Saka Pocong Nenek

Assalamualaikum FS

Nama saya Z. Saya berasal dari Kajang, Selangor. Saya ingin berkongsi satu cerita yang pada saya agak seram berlaku pada diri saya sendiri. Kisah ini berlaku pada tahun 2011. Saya tinggal bersama 3 orang sahabat. Pada suatu malam dalam tahun tersebut, seorang housemate saya iaitu Amir balik ke rumah keluarganya dan seorang lagi bernama Tarmizi yang bekerja sebagai pramugara tiada di rumah dan bekerja di luar negara. Bilik saya adalah master bedroom dan saya berkongsi bilik dgn seorang lagi sahabat bernama Amran. Kondominium saya mempunyai 3 bilik. Ketika saya sedang lena tidur, saya tiba-tiba terjaga kerana berasa meremang satu badan. Untuk pengetahuan pembaca, katil saya adalah katil jenis queen bed yang dirapatkan pada dinding dan Amran tidur sebelah dinding manakala saya tidur disebelahnya dan mengadap tingkap bilik. Ada jarak lantai 3 kaki antara katil dan tingkap. Rumah saya di tingkat 11. Ketika saya berasa meremang itulah, saya terjaga dalam keadaan saya tidur berbantalkan lengan dan muka mengadap ke tingkap. Sedang saya berasa meremang, seketika itu juga saya terjaga dan membuka mata……

Alangkah terkejutnya saya… Walaupun bilik saya gelap (saya suka tidur dalam keadaan gelap gelita) tapi cahaya bulan menerangi kegelapan bilik, saya dapat melihat sekujur tubuh yang tingginya paras ketinggian tingkap bilik saya (lebih kurang 200cm tinggi) yang seakan-akan mahkluk berbungkus iaitu pocong.

Ketika saya memandang ke arah mahkluk tersebut (jarak 1 kaki sahaja dari saya!) saya dapat melihat mahkluk tersebut memandang kearah saya tepat dengan matanya yang terbeliak. Secara automatik badan saya tak boleh bergerak.

Biasanya kita dengar cerita hantu dari orang lain kalau terserempak dengan mahkluk halus ni badan kita terkuncilah, tak boleh geraklah, bacaan ayat suci berteraburlah. Memang betul. Saya tak ingat apa langsung nak baca ayat. Seluruh badan tak boleh gerak. Saya nak jerit pun tak boleh.

Dalam masa 5 saat saya pandang ke arah pocong tersebut, dan saya terus pejamkan mata. 10 saat selepas itu saya paksa tangan kanan saya untuk memanggil Amran yang sedang tidur di belakang saya (sebab saya tidur mengadap tingkap). Saya memanggil-manggil namanya beberapa kali sambil menepuk-nepuk badannya. Nasib baik Amran ni jenis tak tidur m**i.

Pocong tersebut lenyap saat Amran terjaga dan bertanya kenapa. Lalu saya minta dia untuk tukar tempat tidur dengan saya dan saya nak tidur sebelah dinding. Amran ada bertanya berulang kali kenapa kejutkan dia. “Mimpi buruk ker?”, dia bertanya. Saya jawab “esoklah cerita, mengantuk sgt ni”, Sebelum tidur semula dalam keadaan berpeluh dan tak tenteram, saya tengok jam di HP Blackberry saya adalah pada pukul 4 pagi.

Pagi itu dalam pukul 8 saya dan Amran bersarapan di rumah sebelum kami keluar bekerja. Ketika itu Amran bertanyakan tentang hal semasa kami tidur dan saya kejutkan dia dalam keadaan gelisah dan ketakutan. Saya baru teringat sebabnya saya ingatkan saya bermimpi. Terus saya ceritakan kepada Amran dari mula saya terjaga sampailah saya tukar tempat tidur dengannya. Untuk menyedapkan hati, saya menjerit dan memaki hamun “bodoh punya pocong, claka sal takutkan aku”. Saya berkata kepada Amran mungkin kondominium ni memang banyak mahkluk halus kerana banyak maksiat dilakukan oleh kebanyakkan penghuni di sini. Hahaha

Seminggu selepas kejadian itu, saya dan Amran masa tu sedang menonton TV sambil menunggu housemate kami iaitu Amir pulang bekerja untuk keluar bersama makan malam.

Sedang menonton, saya menerima panggilan dari kakak saya dan dia mengatakan agar saya pulang ke rumah keluarga saya pada keesokkan hari kerana ada ustaz nak datang utk buang saka pocong nenek. Saya tak perasan apa yang kakak perkatakan dan saya bertanya “saka pocong nenek? Oh okay tengoklah kalau free aku balik”. Selepas saya letak HP, Amran terus bertanya siapa call. Saya jawab kakak yang call dan saya ceritakan apa yang kakak beritahu. Amran terus dengan nada terkejut, “weh, pocong yang muncul depan kau minggu lepas tu….?” Amran tak sambung ayatnya. Terus saya menjerit “Ya Allah!”. Lalu saya call semula kakak dan ceritakan tentang kemunculan pocong di depan muka saya ketika sedang tidur.

Kakak saya terus berkata, “weh itu lah saka nenek tu! Pocong tu memang tengah cari cucu-cucu nenek untuk dijadikan tuan, Dia dah datang dalam mimpi Elan (adik lelaki saya) dan mimpi aku gak. Baik kau balik rumah esok dan ceritakan sekali pada ustaz yang nak tangkap pocong tu”. Saya pun balas ok.

Tapi keesokkannya saya tak balik pun. Sebab saya takut. Hahaha. Tapi saya ada BBM (messenger khas Blackberry) adik saya untuk hantar gambar pocong tu. Adik saya hantar gambar tu, pocong tu ada dalam botol redbull yang dah dikosongkan. Gambarnya masih ada pada saya. Saya nak attachkan sekali tapi tak boleh nak upload pula dalam ni.. Ok itu sahaja cerita pengalaman seram saya. Terima kasih FS.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Zarphery

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.6]

15 thoughts on “Saka Pocong Nenek”

    • pocong tu mintak ko tolong dia, dia tak larat nak jadi pocong. Dalam dirinya adalah roh pontianak yang terperangkap dalam tubuh pocong. Tak seswai la jadi pocong!!! katanya…

      Reply
  1. Lain mcm je bau2 cerita ni… Mcm ada bau2 kuncit… Haha laki tdo sama queen bed? Haha rela lagi tdo dgn pocong tu dari kongsi katil dgn laki lain… Hahaha gay bebeno.. Hahaha

    Reply
  2. Lagi seram bila dia kata berkongsi katil queen dgn rakan lelaki dia…hahaha.
    Dan ayat ” diganggu sebab banyak buat maksiat” pastu dia gelak!! 😂😂😂😂.. actually dia buka pekung sendiri ke mcm mana ni? 😂😂😂😂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.