ustaz kata badan aku lemah sebab asyik jadi mangsa. Ustaz kata harimau tu ada pemiliknya. Time ustaz datang, harimau tak ada. Seperti pemiliknya dah roger awal suruh pergi sebelum ustaz sampai.

Ustaz tangkap beberapa jin, lalu dimasukkan dalam botol. Kau bayangkan, time ustaz nak balik, Tijah boleh tanya “nak buang ke semua ni?” Ustaz pandang dia, lalu ustaz kata “kenapa, kalau nak syaa lepas, saya lepas balik.” ayat pancingan ustaz. Tijah boleh jawab “boleh ke?” seolah dia berharap ustaz lepaskan semula. Ustaz diam, kemudian ustaz tanya “kamu masih nak bermain dengan dia ke?” Tijah terdiam. Aku dan Yati dah cuak. Apa yang tak kena dengan budak ni. Selepas beberapa hari berubat, Alhamdulillah rumah sedikit tenang. Aku tidak terlalu berharap pada ‘pagar’ rumah. Bagi aku, itu asbab sahaja, jika Allah izinkan sesuatu berlaku, maka jadilah ia. Hubungan kami bertiga baik saja ketika ini kerana Tijah tak tunjuk sikap aneh.

Pada suatu pagi, aku kemas ruang tamu sambil ditemani kucing. Ada sebahagian kucing di dapur belakang. Aku biar saja kucing bermain sambil tangan aku sibuk mengikat langsir. Tiba-tiba aku terdengar ngauman harimau. Kau bayangkan siang hari bunyi harimau. Bunyi betul-betul dari dapur. Aku nampak kucing-kucing berterabur lari ke arah aku. Aku lagi la. Terus lari masuk ke bilik Yati sebab tu je bilik paling dekat. Mujur Yati tak kunci pintu. Time tu jantung aku memang macam sikit lagi nak tercabut. Aku rasa macam jadi heroin filem seram. Aku story semua pada Yati. Rupanya Yati juga dengar. Anehnya, Tijah langsung tak dengar meskipun biliknya bersebelahan dapur. Rupanya, ini adalah permulaan kedua kisah seram yang berlaku dalam hidup kami berdua. InsyaAllah aku akan sambung lagi sampai habis lain kali. Pesan aku, walaupun kita bukan la orang alim, tapi jadikan Al-Quran tonggak utama kita.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.9]
NUR

9 thoughts on “SAKA PERSINGGAHAN”

  1. Maaf tanya… Laki ke ppuan awak ni? Siap jadi imam lagi… Ke awak pakai ajaran apa ni? Ke sy yang xfaham kisah ni…?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.