Sampai Hati Baba

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca FS. Terima kasih admin FS sebab publishkan kisah first saya dulu “RUMAH PUAKA“. Yup , yang kembar tu. Terima kasih yang bagi comment pasal cara penulisan saya , maaf ye saya cuba perbaiki 🙏. Tak lupa jugak yang bagi comment membina & yang mendoakan agar ibu bapa saya masih ada jodoh bersama tapi saya mampu kata moga dijauhkan la. Kenapa saya cakap jauhkan ? Bukan nak jadi anak derhaka atau tak baik untuk ibu bapa sendiri tapi ada sebabnya.

Kisah first tu lebih kepada kejadian angker dalam rumah puaka tu dan kemuncaknya tahu kebenaran yang baba sendiri ambik benda syirik masuk dalam rumah. Serious, kami tak sangka dia bole buat macam tu. Ibu and baba berpisah bukan sebab benda tu je mereka berpisah sebab sikap baba sendiri (pentingkan kawan, kaki perempuan , abaikan keluarga and dia jugak suka pukul dan maki anak-anak).

Tapi kami tak cerita dekat ibu apa baba buat pada kami sebab kami kesian tengok ibu balik kerja penat , dia seorang nak tanggung 1 keluarga. Baba ? Haha duit dia lesap guna sendiri, tengah bulan mintak ibu. Sampai satu tahap kitaorang anak-anak tangkap dia curi ambik card bank ibu , duit ibu and duit tabung kami (sebagai habuan mendapat la kau kepala kedinding) sian Bie selalu kena belasah. Bukan nak buka aib baba sendiri cuma nak kita semua ambik sebagai iktibar. Kalau rasa tak puas enjoy and tak mampu nak jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga , takpayah gatal nak kahwin. Maaf , teremosi pulak . Okay lets begin (sorry cerita agak panjang).

“AWAL PINDAH”

After keluar dari rumah puaka tu, alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Dapat rumah sewa yang tersorok (gara-gara nak lari dari baba) and percaya tak kami cuma bawak kain baju and apa yang perlu je (no washer machine , no peti sejuk , no tv at all) cuma katil double decker and almari baju. Masa awal-awal pindah Rin dan ibu terkena allergic , macam gatal-gatal tapi pada bahagian kaki sahaja. Tapi masa tu husnuzon , maybe salah makan ke , tak serasi dengan body shower ( mandian mandi) sampai hujung-hujung da lali da. Sapu lotion, makan ubat and repeat (sampai tak sedar hilang sendiri).

Ibu pulak selalu sakit kaki , Bie pon sama sampai bengkak benjol macam bola dekat buku lali and again husnuzon maybe sebab penat banyak berjalan dan bergerak time kerja / dekat sekolah. Rina pulak kerap kena migraine yang teruk sampai tak boleh bukak mata nak bangun pon tak boleh. Sejak kami keluar dari rumah puaka tu, almost everyday ada je mimpi yang menakutkan and yes setiap mimpi tu ada baba. Macam biasa kami abaikan sahaja, sebab fikir baik-baik benda da lepas takde nak kenang bagai. Almost everynight after solat kami bukak surah al-fatihah, 3 kul, ayatul kursi, al-baqarah, dan yaasin (repeat sampai pagi) nak redakan gusar bila nak tidur.

“MIMPI”

Dah nak 3 tahun setengah kami berpisah dengan baba dan 3 tahun setengah jugak mimpi bukan-bukan. Selalunya kami mimpi baba marah-marah and scene macam biasa la ofcause dalam rumah puaka tu (macam takde tempat lain kan).

Baba maki-maki , ugut nak b***h and pukul kami semua. Bie selalu mimpi dia dalam rumah puaka tu sorang-sorang then baba cuba b***h dia + ada orang nak ceroboh masuk rumah puaka tu. Sejak setahun yang lepas je, kami semua mimpi yang baba da tahu kami pindah mana. Dalam mimpi tu, baba datang depan rumah and ketuk , pukul pagar rumah macam nak gila. Bila kami bukak pintu, dia diam membatu dan tenung je (tak sangka dengan hanya mimpi bukak pintu tu kami dah ter-invited dia masuk dalam rumah).

Kali ni yang mimpi Rina , dia mimpi baba masuk dalam rumah kami yang sekarang ni dengan seekor mahkluk then budak kecik perempuan. Rina ingat dia nak serang Rina tapi tak, baba bercakap dalam nada yang marah “Jangan campur urusan aku, ni semua bukan urusan kau.” lepas tu benda tu hilang and Rina terbangun. Jadi kebiasan kami anak-anak tak berahsia dengan ibu, semua mimpi kami cerita and kongsi bersama. Kami hanya mampu doa yang baik-baik je sebab kami memang totally da move on dengan life sekarang dan anggap hanya mainan tidur atau kami masih trauma lagi kena abuse dengan baba.

