Sakitnya Disihir

Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca sekalian. Semoga di bulan Ramadhan Al Mubarak penuh barokah ini,kita semua di limpahi kerahmatan,keberkatan, kenikmatan dan penghayatan yg sempurna oleh Allah swt.

Kali ini saya ingin berkongsikan tentang kisah yang terjadi pada diri saya sendiri beberapa tahun lepas. Kisah yang membuatkan saya menceburkn diri ke alam perubatan Islam dan mengkaji secara serius dalam mencari kesembuhan melawan anasir2 ilmu hitam dan mistik.

Beberapa tahun sebelumnya saya pernah diserang oleh ilmu hitam semasa aktif menjalankan perniagaan kedai makan. Begini kisahnya,lokasi kejadian berlaku di negeri Melaka.

Seperti biasa orang kita,jika kedai lain berniaga disekitar kedainya. Tambah lagi kedai orang lain makin ramai dan maju. Mulalah timbul hasad dengki dan iri hati yang membuak-buak sesama sendiri. Baru minggu ke-2 saya berniaga, sudah mula ada tanda2 yang tak elok.Namun saya tetap positif dan fikirkan ini adalah asam garam perniagaan dan bersangka baik. Makanan yang baru di masak hanya selepas 5 minit terus basi beberapa kali. Kedai buka tapi orang cakap tutup, pelanggan datang berdiri depan kedai dan bila dipanggil hanya melihat dan x menyahut. Bila di sentuh bahu oleh saya baru pelanggan sedar dan nampak kedai saya buka. Sampai satu tahap saya tak boleh berdiri kerana sakit seperti di cucuk buluh.

Ketika ini, setiap malam saya akan diganggu seperti dipeluk oleh 2 ekor monyet besar. Rupanya warna hitam,berbulu kelabu dan bermata hijau. Siap monyet tu bercakap nak saya m**i. Adakala malam hari akan muncul seekor biawak berbadan manusia melingkar di kaki saya sambil jilat tapak kaki saya. Biawak ini lidahnya melekit dan berlendir.

Ketika ini saya sudah x mampu nak teruskan perniagaan kerana sakit dan terlantar hampir 2 purnama. Dalam masa itu juga puas saya berubat dan ditipu sana sini hingga ribuan ringgit. Cakap saja di mana ada perawat, ke situ saya akan iktihar pergi berubat. Setelah melepasi 2 purnama,kewangan saya mula x mengizinkan utk travel berubat sana sini. Ramai yang datang nak ambil kesempatan dari menghulurkan pertolongan. Gangguan makin terasa dan keringat sudah hampir kehabisan.

Pada suatu malam saya mula bermunajat kepada Allah swt selama beberapa hari untuk meminta diberi jalan keluar dari ujian ini. Alhamdulillah saya mendapat alamat untuk mengubat diri sendiri bagi kesulitan yg saya hadapi ini. Dengan berbekalkan wang yang makin sikit, saya minta tolong seorang rakan untuk mencarikan beberapa bahan untuk proses rawatan diri sendiri yang saya dapat melalui mimpi.
Daun sireh
limau purut
limau nipis
cuka makan
pinang
kapur makan
tawas
gam arab

Gangguan makin teruk bila saya berusaha mengubati diri sendiri. Setiap malam akna terdengar hilaian ketawa di telinga kiri, lembaga monyet muncul di siang hari. Bau busuk dalam rumah walau dah dibersih dan cuci. Makanan apa sahaja yang dimasak atau dibawa masuk akan basi dalam masa kurang 10 minit. Perkakas rumah akan bergerak sendiri dan kadang2 terapung atas tanah. Badan semakin lemah sakit di sendi2 dan badan semakin panas bila malam menjelang.

Bahan2 rawatan berkenaan dibacakan dengan Yaasiin 7 mubin dengan cara bakar batu dan diniatkan untuk singkir,kesembuhan dan pendinding diri.

Selama seminggu saya iktihar mengubat diri sendiri dan akhirnya mula beransur baik atas izin Allah. Gangguan mula hilang beransur, sakit badan mula reda. Kawasan dalam rumah semakin baik dan x berbau. Dan semasa proses merawat diri, saya seringkali di datangi bayang owner kedai makan di kawasan saya pernah niaga. Wajahnya dalam keadaan terbakar dan memaki hamun saya dlm bahasa yang saya x tahu sambil memegang sebungkus kain. Alhamdulillah saya diberi kesembuhan ileg Allah swt. Dan sejak itu syaa nekad untuk memberi rawatan secara seikhlas hati kepada sesiapa tanpa mengharapkan upah sebagai fardhu kifayah. Sakitnya sihir hanya pada siapa yang pernah alami. Setakat siapa yang sembang kencang belum pernah rasa, baik bersyukur sebab ridak merasa kesakitan dan kesulitan di sihir dan sebagainya.

