Assalamualaikum. Aku Jue. Firstly, aku nak ucapkan thanks to admin FS sebab sudi publishkan kisah aku sebelum nie iaitu Suamiku Pulang Di Hari Kematiannya. Untuk pengetahuan semua, aku cuma tolong tukarkan pengalaman tersebut kepada bentuk penulisan. Wallahualam, aku tak pasti ianya cerita rekaan atau kisah benar.
Kali nie aku nak cerita tentang saka suami. Aku nie dah berkahwin dengan suami 5 tahun, dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil lagi. Seorang, berumur 5 tahun dan seorang lagi 2 tahun. Suami aku nie bekerja sebagai pemandu bagi sebuah badan kerajaan yang memerlukan beliau untuk membawa pihak-pihak atasan ke mana-mana sahaja yang diingini. Pada suatu hari, dalam pukul 3 ptg, suami whatsapp aku. Katanya, dia kena bawa seorang pengarah bahagian ke KL dan perlu sampai di sana jam 7 pagi. Pengarah tu pula ada meeting sampai malam kat sini (JB), jadinya tak boleh nak pergi awal dan bermalam di sana. Suami kena bertolak seawal pukul 3 pagi dari JB.
Lepas isyak, suami bagitahu nak tido kejap. Yelah, pukul 3 pagi nak bertolak, takut mengantuk. Aku pun masuk tido jugak sebab nanti pukul 2.30 pagi nak kejut suami bangun. Rasa macam sekejap sangat tido, pukul 2.30 pagi alarm clock aku berbunyik. Aku terus kejut suami. Macam biasalah, suami liat sket nak bangun. Lepas aku dah tepuk2 muka dia, dah goyang2 badan dia, baru la dia celik mata. Tu pun dia amek masa berapa minit jugak terkebil2 atas katil sebelum gerak pegi toilet untuk mandi n lepas tu bersiap.
Pukul 3 pagi ngam2, suami keluar rumah. Aku hantar suami sampai depan pintu. Suami x kasi aku hantar sampai gate. Bahaya kata dia pagi-pagi camtu kat luar. Kat pintu, ade la adegan salam2, peluk2, cium2 dahi sambil2 wish drive safely, kalau ngantuk jangan paksa drive, bla bla bla. Dah abis sume adegan tu, suami kluar dari gate, tutup gate dan naik kete. Start enjin kete, tunggu berapa saat pastu teruk gerak. Aku lak tutup pintu dan kunci. Mata rasa mengantuk sangat. Oleh sebab awal lagi sebelum kena bangun gi keja paginya, aku pon decide untuk sambung tido. Anak-anak tido dalam bilik, dan aku malas pulak rasa nak tido dalam. Aku tido atas sofa kat ruang tamu.
Time aku macam terawang-awang antara jaga dan tido, aku dapat dengar bunyik derap tapak kaki. Walaupun lantai mozek, tapi kalau dalam keadaan sunyi sepi, memang boleh dengar bunyi tapak kaki. Aku langsung tak boleh gerakkan badan. Badan aku macam kaku. Derap tapak kaki tu berlegar-legar kat ruang tamu tempat aku tido. Lepas tu bunyi tu berhenti betul-betul sebelah sofa tempat aku tido. Dia bersuara pulak!
“Sayang, abang nak gi keja dah nie..”
Sebijik suara suami aku! Pastu aku dapat rasa ‘suami’ aku cium pipi aku. Dalam hati aku terpikir, suami aku dah pergi keja dah tadi. Tak mungkin ini dia! Aku cuba gerak, tapi kaku. Aku rasa waktu tu aku dah pejam mata kuat-kuat, tapi aku tetap dapat melihat! Aku tengok ada sepasang kaki yang hitam sangat dan licin tengah berdiri di sebelah sofa. Aku tak berani nak tengok sampai ke atas iaitu muka nye. Dalam hati aku berzikir Lailahaillallah berkali-kali tapi tu pun payah sangat. Sebutan aku jadi tak jelas. Contohnya, jadi macam sebutan layilayalilala macam tu la contohnya. Nak kuarkan sebutan yang tak betul tu pun aku rase payah sangat. Aku cuba nak gerak badan aku tapi tak berdaya. Entah macam mana, aku zikir dan zikir dan zikir sampai betul-betul jelas sebutannya, terus aku tersentak bangun sambil menjerit LAILAHAILLALLAHH!