“IBU SAKIT”

Setahun lepas pindah, ibu kena stroke stage 1 bahagian kiri. Kami tak bagitahu sesiapa pun, anak beranak je sebab kami pisah dengan baba pon takde siapa tahu (nak jaga aib and muka baba, taknak big family sebelah ibu pandang serong dekat dia sebab semua orang hormat dia). Kami bawak ibu pergi hospital,check semua tapi result kata ibu okay. D***h tinggi , kencing manis and so on semua takde , okay je. Doc say maybe ibu penat sangat, so kami ni anak-anak tak puas hati la kesian tengok ibu so kami bawak ibu berurut dengan pakcik L. Kami kenal pakcik L sejak kecik lagi , selalu berurut dengan dia (pakcik L urut tangan and kaki je , dekat ruang tamu dan bersandar pada tiang seri depan semua orang). Alhamdulillah berulang alik berurut tiap minggu , ibu sembuh dengan izinNYA. Sian ibu dah la kecik , makin kecik 😭.

And a few month later, end of 2018 dapat khabar berita nenek (mak baba) nazak di hospital. Ikutkan hati berat kami nak pergi, Bie awal-awal da berontak tak bagi ibu ziarah. Ibu say “tak baik, benda yang da lepas biarlah. Orang tengah sakit ziarahlah dia tetap nenek kamu semua.” aishh bila ibu da berbiaca bergitu takkan nak jadi anak derhaka pulak. Haha time ni semua dalam hati da sumpah seranah (sebab kami takut) dan doa yang baik-baik sebab nenek ni dulu pernah “guna-guna” kan ibu supaya dengar cakap anak dia si baba tu. Maka kami mengalahlah, Rina dan Rin ambik keputusan untuk teman ibu (memang tak la nak lepas ibu pergi sensorang).

Long story short, after balik ziarah tu (thanks God tak terserempak dengan baba , kitaorang cepat 10 minutes) malam ibu mimpi nenek then tak boleh tidur sebab nampak lembaga hitam dalam rumah and rasa diperhatikan. Tak sampai 3 hari, kami dapat berita nenek meninggal so nak taknak kena pergi jugaklah. Sampai je sana semua da berdebar sebab confirm terjumpa punya dengan baba , dalam hati semua da ulang-ulang baca ayatul kursi. Nak masuk je rumah, nah ambik kau terpampang jasad yang da almost 3 years taknampak baba depan pintu tu. Kitaorang semua da shaking da mengigil , tangan sejuk macam apa tapi manage to act cool and selambur je masuk dalam rumah tu.

Habis je jenazah nak dibawak ke tanah perkuburan, kitaorang taknak ikut beside ibu kena tahan dengan makcik-makcik sok-sok tahu gitu hal pekong rumah tangga orang ni. Maka mula sesi soal jawab and berita-berita tidak enak di dengar. Baba cakap dekat pakcik yang dia taknak tegur kami , dia nak biar kami yang datang menyembah and sujud dekat dia.Dia bagitahu family dia kami tinggalkan dia sebab dia takde duit (bahahaha ni kelakar, Allah lagi Maha mengetahui so lantak kau la nak cakap apa).

After that a few day later , ibu mengadu dia tak boleh tidur. Rasa macam ada orang main pegang-pegang tapak kaki ibu (main poke-poke tu hah). Kitaorang ni bersangka baik la maybe ibu terbawa-bawa kot lepas melawat jenazah tu.

Then suddenly, around 3a.m tepat ibu menjerit panggil kitaorang semua suruh tolong dia sebab ibu rasa ada orang ketuk belakang kepala dia kuat sangat sampai ibu blackout tak nampak apa da. Kami semua panic suruh ibu bangun menyandar pada kepala katil, Rina and Rin gilir-gilir picit kaki , tangan and kepala ibu. Masa ni masih fikir baik-baik ye guys, Bie search symptom-symptom yang ibu kena and make a conclusion ibu kena vertigo attack (boleh la search vertigo tu apa). Esoknya, kami bawak ibu pergi clinic sebab ibu langsung tak boleh nak tunduk kepala nanti berpusing dizzy, sampai muntah-muntah totally lembik. But agains , doc say ibu okay no high blood , kencing manis so what ever tapi doc bagi ibu ubat pening and tahan muntah. Then ibu kena second vertigo attack masa ni ibu memang tak boleh makan, minum sikit pon keluar balik. Dari clinic ke hospital kerajaan & swasta siap full medical checkup semua result keluar kata okay takde masalah. Doc pon da pening sampailah doc hospital wakaf tu kata “result semua okay, dari record hospital lain pon okay apa kata cuba rawatan traditional.” masa ni weyy jantung debar da , tak fikir apa terus bawak ibu pergi jumpa pakcik L nak berurut and masa ni la semua terbongkar.