Semoga anda semua dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang sempurna.Inshaa Allah.
wassalamualaikum wbt

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]
Syed As Siddiq

29 thoughts on “Sakitnya Disihir”

  1. Yg suka menyihir ni adalah b**i bertopengkan setan. Mampos korang dalam neraka jahanam wahai ahli2 laknatullah

    Reply
  2. Bila baca kisah sihir ni mmg sedih..kenapa laa perlu hasad dengki semua tu?kenapa tak percaya pada rezeki Allah?persoalan2 tu selalu bermain di minda sy…pakcik sy dulu pernah kena,tapi mujur ler setakat htr kt kedai jaa..

    Tapi y paling teruk ni makcik sepupu,sgt teruk kena,sampai nak suruh dorg bercerai..semuanya sbb dengki dgn kedai mkn dorg y mmg laku…manusia ni..hmm..semoga y hati busuk ni diberi balasan y setimpal supaya dorg sedar..

    Reply
  3. Pelik betul org kita ni. Asal irg maju skit berniaga disantau. Jenis makhluk yg x percaya dgn rezeki Allah. Masak la sedap2 dan bagi service yg baik. Barulah pelanggan sanggup datang.

    Reply
  4. macam mana nak contact awak untuk berubat? tolong bgtahu siapa owner jahat tu, takutla kalau terpergi kedai makan dia.

    Reply
  5. family sy pon pnh kene… pakcik saya punya kedai adeorg buang toyol adn hantu belaan.kedai dia sentiasa nmpk ttp satu hari arwah nenek ngaji sy tegur sbb hanya nenek tu je setiap hari dtg beli kiranya org lain akn nmpk kedai pakck sy ttp.bila berubat bru tau ade org buang bende xelok.

    kedai nenek sy berniaga dgn adk2 dia.yg tu org letak tanah kubur..berubt2 last2 msing2 tarik dr xsgp nk hadap kedai tu pon terpaksa ttp abs duit melabur untuk kedai tu.

    makck saudara sy bukak kedai dk area nnegeri sembilan.yang tu pon sama org bg kedai dia mcm xnmpk bukak lg kesian makck ade anak perempuan org yang hntr tu siap kene kan anak makck sy supaya dia tergila2 kan orgyg buat tu.jenuh gak dierg berubat.last2 terpksa pindah keluar dr situ dieorg pindh ke KL.

    Reply
    • kepada arien@menyamar tu..jom jumpa, kita sembang2 dan minum2 kopi serta makan nasi lauk daging..sy seorang dtg masuk kampung awak pun x apa..pm alamat mana nak jumpa [email protected]
      menunggu jawapan terima kasih..

      Reply
  6. Astagfirullah hal adzim, hamba doakan smoga Allah SWT sentiasa melindungi, merahmati, diberkati & mempermudahkan urusan penulis syed & mana2 mangsa yg telah dianiayai oleh makhluk tak reti nak bersyukur, amin

    Kpda yg suka main sihir, fitnah dll, baik ko minta maaf & taubat awal2 , nanti merangkap lah ko cari org2 yg ko telah aniayai kat padang masyar. Kat dunia mgkn la ko terlepas.. Tpi bila duk dlm kubur nati, nasib ko la nak jawab dgn malaikat.. Ingat bleh terlepas

    Reply
  7. Senang je nk ajar puak setan ni. Pulangkan balik je sihir dia tu suruh dia simpan sorang2 xpayah bagi kat orang lain. Dia kene sendiri baru dia ada akal. Pulangkan dgn izin Allah n ayat2 quran n doa. Jgn buat syirik plk.

    Reply
  8. Isk.. isk… kenapa tuan x guna khidmat bomoh indon yg bawak tengkorak tu? Bomoh tu jujur x amik kesempatan… syarat2 berubat dia pun senang je… cuma kena gali jirat amik tengkorak pastu simbah d***h anjing hitam je kat kedai.. dia x kenakan apa2 bayaran pun.. ikhlas je dia dgn jin dia tolong… bukan macam perawat Islam yg suka tipu dan charge mahal2… heh…
    #sayataksembangkencang

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.