Aku tengok keliling, memang takde sape. Aku terus call suami aku nak tanya dia kat mana. Suami tak jawab dan hp aku terus masuk automatic mesej yang menyatakan “I’m driving now”. So aku tau lah, yang tu memang bukan suami aku. Lepas aku istihgfar berkali2, mata aku tetibe rase berat sangat. Aku baring, tapi cuba tahan mata dari terlelap. Takut-takut kejadian tadi berulang kembali. Tapi akhirnya aku tewas, aku terlelap.
Memang betul aku diganggu lagi. Badan aku kaku, tapi aku dapat melihat walaupun aku pejam mata. Aku nampak bayang-bayang putih tengah berdiri kat pintu rumah. Sofa aku tu memang boleh nampak pintu. Tapi bayang tersebut setakat putih berkibaran, aku tak nampak muka. Aku memang taknak nampak muka! Gangguan sama macam tadi, badan kaku, sebutan jadi pelat, mata boleh nampak walaupun terpejam. Aku cuba berkali-kali berzikir, sampai akhirnya aku tersentak bangun. Penat sangat rasanya. 2 gangguan dalam 1 malam. Aku tengok jam, dah pukul 5.40 pagi. Aku terus bangun, mandi, solat subuh dan siapkan bekal anak-anak kat rumah pengasuh. Suami aku Alhamdulillah, selamat sampai dan tiba balik ke JB petang harinya.
3 minggu selepas kejadian tu, suami dapat arahan lagi untuk pergi ke KL lagi dan perlu bertolak seawal jam 2.30 pagi. Aku masa tu dah terlupa akan kejadian sebelum nie, so lepas dah peluk cium salam suami, aku masuk dalam bilik dan tido dengan anak-anak aku. Aku baring mengiring ke kiri masa tu. Tengah aku tido, tetibe aku rase badan aku macam ade orang landing. Berat sebelah badan aku. Lepas tu aku dapat dengar bunyi orang bernafas kat telinga aku sambil benda tu berbunyi ‘lelelelelelellelelelelele’. Contoh, korang jelir lidah laju-laju pastu ada bunyi. Macam tu lah. Walaupun mata aku (pejam) tak terarah ke arah belakang aku, tapi aku dapat vision yang menunjukkan benda tu hitam pekat, kepala botak, tengah jelir-jelir lidah kat tepi telinga aku sambil air liur menjejeh2. Macam biasa, badan cramp tak boleh bergerak, nak sebut ape2 pun payah. Tapi aku cuba dan cuba dan cuba dan akhirnya aku Berjaya lepaskan diri.
Aku dah banyak kali bagitahu suami aku, aku taknak dia keluar kerja pagi-pagi buta lagi tapi aku yang kena ceramah free sebab katanya dia kerja dengan orang, mana boleh suka-suka nak tolak arahan pihak atasan. Betul jugak tu. Oleh sebab suami aku nie bz memanjang, aku amek alternatif untuk jumpa dengan seseorang yang pakar tentang hal nie. Aku ajak mak dan ayah aku sekali. Dan hasilnya, benda-benda tu adalah saka suami aku.
Bila aku bagitahu kat suami, terus aku kena marah. Katanya dia tak percaya benda-benda macam nie dan keluarga dia keturunan baik-baik. Mana mungkin ada simpan saka. Aku terangkan kat suami aku, memang keluarga yang kita tahu sekarang nie baik-baik dan tak buat benda syirik dan khurafat macam tu. Tapi macam mana dengan nenek moyang kita yang dah beratus, berpuluh tahun lepas yang kita tak pernah kenali. Dia diam je dan dia kata mungkin waktu aku kena gangguan tu, aku mimpi dan mengigau.
Sekarang, aku dalam proses pujuk suami aku untuk berubat. Dan aku sekarang berdoa sangat-sangat biar suami tak pergi kerja awal-awal pagi lagi. Kalau terpakse dia kerja pagi-pagi tu, memang aku takkan tido sampai ke pagi.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
jgn main2 bab saka ni
Saka ke hantu raya tu?
Sama macam yang saya kena. Seriously rasa macam betul-betul walaupon mimpi.
http://fiksyenshasha.com/cooppa-diganggu-ketika-hamil/
👍