“TERGAMAK”

Sampai je rumah pakcik L , dia nampak ibu terus dia cakap
pakcik L : “kau ni kena main-main dengan orang ni.”
ibu : ” main-main dengan orang ?”
pakcik L : “yela , kena buatan orang ni , dari dulu nak bagitahu tapi samar-samar tak berani nak tuduh tapi ni dia bagi tunjuk terus ni. Dia saja nak kau sakit.” (pakcik L ni tukang urut batin and ada kebolehan sikit)
kami serentak : ” siapa pakcik L ? ” (serious clueless , rasa ibu tak kacau orang kenapa nak dengki pulak ni)
pakcik L : “bapak budak-budak ni la ! siapa lagi.” (masa ni semua terkedu sebab nada suara pakcik L marah sangat and sangat serious sebab dia selalu bergurau takdela serious noh)
ibu : ” dia buat apa pakcik L ?”
pakcik L : ” dia hantar santau angin dekat kau , pelan-pelan dia buat ni. Lagi ada guna patung dan jarum karat cucuk-cucuk supaya kau sakit. Pernah kena gatal-gatal tak sebelum ni ? Yang kaki kau bengkak macam bola dan strok dulu tu pon kerja dia jugak. Dia nak kau merana.”
Seriously, mengigil semua dengar. Terkedu, speechless (tumpah da air mata kami anak-anak ni)
ibu : “dia nak apa pakcik L ? tak puas lagi ke dia da seksa kami selama ni ?”
(pakcik L tahu pasal family kitaorang sebab yela rapat and kenal since kecik lagi kan. beside pakcik L je kami percaya , kalau yang kononnya perawat-perawat ustaz/ustazah ni bukan kami tak pecaya cuma 50-50 la kan.)
pakcik L : “dia nak kau merana , dia nak kau datang dekat dia mintak maaf , seboleh-boleh nak kau merangkak sembah sujud kaki dia mintak ampun.”
ibu : ” astaufirullah , anak-anak saya ?”
pakcik L : ” dia tak buat dekat budak-budak ni cuma terkena tempias je sikit, sorang satu merasa sakit kau sikit. Dia tahu kalau kau takde,budak-budak ni hilang tempat bergantung. puas la hati dia nanti.”

Ya Allah, korang boleh bayang tak pedih tu macam mana ? Semua memory yang dia buat dekat kitaorang flashback balik , setiap kata makian , cacian and pukulan dia tu. M**i terus hati kami ni, depan semua orang Rin cakap “selama ni saya diamkan, sabar lagi dan masih boleh doakan dia tiap kali solat supaya berubah tapi ni yang dia buat.

Tak ada lagi doa untuk dia , nak kesian pon tak boleh da.” Pakcik L kata bukan nak ajar korang derhaka dekat bapak sendiri tapi nak buat apa kesian dengan orang macam ni ? Dia ada otak boleh fikir , ni pilihan yang dia sendiri buat. Biar dia tanggung sendiri , moga sempat bertaubat, lagipon sekarang ni dia tengah sakit , effect dari dia ambik benda bukan-bukan ni. Dalaman dia da hancur , sebab dia sendiri taktahu perjanjian yang dia buat dengan benda tu, benda yang dia ambik banyak.

Kami semua da membatu je dekat tepi , sebab nak proses nak hadam apa yang baru pakcik L cakap. Then pakcik L urut ibu and ubatkan tapi pakcik L kata kena cari orang yang betul-betul pandai untuk buang benda tu semua sebab banyak dalam badan ibu dia letak. Pakcik L tak mampu nak buat sebab dia kata dia da tua , ilmu dunia ni dia da buang. Kalau dia ada lagi dia da tolong.

Sehingga kini, ibu masih lagi menjalani proses berubat. Nanti aku akan update jika ada perkembangan ibu dalam penulisan akan datang. (sebab still kena attack ni walaupun bulan ramadhan).

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rztwin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

27 thoughts on “Sampai Hati Baba”

  1. sampai tahap tu hitamnya hati makhluk tu?
    tapi kalau dah dari mak dia lagi pandai main bomoh, mmg tak hairan bila anak dia pon sibuk cari bomoh nak sakitkan hidup isteri sendiri.

    harap fitnah yg ditabur akan terbongkar juga & semoga dipermudahkan segala urusan.

    Reply
  2. tu bukan baba
    tapi b**i
    eh teremosional pulak aku
    mintat maaf ye Rztwin ( isk susah nye nak sebut )

    Reply
  3. Semoga Allah permudahkan urusan..tak sangka laa..sanggup seorg bapak y sepatutnya menjadi pelindung kuarga jd penghancur keluarga..semoga segala bnde buruk dia terbongkar dan Allah akan beri sebaik2 balasan utk dia..

    Reply
  4. Berubat cara yang betul berlandaskan kan Al-Quran. In shaa Allah ketemu nanti. Semoga semuanya berjalan lancar.

    Reply
  5. Banyakkan baca quran dan solat sunat. Especially diwaktu pertiga malam. Ambil nasihat ni ya, berhati-hatilah mencari perawat. Banyak manusia yang mengambil kesempatan dengan menjual quran dan agama. Inshallah yang memberi penawar tu Allah. Kalau baba tu ada mengganggu atau membuat gangguan fizikal, jangan ragu2 buat laporan polis. Semoga Allah membuka jalan penyelesaian buat awak sekeluarga.

    Reply
  6. hope your mom will be fine with god’s grace…since it’s bulan ramadan….the sins will be paid by him….god bless

    Reply
  7. semoga dia sempat bertaubat sebelom terlambat.Untuk awak adik beradik please kuat untuk ibu,semoga allah swt pelihara awak semua.Aamiin ya rabbal alamin.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.