Sama Tak Serupa..

Assalammualaikum , selamat malam
Aku tak pandai mengarang. Tapi apa yang aku tulis based on true story. Baru-baru ni kecoh pasal video “kebaya Merah” . Suami aku cukup terkesan dengan video tu, sbb dia pernah mengalami situasi yang sama. Cuma tempat dan jalan cerita agak berbeza.

Dia tak pernah buka mulut atau cerita pada aku sebelum ini, sebab bagi dia tak penting dan dia dah lupa sebenarnya. Bila aku foward video tu dalam.whatsapp group family baru dia teringat. Peristiwa yang hampir sama pernah dia lalui kira-kira 12 tahun lepas sebelum kitaorang kahwin.

Ok, straight forward. Masa kami berkawan, kami mmg jarang keluar sama .Rules family aku, nak jumpa boleh. Tapi mesti dirumah. Di sebabkan kerja dia tak tentu masa, dan masa tu aku masih sekolah (form 6) memang dia akan datang rumah untuk jumpa aku. Kebetulan malam tu, arwah opah aku ada dan join sekali kami sembang. Kami duduk dekat beranda rumah, sambil makan malam. Rancak sangat sembang tak sedar sampai pukul 12.00 tgh malam.

Suami aku minta izin nak beransur dulu, memandangkan dia on duty esoknya dan dah lewat sangat. Selalunya paling lewat pukul 10 dia dah balik. Maklumla awek sekolah lagi masa tu. Hahaha…
Ditambah pula,jalan dia nak balik , memang gelap sikit dan terpaksa lalu kawasan perkuburan serta bendang. Kebetulan pulak malam dia datang naik motor je sebab sangka nak singgah kejap nak hantar barang aku pesan.

Suami aku memang dah rasa tak sedap hati .Dia pun tak tahu kenapa. Rasa berdebar sangat. Dia rasa macam ada sesuatu. Tapi takkan nak tidor rumah aku pulak. Dia nekad balik je kuarters . Ikutkan tak jauh mana pun, lebih kurang 25 minit. Redah je la , kata dia.

10 minit perjalanan, semua okey.dah lewat malam, jadi kenderaan pn dah tak banyak. Suami aku tak rushing, bawak motor slow and steady. Lagi 200 meter nak sampai kawasan kubur, suami aku perasan ada seorang lelaki pakai baju warna merah, seluar hitam jalan kaki. Tapi , di sebabkan kerja dia inspektor gadget so, dia tak berniat nak tumpangkan takut taktik orang nak menyamun . Dia terus je..

Lebih kurang 100 meter , dia tinggalkan lelaki tadi. Dia nampak susuk tubuh yang sama, cara jalan yang sama dan dia yakin “makhluk ” yang sama jalan di hadapan. Dia still leh fikir positif, sbb kat situ byk jln shortcut..maybe “makhluk” tu ikut jln shorcut dan sampai dl. Dia still steady bawak motor..

Kan aku citer, jalan yang suami aku lalu nak balik kuarters , akan lalu kawasan bendang..Biasanya mesti ade tali air. 50 meter lagi nak sampai tali air, kebetulan ada bonggol dan tak boleh bawak laju la kan..suami aku nampak “makhluk” yang sama dah ada dekat depan, sedang berjalan membelakangkan dia. Masa tu baru otak dia , berfikir dia luar kotak…takkan la manusia boleh terbang nak lalu sungai. Dia pulak leh jenguk kaki “makhluk” ..dan baru perasan..tak jejak tanah.

Tapi satu aku respect tentang suami aku ni, dia memang cool dan tak cepat panik. Tipula dia tak takut. Tapi dia still boleh control, sbb nak lalu sungaikan. , Dia still bawak motor dalam keadaan yg sama tapi memang tak toleh la ..side mirror pn dia alihkan ke atas sbb takut “makhluk” tu tiba-tiba menumpang tunjuk muka ..dalam hati aku, takut juga lah tu..lepas je dia melintas “makhluk” tu dia pecut motor selagi boleh..surah-surah yang dia ingat berterabur dia baca. Dia tak terus balik rumah..dia pi cari kedai mamak 24 hours lepak dlu sampai subuh.

Sejak dari haritu, mmg dia tak ikut jalan situ dah..serik katanya..tapi kawasan tu memang agak keras. Kawasan perkuburan tu asbab je. Tula suami aku cakap..belum jumpa boleh la buat video bagai..kalau dah jumpa kau nak bercakap pn tak boleh. Bukan sebab kita takut pada dia. Tapi lumrah manusia kan ada yang lemah semangat…

Sekian..

Sorry la klu tak seram.

Hantar kisah anda : fiksyenshsha.com/submit

Adelle

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.